Rate

Prologue

Drama Series 402

(Monolog Hilman) Satu perkara yang memang ramai inginkan iaitu, kesenangan. Senang berkawan, senang bekerja, senang mendapatkan sesuatu dan senang berasa gembira. Bagi sesetengah orang, hari mereka boleh berlalu dengan sentiasa berasa senang tanpa menghadapi sebarang masalah. Bertemu rakan-rakan yang karib, bergaul dengan masyarakat setempat seterusnya tenggelam dalam perbualan yang menceritakan topik-topik semasa yang sedang hangat, sungguh menyenangkan.

Aku menaiki tangga untuk menuju ke kelas di tingkat 3. Badanku terasa amat berat kerana kuota tenaga telah habis digunakan sampai di tingkat 2. Aku menghabiskan masa di tangga sambil menyesali umurku yang telah mencapai form 4 di sekolah menengah kerana aku terpaksa memanjat dua tingkat selama setahun untuk sampai ke kelas yang baru.

(Dialog) "Oii, lama tak jumpa ?", jerit seseorang dari jauh setibanya aku di koridor tingkat 3.

Eh, dia tegur aku ? Rupanya ada juga yang ingat aku ? Dia melambaikan tangan dan semakin mendekat. Aku hampir juga mengangkat tangan tapi rupa-rupanya ada orang lain di belakang. Aku sedar bukan aku yang ditegur. Seperti yang dijangkakan.

(Monolog Hilman) Manusia kebiasaannya hidup secara berkumpulan. Itulah yang masyarakat kita sebutkan sebagai pergaulan, interaksi dan sosial. Perkara ini dianggap normal dalam kehidupan. Kebiasaannya, kumpulan-kumpulan akan terbentuk dengan sendirinya jika ada seseorang yang memang dikenali ramai seperti anak wakil rakyat, olahragawan, orang yang paling hensem atau dia mempunyai daya tarik yang luar biasa. Kumpulan-kumpulan ini akan mula memeriahkan kelas dengan perbualan serta tawa mereka. Ya, mereka semua terlihat amat bahagia sekali.

Sebenarnya, aku hadir ke sekolah setelah 5 hari musim persekolahan yang baru bermula. Tahun pertama aku di menengah atas. Pada hari pertama, aku terlibat dalam kemalangan kecil semasa dalam perjalanan ke sekolah. Akibatnya, aku menghabiskan beberapa hari awal persekolahan hanya terlantar di atas katil bilik.

Aku masuk ke kelas dan terus menuju ke mejaku di sudut kelas. Aku keluarkan buku dan menyambung pembacaan sebelum ini. Mungkin dah terlambat untuk aku tiba-tiba masuk ke dalam mana-mana kelompok yang telah terbentuk ataupun pura-pura menegur sesiapa sahaja disebabkan aku tiada pada hari-hari awal persekolahan. Keputusan peperiksaan aku agak merosot pada tahun lepas menyebabkan aku jatuh ke kelas kedua pada tahun ini. Jadi, sudah tentu ramai pelajar yang tidak aku kenali.

Aku sedar itu hanyalah alasan yang aku fikirkan untuk menjauhkan diri daripada bergaul dengan sesiapa. Berada dalam kumpulan dan bersosial bukanlah sesuatu yang aku biasa lakukan dan telah lama luput dalam kehidupan aku mungkin kerana aku tak perlukan pergaulan dalam hidup ataupun ianya tak penting untuk perkembangan diri. Ataupun mungkin,

'Aku Lebih Suka Berseorangan'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience