BAB 17

Romance Completed 6762

Tinggal lagi seminggu tarikh pernikahan aku. Semua dah selesai, ujian saringan HIV telahpun aku jalani dan keputusannya aku sah negative dari sebarang penyakit. Proses pernikahan yang lain semua Ayah, abang dan Mak Uda yang uruskan. Aku? Kurang berjiwa nak ambil tahu.

Ikut hati, memang aku nak batalkan semuanya. Nak lari jauh-jauh dari semua ini. Tapi aku tak sanggup nak malukan keluarga. Walaupun penampilan aku kurang berkualiti, tapi aku berniat nak jadi anak yang berkualiti. Tak mahu masuk neraka menderhaka melawan cakap orang tua.

“Hafiz tak nak jumpa tunang Hafiz? Berkenalan dengan dia? Kasihan Nur nak jumpa sangat dengan Hafiz.”

“Tak payah lah Mak Uda. Jumpa masa nikah sahaja lah.”

Tak sanggup aku nak jumpa, takut aku dengan mulut ini. Kalau jumpa nanti mungkin sahaja aku akan minta si Nur, tunang aku tu batalkan rancangan pernikahan ini. Lebih baik berkenalan masa kahwin sahaja.

Tidak kisahlah apa rupanya, aku terima dengan redha. Bagi aku, tiada yang istimewa selain Dahlia. Ah, Dahlia begitu hebat penangan mu untukku.

Petang ini aku ke Stadium Manjung lagi. Berlari membuatkan aku lupa keperitan perasaan ini. Terbayang lagi pertemuan air mata antara aku dan Dahlia di stadium ini.

Bahagiakah kau kini Dahlia.

Suara halus memberi salam padaku. Aku menjawab salam menoleh pada gerangan yang memberi salam. Wajah redupnya hanya menambah duka. Mengapa harus kau muncul lagi.

Sengaja buat tak Nampak dia yang ingin mendekat. Aku memasuki kereta, Enjin kereta pantas kuhidupkan dan pintu kututup. Dan dia tergamam, jelas tergamam melihat aku terus memandu melepasi dia di situ.

Ini yang terbaik, aku tidak mahu hatiku terbelah bagi lagi. Pertemuan ini mungkin tidak bawa kesan pada kau Lia. Tapi pada aku?

Baik aku pergi, mendengar suaramu akan buat aku lupa diri. Melihatmu akan buat aku hilang hati. Sedangkan aku telah bertekad akan membahagiakan Ayah dan Mak Uda, dengan menetapkan mata, jiwa dan hati hanya untuk Nur.

Maafkan aku Ayuni Dahlia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience