Solo 7

Horror & Thriller Completed 1682

Seperti biasa pabila tepat pukul 12 tengah malam jam didinding rumah nek peah akan berding dong dengan kuat sebanyak 12 kali sehingga bergema memecah kesunyian malam.siapa yang mendengarnya akan serta merta ternaik bulu roma dibuatnya.nasiblah rumah banglo milik nek peah jauh dari kawasan perumahan lain.dan seperti biasa juga kesemua bunga2 nek peah akan berkembang mekar pada waktu itu,nek peah masih di luar rumah menunggu cucu2nya.

"Daf!!! mari sini,aku kt sini ni",diba melambai2 tangan pada daf.daf tercari2 dan mengangkat tangan menandakan ia akan datang."dari kul bpe duk situ,lame ke tunggu"..."dari 10.30 td aku duk situ,x de la lme mana pun,so now motor aku ni nk letak kt parking office kau ke kak?"..."bole je selamat kot sini ada guards,tp ko cuti bpe ari?"..."biasa la klu aku lpas kje mlm,cuti 4 ari la"..."ooohhh klu gitu ko tinggalkan je motor ko kt parking sini,kita naik satu kereta je"...mereka mula bergerak menuju kerumah mamanya.dari pusat bandaraya menuju ke gombak,rumah keluarga mereka berdekatan dengan taman rekreasi mimaland.

Mereka bersembang bergelak ketawa didalam kereta berbagai2 cerita mereka kemukakan termasuklah cerita daf menguruskan jenazah malam semalam.terjerit2 diba apabila daf menceritakan perihalnya semalam.daf sangat nakal suka mengusik2 kakaknya itu.
sehinggalah kereta yang dipandu oleh daf masuk ke batu 11 gombak,barulah mereka senyap,jalan disitu agak keras sedikit,tiba2 kereta mereka terasa amat berat dan menjadi perlahan walaupun telah ditekan minyak.

Kereta mereka menjadi semakin berat dan terasa panas walaupun aircond yang dipasang kuat oleh diba tadi,lagipun hujan mulai renyai2 turun...mereka saling berpandangan diantara satu sama lain tetapi hanya menyepikan diri,tiba2 mereka terbau yang amat wangi bak wangi seribu bunga.bulu roma seluruh badan diba dan daf berdiri dengan sendirinya.sehingga mereka berdua tidak mahu untuk menoleh ke tempat duduk belakang.kereta mereka makin hampir dengan rumah,mereka terasa sedikit lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience