Bahagian 3

Romance Completed 50688

Beberapa hari sudah berlalu sejak terakhir kali dia melihat Ikhsan. Sejak hari itu dia tidak menghubungi Ikhsan. Mana perginya lelaki itu, jika di telan perut bumi sekalipun dia enggan perduli. Azita duduk di atas katilnya selepas menunaikan solat Isyak. Dia teringat beberapa hari lepas bahawa Kyne pernah mengejaknya untuk mengisap rokok, beberapa kali dia ke ‘The coffee bean’ sewaktu teabreak juga dia melihat jejaka itu menghisap rokok, adakalanya dia mendengar lelaki itu batuk-batuk, bukan kerana sakit, tetapi akibat kesan menghisap rokok. Dah lah bibir lelaki itu kelihatan birat, sungguh tidak sepasang dengan wajah tampan yang di milikinya. Azita terpandang kepada komputer riba peribadinya. Dia mendapat satu idea. Ideanya merupakan membina sebuah applikasi yang dapat membantu Kyne berhenti menghisap rokok. Tersenyum dengan Idea yang di perolehinya tadi, Azita segera mencapai komputer ribanya lalu di hidupkan. Dia melakarkan the end product dan function yang bakal terdapat di applikasi itu. Dia Google beberapa codes online sebagai panduan, kemudian power-up Visual studiosnya dan mulai coding. Dua jam coding barulah dia mendapatkan rangka bagi applikasi itu. Idea yang dia ada itu mudah untuk di buat, cuma ada satu bahagian sahaja yang mungkin memerlukan waktu baginya untuk membuat sedikit coding research. Setelah berpuas hari dengan rangka bagi applikasi itu, dia mematikan komputer ribanya lalu tidur. Satu applikasi sahaja, yang paling murah adalah $10,000. Namun applikasi yang akan dia bina itu akan di berikan secara percuma sahaja kepada Kyne, khusus untuk jejaka itu….hmmm adakah Azita telahpun menanam rasa cinta kepada jejak asal UK itu?

Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 malam, ramai sudah lama pulang. Tinggal beberapa karyawan sahaja yang masih menatap screen komputer riba mereka. Azita masuk semula ke pejabat setelah solat Magrib berjemaah di masjid. Dia melabuhkan punggungnya lalu memulai menyelesaikan bahagian yang di tinggalkannya sebentar tadi. Kyne kelihatan masih di tempat duduknya. Dia sedang khusyuk memberikan tumpuan kepada Komputer ribanya, sementara earpiecenya masih terpasang di kedua belah telinganya. Jam sudah menunjukkan pukul lapan malam. Perut Azita berkeroncong dengan hebatnya, dia masih belum makan malam lagi. Di matikan Komputer ribanya lalu mengambil beg tangannya. Azita melangkah ke meja Kyne. Apabila menyedari bahawa wanita itu sedang berdiri di hadapan mejanya, di cabut kedua belah earpiecenya itu lalu di hadiahkan segaris senyuman.

“Dinner? I’ve not had mine, you too right?” Azita memancing Kyne agar makan malam bersamanya.

Hendak makan malam seorang diri, bosanlah! Nak telefon Ikhsan? Eeeee…lagi dia tidak mahu. Jadi dia ajak sahaja Kyne, tak mungkin dia mengajak Sunandan ataupun Zin Ong, kerana kedua-dua lelaki itu sudah bernikah. Kalau istrinya dapat tahu, mati agaknya dia di hentam seorang insan bergelar istri yang cemburu buta. Lagipun dia lebih selesa dengan Kyne.

“Yeah, sure!” Pantas Kyne menjawab.

Kyne mematikan komputer ribanya lalu mengambil beg sandang Emporio Armani miliknya. Di dalam lift Kyne bertanya.

“Where are we heading for dinner?” Tanya Kyne.

“Lau pa sat,” jawab Azita ringkas.

“Is the stalls still open? Isn’t it like close at this hour?” Tanya Kyne sambil menjeling jam tangannya.

“You’ll see….stalls will be open…but the road will be closed,” sengeh Azita.

Kyne tidak bertanya lagi, walhal dia tidak menangkap maksud Azita tadi. Dia hanya mengekori sahaja ke mana Azita melangkah, tanpa banyak bantah. Sesampainya di tempat tujuan, barulah dia menangkap maksud Azita. Benar, jalan raya di sekat, memberi ruang untuk peniaga mencari reski. Jalan raya malah dibentangkan dengan meja makan, di pinggir pula berderetan sate yang dibakar. Azita mengajak Kyne duduk di sebuah meja kosong. Dipesannya pakej sata untuk dua orang, sementara dia menunggu, Kyne membeli minuman. Tak lama kemudian sate yang di pesan pun sampai. Pakej itu juga termasuk udang yang di bakar.

“Kyne, try em,” Azita menghulurkan sebatang sate kambing.

“Is this meat? Like a steak..cut into pieces and stuck it on a piece of skinny chopstick?” Tanya Kyne sambil mengambil sate yang dihulurkan kepadanya.

Kelaka sahaja cara Kyne menyamakan sate itu dengan steak.

“Yes, you can put it in that way…not stop talking and eat,” kata Azita seraya menyuapkan secucuk sate ke dalam mulutnya.

Kyne menjeling kearah Azita lalu dia turut serta memakan sate itu.

“God! This is dammmm good!” Kata Kyne sebaik sahaja dia menghabiskan secucuk.

Tanpa segan silu, dia mengambil sebatang lagi. Seusai makan, baru sahaja Azita hendak beredar, dia melihat wajah seseorang yang amat dia kenali. Ikhsan! Namun yang di lihat Ikhsan sedang duduk bermesraan bersama dengan wanita lain, tepatnya sedang berpelukan dengan seorang wanita yang pakaiannya cukup terdedah. Tak mungkin wanita itu adik beradiknya kerana Ikhsan hanya mempunyai seorang abang, ibunya juga tidak mungkin kerana wanita itu kelihatan muda, lagi pun bukannya dia tidak kenal dengan ibu lelaki itu. Barulah dia sedar bahawa itu alasan mengapa sejak dua menjak itu hubungannya dengan Ikhsan menjadi renggam, rupanya Ikhsan sudah mendapakan pengganti. Matanya sudah berkaca. Langkahnya bencat di situ.

“Azita, are you okey?” Tanya Kyne menghidu sesuatu yang tidak kena pada kawanya itu.

Azita tidak menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Kyne. Sebaiknya di melangkah kearah di mana Ikhsan duduk. Dia berdiri tegak di hadapan meja Ikhsan. Di meja itu terdapat minuman keras. Bukan sahaja dia kecewa kerana Ikhsan telah bermain kayu tiga di belakangnya, dia juga turut terperanjat melihat minuman itu. Barulah Ikhsan perasan akan kelibat Azita di hadapannya.

“Siapa ini Ikhsan?” Hampa kedengaran nada Azita.

Ikhsan berdiri sambil memeluk wanita itu di hadapan Azita.

“Let me introduce you, this is my girlfriend,” bangga Ikhsan menjawab.

Saat itu Kyne sudah berada di sebelah Azita. Dia hanya sebagai pemerhati sahaja. Tak berdaya masuk campur dalam urusan itu.

“Sampai hati awak Ikhsan, awak curang dengan saya!” Nada Azita sudah meninggi, namun agak tersekat-sekat menahan tangisan.

“Saya curang? Ya…tapi cermin diri awak sendiri! Matsaleh yang kat sebelah awak tu siapa? Banyaklah kawan sepejabat!” Tengking Ikhsan.

Kyne tidak tahu apa yang harus dia katakan, kerana sememangnya di tidak faham bahasa Melayu.

“Excuse me, that’s not the way to talk to a lady,” Kyne cuba mempertahankan Azita.

“You shut up! This is between me and her!” Jerkah Ikhsan.

Jerkahannya menarik perhatian orang yang duduk sekeliling dengannya. Azita sudah mulai menangis. Sakan tidak tahan melihat Azita menangis, Kyne merantap coller baju Ikhsan.

“You’ve made her cry, so you better apologise!” ugut Kyne dengan nada yang serius.

Kata Kyne tadi hampir membuatkan Ikhsan menumbuk Kyne. Harga dirinya tercabar. Seolah-olah dia tidakgentleman sama sekali kerana membuat seorang wanita menangis dan tidak pula meminta maaf. Di sisi yang lain, Ikhsan marah kerana Kyne main rantap sahajacoller bajunya di hadapan khalayak ramai. Namun bukulimanya tidak mengena sasaran kerana lengan Kyne di tarik Azita agar mereka tidak bergaduh di tempat awam. Buat malu sahaja, berikan tontonan percuma bagi orang awam, silap-silap masuk Stomp pulak nanti, kecoh satu Singapura!

“Can’t reach me shortie? What’s that? Your hands are too short?” Sindir Kyne.

Apa dia anggap Ikhsan itu budak-budak? Boleh di sindir sedemikian rupa? Kyne ni pun satu, sindir agak-agak lah. Bagaikan singa yang siap untuk membaham, begitulah rupanya Ikhsan saat itu. Sekali lagi Azita menarik lengan Kyne. Azita kemudian mengagahkan diri lalu bersemuka dengan Ikhsan.

“WE BREAK UP! Antara saya dengan awak hanyalah HISTORY!” Teriak Azita sekuat hati.

Azita kemudian menarik lengan Kyne lalu beredar. Hatinya puas tadi, air matanya pula sudah kering. Dia sudah mendapatkan jawapan bagi kelakuan Ikhsan sejak kebelakangan ini. Azita merasakan bagaikan sebuah batu berat sudah jatuh daripada hatinya. Adakah dia merasa bahagia? Bukankah dia sangat mencintai Ikhsan? Cinta? Ya itu dahulu, kini ianya hanya tinggal sejarah. Tetapi soal perasaan, mudahkah untuk ditananm begitu sahaja?

“What you did earlier was really brave!” Puji Kyne.

“Thank you, I feel..…yeah…I feel…” ucap Azita.

Namun dia tidak menghabiskan ayat tadi, air matanya pula sudah mencurah-curah. Betul ke keputusan yang di buatnya tadi? Kalau iya, mengapa air matanya masih mengalir? Hatinya berasa sakit, yes she felt hurt! Kyne menghentikan langkahnya lalu memegang kedua-dua belah bahu Azita. Ditatap gadis itu dalam-dalam seraya berkata.

“I don’t know how much love hurts, but it hurts me to see you crying like this,” Kyne dalam nada memujuk.

Mendengar ayat itu, air mata yang mengalir terhenti, namun di tengah babak romantik itu, kelihatan sebuah Audi R8 putih meluncur laju kearah mereka. Hampir sahaja kereta itu melanggar mereka, namun Kyne sempat menolak Azita ke tepi, dengan dia sekali tercampak ke pinggir jalan raya. Kereta itu sudahpun meninggalkan tempat kejadian. Azita menoleh untuk melihat nombor plat kereta, ternyata kereta yang hampir sahaja melanggar mereka adalah kereta milik Ikhsan. Azita yakin bahawa kejadian ini memang disengajakan Ikhsan bagi menyuarakan rasa tidak puas hatinya.

“Jahanam kau Ikhsannnnnn!” Jerit Azita sekuat hatinya.

Setelah kereta itu hilang dari pandangan, barulah Azita teringat akan Kyne.

“Kyne, Kyne… Kyne are you okey?” Azita bertanya.

Kyne masih kelihatan berbaring di pinggir jalan. Wajahnya mencium permukaan jalan raya. Dia tidak memberikan sembarang response. Azita memanggil nama lelaki itu lagi. Saat dia membalikkan tubuh Kyne, maka kelihatanlah darah pekat yang mengalir dari dahi pemuda kacak itu.

“Kyne, wake up Kyne….don’t scare me…please wake up! Don’t joke around with me like that!” Kata Azita sambil berkali-kali menguncang tubuh lelaki itu.

Darah pekat tidak berhenti mengalir dari dari jejaka itu. Mujur ada pemandu taksi yang berhenti lalu membawa masuk Kyne dengan bantuan beberapa orang yang sedang lalu lalang. Sedang dalam perjalanan ke hospital, Azita tidak berhenti berdoa agar tidak ada apa-apa yang buruk yang bakal menimpa Kyne. Sehelai demi sehelai tisu digunakan untuk menekap dahi Kyne. Kyne yang berbaring di peha Azita masih tidak memberikan sembarang response.

“Don’t worry Miss, your friend is fine. We’ve conduct test and conclude that there is no internal injury, just a minor external injury, Give him time, by an hour or so he will regain conscious,” terang dokter perempuan berbangsa India itu.

Azita mengganguk tanda mengerti kemudian mengucapkan terima kasih kepada dokter itu. Azita melarikan pandangan kepada Kyne. Wajah yang tampan itu kelihatan pucat lesi bagaikan ditoreh tiada berdarah. Azita mendekatkan dirinya kepada Kyne, kemudian dia renung dalam-dalam wajah jejaka tampan itu. Kenapa dia terlalu menggambil berat terhadap Kyne dan Kyne juga bergitu. Mungkin Kyne menggambil berat terhadap Azita hanyalah sebatas kawan kerana sememangnya jejaka itu tiada nafsu terhadap wanita. Tetapi Azita, adakah hatinya sudah tertawan dengan jejaka yang sedang terbaring di atas katil itu? Namun cinta itu tidak mungkin antara mereka kerana mereka bukan seagama, maka perasaan itu haruslah di buang jauh-jauh. Baru sahaja Azita hendak mencapai Iphonenya bagi membuat laporan polis, Kyne sudah sedar.

“Kyne, how are you feeling at the moment?” Gaya Azita bertanya layaknya seorang nurse.

“Kinda dizzy,” terang Kyne jujur.

Katil hospital di naikan agar ianya ‘melipat’ sehinggakan ianya membolehkan Kyne duduk. Azita mencapai segelas air jarang lalu membantu Kyne minum. Wanita itu terlalu perihatin terhadap Kyne. Azita kembali mencapai Iphonenya lalu cuba membuat panggilan polis.

“Who are you calling?” Tanya Kyne, suaranya masih kedengaran agak lemah.

“Police, I’m going to make a police report,” jelas Azita, kemudian dia ke hujung bilik untuk bercakap.

Setelah lebih kurang beberapa minit berbual, dia kembali di sisi Kyne.

“I’m sorry Kyne, I’ve cause this upon you….It’s Ikhsan who did this! I know his car plate number,” Azita meminta maaf.

Kelihatannya dia sudah mulai menangis.

“Shhhhh, it’s not your fault. Copy that, it’s not,” Kyne meyakinkan Azita.

Mentang-mentanglah programmer, asyikcopypaste aje, ayat yang disebutkan juga pakai perkataan copy. Apa manusia itu komputer ke? Manusia bukan Komputer, manusia lebih hebat daripada Manusia! Begitulah ciptaan Allah, mana mungkin ada tolak bandingnya. Azita berhenti menangis lalu di tatap wajah Kyne. Kenapa lelaki ini terlalu baik? Sangat memahami dirinya?

Kesesokan harinyanya Kyne tidak ke pejabat. Bukannya dia masih terlentang di hospital, namun dia di beri cuti rehat di rumah oleh dokter. Itu merupakan kali pertama dia tidak masuk kerja. Ramai di pejabat menjadi tertanya-tanya. Azita hanya berdiam diri sahaja. Maklumlah, selalunya dia yang memberikan ‘Morning greetings’, hari ini pejabat agak sunyi.

“Azita, agak-agak kau…kenapa ya Kyne tak datang?” Tanya Jannah.

Azita tidak bersuara, dia hanya mengangkatkan kedua bahunya tanda bahawa dia tidak tahu. Dia kembali mengingati lelaki itu. Hendak melawat tidak tahu di mana dia tinggal, tambahan pula tidak manis jika anak dara bertandang di rumah orang bujang.

Petang itu, kekhuatiran Azita terhadap Kyne berada di kemuncaknya. Dia mencapai Iphonenya lalu menuju pantry. Kemudian dia menelefon Kyne.

“Hello,” kata Azita.

“Hi Azita,” kata Kyne.

Suaranya kedengaran lemah sahaja di hujung talian. Naiklah tahap kekhuatiran Azita terhadap Kyne.

“Kyne, how are you feeling? Much better or just got worse?” Tanya Azita menginginkan kepastian.

“Azita…I felt horible..I feel…” Lemah suara Kyne menjawab.

Ayatnya pula tergantung di situ. Pandai pula dia bermain dengan past and present tense, sengaja membuat perbualan itu sedikit suspense.

“Kyne, please tell me you are okey…don’t scare me okey?” Nada suara Azita sudah mulai resah.

“I feel much better now! Like way better now!” Tertawa Kyne di hujung talian.

“Kyne! You made me panic earlier!” Marah Azita.

“Ah, you’re jumping into conclusion earlier. You didn’t notice I was using the word ‘felt’, followed by the word ‘feel’ huh?” Kata Kyne.

Pandai pula dia bermain kata ya? Ni bukan English lesson okey? Setelah berbual sedikit, akhirnya talian itu dimatikan.

“So you do care about me after all,” kata Kyne setelah panggilan tamat.

Kyne tersenyum. Terasa dirinya di hargai, ada juga rupanya insan yang mengkhuatirkan dirinya. Kyne masuk ke dapur. Di capainya segelas air jarang lalu dia menelan ubat yang diberikan oleh dokter. Hati Azita sedikit tenang mendengar keadaan Kyne sudah bertambah baik. Dia sangat bersyukur kerana tiada sesuatu yang serius menimpa lelaki itu. Azita dengan tenangnya mengodak secawan milo lalu dia masuk semula ke departmentnya untuk menyambung semula kerjanya.

Di rumah, Azita masih giat menyelesaikan applikasi yang ingin di hadiahkan untuk Kyne. Applikasi yang agak simple itu sudah 80% siap. Background applikasi itu diwarnakan warna hijau kerana lelaki itu suka kepada warna hijau. Azita hanya tinggal beberapa fungsi yang ingin di sertakan di dalam Applikasi itu. Azita bercadang untuk sync applikasi itu kepada telefon bimbit Kyne sebelum hujung minggu ini. Bukankah lebih cepat lebih baik kerana ini menyangkut paut urusan ‘nyawa’. Azita pernah membaca sebuah artikel bahawa setiap kali seseorang itu merokok, ia menyingkatkan jangka hayatnya selama satu minit. Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam, Azita masih terpaku kepada screen laptopnya. Dia masih ingin membina applikasi itu. Tiba-tiba sahaja Iphonenya berbunyi. Dijeling screen Iphonenya, abi rupanya!

“Assalamualaikum Abi!” Suara Azita melonjak.

“Wa’alaikumsalam! Anak abi belum tidur lagi?” Tanya Syed Omar.

“la’, I’m in the middle of developing an app,” jawab Azita.

Perbualan itu berlanjutan sehingga setengah jam. Setelah telefon di matikan, Azita menyambung kerjanya. Rindu dia pada abinya, dah lama pipinya tak dikucup lelaki itu. Rindu! Rindu sangat sangat!

Pagi itu entah apa angin Alan, pagi-pagi sudah sampai ke pejabat. Hanya beberapa orang sahaja yang berada di situ. Azita masuk kedalam pejabat lewat dua minit dari Kyne. Sebenarnya Azita ingin ke meja Kyne bagi bertanya khabar, namum kehadiran Alan membuatkannya menundakan rancangan.

“Guys, important announcement! So far our client is very satisfied with the work we put in. Hence, I am here to say that I am very proud of every single sole of you!” Kata Alan bangga.

Kedengaran sorakan dan tepukan setelah Alan mengakhiri ayatnya tadi. Ingatkan lepas Alan membuat pengumuman dia akan beredar, namun dia masih tetap di situ. Entah untuk apa, nampaknya terlepaslah peluang untuk dia bertanya khabar dengan Kyne. Azita ke lelaman pizza hut lalu memesan pizza untuk lunch. Waktu sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Pejabat sudah sepi, Pizza hut delivery masih belum kelihatan. Kyne pula sedang fokus kepada kerjanya. Mungkin kerana dia tidak hadir semalam, pekerjaannya yang menjadi tertumpuk.

“Pizza!” kedengaran dari luar department.

Azita bengkit lalu mengambil pizza itu, kemudian dia meletakkan pizza itu ke atas meja Kyne. Di tarik kerusinya kearah meja lelaki itu.

“Lunch, Someone has to eat before taking medications right?” Sengaja Azita memancing Kyne dengan menggunakan perkataan Someone.

“You do care about me right? Thanks! My personal nurse,” Usik Kyne.

Ya, Azita memang mengambil berat terhadap lelaki itu. Kenapa ya? Kerana lelaki itu telah menyelamatkan dirinya? Ataupun….ataupun dia telah jatuh…..tak mungkin lah!

Petang itu Kyne mengeajak Azita untuk meminum kopi, namum Azita menolak kerana dia ingin ke masjid bagi menunaikan solat Asar.

“Well, if that’s the case, I’ll wait for you outside the mosque like I always do and we go for coffee afterwards. Okey?” Saran Kyne.

Azita hanya mengganguk. Sementara menunggu Azita, sekali lagi dan untuk beberapa kalinya dia berjumpa dengan pengemis yang sama dan dia juga turut memberikannya nota merah. Sedang dalam perjalanan ke ‘The coffee bean’ seorang pencuri berlari melepasi Kyne, diikuti oleh suara seorang berteriak bahawa dompetnya di curi. Tanpa berfikir panjang, Kyne sudahpun berlari mengejar pencuri itu. Lupakah dia bahawa dokter telah melarangnya untuk melakukan sembarang aktiviti yang berat. Berlari termasuk salah satunya.

“Kyne!” Azita teriak memanggil nama lelaki itu sambil cuba mengejarnya.

Sudahlah wanita itu memakai flats, kalau pakai running shoes tak apa juga, jadi dia jauh ketinggalan di belakang. Rupanya dompet yang di curi merupakan dompet Shazwani. Wanita itu pun turut berlari mengejar pencuri itu.

“Hey! Stop!” Teriak Kyne sambil mengejar pencuri itu.

Kyne menaikkan tahap kelajuannya berlari. Macam speed kereta pula ya kedengarannya? Bahu pencuri itu berjaya ditolakkan ke lantai, namun dompet itu masih di gengamnya. Apabila pencuri itu mendapati bahawa di sudah tiada jalan keluar, di lontarkan dompet LV itu secara kuat ke muka Kyne, namun Kyne tidak sempat mengelak dan dompet itu menghentak dahinya. Kyne rebah ke bumi. Dia masih separuh sedar. Kepalanya terasa berpusing. Selang beberapa minit, Azita pun sampai bersama Shazwani. Mereka masih tercungap-cungap. Pencuri itu pula sudah lari entah ke mana.

“Kyne! Kyne, are you alright?” Azita berkata.

Shazwani mengoyang-goyangkan bahu lelaki itu. Azita sudah hampir mahu menangis, namun airmatanya dengan sendirinya tersekat saat lelaki itu perlahan-lahan menganguk. Kyne menggagahkan diri untuk bediri, pitam rasanya. Hampir sahaja dia jatuh kerana tidak depat mengimbangkan tubuhnya, namun sempat Azita menyambar tubuhnya kemudian di ikuti oleh Shazwani.

“We go to the hospital okey?” Saran Azita penuh kebimbangan pada nadanya.

“It’s okey, I still have my meds at my desk,” Kata Kyne perlahan.

Kyne menggeleng. Akhirnya Kyne di papah Azita dan Shazwani. Sesampainya di pejabat, keadaan menjadi kecoh. Semuanya berdiri keliling meja Kyne, lalu satu-satu bertanya.

“Are you okey Kyne?”

“What happened?”

“OMG!”

Azita dengan pantas membongkar laci Kyne, mencari ubat daripada dokter itu. Di capai botol air mineral lalu di suruhnya Kyne memakan ubat. Kyne bersandar di kerusinya. Shazwani tidak tahu haru berbuat apa kecuali mengucapkan terima kasih. Saat semuanya sudah beredar, Azita masih berada di hadapan Kyne. Di tatap lelaki itu dalam-dalam seakan sedang bersiap sedia untuk menerekam lelaki itu.

“What did you just do? What were you trying to prove? Hero?” Bentak Azita.

Sebenarnya Azita marah-marah pun kerana dia risaukan Kyne. Dia tidak mahu lelaki itu masuk wad lagi.

“I…I was just…it was unplanned..it’sspontaneous,” terang Kyne.

Air mata Azita sudah bertakung. Sebelum dia menangis di hadapan lelaki itu, dia sudah berlari ke tandas. Kyne mengagahkan dirinya untuk bangun lalu mengejar Azita. Di tunggu wanita itu di luar tandas sehingga wanita itu keluar. Tenaga yang masih tersisi digunakan untuk menarik tangan wanita itu agar tidak melarikan diri.

“Azita…” kata Kyne perlahan.

“You got me worried okey! You bad bad bad friend!” Adu Azita sambil dipukul dada lelaki itu berkali-kali.

Kyne membiarkan wanita itu menjadikan dadanya sebagai tempat dia meluahkan perasaan. Pada masa yang sama Kyne bersyukur kerana dia mengetahui bahawa wanita itu benar-benar mengambil berat atas dirinya. Di pejabat pula Shazawani sedang dengan hebohnya menceritakan tentang kejadian tadi. Melopong satu department mendengarkan ceritanya. Sempat pula dia menceritakan riaksi Azita saat kejadian itu berlaku, ha…di sebabkan mulutnya kini satu pejabat sudah mengesyaki sesuatu kepada Azita dan Kyne. Setiap kali mereka ‘ditangkap’ berdua walaupun hanya sebatas urusan kerja, pasti akan kedengaran suara yang mengusik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience