Rate

Bab satu

Horror & Thriller Series 583

Malam ini terasa masih sangat muda walaupun hakikat nya jam sudah menjangkau pukul 12 tengah malam. Namun muda-mudi tidak kira lelaki mahupun wanita masih leka menari dengan rancak mengikut rentak irama lagu yang dipasang oleh Dj sambil meneguk minuman keras sehingga tidak bersisa.

Lampu sportlight berwarna-warni yang berkelipan didalam kelab malam ditengah bandar itu merancakkan lagi suasana.

Disuatu sudut didalam kelab malam tersebut, seorang pemuda bernama Zack sedang memerhatikan sahaja gelagat pengunjung yang ada datang malam itu sambil meneguk air beer yang sedari tadi gelas berisi air itu dipegang nya sahaja.

Anak mata nya sedang tertumpu pada sekumpulan gadis muda yang cantik dan berpakaian seperti tidak cukup kain itu yang sedang berbual sambil melenggokkan badan mengikut rentak lagu yang dipasang oleh Dj dari tadi tanpa henti.

Diantara empat gadis muda yang duduk hanya selang beberapa meja sahaja dari nya, Zack begitu fokus pada wanita yang memakai baju berwarna merah itu yang sesekali gadis itu sempat menjeling manja kepada nya.

Disudut lain, ada juga pasangan kekasih tanpa segan silu berpelukan mesra sambil jari jemari lelaki itu merayap hampir keseluruh badan wanita yang sedang asyik menikmati sentuhan jari lelaki tersebut.

"Bro…ada lighter?"

Seorang lelaki berbadan sasa datang menghampiri Zack.

"Ada…"

Zack yang sedikit terkejut ditegur lelaki itu terus mengambil pemetik api disaku seluar jeans nya dan memberikan pada lelaki itu.

Lelaki tersebut terus membakar sebatang rokok dan menyedut dalam-dalam sebelum menghembus asap rokok tersebut ke udara.

"Nah…tak nak usha ke?"

Tanya lelaki itu pada Zack sambil menunjuk pada kumpulan gadis yang diperhatikan oleh Zack dari tadi.

"Err…nanti lah bro…hihi."

Balas Zack sambil tersipu-sipu malu kerana sudah kantoi dengan lelaki yang tidak dikenali nya itu.

"Ok…la bro, tapi kalau kau nak 'barang bagus' cari aku...aku duduk dekat meja dekat pintu tu."

Jelas lelaki tersebut sambil menayangkan sedikit bekalan dadah yang dijual nya pada Zack.

"Owh…ok…ok bro."

Sebaik sahaja lelaki tadi berlalu pergi, Zack berasa sedikit lega kerana dalam fikiran nya pada mula tadi lelaki itu berniat memukulnya hanya kerana memandang gadis itu tadi.

Zack segera menghidupkan sebatang rokok dan disedut dia dalam-dalam sebelum dihembus perlahan-lahan, kemudian Zack menghirup air beer didalam gelas kaca itu sehingga habis baru dia beredar pergi dari kelab itu yang semakin lama semakin banyak pengunjung yang datang sehingga diruang pintu keluar kelab agak sesak dengan orang yang datang.

Setelah keluar dari kelab malam tersebut, Zack terus berjalan menuju ke kereta nya yang diparkir dihadapan kedai makan yang sebaris dengan kelab malam tadi. Sampai sahaja dekat dengan keretanya, Zack merasakan seperti ada seseorang yang mengekori dirinya dari belakang.

Tapi ketika dia menoleh kebelakang, Zack tidak melihat sesiapa pun yang berjalan dibelakang nya kecuali ada beberapa orang yang berbual di kaki lima kedai tidak jauh dari kedai makai yang sudah ditutup awal itu.

Zack tidak juga terlalu memperdulikan, mungkin mainan perasaannya sahaja yang ketika itu sudah berasa sedikit pening setelah menghabiskan lima tin minuman keras seorang diri tadi dikelab.

Tabiat dia minum minuman keras itu bermula semasa beliau bekerja di kedai makan bukan bumiputera dulu yang rata-rata rakan kerja nya pada waktu itu bukan beragama islam, dan tabiat nya itu terbawa-bawa sehingga kini walaupun dia tidak pernah minum sampai terlalu mabuk cuma minum untuk memudahkan dia tidur sahaja.

Setelah enjin kereta dihidupkan, Zack terus memandu meninggalkan kawasan itu menuju ke rumah sewanya yang mengambil masa 20 minit jarak perjalanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience