BAB 5

Romance Completed 855

Kad di tangan aku pandang lama tanpa mampu aku berikan reaksi apa2. Setelah 5 minit berlalu tanpa kata akhirnya aku memandang mikail yang masih tenang duduk menghadapku. Wajahnya tidak menunjukkan apa2. Seolah-olah dia menantikan saja apa yang ingin aku katakan. Sedang dia tahu apa pun yang aku katakan takkan memberikan beza apa2 pada keputusannya ingin mengambil bell sebagai isteri ke dua.

“Why?” tanyaku sepatah.

“I want a son,” jawab Rafael tenang. Tanpa rasa bersalah. Tanpa riak menyesal mahupun bimbang.

Aku tergelak halus. Gelak yang nyata tiada lucunya.

“And i can’t give u that,”ujarku perlahan. Rafael sekadar mengangkat kening kirinya. Pergerakan tu membawa seribu juta kenangan kami bersama.

Betapa suatu masa dulu aku suka sekali mengecup kening kirinya. Yang selalu sahaja dia angkat pabila apa yang aku katakan yang terlalu obvious untuk diberikan apa2 respon. Aku rasa ingin menangis namun kutahan saja. Aku enggan memberi dia lebih banyak lagi kuasa keatas diriku.

Bagiku menagis tu satu kelemahan. Dalam banyak2 kekuranganku, aku tak pernah menagis di hadapan Rafael , tak pernah sekalipun sepanjang perkahwinan kami yang sudah mencecah usia 7 tahun. Aku enggan memecahkan rekod itu hari ini. Di saat yang paling penting ini.

Aku letakkan kad itu perlahan diatas meja. Lalu aku bangkit dari kerusi dan berpusing membelakangkan Rafael.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience