Rate

Aku suka perempuan gemuk itu

Short Story Completed 3588

kring!!!...... jam sedang menunjukkan pukul 7 pagi iaitu waktu untuk amanda sakura bangun dan bersiap siap pergi ke kolej.Seperti biasa dia akan membersihkan diri terlebih dahulu sebelum menjejakkan kakinya ke dapur untuk menikmati sarapan pagi yang disediakan Puan Salina.Pada pagi ini Puan Salina telah menyediakan sarapan mi goreng kegemaran Amanda.Amanda mengambil masa 30 minit untuk menghabiskan makanan dan bersalam dengan ibu bapanya. Bapa Amanda pada hari tersebut tiada di rumah kerana busy dengan kerjanya di luar negeri. Bapanya juga merupakan C.E.O Syarikat yang tersohor dan banyak dikenali oleh orang di Malaysia jadi tidak hairanlah kalau Amanda juga popular dalam media sosial. Selepas bersalam dengan ibu , Amanda pergi ke kolej dengan menaiki kereta merah kesayangannya. Perjalanan menuju ke kolej mengambil masa 20 minit dari rumah. Sesampainya di sana,Amanda akan menyiapkan tugasan yang dia belom siapkan. Ada kalanya dia menyiapkan lakaran baju dan ada kalanya dia memikirkan tentang kain yang sesuai untuk digunakan sebagai material baju yang direka tersebut.

Sedang Amanda membelek belek lakaran baju yang dicipta khas olehnya, tiba tiba seorang lelaki menghampirinya lalu menyapa riang ke arah Amanda. Amanda membalas sapaan lelaki tersebut dengan perasaan yang malu bukannya tidak suka dekat laki tu tapi dia malu sebab lelaki tersebut merupakan pelajar yang paling famous dan hensem di kolej tersebut, siapa lagi kalau bukan Tengku Imran Shah. Tengku Imran Shah sudah lama berkenan dan suka terhadap Amanda tetapi Amanda hanya mahu berkawan dengannya dan tidak mahu ada ikatan apa apa. Bukan sebab dia tak suka dekat Tengku Imran tetapi dia tidak mahu orang sekeliling memandang serong terhadapnya maklumlah Amanda tiada darjat tengku. Lagipun Amanda tahu ramai perempuan menaruh harapan terhadap Tengku Imran. Ada yang sampai melamar Tengku Imran untuk dijadikan suami.So Amanda mengambil keputusan untuk berkawan sahaja dengan Tengku Imran. Status kawan pon dah buat ramai perempuan benci dan cemburu terhadap Amanda inikan "couple" nanti bertambah buruk lagi keadaan. Tengku Imran selalu digosipkan bercinta dengan Tengku Azzahra anak kepada Tengku Muhammad Saifuddin. Gosip murahan ini timbul angkara Tengku Azzahra yang kemaruk cinta terhadap Tengku Imran. Dia sanggup buat apa apa sahaja asalkan dapat Tengku Imran. Musuh utama Tengku Azzahra ialah Amanda.

Pukul 8 pagi seperti biasa Amanda masuk ke class designer nya dan habis class pada pukul 12 tengah hari. Tengku Imran menelefon Amanda untuk mengajaknya makan tengah hari di restoran yang berhampiran dengan kolej mereka.Mereka selalu keluar makan bersama sama seperti adik beradik. Ibu bapa mereka juga saling berkenalan antara satu sama lain jadi keluarga mereka tidak hairan.Tengku Imran berkata kepada Amanda supaya Amanda order makanan dengan banyak sebab Tengku Imran tahu Amanda seorang yang kuat makan "oiiii mok order banyak banyak sikit......kau tu kuat makan" Amanda menjerling tajam kerana selalu digelar "mok" Amanda membalas kata kata Tengku Imran "alah aku yang gemok gemok ni jugak lah yang kau suka" sambil mengejek Tengku Imran. Walaupun Amanda berbadan besar tinggi tetapi tidak bermakna lelaki yamg hensem taknak dekat dia. Ada sahaja lelaki yang nak dengan dirinya tapi kene tunggu masa. Makanan tiba 15 minit selepas makanan di order.Amanda merupakan orang pertama yang betul betul excited ketika makanan dihidangkan.Bukan apa semua makanan yang di order adalah makan favourite nya!!!!! melihat gelagat comel Amanda Tengku Imran tergelak kecil. Nak sahaja dia cubit pipi tembam Amanda tetapi memikirkan mereka belum berkahwin kata Tengku Imran dalam hati.Mereka berdua menikmati makanan tersebut dengan perasaan yang gembira. Tiba tiba ada seorang perempuan berhenti di sebelah meja yang mereka duduk dan cakap " ehh haii baby I rindu u" yesssssss perempuan gedik tu ialah Tengku Azzahra yang tergila gilakan Tengku Imran.Tapi kesian Tengku Imran balas sapaan Tengku Azzahra dengan " ehh haiii dah lama tak jumpa you...you nak join I makan tengah hari dengan Amanda kesayangan I ke??? " tanya Tengku Imran kepada Tengku Azzahra. Tengku Azzahra bengang apabila dengar perkataan "Amanda kesayangan I" lalu dia membalas
" euwww are you serious you sayang perempuan gemuk ni tkde test langsung" Tengku Azzahra menghina bentuk badan Amanda di depan Tengku Imran lalu pergi meninggalkan Tengku Imran berdua dengan Amanda.

Baginya Tengku Imran hanya bergurau dengan kenyataan tersebut. Dua minggu kemudian, Amanda pergi ke kolej seperti biasa dan terkejut melihat poster yang tertera gambarnya di tampal disekeliling kolej dengan caption "Amanda gemok tak sedar diri luahkan cinta terhadap Tengku Imran" Air mata Amanda mengalir jatuh kerana terkejut dengan fitnah itu. Amanda diejek oleh semua warga kolej. Tengku Imran belum tahu tentang perkara yang berlaku ini.Beberapa minit kemudian Tengku Imran ternampak banyang Amanda yang sedang menangis sambil memegang poster tersebut. Disitu ada beberapa orang sedang mengejek dan mengumpat tentangnya. Tengku Imran juga terkejut melihat poster tersebut. Dia mendapat idea bagaimana cara untuk menutup malu Amanda atas fitnah yang berlaku. Dia pergi ke dewan utama lalu mengumpulkan semua orang yang belajar di kolej tersebut untuk duduk mendengar penjelasannya. Dia juga menarik lengan baju Amanda naik keatas pentas untuk kekal bersamanya.Penjelasan Tengku Imran seperti yang tertera di bawah

PENJELASAN
*Assalamulaikum saya Tengku Imran Shah menafikan fitnah dan poster yang ditampal di sekitar kolej. Saya percaya perkara seperti ini berlaku kerana mungkin ada segelintir daripada kamu tidak menyukai saya rapat dengan Amanda.Saya menafikan fitnah yang mengatakan Amanda luahkan rasa cintanya terhadap saya. kalau anda semua nak tahu....saya yang jatuh cinta dengan gadis yang bernama Amanda Sakura.Yaaaa sudah lama saya menaruh cinta terhadap nya. Saya cinta dia bukan sebab rupa dan saya tidak kisah walaupun dia berbadan besar.Ini adalah diri saya dan tiada siapa boleh marah dengan keputusan saya. Saya ingin memaklumlah bahawa saya telah sah bertunang dengan Amanda Sakura dan akan melanjutkan pernikahan pada hujung bulan ini.

Tengku Azzahra berasa marah apabila dengar penjelasan Tengku Imran. Semua ini angkara perbuatan hilang akal Tengku Azzahra. Dia lah yang mengeluarkan gosip gosip murahan ini.

Tengku Imran memujuk Amanda Sakura. Dia berkata itu sahaja cara yang boleh dia pikirkan untuk menutup aib Amanda. Dia meminta izin daripada Amanda untuk hanta rombongan merisik.Bukannya apa tapi takut kalau kalau ada yang tanya jika mereka betul betul sudah bertunang atau belum. Amanda mengangguk setuju dengan cadangan Tengku Imran.

Keesokannya,Tengku Imran dengan segera menghantar rombongan meminang.Keluarga Amanda menerima pinangan keluarga mereka dengan tangan terbuka.Mereka sudah lama mengimpikan perkara ini berlaku.Alhamdulillah kini bakal berlaku.Tarikh nikah juga telah ditetapkan. Tengku Imran akan sah bergeoar suami pada hujung bulan ini. Majlis nikah dan persandingan hanya dilakukan secara kecil kecilan sahaja kerana mengikut permintaan Amanda.

Hujung bulan telah berlalu.Si pengantin baru sudah mulai bermanja manja di kolej. Sudah tiada batas untuk cubit pipi Si Amanda kata Tengku Imran. Inai di jari Amanda sudah cukup untuk meyakinkan pelajar kolej bahawa mereka sudah pun bernikah.

Amanda seperti biasa masuk ke class designer nye dan dia dapati ada sepucuk sirat yang tertera mesej "JANGAN KAU SENANG HATI JADI ISTERI TENGKU IMRAN...TENGKU IMRAN MILIK AKU!!!!!!!! AKU AKAN BUAT HIDUP KAU HURU HARA" di surat itu tertera nama Tengku Azzahra. Tidak tahu apa tujuan nama ni di tulis. Amanda sedikit gugup lalu dia berjumpa dengan suaminya untuk menceritakan tentang surat yang dijumpai di dalam kelas designer nya. Tengku Imran ketawa kecil kerana melihat kebodohan Tengku Azzahra yang menulis namanya sendiri di surat tersebut, Lalu dia menuju ke tempat orang ramai dan membacakan surat tersebut dengan nada suara yang kuat untuk memalukan dan membongkarkan kejahatan Tengku Azzahra. Orng ramai berasa terkejut dengan tindakan Tengku Azzahra kerana Tengku azzahra dikenali dengan sifat yang baik tetapi sebenarnya Tengku azzahra ialah seorang perempuan yang jahat. Dengan tindakan Tengku Imran ...Tengku azahara berasa malu dan tidak lagi mencari pasal dengan mereka. bermula daripada hari itu Tengku Azzahra tidak lagi mengacau kententeraman Amanda.

setelah sebulan lebih Tengku Imran dan Amanda bergelar suami isteri...Amanda disahkan hamil 2 minggu. Tengku Imran berasa amat gembira dengan kehadiran bayi baru tersebut Walaupun baru berusia dua minggu di dalam perut. Selama 9 bulan Tengku Imran telah menjaga Amanda dengan penuh rasa kasih sayang serta memenuhi semua kehendak dan keperluan Amanda.

hari ini merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh semua orang terutama Tengku Imran kana Amanda akan melahirkan bayi pada hari ini semua orang tertunggu-tunggu dengan kelahiran bayi tersebut. mereka juga telah menyediakan nama yang sesuai untuk diberikan kepada bayi yang !bakal dilahirkan. bayi itu dinamakan Tengku Ismail Shah kerana dia berjantina lelaki.

Amanda Sakura diberikan cuti selama 3 bulan atas kelahiran bayinya itu. kehidupan Tengku Imran Shah dan Amanda berubah seratus peratus. mereka belajar berdikari dengan kehidupan baru. keluarga mereka telah memberikan Tengku Imran sebuah rumah banglo untuk mereka diami.Ke kehidupan Amanda dan Tengku Imran berlalu seperti hari yang biasa. tetapi yang lainnya Amanda pergi ke kolej bersama suaminya selepas tamat tempoh cuti.

Tengku Azzahra berasa tidak puas hati dan menyesal dengan tindakan yang dilakukannya itu tetapi apakan daya Imran telah bergelar suami yang sah kepada Amanda sejak daripada hari itu Tengku Azzahra tidak lagi mengacau kehidupan Tengku Imran Shah dan Amanda.

Tengku Imran Shah hidup bahagia bersama isteri tercinta.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience