"Bonda Munirah lepak tau dengan Afifah kat rumah Icha." Ucapku pada bonda yang tengah tengok tv.
"Iya pergi lah, balik jangan lewat."
"Okay bonda. terimakasih."
Aku melangkah keluar rumah dan mula berjalan menuju ke rumah Afifah yang terletak di seberang jalan rumah aku. berjalan tapi berlari. macam mana tu?
"Assalamualaikum.. Afifah."
"Wa'alaykumussalam kejap Munirah, aku tengah sapu rumah ni."
"okay." Ucapku dan duduk di kerusi depan rumah Afifah.
Aku malas nak masuk rumah Afifah, lagi-lagi bila ada bapak dia. walaupun Bapak Afifah sepupu jauh dengan walid aku.
"Okay dah siap, Jom."
Aku dan Afifah pun melangkah bersama menuju jasa 5 tempat biasa kami lepak, Ummi Icha ada buka gerai kecil-kecilan dalam rumah. ada jual pelbagai makanan dan minuman. sebab tu budak-budak suka lepak kat situ walaupun tempat nya terbilang agak jauh.
"Afifah, kau bawak duit tak?" aku menyoal Afifah yang tengah memainkan daun lalang yang di cabut nya kat tepi jalan tadi.
"Ada, aku ingatkan nak beli Ais blend."
"Ohh sama lah."
***
"Assalamualaikum Icha."
"Wa'alaykumussalam ha kenapa?"
"Nak Ais blend Anggur dengan oren." Ucap Afifah.
"Okay kejap, korang lepak lah dulu. Carrom ada kat tempat biasa."
"Okay."
Aku dan Afifah pun melabuhkan punggung kami duduk di atas lantai beralaskan karpet tebal. sambil menunggu icha, aku dan Afifah pun mulakan permainan yang biasa kami mainkan ketika lepak.
"Awal lagi dah lepak ya Munirah." Suara Ummi Marina mengejutkan aku dengan Afifah.
"Eeh Ummi hehe."
"Dah makan dah? Ummi ada masak tomyam favorit Munirah, pergilah makan ajak Afifah sekali."
"Eh takpe ummi, Munirah dah makan dah tadi."
"Ha iya lah, kalau nak makan pergi dalam je tau. kak Athira ada kat dalam."
"Baik Ummi."
Aku dan Afifah pun meneruskan permainan kami yang tertunda tadi.
"Munirah, Afifah. nah air korang." Ucap Icha meletakkan Ais Blend di atas meja.
"Terimakasih."
"Eh main bertiga je? kejap aku panggil Aiman."
"Tak payah lah ajak Aiman, kita main bertiga je."
"Kau takut kena bully eh Munirah."
"Bukan takut, tapi aku menyampah. dengan Aiman tu."
"Kau jangan Munirah, kang jadi cinta pulak haha."
"Eh tak ada makna lah Icha aku nak cinta kan dia."
"Oii main apa tu." Suara itu mengejutkan aku icha dan afifah. Aiman rupanya yang datang.
"Ha panjang pun umur kau Aiman, Munirah baru je sebut-sebut nama kau hahaha."
"Tak lah icha ni, mana ada."
" Apa hal Munirah?"
"Tak lah mana ada."
"Aku nak join lah."
"Ha cun, jom main." Icha pulak yang mengajak si Aiman ni main.
Aku dan beberapa rakan aku pun mula memainkan Papan carrom, siapa yang kalah kena tukar orang. satu demi satu kawan yang lain join main. sampai lah masa nya dah pukul sebelas malam.
"Afifah, Balik jom. dah malam."
"Alaa kejap lah Munirah, aku tak memang lagi."
"Ishh kau tak takut ke nak balik lalu depan rumah tinggal tu, aku tak berani."
"Takpe aku berani, kau jangan risau Munirah. bagi aku menang dulu."
"Ishh iya lah iya lah." Aku pun duduk di atas kusyen yang berada di depan rumah Icha.
Mengantuk mata tunggu Afifah siap main, ni nanti kalau balik lewat mesti kena marah walid. aku balik dulu lah, malas nak tunggu Afifah..
Aku berjalan selangkah kedepan, memakai selipar. Afifah datang kearahku. dan memegang bahu ku.
"Merajuk ke Munirah."
"Tak lah Afifah, aku mengantuk dah ni."
"Ha iya lah jom balik."
Aku Afifah dan beberapa rakan kami yang lain nya pun balik bersama, jalan kampung tu memang seram sangat.
"Munirah, kat sini kan ada orang cakap hantu kepala bergelinding." Ucap Daus mula menakut-nakutkan kami.
"Kau jangan Daus, aku cakap dengan cik ema nanti kau habis kena marah." Ucapku merungut.
"Hahaha cakap lah tak takut pon, tapi memang betul lah. ada misteri dalam rumah ni." Ucapnya lagi dan tiba-tiba dia berlari meninggalkan Aku, Afifah, Fikry dan Hafiz.... kami saling pandang satu sama lain, aku yang takut terus berlari sekuat tenaga, begitu juga dengan Afifah.
sesampainya dalam rumah, aku terus mencapai peti sejuk. mengambil sebotol air, menuangkan dalam cawan dan meneguk nya.
"Ha munirah kenapa ni? macam kena kejar hantu pulak." Suara bonda mengejutkan aku.
"Eh tak ada lah bonda." Jawabku, bonda hanya mengerut kan kening nya.
"Ha iya lah, lepas ni tidur esok nak bangun pagi." Ucap bonda dan berlalu pergi.
******
2 tahun kemudian....
"Assalamualaikum Cik Ema."
"Wa'alaykumussalam iya munirah nak apa?" Ucap Cik Ema berjalan ke arah ku dengan membawa sedulang kuih karipap.
"Nak nasi dua, karipap lima."
"okay Munirah, Cik Ema bungkus kejap."
Dalam kampung ni yang dah jadi makcik makcik semua nya dulu berkawan, termasuk lah Bonda aku. Sebab tu anak-anak mereka mesra berkawan, dah macam adik beradik heheh.
Tiba-tiba aku ternampak kelibat daus yang suka menyakat aku, ini lah masa nya untuk kau bagitahu cik ema yang dia suka kacau aku. Kau tunggu ya daus hahaha.
"Cik Ema, anak cik Ema yang bernama Firdaus tu, dia suka menyakat saya tau." Ucapku pada cik ema, tetapi anak mata ku luruhkan ke arah Daus yang tengah menyapu rumah.
"Dausss....kau jangan suka-suka nak menyakat anak gadis orang ya Daus. Mak kahwin kan kau nanti dengan Munirah." Ucap cik ema mula menyakat daus pulak. Aku hanya tergelak melihat ruat muka daus.
"Ishhh tak nak lah mak, munirah tu dah lah macam lelaki. Serabai pulak."
"Kau tak tengok lagi bila aku cantik-cantik daus, putih bijik mata kau nanti hahahaha." Cik Ema hanya terkekeh, aku mengambil plastik berisikan Nasi dan kuih, aku pun terus melangkah balik ke rumah.
Menyusuri jalan kampung, tengok semua rumah. Rasa macam tak sangka pulak sekarang dah umur 19 tahun, spm pun dah siap. dan lepas tu masing-masing semua ada hala tujuan sendiri.
Dah tak ada masa lagi nak lepak-lepak. Apa tah lagi semua ambil bidang kerja lain-lain, macam aku pula ambil bidang undang-undang, Aiman polis dan Haziq nak teruskan kerja di Office Ayah nya.
***
Hari ini adalah hari paling bermakna bagi aku, bonda dan walid. Aku baru sahaja menamatkan masa belajar ku. Aku akan menyambung belajar di Universiti London. Tetapi aku memilih untuk berkahwin sebelum aku belajar ke London.
Haziq. Adalah lelaki yang aku pilih menjadi suami ku, aku dah rapat dengan Haziq sejak sekolah rendah lagi. Sekarang kami telah pun sama-sama berjaya, seminggu yang lepas. minggu depan Haziq akan datang kerumah membawa rombongan keluarga nya nak meminangku. Walid masih lagi keberatan, sebab aku baru je lepas SPM. belum lagi sambung belajar dan bergelar Sarjana Undang-undang.
Share this novel