Rate

P R O L O G

Romance Series 1145

Aku berlari ke kereta. Aku lambat sebenarnya. Macam mana aku boleh lupa yang hari ini ada bacaan tahlil untuk arwah abah. Ya Allah, mesti ibu risau ni. Maafkan Daiyan, ibu. Daiyan mungkir janji lagi. Aku terus sahaja keluar memandu menuju ke Cheras. Tanpa aku sedar, aku tidak memakai tali pinggang keledar. Dengan kelajuan maksima, aku memandu dengan penuh rasa gelisah.

Aku tersentak apabila telefonku berdering. Lantas tanganku meraba kerusi sebelah pemandu. Aish, mana pulak telefon ni? Aku memandang ke tepi. Aku lihat telefon aku berada diantara celah kerusi dan pintu kereta. Ya Allah, macam mana kau boleh termasuk di situ. Bebelku dalam hati.

Aku memanjangkan tangan untuk mencapainya. Sambil memandu, aku cuba mengambil telefon tadi. Yesh, dah dapat. Sekali aku mendongak, mataku terbeliak. Pemanduanku mula tersasar pada lorong bertentangan. Stereng aku pegang kuat dan serta merta aku buat pusingan U tanpa aku ketahui kereta dari arah belakang.

Dumm!

Kedengaran bunyi kereta berlanggar sesama sendiri. Aku terhumban keluar dari kereta. Cermin hadapan keretaku pecah kerana hentakan dan dentuman yang kuat. Aku terbaring di jalan raya. Kepalaku mula terasa basah. Aku tahu, ianya adalah darah. Badanku berasa amat sakit. Mataku mula terasa berat dan gelap. Perlahan lahan aku pejamkan mata. Sekali lagi, aku mungkin akan menyusahkan dan mungkiri janji.

Dan...

Maafkan Daiyan, ibu...

-TBC-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience