ABD 40: SEBAB SAYA BUKAN DAHLIA!

Romance Completed 1572856

ADRIAN memerhatikan cara Eryna dan lelaki yang melanggar Miya itu berjalan. Ditajamkan fokusnya ke arah pergerakan kaki dua orang itu silih berganti. Berulang-ulang dia memerhatikannya sehingga dia menemui satu persamaan. Kedua-dua mereka seperti memiliki jenis gait underpronation iaitu jenis tapak kaki yang mempunyai lengkungan kaki yang tinggi dan apabila berjalan, mereka yang memiliki gait jenis ini akan meletakkan beban yang lebih pada pinggir tapak kaki. Atau bahasa pasarnya disebut kaki pengkar. Keadaan kakinya yang seperti itu yang membuat Eryna jarang menggunakan kasut tumit tinggi kerana akan mudah terpelecok. Ada kasut khas yang direka untuk underpronation dan hanya 3% penduduk dunia yang mempunyai jenis gait seperti itu.

Jumlah penduduk dunia adalah 7.8 bilion orang mengikut data terkini. 3% daripada penduduk dunia bermaksud 234 juta orang memiliki gait jenis underpronation. Apa boleh terjadi satu kebetulan Eryna dan lelaki itu memiliki pronation yang sama?

Mungkin ya, mungkin juga tidak. Tetapi tidak ada petunjuk lain yang dia temui selain itu. Tidak ada bukti lain, bukti, bukti nyata yang lebih kukuh untuk dia menyabitkan Eryna. Setakat ini dia hanya bergantung pada syak dan curiga.

Selama bekerja dengannya, Eryna pekerja yang cekap, yang setia, yang tidak pernah merungut jika dia menghubunginya pada hujung minggu atau pada waktu apa sekali pun. Semua kerja yang diserahkan kepadanya disiapkan dengan cepat, teratur, dan tepat waktu. Malah Eryna sentiasa menyokongnya.

Dan jika benar Eryna, apa motifnya melakukan itu? Cemburu? Apa Eryna berminat dengannya?

Tetapi tingkah Eryna selama ini tidak pernah menunjukkan wanita itu berminat dengannya. Malah saat dia membuat persediaan perkahwinannya dengan Dahlia, Eryna antara yang paling sibuk membantu. Malah, saat dia mahu menikahi Miya juga, Eryna yang banyak menguruskannya.

Kecuali…Ya! Pada malam dia ke rumah Eryna membawa sebotol wine. Saat minumannya tertumpah, Eryna seperti sengaja menggoda apabila melorotkan jubah tidurnya ke bawah. Entah itu kerana tindak balas atas perlakuannya yang sengaja menunjukkan minat pada PAnya itu atau Eryna sebenarnya sudah lama berniat mahu melakukan itu.

Bingung. Bingung. Bingung.
Walaupun sudah ada sedikit bukti samar, tetapi itu belum cukup untuk dia bertindak.

Menghela nafas lelah, Adrian bersandar pada tempat duduknya dengan wajah putus asa. Tangan bergerak mengusap mata yang senak kerana mengadap skrin terlalu lama. Apa lagi yang harus dia lakukan? Tidak mungkin dia bertanya Eryna langsung. Tidakkah itu seperti menuduh kerana dia tidak memiliki bukti kukuh?

Mahu bertanya Miya? Mimpi.
Keadaan tidak akan jadi sesulit ini jika Miya membuka mulut.

“Miya…What should I do?” keluh Adrian sambil meraup wajahnya berkali-kali.

.
. .

“DADDY, when will you come back to our home?” Pertanyaan Lora itu membuat Adrian terhenyak. Ketika itu mereka di dalam kereta selepas Adrian menjemput anaknya itu dari rumah Datin Fauziah untuk dihantar ke kondo.

Lama Adrian terdiam. Pertanyaan itu juga membuat dia sedar, semakin suntuk masa yang dia ada untuk kembali rujuk dengan Miya. Kebekuan dan kedinginan Miya benar-benar menyulitkannya.

“Lora nak kita macam dulu. We were having breakfast and dinner together, laughed together. Sekarang dah tak best. Omma pun dah tak happy.”

Mendengar kata-kata Lora, Adrian menarik anaknya itu ke dalam pelukan. Satu kucupan dia hadiahkan pada puncak kepala Lora.

“I’m sorry. Bagi daddy sikit masa lagi, okay? I promise we will be back together.”

Lora mengangguk dalam pelukan daddynya.

“But you have to help me,” ujar Adrian. Pelukan dia leraikan sebelum matanya merenung tepat ke dalam anak mata Lora.

“Tolong apa?” tanya Lora.

Adrian tersenyum sebelum menceritakan perancangannya kepada Lora. Cepat Lora mengangguk dan bersetuju dengan wajah teruja.

“I will help you, daddy.”

“Good girl.”

.
. .

BERKALI-KALI Lora memanjangkan lehernya ke luar, melihat jika daddynya sudah sampai. Daddy akan menjemputnya awal hari ini kerana mahu menempah kek untuk omma. Tiga hari lagi hari jadi omma. Dia dan daddu sudah merancang kejutan hari lahir paling istimewa untuk omma. Hanya mereka bertiga.

“Mana daddy ni…” Lora sedikit mengeluh.

“Sekejap lagi daddy sampailah tu,” pujuk Datin Fauziah.

“Nanti kedai tutup. Tak sempat tempah kek untuk omma.”

Datin Fauziah tersenyum sambil mengusap lembut puncak kepala cucunya. Sayang sungguh Lora dengan Miya. Saban hari nama Miya tidak pernah lekang dari bibirnya, seolah-olah Miya adalah ibu kandungnya. Namun dia tidak marah, apatah lagi cemburu. Malah dia lega kerana setidaknya dia tahu, Lora diasuh oleh seorang wanita yang baik; yang mengasihi Lora sama seperti ibu kandungnya.

“Dah beli hadiah untuk omma?” tanya Datin Fauziah. Sejak beberapa hari lepas Lora bercerita tentang hari jadi Miya, sehingga telinganya jadi lali.

“Lepas tempah kek, daddy bawak Lora beli hadiah untuk omma.”

“Nak beli hadiah apa?”

Lora mengangguk. “I use my own money.”

“Really? Where did you get the money?” tanya Datin Fauziah.

“I sold my favourite bag at eBay. Daddy helped me.”

“Which one?”

“The one that we bought in Paris last year.”

“Wow.” Lebar senyuman Datin Fauziah memandang cucunya. Lora sangat sayangkan barang-barangnya, terutama beg. Ada bermacam-macam beg dengan pelbagai saiz yang menjadi koleksinya. Beg yang dijualnya itu baru sekali digunakan jika tidak salah ingatan Datin Fauziah.

“Kenapa tak guna duit daddy je?” tanyanya.

“Kalau guna duit daddy, maksudnya hadiah tu dari daddy. Lora nak bagi omma hadiah dengan duit Lora.”

“Mesti omma suka hadiah Lora.”

Lora mengangguk teruja. Tidak sabar dia mahu memberi hadiah itu kepada Miya.

Bunyi enjin kereta memasuki laman rumah Datin Fauziah membuat Lora segera berlari ke pintu.

“Daddy dah sampai!” jeritnya. Terlonjak-lonjak tubuhnya tidak sabar mahu menunggu daddynya keluar dari kereta.

Adrian memandu kereta sendiri kerana hari ini dia mahu meluangkan masa dengan Lora, membuat persediaan untuk kejutan hari lahir Miya.

Tersenyum dia melihat Lora sudah menunggunya di depan pintu utama. Bergegas dia menangalkan tali pingang keledar sebelum membuka pintu kereta. Melihat Lora teruja, membuat dia juga tidak sabar.

“Daddy!”

“Hai. Are you ready?” tanya Adrian sambil mendekati anaknya itu.

“Dari tadi duk tertunggu-tunggu. Kenapa Daddy lambat, kenapa daddy tak sampai lagi. Dah tak sabar sangat dah tu.”

Adrian tersenyum sambil mengacak-acak rambut Lora.

“Kirim salam pada Miya nanti ya. Dah lama mama tak tengok dia,” ujar Datin Fauziah.

“Oh…Emosi dia tak berapa baik lepas keguguran hari tu.” Adrian beralasan.

“Ambil cutilah Adrian. Bawak Miya pergi bercuti. Just the two of you. Mama boleh jaga Lora.

Adrian mengangguk samar. Rujuk pun belum. Mana mungkin dia membawa Miya pergi bercuti.

“Dia dah banyak tolong jaga Lora. Bukan senang mak tiri nak terima anak tiri dan sayang macam anak sendiri. Bila mama tengok Lora sekarang, rasa macam tak percaya yang dia dulu pernah depression. Tak nak senyum, tak nak bercakap. Mama sampai give up nak bawak dia jumpa psikiatris. Langsung tak ada perubahan.”

Adrian diam. Dilarikan pandangannya ke arah Lora yang sudah masuk ke kereta.

“So, appreciate and love your wife well. She did a lot for you and your daughter and Lora is noticing how you treat her.” Berhati-hati Datin Fauziah menyelitkan sedikit nasihat tanpa berniat mencampuri urusan rumah tangga Adrian dan Miya. Lora pernah memberitahunya yang Adrian pernah memarahi dan menengking Miya dan rasanya dia tidak boleh membiarkan perkara seperti itu terus berlaku. Namun dia tidak mahu terlalu ketara menunjukkan yang dia tahu. Biarlah Adrian menganggap nasihat itu adalah nasihat ikhlas seorang ibu yang mahukan anaknya bahagia.

“Inshaa’Allah.”

“Baguslah macam tu.”

“Saya pergi dulu.”

“Yalah.”

Adrian berlalu. Datin Fauziah pula tidak berganjak sehingga kereta menantunya itu hilang dari pandangan.

“SO, dah tanya omma suka kek apa?” tanya Adrian. Tangan lurus memegang stereng, dia melirik Lora sekilas.

“Dah. Omma suka kek vanilla with white fresh cream. Mesti ada strawberry.”

“Okay.”

SAMPAI di kedai kek, Adrian membiarkan Lora membuat tempahan. Diperhatikan saja anaknya itu memberi gambaran kek yang dimahukannya kepada pembantu kedai.

“Each cake layer must be the same height. Because my mom will measure everything and I’m afraid she will feel uncomfortable when she cut the cake and find out the layer is not in the same height. But a difference of 0.1 to 0.2 inches is still acceptable.”

Adrian tertawa perlahan sambil menggeleng. Dilirik pembantu kedai yang mencatat setiap pesanan Lora dengan wajah yang tidak menyiratkan apa-apa. Namun dalam hati mungkin sebal dengan kecerewetan Lora.

“For decoration, only use strawberries. Uncut strawberries.”

Lora memerhatikan pekerja kedai itu menyelesaikan catatannya. Namun, untuk memastikan tidak ada apa-apa yang tertinggal, dia meminta buku catatan daripada pekerja itu dan membacanya semua; memastikan apa yang dipesannya tadi dicatat dengan sempurna.

Lagi-lagi Adrian menganga tidak percaya. Itu…perangai Miya. Secepat itu ‘penyakit’ itu berjangkit kepada Lora?

“Okay, perfect. Thank you.” Lora memulangkan semula buku catatan kepada pekerja itu sebelum melangkah keluar dari kedai bersama daddynya.

“How’s omma?” tanya Adrian sambil membantu Lora memasang buckle pada carseatnya yang diletakkan di tempat duduk penumpang.

“She’s good, but not as good as before.”

“Why?”

“She looks unhappy. Maybe because you’re not there.”

Adrian tertawa. Polosnya pemikiran Lora. Jika dengan ketiadaannya pun, Miya tidak gembira. Kalau dia ada di sana, tentu Miya akan bertambah tidak gembira.

Apa Miya masih bersedih dengan keguguran itu? Atau ada perkara lain yang mengganggu fikirannya?

“Lora pernah tanya kenapa omma tak happy?” tanya Adrian sambil mengundurkan kereta sebelum memandu keluar dari petak parkir kedai kek.

Lora angguk. “Ada. Tapi omma kata dia okey.”

“Hmmm…Kalau macam tu, we will make her happy, okay?”

“I can’t wait to celebrate omma’s birthday.”

“Me too.”

.
. .

SEPERTI biasa Miya akan menunggu di dalam kereta di parkir bawah tanah kondo yang didiaminya sehingga dia melihat kereta yang dipandu Akram sampai.

Esok hari Sabtu dan Miya bercadang malam ini dia mahu tidur lambat dan menghabiskan malamnya dengan menonton drama Korea. Bermalas-malasan di atas sofa, sambil makan kerepek tanpa perlu memikirkan bebanan kerja, maka nikmat Tuhan mana lagi yang engkau dustakan?

Beberapa minggu ini fizikal dan mentalnya letih. Banyak pekerjaan yang memelukan perhatiannya sehingga kadang kala dia merasakan seluruh otaknya kering dikuras. Entah itu kerana dia terlalu komited, atau sebenarnya dia sengaja menyibukkan diri kerana tidak mahu terlalu memikirkan masalah hidupnya yang terlalu rumit.

Rumit?

Ya, rumit.

Dia mahu meninggalkan Adrian. Habis edah, dia mahu keluar dari kondo itu. Namun Lora seperti mengikat dan merantai kakinya supaya terus berada di situ. Malah setiap malam sebelum tidur, Lora memintanya berjanji supaya tidak akan meninggalkannya. Dia hanya mengiakan meskipun dalam hati berkata sebaliknya.

Dia bukan ego, tetapi dia tidak mahu bersama lelaki yang tidak tahu menghargai. Dia tidak minta Adrian menyayangi atau menghargainya seperti mana lelaki itu memperlakukan Dahlia. Tidak. Kerana dia sedar dia bukan Dahlia. Dia Miya. Perempuan biasa yang kebetulan bertemu Adrian dalam keadaan mereka sama-sama terdesak, sebelum terperangkap dalam perkahwinan tanpa cinta.

Setidaknya dia mahu Adrian memperlakukan dia seperti seorang isteri yang perlu dijaga hati dan perasaannya. Dia ada perasaan meskipun dia tidak pernah mempamerkannya. Dia tidak pernah cuba menjadi Dahlia, apatah lagi menggantikan tempatnya. Dia hanya cuba menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu. Itu saja. Salahkah? Apa dia perlu mengabaikan semua tanggungjawab itu supaya tidak dituduh cuba mengambil alih tempat Dahlia?

Ketukan pada cermin kereta membuat Miya terlonjak kaget sehingga terjongket bahunya. Pantas dia menoleh ke samping dan melihat Akram berdiri di luar keretanya, namun dia tidak melihat Lora.

“Mana Lora?” tanya Miya setelah menurunkan cermin.

Tidak menjawab, tetapi Akram menghulurkan telefon kepada Miya, dengan talian yang sudah tersambung.

Menyambut telefon yang dihulurkan, segera Miya melekapkan benda pipih itu ke telinganya.

“Hallo.”

“Omma.”

“Lora? Where are you?”

"Omma...daddy tak ada. Teacher tak benarkan Pakcik Akram jemput Lora kalau tak ada daddy atau omma. Boleh omma ikut Pakcik Akram datang tempat Lora?"

"Oh...Daddy pergi mana?" tanya Miya. Entah mengapa Miya bertanya tentang Adrian, tetapi pertanyaan itu keluar begitu saja dari bibirnya.

"Tak tahu."

"Hmm okey. Omma pergi jemput."

"Thank you omma. Cepat tau."

Okey."

Miya menyerahkan telefon kepada Akram sebelum mengambil beg tangannya dari tempat duduk penumpang dan keluar dari kereta.

"Kenapa tak bagitahu awal-awal Adrian tak boleh jemput Lora? Boleh saya balik awal sikit. Kesian Lora dah nak malam ni masih kat sekolah lagi," leter Miya sambil mengekori langkah Akram ke kereta.

"Saya pun tak tahu, puan."

"Dia pergi mana?"

"Tak tahu, puan."

"Dengan Eryna ke?"

"Saya tak pasti."

Miya mencebik. Dalam hati sempat mengutuk Akram yang tidak tahu apa-apa tentang Adrian. Tak tahu. Tak pasti.

"Kut ya pun nak pergi mana-mana, janganlah sampai lupa anak!" Gerutunya.

Akram yang mendengar gerutuan itu hanya tersenyum nipis sebelum membukakan pintu kereta untuk Miya.

"Terima kasih." Seperti dulu, Miya tidak pernah lupa mengucapkan terima kasih kepada pemandu Adrian itu.

HAMPIR sejam perjalanan, masih tidak menunjukkan tanda-tanda mereka akan sampai ke sekolah Lora. Miya menegakkan tubuh sambil mata mula meliar melihat suasana sekeliling yang sudah gelap.

"Kenapa kita belum sampai?" tanya Miya. Hatinya mula rasa tidak sedap. Apa dia sedang diculik? Tetapi siapa? Adrian?

Motif?

"Sekejap lagi kita sampai, puan."

"Awak tak culik saya kan?"

"Tak."

"Habis tu kita kat mana sekarang? Takkan Lora sekolah jauh macam ni?" Miya masih tidak berpuas hati dengan jawapan Akram. Pernah diperdaya oleh Eryna membuat dia takut untuk mempercayai orang kepercayaan Adrian itu.

"Lora tak kata dia kat sekolah kan?"

Kata-kata Akram itu membuat Miya terkesiap. Serta-merta tubuhnya menegang.

"Awak nak bawak saya pergi mana ni?"

"Tempat Lora."

"Akram, saya nak awak berhenti sekarang! Stop! Stop! Turunkan saya kat sini! Now! Now!"

Miya menjerit panik sambil menepuk-nepuk cermin kereta. Pemegang pintu ditarik-tarik, namun tidak berhasil membuka pintunya.

"Turunkan saya Akram!!!"

"Sekejap lagi, puan." Akram juga panik dengan reaksi Miya, namun dia cuba berlagak tenang.

"I shouldn't trust you. Awak pun sama macam Eryna. Mesti Adrian yang suruh awak..."

"Kenapa dengan Eryna, puan?" Akram bertanya, menyela perkataan Miya.

"Akram, tolong turunkan saya kat sini. Saya tahu awak baik. Awak tak macam Eryna. Tolong Akram..." rayu Miya dengan tangis yang sudah tidak terkawal.

"Apa yang Eryna dah buat, puan?" Tidak mempedulikan rayuan dan tangisan Miya, Akram terus bertanya.

"Akram, tolonglah...Awak baik. Awak tak sama macam Eryna. Tolong turunkan saya kat sini..."

Akram akhirnya memberhentikan kereta sebelum dia keluar dan membukakan pintu untuk Miya.

Miya cepat-cepat berlari keluar sebelum dia terpinga-pinga melihat suasana sekelilingnya.

"Lora? Sekolah? Mana sekolah? Mana Lora?"

Tidak ada bangunan sekolah. Malah tidak ada walau satu bangunan pun. Yang ada cuma...Deruan ombak yang mengusir kesunyian malam, angin yang berpuput hingga menerbangkan rambutnya, juga sebuah khemah dengan simbahan cahaya 'fairy light' daripada lampu LED bulat bertali, membuat Miya bingung sejenak.

Saat dia masih tercengang-cengang tidak tahu apa yang sedang berlaku, nyanyian lagu 'happy birthday' dari arah kirinya membuat Miya menoleh.

Lora dan Adrian muncul, berjalan ke arahnya dengan membawa sebiji kek.

"Lora..." Entah mengapa Miya tidak dapat menahan air matanya membuat dia teresak-esak semula. Mungkin kerana lega andaian dia diculik oleh Akram itu tidak benar, atau dia sebenarnya terharu dengan kejutan ini, atau mungkin juga kedua-duanya.

"Omma..." Nyanyian lagu 'happy birthday' itu terhenti apabila Lora mendengar tangisan Miya.

"Lora..." Miya menerpa ke arah Lora. Bertinggung, wajah Lora yang sedang memegang kek itu ditatap lekat dengan pandangan berkaca.

"Kenapa tipu omma? Lora tahu tak omma takut, risau, sampai rasa macam nak mati...Lain kali jangan buat macam ni lagi."

"I'm sorry. I just want to surprise you," jawab Lora perlahan. Melihat wajah panik dan tangisan Miya membuat dia diterpa rasa bersalah tidak semena-mena.

"It's okay. Omma tak marah. Omma cuma takut."

Adrian yang hanya memandang gelagat dua orang itu sejak tadi, beralih pandangan ke arah Akram yang masih tercegat di belakang Miya. Isyarat mata Akram mengajaknya berbicara. Mengangguk sedikit, Adrian bertinggung, sejajar dengan ketinggian Lora.

"Cepat suruh omma tiup lilin," ujarnya.

"Omma, tiup lilin."

Miya tersenyum lantas akur dengan permintaan Lora. Sekali tiup, api dari tiga batang lilin itu terpadam.

"Yay!!! Happy birthday omma!!"

"Thank you."

"Lora bawak omma pergi khemah. Daddy nak bercakap dengan Pakcik Akram sekejap," ujar Adrian sebelum berdiri dan mendekati Akram.

"Omma jom."

"Biar omma bawak kek tu."

Lora dengan senang menghulurkan kek itu kepada Miya. Tadi dia berkeras mahu membawa sendiri kek comel itu, tetapi sekarang tangannya sudah mula lenguh.

Miya melirik sekilas ke arah Adrian dan Akram yang sedang berbicara serius sebelum mengekori langkah Lora menuju ke khemah.

"Do you like the cake?" tanya Lora.

Tersenyum, Miya mengangguk. "Itulah yang tanya omma suka kek apa hari tu ya?"

Lora tersengih. "Yup."

"Thank you, Lora."

"You're welcome. Nanti omma makan tau."

"Mestilah."

"Tapi kita tunggu daddy."

"Boleh."

Sementara menunggu Adrian, Miya melayan Lora berswafoto. Cuba tersenyum walaupun dia tidak sepenuh hati berada di sini. Suasana romantis di tepi pantai ditemani bunyi deburan ombak, khemah yang indah, langit yang diterangi cahaya bulan, rasanya tidak sesuai untuk pasangan yang sudah bercerai. Kecuali mereka ada hasrat untuk rujuk semula. Sedangkan dia, tidak pernah berniat ke arah itu.

"Omma, you're so beautiful..." ujar Lora sambil jemari mungilnya melihat semula gambar-gambar swafoto mereka tadi.

"Lora pun cantik."

Tersengih Lora menerima pujian itu.

Adrian kembali sepuluh minit kemudian. Matanya sempat melirik Miya sebelum melabuhkan duduk di sebelah Lora.

"Omma, cepat potong kek," ujar Lora teruja.

"Okey."
Mencapai pisau, Miya memotong kek itu.

"This is for you..." Miya menghulurkan satu potongan kek kepada Lora.

Kemudian satu potongan lagi dia hulurkan kepada Adrian, sebelum dia meletakkan sepotong kek di atas piringnya sendiri.

"Daddy, let's take family photo," ujar Lora sambil menghulurkan telefonnya kepada Adrian.

Tidak menolak, Adrian meletakkan piring kek di tangannya, sebelum mendekatkan tubuhnya ke arah Miya supaya muat mereka bertiga di dalam foto itu.

Miya juga tidak berkata apa-apa walaupun agak canggung berada sedekat ini dengan Adrian setelah hampir dua bulan bercerai.

"Okay smile...1...2...3..."

Snap!

Sempurna.

Di dalam foto itu, mereka kelihatan seperti sebuah keluarga yang sempurna. Senyum cerah yang tergambar pada wajah masing-masing sudah cukup untuk menjelaskannya.

"One more photo. Kita kiss omma," ujar Lora.

Sontak Miya menoleh. Melongo dia memandang Lora dengan wajah tercengang. Namun belum sempat dia membantah, satu kucupan hingga di kiri dan kanan pipinya, sebelum Adrian menekan ikon 'snap' pada kamera telefon Lora.

"Perfect," ujar Adrian.

Miya ketap bibir. Geram. Namun dia tidak mahu melampiaskannya di depan Lora.

"Muka omma merah. Mesti omma malu," ujar Lora ketika dia melihat semula gambar yang diambil daddynya tadi.

"Kalau macam tu kena snap sekali lagi," jawab Miya sebarang. Masih sebal kerana Adrian lancang mencium pipinya. Apa lelaki itu lupa, mereka sudah bercerai?

"Kalau macam tu kena cium lagi sekali," balas Adrian selamba.

Tiada jawapan, sebaliknya jelingan tajam yang Adrian dapat.

"Omma, cepat makan kek tu. Lora yang tempah."

Suara Lora menerbangkan seketika rasa sebal Miya terhadap Adrian.

Mencapai piring keknya, Miya memotong sedikit kek dengan hujung sudu sebelum mencecapnya.

"Sedap tak?" tanya Lora dengan mata berbinar, tidak sabar menanti jawapan Miya.

"Sedap. It is beyond my expectations. Tengok, layer dia pun sama tinggi."

Lora tersenyum sebelum berbalas pandang dengan daddynya.

Bangga dia mempamerkan senyum megahnya apabila melihat Adrian menyebut 'wow' dengan menggerakkan bibirnya.

"Ini daddy yang masak," ujar Lora sambil membuka penutup bekas berisi spaghetti aglio olio.

Ternganga Miya memandang pasta di dalam bekas itu dengan wajah tidak percaya.

Terlalu cantik dan nampak sedap untuk seseorang yang tidak pernah memasak seperti Adrian. Jangan-jangan tukang masaknya yang memasak.

"Impressed with my skills, huh?";ujar Adrian apabila melihat Miya begitu kagum dengan pasta di dalam bekas itu.

Tiada tanggapan daripada Miya membuat Adrian mencapai pinggan. Diletakkan sedikit spgetti ke dalam pinggan, diputarkan dengan cermat sebelum dihulurkan kepada Miya.

"Special for you," ujar Adrian. Spahetti bukan sepenuhnya dia yang masak. Dia hanya membantu Akram memasaknya. Ya, hanya membantu memotong bawang separuh jalan dan memasukkan minyak zaitun ke dalam kuali. Selebihnya Akram yang lakukan.

Lambat-lambat Miya menyambut pinggan yang dihulurkan Adrian sambil memandang putaran pasta di atas pinggan yang nampak kemas dan sempurna.

"Daddy, I want it too."

"How much do you want?"

"One ringgit."

"One ringgit got only one small piece of garlic." Adrian meletakkan satu potongan kecil bawang putih ke dalam pinggan Lora.

"Okay, I want ten ringgit."

"Alright...Ten ringgit you will get two big round of pasta," ujar Adrian.

"Yay."

Miya hanya memerhatika interaksi dua beranak itu. Cara Adrian melayan Lora membuat Mya teringat janinnya yang gugur akibat perbuatan Adrian. Adrian hanya sayangkan Lora kerana Lora dilahirkan oleh Dahlia. Sedangkan anak yang dikandungnya langsung tidak ada harga di mata Adrian.

Mengingat itu, pasta yang ditelan mula terasa berpasir. Lambat-lambat dia mengunyah sambil berusaha menahan genangan air mata daripada melimpah.

"Omma, this is for you." Lora meletakkan sebuah kotak berbentuk segiempat sama di depan Miya.

"Oh..." Suara Lora itu mematikan lamunan Miya tentu janinnya yang sudah tiada. Meletakkan pinggan, dia mencapai kotak berwarna merah jambu itu.

"Boleh omma buka sekarang?" tanya Miya sambil memandang Lora.

Lora mengangguk laju tanpa dapat menyembunyikan perasaan teruja dari wajahnya.

Tersenyum, Miya menarik riben sebelum penutup kotak dia buka. Besar bola matanya melihat silver handwriting bangle di dalam kotak itu.

'I love omma'. Tulisan tangan Lora yang diabadikan pada sebuah gelang perak membuat air mata yang sejak tadi bergenang, luruh tanpa dapat ditahan.

"Lora...This is so nice."

Tersengih Lora mempamerkan barisan gigi susunya yang putih bersih. Bangga kerana Miya menyukai hadiahnya.

"Omma loves you too," ujar Miya.

"Pakailah omma," ujarnya.

"Okey." Tidak sukar untuk Miya memakainya sendiri kerana bangle itu jenis cuff dan tidak perlu dikunci. Ditayang geang itu kepada Lora sambil tersenyum.

"Cantik?" tanya Miya.

"Cantik." Lora mengangguk sebelum memandang daddynya. "Daddy, your turn."

"Oh.." Adrian mengambil sebuah kotak berbalut cantik sebelum menghulurkannya kepada Miya.

Keberatan, namun Miya tetap menyambutnya demi menjaga hati Lora.

"Cepat buka omma," ujar Lora tidak sabar.

"Tak boleh." Adrian cepat-cepat menegah. "Hadiah daddy special untuk omma. Lora tak boleh tengok."

"Ala..." Lora nampak kecewa, namun nampaknya dia tidak memperpanjangkan isu itu apabila kembali menyambung makan.

Miya juga tertanya-tanya apa yang diberi Adrian memandangkan kotak itu agak berat.

Makan malam di tepi pantai itu berlalu dengan tenang. Tiada obrolan antara Miya dan Adrian. Hanya sesekali mereka merespon dan menjawab pertanyaan Lora.

Banyak sebenarnya yang ingin Adrian perkatakan, namun melihat kedinginan Miya membuat dia menahan dulu niatnya. Bimbang membuat Miya bertambah marah dan benci. Juga, tidak mahu merosakkan mood Miya pada hari lahirnya ini. Malah setiap permintaan Lora yang mahu mereka bergambar bersama tidak ditolak oleh Adrian mahupun Miya.

HAMPIR pukul sepuluh malam, mereka berkemas-kemas. Khemah itu dibiarkan sahaja di situ kerana ia ditempah dari sebuah syarikat party planner.

Terpaksa Miya pulang bersama Adrian kerana tadi dia datang bersama Akram dan lelaki itu nampaknya sudah pulang.

Suasana di dalam kereta hening-seheningnya tanpa ada sesiapa yang berbicara. Lora sudah terlelap, Miya membuang pandang ke luar, Adrian pula fokus memandu. Sesekali Adrian melirik Miya yang langsung tidak menoleh ke arahnya. Setia menjadi pemuja tingkap kereta bahagian penumpang. Jika cermin itu bernyawa, tentu dia malu ditenung lama begitu.

SESAMPAI di kondo, Adrian mendukung Lora yang sudah terlelap masuk ke biliknya. Dengan berhati-hati dia membaringkan Lora di katil sebelum menarik selimut menutupi tubuh anaknya itu. Lena sungguh tidurnya sehingga langsung tidak berusik.

Miya yang memerhati dari pintu bilik, berlalu sebaik sahaja Adrian bangun dari katil Lora.

Melangkah keluar dari bilik Lora, Adrian melilau melihat suasana rumah yang sudah lama tidak dijejaknya ini. Tidak ada yang berubah. Masih kemas, bersih, dan teratur seperti dulu.

"Saat melewati dapur, dia melihat kelibat Miya yang sedang menadah air pada penapis air. Segera dibawa langkahnya ke arah itu.

"Miya..."

Miya menoleh, namun tiada ekspresi bermakna pada wajahnya. Datar.

"We need to talk," ujarnya.

"Saya tak ada apa-apa nak cakap."

"Tapi saya ada." Suara Adrian kedengaran tegas.

"Then talk to yourself," ujar Miya lalu menghayun langkahnya keluar dari dapur.

Namun saat dia melewati tubuh Adrian, pergelangan tangannya ditangkap dan dipegang kejap. Terkedek-kedek dia mengekori langkah Adrian sehingga ke luar pintu. Entah mengapa Adrian menyeretnya sehinga ke luar.

"Tolong dengar dulu apa yang saya nak cakap."

Tiada jawapan, namun tidak juga melawan untuk melepaskan tangannya daripada genggaman Adrian. Mungkin kerana tahu tindakannya itu sia-sia sahaja.

"Miya..."

"To talk, it's your choice. To listen, it's my decision."

Adrian merapatkan kelopak matanya. Nafas dihela berat.

"Saya nak awak jawab satu je pertanyaan saya. Jawab ya atau tidak."

Diam.

"Eryna yang hantar makanan dan pil pada awak?" tanya Adrian. Daripada cerita Akram, Miya hanya mengatakan pemandunya itu tidak jahat seperti Eryna. Tetapi tidak diceritakan pula apa kejahatan apa yang dilakukan Eryna, namun Adrian mengagak tentu Eryna yang menghantar makanan dan ubat itu kepada Miya. Apatah lagi melihat bencinya Miya kepada Eryna selepas keguguran itu.

Pertanyaan Adrian itu membuat Miya tertawa sinis.

"Jawab ya atau tidak, Miya. Saya nak tahu dan saya nak kepastian sebelum saya bertindak. Saya nak dengar dari mulut awak sendiri. Saya percaya dengan apa saja jawapan awak."

Lagi-lagi Miya tertawa sinis sebelum dia menggeleng. "Saya takkan jawab."

"Why?!" Suara Adrian sedikit meninggi.

"Sebab saya tak tahu apa tujuan awak nak tahu."

"Supaya saya boleh bertindak."

"Untuk apa?"

Adrian mendesah kasar. "Untuk buktikan yang saya tak bersalah. Bukan saya yang hantar pil tu pada awak, Miya! Saya memang jahat. Saya memang bukan suami yang baik pada awak, tapi saya takkan sekali-kali buat perkara keji macam tu."

"Okay, saya percaya awak tak bersalah."

"Miya...Kenapa susah sangat awak..."

"Sebab saya Miya! Saya bukan Dahlia. Kalau saya Dahlia, saya suka dengan apa yang awak buat. Saya suka bila saya nampak awak ambil berat tentang saya. Saya suka bila awak berusaha untuk buktikan yang awak tak bersalah. Tapi saya Miya! Miya! Saya Miya Liany kalau awak lupa! Jangan buktikan apa-apa pada saya!"

Terkedu Adrian dengan kata-kata yang keluar dari mulut Miya. Apa itu sebabnya sehingga Miya berat mahu bercerita?

"Saya bukan Dahlia! Dan awak tak perlu cuba untuk buktikan apa-apa. Biarkan saya macam ni!"

"Miya...Saya tahu awak Miya. Saya sedar yang awak Miya Liany. That's why I want you back."

"No..." Miya menggeleng lantas menutup kedua-dua belah telinganya; Tidak mahu mendengar apa-apa daripada mulut Adrian.

Geram, Adrian menarik kasar tangan Miya dan menggenggamnya kejap.

"Eryna atau Balqis? Adam kata Balqis yang belikan makanan untuk awak. Saya ada bukti untuk hukum Balqis. Tapi saya tak ada bukti untuk hukum Eryna. Awak tak jawab, awak tahulah macam mana nasib kawan baik awak tu."

"Please stop it, Adrian! Apa pun yang awak cuba buktikan takkan mengubah apa-apa. I won't get back my baby."

"Eryna atau Balqis?"

Share this novel

Marilynn Malikin
2022-10-27 21:27:43 

lma nya menunggu chtpr bru..huuu

Che Mah Thambi Mohamed
2022-10-25 18:58:46 

Apa sebenarnya yg siEryna tu nk,dasar busuk hati

rozidah abdullah
2022-10-24 00:13:12 

tertunggu2. xsabar utk next chap


NovelPlus Premium

The best ads free experience