Bab 7

Romance Series 5152

"Morning." Ceria suara Ayra menyapa Keela.

"Morning." Balas Keela ringkas.

Beberapa meter dari mereka, ada mata yang memerhati dengan wajah yang masam mencuka.

"Wah. Seronoknya hari ni. Aku call tak reti nak angkat semalam. Laju je menonong balik semalamkan?" Senyuman dimuka Ayra hilang mendengarkan suara yang menegurnya. Suara siapa lagi? "Kipas Sewel" tu lah.

Ayra tersenyum semula dan menoleh ke arah suara itu.

"Eh, mestilah kak. Seronok rasa dapat rehat panjang. Sakit pinggang kot kalau rehat dekat office ni. Balik rumah dapat jugak senam-senam. Baring atas katil." Kata Ayra dengan senyum yang tak lekang dibibirnya.

Mendidih darah Kak Aina a.k.a Kipas Sewel mendengar kata-kata Ayra. Baginya budak itu sangat kurang ajar.

"Kau jangan..."

Belum sempat Kak Aina memetir kepada Ayra, kelibat Tuan Qayyim melangkah masuk ke dalam pejabat menghentikan kata-katanya. Wajahnya yang merah masam mencuka itu serta merta berubah jadi manja. Biasalah, skill menjilat boss dia memang power pun. Tak dinafikan.

"Eh Tuan, awal Tuan masuk office hari ni. Tuan dah makan ke? Kalau belum saya ada beli kuih karipap." Lembut betul suara Kak Aina.

Keela buat-buat nak muntah. Tekak Ayra juga berasa mual menengokkan gelagat rakan sekerjanya itu.

"Saya pernah datang lambat ke dekat pejabat ni? Tak payah. Saya dah bersarapan dekat rumah tadi." Sinis jawapan tuan Qayyim membuatkan Kak Aina terkulat-kulat.

Tuan Qayyim meletakkan beg kerjanya di atas meja.

"Ayra, nanti saya nak tengok report pasal projek kita minggu lepas ya. Lepas tu, petang ni kita akan pergi tengok site untuk projek ni. Dalam pukul 2 macam tu." Suara Tuan Qayyim yang bertukar lembut bila bercakap dengan Ayra makin membuatkan darah Kak Aina mendidih.

"Wah wah, dengan pucuk muda, kemain lagi cakap lembut-lembut. Ingat aku ni tak cantik ke? Aku cantik kot. Tapi dengan aku kemain kasar lagi bercakap." Bentak kak Aina dalam hati.

Yela. Takkan nak cakap depan-depan. Kau gila? Karang tak pasal-pasal kena buang kerja.

"Oh ya, satu lagi. Saya tak suka ya ada budaya senioriti dalam pejabat ni. Saya tak pernah paksa sesiapa ot. Kalau ada kerja, boleh stay. Gaji akan dibayar. Kalau kerja dah habis, boleh balik. Saya sangat hargai masa orang lain." Sambung Tuan Qayyim.

Aduh double shot kak Aina kena dengan bos hari ni. Merah padam muka dia. Dia hanya mampu tunduk memandang meja.

"Kau tunggu Ayra." Bisik hati kak Aina.

***

"Kau tengok tak muka dia tadi Ayra? Merah padam. Malu la tu kena setepek dengan Tuan Qayyim." Ujar Keela selepas air teh 'o' ais laicinya meluncur laju ke dalam tekak. Segar betul rasanya!

"Nampak. Kesian juga. Tapi tu lah. Melampau. Tu mujur Tuan Qayyim masuk office tadi. Kalau tak, mau kena herdik aku dalam tu tadi." Balas Ayra.

Sesekali matanya memandang sekeliling kafe. Risau kalau-kalau ada "Kipas Sewel" atau konco dia. Hari ni, suasana dalam kafe itu agak tenang. Biasanya pada waktu lunch hour macam ni, memang penuh selalu.

"Ye nye. Kau boleh pulak balas cakap dia macam tu. Nak terkeluar biji mata aku tengok kau tadi. Berani mati betul. Biasanya kau senyap je. Hari ni asal berani sangat kau eh?" Berkerut-kerut dahi Keela bila bercakap. Memang betul-betul pelik la ni.

"Kalau asyik kena gasak, sampai satu masa, akan sampai jugak limit kesabaran aku ni weh. Selama ni aku diamkan je. Haishh. Dah la. Malas borak pasal minah tu. Boring. Ni kau dengan Abang Irsyad macam mana? Senyap-senyap je keluar dating eh. Tak reti nak bagitahu aku." Ayra buat-buat merajuk. Yela. Kata kawan baik. Benda gini pun nak sorok.

"Bukan aku tak nak bagitahu, baru nak kenal-kenal. Kalau tak jadi segan jugak aku. Tapi macam mana kau tahu weh?" Soal Keela. Pelik juga dia. Dia tak pernah cerita dekat sesiapa pasal ni. Apatah lagi kawan baiknya hanya ada seorang saja. Ayra la, siapa lagi.

"Minah kepoh tu la. Tadi sebelum kau masuk office aku dengar dia borak dengan anak buah dia. Dia kata kau balik awal sebab nak dating la apa la. Geram je aku nak sumbat mulut dia dengan sambal belacan ni!" Tangan Ayra tak henti-henti menggaul kasar nasi dengan sambal belacan dalam pinggannya. Geram sungguh gayanya.

"Biarlah dia. Tak ada life sangat agaknya bergosip pasal orang. Eh, cepat makan weh. Jap lagi kau nak ikut Tuan Qayyim pergi site visit kan." Ujar Keela.

"Weh, yela. Aku lupa. Ha makan-makan." Balas Ayra.

Mereka berdua cepat-cepat menghabiskan makanan dalam pinggan masing-masing. Tanpa mereka sedari, ada mata memerhati mereka berdua. Terutamanya Ayra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience