Okay. First, aku kenalkan dulu teman lelaki aku. Aku kenal dia sejak zaman sekolah menengah and aku bercinta dengannya sehingga menginjak dewasa. Selepas SPM, hubungan kami bertambah serius tapi kami hanya fokus kepada pembelajaran terlebih dahulu. Di kala cuti semester, kami akan buat perkara yang sama iaitu melakukan 'part-time job'. Sejak masuk universiti, hubungan kami bertambah dekat apabila kami bercadang untuk bersemuka untuk kali pertama.
Absolutely, readers ! Kami PJJ. Percintaan jarak jauh. Tapi tak terlalu fokus kepada percintaan. Pada pertama kalinya, aku anggap dia sebagai adik kerana dia lebih muda daripada aku. Aku kenal dia hanya begitu sahaja. Dan hubungan kami bertambah rapat sehinggalah dia mulai suka pada aku. Guess what? Aku tolong dia berbagai benda termasuklah jadi tolong dia belajar untuk SPM. See? Our relationship is not focus on love, but also focus on life.
Dia lah sahabat. Dia lah teman. Aku tidak kisah jika dia hanyalah teman aku dan aku tidak mempunyai teman yang lain. Susah dan senang kami bersama.
Tapi..
Itu hanyalah semua tanggapan palsu semata-mata.
Dan bila akhirnya aku tahu bahawa dia seorang yang psycho dan amat-amat berbahaya.
Pelbagai agenda yang telah dia buat tapi kantoi akhirnya.
Share this novel