Completed
1907
"Anis,kenapa awak menangis?",tanya ibu kesayangan ku.Dia adalah segala-galanya buatku.Nama ibuku terkenal dengan Puan Aminah tetapi orang-orang kampung memanggilnya dengan Nama Kak Minah.Aku bersyukur kerana mempunyai seorang ibu angkat yang sangat sayangkan aku macam anak kandungnya sendiri.Ibu seorang yang sangat tabah kerana setahu aku,selepas dua tahun aku diambil oleh ibu dan abah dari Rumah anak yatim semasa aku darjah 1,abah diserang sakit jantung dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.Aku dan dua orang adik-beradik angkatku sangat mesra dan rapat.Mereka tidak kisah sesiapa pun aku,Walaupun aku hanya adik angkat Mereka,tapi dia masih mengaggap aku seperti seorang adik kandung Mereka.Aku sangat2 bersyukur dengan keluarga aku sekarang.Ibu redha dengan pemergian abah,Walaupun ia pahit untuk ditelan, tapi ibu masih boleh menjaga aku dan sepasang anaknya iaitu Nur Mia Syahadah dan Muhammad Mukhriz Syahid.Kak Mia berumur 20 tahun masih belajar dan abg Riz 22 tahun sudah bekerja di sebuah syarikat iaitu Bina Ria Holdings yang agak besar di Kuala Lumpur.Kuala Lumpur ialah tempat tinggalku sekeluarga di sebuah banglo 2 tingkat itu.Sudah habis berkenalan kan,sekarang aku nak jawab soalan ibu yang ditinggal begitu saja tanpa jawapan.
"Ibu,sebenarnya saya sedih,sebab saya sekarang Ni nak dekat Spm dah,lagi dua bulan je lagi."Jelasku sebab kenapa aku menangis sambil mengesat air mataku yang jatuh di pipi,tapi bukan sebab itu kenapa aku menangis,ada sebab2 lain."Aik,kenapa nak sedih pulak? orang nak Spm Ni gemuruh,berdebar-debar,bukannya sedih,kenapa?sebenarnya anak ibu Ni kenapa? x yakin dengan diri sendiri ke?percayalah sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh dan yakin pada dirinya akan mendapat kejayaan,Bukan ibu selalu cakap dekat awak ke?Dah lupakah?Ish3 tak apa ibu akan doakan setiap saat setiap masa untuk kejayaan anak2 ibu.Kamu jangan lah bersedih,kalau anak2 ibu sedih,ibu lagi sedih tengok anak2 ibu bersedih,ok?" Ibu bersuara dengan mendatar.Agak bersemangat ibuku menasihatkanku.Ibu kau adalah ratuku."Tak lah ibu,tapi saya sedih sebab ibu masih menjaga dan menyayangi saya dan tak pernah berubah, sama seperti anak2 ibu yang lain.Saya sangat gembira dan sangat2 bersyukur sebab ada seorang ibu dan adik beradik yang hargai saya,syg ibu."Aku mengesat air mataku dan mencium pipi ibuku.Dialah satu-satunya ibu yang aku sayang dan ada."Oh,jom lah masuk.Dah lah nangis tu,?Ok." Aku hanya menurut masuk ke dalam Rumah.
Share this novel