~BAB 1~

Romantic Comedy Series 289

Kelihatan matahari sudah terbit dengan terang sekali dan menerangi bilik anak gadis Tn. Haji Hafiz dan Hjh. Dalila. Namun begitu, pemilik bilik tersebut masih dibawah kain selimutnya, belum ingin membuka matanya walaupun secebis.

Terdengar pintu bilik diketuk dengan kuat oleh seseorang. " Kak Sya! Oo Kak Sya! Akak belum bangun lagi ke ni? Dah nak pukul 7.40 pagi dah ni " jerit Ainara dari luar biliknya. Asyana tersedar apabila terdengar yang pintu biliknya diketuk dengan kuat oleh adik perempuan bongsunya.

Dia terpaksa tidur lewat malam semalam, kerana masalah sengugut menyerangnya dengan tiba-tiba pada pukul 2 pagi tadi. Dia bersusah payah untuk menghilangkan rasa sakit itu dengan menyapu ubat angin sehingga habis 1 botol digunanya. Dibiarkannya sehinggalah terlena tanpa sedar.

"Yaa, akak dah bangun ni. Dah bersiap ni. 20 minit. Nanti akak turun kejap lagi" tipunya walhal dia masih dibawah selimut di atas katil empuk miliknya. Asyana bangkit dari katil miliknya dan mengarahkan kaki ke bilik air sambil mengambil tuala yang berhampiran di pintu bilik airnya.

_________________________________________________________


Sementara di kediaman mewah milik Tan Sri Amin pula, kelihatan di meja makannya terhidang penuh oleh makanan-makanan yang boleh dikatakan sembilan puluh peratus makanan berasaskan penggunaan rempah ratus Melayu. Hal ini kerana isteri Tan Sri Amin iaitu Pn Sri Leeya seorang yang pengemar akan masakan Melayu walaupun keluarganya merupakan daripada keturunan orang-orang berada.

"Ammar awal hari ini bersiap? Ada meeting pula ke?" tanya Pn Sri Leeya apabila melihat kelibat anak terunanya menuruni tangga.
" Ha'ah. Awal sikit hari ni Mama. Ada klien dari Seoul datang pukul 8 pagi ni. Ammar takut terlewat ,nanti terlepas pulak projek kali ni" balasnya sambil duduk di salah sebuah kerusi di meja makan.

Ammar Yusoff menjadi ' gila kerja ' selepas peristiwa hitam di dalam dirinya berlaku. Dia sering bertolak awal pagi ke tempat kerja dan lewat malam baru sampai ke rumah. Pn Sri Leeya dan Tn Sri Amin bimbang akan keadaan diri anak bujangnya yang semakin kuat bekerja setelah berlaku kejadian hitam itu. Walaupun pada hujung minggu, ada sahaja kerja pejabat yang ingin dibuatnya semenjak papanya menyerah company Az Holding kepadanya untuk diuruskan. Hal ini selepas Tan Sri Amin tidak larat mengurusnya dan ditambah dengan sakit tua miliknya, menyebabkan dia berehat dirumah sahaja.

_________________________________________________________

Setelah siap sarapan , Asyana dan Ainara bersalaman dengan ibu dan bapanya sebelum berangkat ke kuliahnya. Asyana dan Ainara belajar di universiti yang sama iaitu UiTM. Jarak umur diantara mereka hanya 2 tahun. Asyana berumur 22 manakala Ainara berumur 21 tahun. Setiap pagi mereka akan berangkat bersama ke destinasi yang sama, hanya waktu pulang sahaja mereka tidak pulang bersama kerana jadual kuliah masing-masing tidak sama.

Ketika di dalam kereta Ainara bersuara "Akak, hari ni Nara balik lewat sikit, nanti balik Nara nak tumpang kawan Nara, Una". "Okay . Sebabkan akak pun kena balik awal sikit hari ini, sebabkan sesungut akak kuat sangat menyerang. Hmm, macam biasalah. Akak nak MC untuk kelas petang" Ainara hanya mengangguk lembut. "Dah makan ubat belum?" Soalnya. "Belum, dah cari dalam bilik tadi tak jumpa, so terus berangkat cepat-cepat".
"Ish dia ni. Nanti balik rehat" nasihat Nara kepada kakaknya. Dia tahu apabila kakaknya macam tu ,kakaknya akan merasa sakit.

Ada satu masa dia ke kenduri Mak Ngah, kakaknya mengadu sakit pinggang dan dia buat tak tahu sahaja. Tapi dalam setengah jam dia mendapati kakaknya itu pengsan menahan sengugut itu. Walhal masa period Ainara,dia tidak merasa apa-apa sakit sedemikian kata kakaknya dia seperti mahu melahirkan seorang 'baby', macam lah dia pernah lahirkan seseorang. Hahahaha.
Gelak Nara halus apabila teringat peristiwa itu.

"Apa yang kamu gelak-gelak ni? " tanya Asyana sambil serius memandu kereta. "Takde lah kak, teringat kenduri mak ngah 2 bulan lepas, akak pengsan sbb benda ni. Hahaha." gelaknya. "Uish seronok kau ekk.. ejek aku.ish budak ni".

_________________________________________________________

Maaf Kalau korang rasa xsyok mana ..sbb sya try menulis karya sdri ..ilham drp duk baca orang lain punye.. try nk jadi author dalam bidang ni????.. Kalu ada salah silap maaf ye.. nnt bab 2 akan menyusul..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience