Rate

CHAPTER 1

Action Series 570

Only lies can't be forgiven.

How can the past be forgiven?

   "Nampaknya dulu aku terlalu meremehkan kau, Annie Bertha." Dia mengejek dengan kesal. Mata hitamnya menatap ke arah wanita yang terlihat tidak terusik dengan kemarahannya. Annie Bertha kembali membawa sebuah kejutan kepadanya, bukan hanya sebagai pewaris harta keluarga Smith. Namun, wanita itu juga menyetujui permintaan ayah untuk menikah dengannya.

Wah! Mereka fikir perkahwinan adalah perkara yang boleh dibawa main. Dia tidak menyangka Annie Bertha telah bertindak sejauh ini.

   Annie Bertha mengangkat bahunya dengan acuh tak acuh. "Aha... Aku tak ambik hati pun dengan apa yang kau kata dulu. But, I'm sorry because I broke your principe." Di akhir bicaranya, dia berbisik sambil menayang reaksi kesian kepada Sky Collin's. Sky mengerutkan keningnya, tangan dikepal dan rahang mengeras. Dia tidak tahu apa yang ada didalam fikiran Annie Bertha.

Dia menghela nafas dengan kasar. Tangannya memukul ke udara mencegah dirinya daripada mencederakan Annie. Kemudian, dia mengusap wajahnya dengan kedua belah tangan manakala Annie Bertha duduk diam di atas sofa.

"Get out from here, Annie." Annie Bertha menahan tangannya yang ditarik oleh Sky. Wanita itu masih lagi duduk melawan Sky yang menariknya secara paksa. "Kau buat apa ni? Jangan degil, Annie." Bentak Sky Collin's. "Lepaslah Sky!" Mereka berdua saling bergelut dan masing-masing tidak mahu kalah.

   "Rumah ni ada banyak bilik! Go get one! You don't deserve to stay here!!!" Sky menjerit dengan sangat kesal. Mereka berdua terdiam. Terlebih lagi Annie Bertha yang langsung berubah tatapannya, kepala menyenget menatap Sky Collin's dengan tajam. "Apa?! Sakit hati?! Tak tau pula kau ada perasaan?!" Jejaka itu bersikap kasar sejak dulu lagi. Annie Bertha sangat mengenali jejaka sombong yang kaya raya ini. Sayangnya, lelaki itu selalu menyusahkannya.

   "Yes- Aku memang takde perasaan. Dan aku takkan pergi ke mana-mana." Annie merentap tangannya daripada pegangan Sky Collin's. Sky mengeluh sekali lagi. "Kenapa kau terima tawaran bapak aku? Kau boleh je kan bagitahu apa yang kau nak?" Nak buat macam mana Sky, benda dah lepas baru terfikir nak bertanya macam tu. Annie memandang ke lain sambil menyilangkan tangan di dada. Dia marah.

Apa yang Annie Bertha mahukan darinya? Mereka saling membenci namun tidak perlulah membalas dendam dengan cara sebegini. Ini bukan balas dendam namanya tapi mengali lubang kuburnya sendiri. Kenapa dia sanggup menggalinya sendiri?

   "Or should I go to your father room?!" Terbuka luas mata Sky, kepalanya segera menghala ke arah Annie Bertha dengan memberikan tatapan merasa terbeban dengan pertanyaan daripada Annie Bertha. Darah naik ke wajah, membara di hatinya mendengan candaan Annie Bertha yang menurutnya tidak wajar.

   "Are you nuts?! Kau nak mempermalukan aku ke?! Kenapa kau tak kahwin je dengan dia sejak awal bodoh!!!" Tangan Sky mencengkam rahang Annie Bertha membuatkan wanita itu berdiri dari duduknya. "Ssakit! Lepas!!!" Annie menepis tangan Sky, agak lambat untuk membuatnya melepaskan cengkaman yang sangat kuat itu.

   "Kau tau kenapa aku tak buat keputusan tu?" Tanya Annie membuatkan situasi menjadi sangat tegang. Dada Sky Collin's terlihat naik turun dengan cepat. Annie Bertha mendekat. Tangannya menepuk dada jejaka yang sangat ingin tahu itu. Dia sudah tidak sabar ingin mendengar jawapannya.

   "Sebab dia akan mati."

   Sky Collin's terkejut dan terus bangun. Dia cepat berpaling ke kanan dan melihat Annie Bertha yang masih tidak sedar. Wajah wanita memerah dan keunguan akibat kejadian kelmarin. Mahu mengingatnya pun dia sudah pening kepala. Yang dia tahu mereka berdua kemalangan ketika mencuba melarikan diri daripada kejaran beberapa orang yang tidak dikenalinya.

Sky Collin's turun dari katil dan mendekati Annie Bertha.

   Namun, orang-orang itu sepertinya tidak mengincarnya. Sebaliknya, mereka mencuba membawa Annie pergi dan dia juga tidak tahu mengapa kali ini musuhnya tidak bertindak mencarinya? Sesungguhnya itulah hal yang terbaik tetapi ia sedikit hampa ketika Annie Bertha sebenarnya sangat mahir dalam mempertahan dirinya bahkan dia tidak peduli dengan keadaannya yang tidak baik dan berusaha menumpaskan mereka juga sebelum dia juga elelapkan mata.

   "Ann... Ann..." Kalau kau nak kata Sky tak gentleman, Annie Bertha akan langsung setuju. Adakah orang yang sedang tidak sihat dan dalam keadaan rehat dikejutkan oleh orang lain? Masalahnya, Sky Collin's sepertinya tidak peduli tentang kesihatannya.
Sky masih menyerunya sehinggalah seorang doktor dan jururawat datang ke tempat mereka.

   "Encik Sky, biarkan isteri encik berehat." Sky segera kembali ke tempatnya. Namun, mata masih lekat melihat Annie yang sedang tidur nyenyak itu. "Doktor, dia okay ke tak?" Dagu di angkat menunjuk ke arah Annie Bertha. Setelah doktor mengecek kondisi tubuhnya, barulah jururawat menukar balutan lukanya.

   "Isteri tuan tak cedera parah. Dia sangat kuat. " Doktor Jun tersengih. Sky mengangguk. Dia menarik kembali kain yang memisahkan mereka kerana tidak ingin menganggu Annie Bertha.

Tidak lama kemudian, setelah doktor dan jururawat pergi. Annie Bertha membuka matanya. Kepala berpaling ke arah tingkap yang terbuka luas. Dia terdiam. Entah berapa lama dia tidak setenang itu apabila sendirian. Lama. Akhirnya, dia bergerak. Bangun dari baring dan turun dari katil. Kaki melangkah menuju ke tandas.

   "Kau nak pergi mana?" Kaki berhenti dengan cepat. Laju saja Sky Collin's bertanya kepadanya. Annie Bertha menatap ke arah Sky. Kemudian, dia menghela nafas. Melihat wajah Sky saja sudah buat dia pening kepala.
"Hei?!" Sky menjerit tidak percaya, Annie Bertha menjelingnya dan pergi begitu saja. Bukannya ke tandas, sebaliknya dia berjalan keluar dari bilik itu. Ada apa dengan dia?

Dia menggelengkan kepalanya dan kembali tidur. Membiarkan Joshua yang mengurus Annie Bertha yang keras kepala itu.

Bersambung...

Hai, Happy Reading and Please support my work. Hope it can make your day!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience