Tiada Lagi Ditunggu

Short Story Completed 375

"Arin, Arin, Arin. Cuba tengok siapa sampai."

Ariana menolehkan kepalanya apabila dia juga selesai didandan dan bersiap dengan pakaian pengantin. Orang itu pun tersenyum melihatnya.

"Amboi. Cantiknya bakal isteri orang ni."

"Awak jangan usik saya, Haziq."

"Eh? Apa pula saya usik awak. Betul. Saya puji ikhlas ni."

"Yalah. Terima kasih atas pujian tu."

Haziq termenung melihat Ariana yang masih membetulkan tudungnya.

"Kenapa, Haziq?"

"Tak ada apa. Saya cuma teringat cerita kita dulu."

"Alah. Janganlah mulakan benda tu, Haziq. Habis cair semua solekan ni."

Haziq hanya tersenyum sambil mengingat kenangan mereka bertiga.
______________________________________________________________________________________________________

Waktu Ariana, Haziq dan Azhar berjumpa untuk merungkai apa yang terungkap. Kalau bukan disebabkan perkelahian antra Haziq dan Azhar, Ariana tidak akan memanggil mereka untuk ke taman yang selalu dilepak.

"Apa maksud semua ni, Azhar? Haziq? Kenapa kamu berdua bergaduh sesama sendiri?"

"Aku tak tahu."

"Kau tak tahu, Azhar?"

"Tak, sekarang ni kau nak aku beritahu Ariana ke apa? Aku malaslah nak gaduh lagi pasal ni, Haziq."

"Diam! Jangan gaduh depan aku. Azhar, beritahu aku apa yang aku tak tahu."

"Ariana, sebenarnya Haziq masih sukakan kau."

"Apa? Apa kau merepek ni, Azhar? Huh? Haziq? Kamu berdua tak main-main kan?"

"Sukalah kau, Azhar. Suka sangat kalau Ariana dan aku gaduh."

"Boleh tak kau diam dulu? Biar aku jelaskan."

"Tak. Kau diam, Azhar. Aku nak Haziq sendiri jelaskan semua benda yang merepek ni."

"Ariana. Aku... Aku...."

"Kau apa, Haziq?!?! Apa semua ni?!?!"

"Ariana, aku tahu kau terkejut."

"Tak, Haziq. Sekarang ni kau cakap lain. Dulu, waktu kau merayu nak jadi kawan aku, kau cakap lain."

Mata air Haziq terus mengalir apabila Ariana juga mengalirkan air matanya. Azhar pun tidak ketinggalan untuk matanya berkaca ketika menyaksikan perbualan mereka.

"Kau tahu tak, Ariana? Hati aku sakit. Aku tak boleh tipu perasaan aku sendiri, Ariana. Setiap kali aku nampak kau rapat dengan Azhar, aku sangat cemburu. Aku tak boleh nampak kau senyum dengan orang lain selain aku."

Suara Ariana bertukar sayu apabila mendengar penjelasan Haziq.

"Apa yang kau merepek ni, Haziq? Aku dah kata sebelum ni. Kita tak boleh lebih daripada kawan."

"Tapi kau pernah sukakan aku, Ariana. Sejak sekolah menengah sampai STPM, kau masih sukakan aku. Takkan kau boleh berubah hati secepat itu, Ariana?"

"Haziq, cuba kau beritahu aku. Macam mana aku terus sukakan kau kalau kau pernah sukakan orang lain dulu? Macam mana aku terus sukakan kau tapi aku sendiri sakit bila nampak kau dengan orang lain?"

"Aku betul-betul minta maaf, Ariana. Aku yang salah. Aku yang bodoh. Aku yang buta. Aku tak sedar semua yang kau buat untuk dapatkan cinta daripada aku."

"Sudah, Haziq. Yang berlalu, biarlah berlalu."

Haziq memahami maksud Ariana. Dia juga menyesal apabila cinta Ariana yang pernah terputik untuknya tidak dihargai waktu dulu. Dia juga rasa balasan ini memang patut diterima oleh dirinya sendiri.

"Kau nak pergi mana, Ariana?"

"Aku nak balik asrama kolej. Buat masa ni, aku nak kau berdua jangan kacau aku selama sebulan ni."

"Kejap, Ariana."

"Sudah, Haziq. Biar Ariana pergi."

"Ariana. Azhar sedar yang dia pun sukakan kau sejak kau berdua rapat."

Ariana memicit dahinya. Dia tidak begitu menyangka bahawa rupanya dia perlu selesaikan masalah dirinya, dan bukan kawan-kawan baiknya.

"Aku balik dulu."

"Ariana."

Azhar menahan Haziq untuk tidak menghalang langkah Ariana. Haziq pun menarik kasar lengannya yang ditahan oleh Azhar.

"Bodoh."

"Biarlah, Haziq. Semua tu tak penting."

"Kau memang spesies macam tu kan? Asyik kata biarlah, biarlah, biarlah."

"Nak buat macam mana? Aku kena terima hakikat yang Ariana pun tak sukakan aku."

"Aku tak buta, Azhar. Cukuplah aku buta cinta Ariana untuk aku. Aku sendiri nampak kau dan Ariana sama-sama suka."

"Sudah, Haziq. Kau tak dengarkah? Dia tak mahu diganggu oleh kita berdua. Maksudnya? Kau dan aku bukan yang dipilih."

"Tak apa. Aku akan pastikan... Aku yang dipilih."
_____________________________________________________________________________________________________

Selepas Ariana mendengar apa yang dikenang semula oleh Haziq, dia tidak menyangka masa begitu cepat berlalu. Haziq menguap sambil meregangkan badannya setelah selesai bercerita.

"Assalammualaikum."

"Waalaikumsalam."

"Masya Allah. Cantiknya bakal isteri abang ni."

"Tak adalah. Biasa ja ni. Oh ya, abang masih kenal Haziq?"

"Kenal. Tapi abang ingat-ingat lupa."

"Kalau abang lupa, nilah kawan abang yang selalu bergaduh sebab sayang."

"Apa? Abang pernah bergaduh dengan Haziq?"

"Ya, betul. Sayang tak tipu. Eloklah abang bawa Haziq berborak kat luar. Dia pasti jawab apa yang abang tanya nanti."

"Sayang halau abang?"

"Bukan halau. Tapi sayang nak bersiap ni. Nanti kelam kabut jadinya bila nak ke masjid."

"Tak siap lagi?"

"Sikit lagi. Dah, dah, dah. Berboraklah kamu berdua sampai sayang siap."

Haziq menggeleng-geleng kepalanya dengan perangai Ariana yang masih belum berubah. Bila dia melihat ke arah bakal suami Ariana, dia berasa empati. Dia teringat kejadian yang Ariana baru tersedar perasaannya terhadap bakal suaminya lalu berlari ke stesen bas untuk berjumpa. Namun, kemalangan itu terjadi ketika bakal suaminya melintas seberang ke stesen bas. Belum sempat Ariana meluahkan perasaannya, bakal suaminya mengalami kemalangan. Disebabkan itu, ingatannya bersama Ariana dan Haziq telah hilang. Bakal suami Ariana hanya teringat kenangannya sebelum terjumpa Ariana dan Haziq.

Kebetulan semua orang di rumah Ariana sudah siap, Haziq pun selesai menceritakan semua kisah antara dirinya, Ariana dan Azhar. Ya, Azhar lah yang ditimpa kemalangan dan bakal menjadi suami Ariana. Walaupun Ariana terpaksa menunggu ingatan Azhar pulih, jodoh mereka berdua tidak ke mana.

(Selepas acara nikah)

Azhar tiba-tiba memeluk isterinya yang sah ketika isterinya sibuk membuka tudung di meja solek.

"Abang?"

"Maafkan abang, sayang."

"Kenapa?"

"Yalah. Abang dah buat sayang tunggu abang pulihkan ingatan yang hilang. Abang tahu sayang waktu tu sedih sangat. Apatah lagi waktu tu sayang tinggal nak luahkan saja perasaan kat abang."

"Abang. Sayang tak kisah pun. Tipulah kalau sayang tak sedih. Tapi sayang belajar untuk terima takdir yang sudah ditentukan. Terima kenyataan sangat pahit dikenang tapi itulah kebenarannya."

Azhar mendekatkan dahinya ke dahi Ariana sambil berkata sesuatu.

"Yang berlalu, biarlah berlalu."

Azhar sekali lagi tiba-tiba menunjukkan kasih sayangnya dengan mengucup pipi isterinya.

"Abang, janganlah usik sayang."

"Abang tak usiklah. Abang nak manja dengan sayang."

Mereka berdua tertawa apabila masing-masing saling bermanja antara satu sama lain. Mereka juga bersyukur atas apa yang terjadi kerana mereka percaya apa yang berlaku, pasti ada hikmah.

"Ramai orang kata 'move on' tu adalah dalam proses melupakan. Padahal 'move on' juga adalah proses menerima kenyataan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience