Bab 2

Fanfiction Series 3653

Kini,
Aku masih bekerja di syarikat appa. Walaupun aku merupakan anak pemilik syarikat ini, aku tidak pernah mendabik dada atau sombong dengan pekerja-pekerja lain. Aku tetap bergaul dengan mereka.

Hari ini, aku bangun lebih awal berbanding eomma dan appa. Cuaca yang sejuk menyebabkan aku menggigil untuk mandi. Jadinya, aku cuci muka ajelah.

Aku turun ke tingkat bawah untuk ke dapur. Aku buka peti sejuk sambil berfikir makanan apa yang aku nak masak.

Akhirnya, aku tutup peti sejuk dan capai tepung yang berada di dalam almari kabinet. Aku adun tepung, kemudian memanaskan kuali leper. 15 minit kemudian, 6 pancake siap dihidang di atas meja.

"Eh, dah siap masak? Bangun awal eh hari ni. Cepat anak eomma buat kerja. Ni sayang lebih"
Eomma berkata apabila melihat pancake sudah siap terhidang.
"Appa dah bangun ke belum? "
Aku bertanya apabila tidak terlihat kelibat appa.
"Dah, nanti dia turun la tu"
Seberapa ketika, appa turun dan kami bersarapan bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience