Setelah keduanya masuk ke kelas, terlihat seorang lelaki yang sedang mengenalkan dirinya di hadapan kelas. Jae Na tahu bahawa itu adalah jihoon.
"Selamat berkenalan. Nama aku Seo Ji Hyun." ucap Jihoon dengan watak dinginnya. Jae Na dan Jihoon sudah diberitahu untuk mengubah watak mereka. Jae Na, seorang yang dingin menjadi watak yang ceria dan polos, sedangkan Jihoon, seorang yang santai dan suka mencairkan suasana, menjadi karekter yang dingin.
Semua pelajar perempuan mula memandang setiap sisi wajah Jihoon. Ayolah, siapa yang takkan jatuh cinta dengan wajah tampan nan comel itu? Mata yang berwarna coklat, rambut berwarna coklat terang, hidung mancung, bibir yang sangat menggoda iman. Semua pelajar perempuan kagum dengan 'Putera dari Kayangan' ini.
" Baiklah, Ji Hyun. Sila duduk di hadapan Bae Young." ucap sang Pengetua lembut.
Jihoon merenspon dengan derdehem. Kemudian, Jihoon terus duduk di hadapan Jae Na. Manakala Jae Na, duduk disebelah seorang pelajar lelaki.
"Eoh? Awak bukan gadis yang dah langgar saya kat depan supermaket ke minggu lepas?" ucap lelaki yang disebelah kanan Jae Na itu.
"Eoh, ya... sekali lagi saya mintak maaf. Apapun, nama saya Han Bae Young. Awak?"/ucap Jae Na.
"Saya Park Chanyeol. Selamat berkenalan" ucap lelaki itu.
"Semoga kita sentiasa berkawan." perkataan Jae Na membuat Chanyeol rasa gembira kerana ada yang ingin berkawan dengannya.
"Terima kasih sebab awak nak jadi kawan saya. Selama saya sekolah, saya tak pernah ada kawan sebab ayah saya seorang pembunuh." ucap Chanyeol.
Jae Na tidak terkejut atau bereaksi kerana dia tahu semua maklumat tentang Chanyeol. 'Ayahnya seorang pembunuh psikopat, jadi, mesti Chanyeol pun seorang psikopat disebabkan darah seorang psikopat yang mengalir dalam darahnya' fikir Jae Na.
"Awak tak nampak terkejut pun. Mesti awak pun sama kan?" ucapan Chanyeol membuatkan Jae Na teringat akan abangnya dan ayahnya.
Ayah Jae Na, Tuan Lee merupakan seorang yang sangat sadis meskipun dengan anak dan istrinya. Ibu Jae Na meninggal setelah melahirkannnya disebabkan terlalu banyak dipukuli ayahnya. Bahkan, abangnya yang sudah tidak tahan dengan sikap ayahnya yang asyik mengaturnya, pun pergi meninggalkan Jae Na bersama pakciknya iaitu Ketua Im.
Sementara ayahnya masuk penjara disebabkan dia telah menggelapkan wang milik syarikat. Abangnya pula pergi ke Kanada, belajar dan tinggal bersama kawan baiknya, Mark. Jae Na pun teringat akan janji yang abangnya pernah buat untuknya.
"Jae Na, abang janji, abang akan balik ke Korea bila kamu dah besar ye?" ucap sang abang menahan tangisan melihat adiknya yang berumur 5 tahun itu.
"Abang janji ye? Kalau abang mungkir janji, adik potong jari abang yang paling pendek ni." ucap sang adik dengan mengacungkan jari kelengking nya.
"Abang janji. Bila adik abang ni dah jadi seorang gadis yang baik dan cantik, abang balik." ucap sang abang sambil mengikat janjinya dengan jari kelengking nya juga.
"Abang pergi dulu." ucap sang abang sambil mencium pipi adiknya yang tembam dan comel itu. Membuatkan adik beradik yang sangat menyayangi itu berpisah.
Saya harap dapat memuaskan para pembaca. Saya rasa Chapter 2 tu patutnya kisah Jae Na. Tapi, saya letak kisah Jae Na di Chapter ni pulak anyway, thank you kepada para pembaca sekalian. Stay at home and stay safe ok?
Share this novel