Permintaan Maaf

Short Story Completed 1249

Setelah kejadian yang menimpa Nana,Syila berasa simpati akannya kerana dia pernah diperlakukan sebegitu sebelum mengenali Meera.Dia merancang untuk pergi ke rumah Nana pada hari Sabtu nanti.

Tibanya sudah hari Sabtu,dia meminta izin kepada orang tuanya untuk berkunjung ke rumah Nana sebentar.Sesampainya dia di sana,dia disambut dengan ramah oleh keluarga Nana.Dia dan Nana pun berborak di ruang tamu.Setelah itu,Nana membawa dia ke biliknya kerana kata Syila tadi dia ingin memberitahunya sesuatu.

Sesampainya di bilik Nana,dia menjelaskan tentang hal kehilangan duit Nina pada hari itu.Dia mengatakan bahawa Meera ada memberitahunya tentang perancangan pembalasan dendamnya namun dia tidak mengambil serius tentang hal itu.Katanya lagi,Meera memberitahu bahawa dia mencuri duit Nina tetapi dia tidak melaporkan kepada guru kerana Meera adalah kawannya namun dia merasa simpati kepada Nana.Nana terkejut setelah mendengar penjelasan Syila itu tadi.

Keesokan paginya,Syila dan Nana melaporkan hal itu kepada guru.Gurunya mendengar penjelasan itu dan melihat rakaman CCTV yang dipasang di dalam kelas.Akhirnya,Meera didapati bersalah.

Meera dipanggil oleh guru itu dan dia di bawa ke bilik guru disiplin.Dia mengakui kesalahannya dan diberikan hukuman yang setimpal.Dia berjanji tidak akan mengulanginya.Nana dan Nina pun telah berbaik semula.Nina meminta maaf kerana mempercayai kata-kata Meera pada hari itu.Meera juga meminta maaf kepada mereka dan Nina mengikhlaskan duit yang diambil itu.Nana juga memaafkan Meera dan juga kawan baiknya,Nina.Meera berterima kasih kepada Syila atas perbuatan yang dilakukannya.Mereka semua menjadi kawan baik dan hidup aman damai.

Terima kasih kerana menunggu dan membaca cerpen ini sehingga tamat.Maaf jika ada kesalahan dan maaf kerana lambat menyiapkan cerpen ini.Follow saya supaya saya lebih bersemangat menulis cerpen selanjutnya.Semoga kamu semua dalam lindungan,aminn :) Stay Safe & Stay Healthy ♡ Take Care, Assalamualaikum & Byee ~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience