Bab 26 Pertama Kali

Romance Completed 258256

"Abang rasa okay tak Sarah pakai baju tidur ni,"tanya Maisarah pada suaminya yang kelihatan terdiam memadang ke arahnya.

"Mmhm, entahlah"jawab Izat singkat kerana ia tidak tahu untuk menjawab pertanyaan isterinya itu.

Izat dapat merasakan jantungnya mula berdebar-debar melihat isterinya itu dengan pakaian yang menampakkan bentuk badan isterinya itu dengan jelas. Izat juga merasakan sensasi yang tak dapat ia ungkapkan dengan kata-kata. Ia juga dapat merasakan senjatanya seolah-olah terbangun bila melihat tubuh badan isterinya itu.

Maisarah datang menghampiri suaminya itu. Lalu ia melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya itu.

"Abang kenapa tengok Sarah semacam je ni?,"tanya Maisarah mula ingin merebahkan badannya.

"Abang tak sangka mak akan belikan baju macam ni dekat Sarah,"kata Izat cuma melindungi perasaan gelora di hatinya.

"Alah,mak abang tu saja je. Lagi pun abang bukannya ada nafsu pun dekat Sarah. Jadi tak ada masalah kalau Sarah pakai baju ni kan,"kata Maisarah.

Izat hanya mengukir senyuman pada isterinya itu,sambil tangannya mengaru kepalanya yang tidak gantal. Maisarah yang melihat gelagat suaminya itu agak hairan.

"Abang tak mau tidur lagi ke?"tanya Maisarah bila melihat suaminya itu masih belum mahu merebahkan badannya.

"Abang nak tidurlah ni"jawab Izat agak gugup.

Izat menutup suis lampu lalu ia merebahkan badannya di samping isterinya itu. Sarah mula meletak kepalanya di lengan Izat suaminya itu. Izat membiarkan sahaja isterinya itu meletakkan kepala di lengannya. Izat merasakan debaran di jantungnya semakin menjadi-jadi. Ia juga dapat merasakan salah satu angota badannya mula teransang.

Izat tak mampu untuk melelapkan matanya kerana ia merasa ada sesuatu yang belum dapat di lunaskan. Izat cuba mengawal perasaannya itu. Tapi ia merasakan tak mampu dan ingin melunaskan hasratnya itu.

"Sarah dah tidur ke?" tanya Izat.

"Belum...Kenapa abang tanya?"soal Maisarah.

"Abang rasa tak selesa dan mula rasa teransang dengan Sarah. Boleh abang nak minta hak abang sebagai suami malam ni"kata Izat agak sedikit gugup.

"Boleh,memang itu hak abang sebagai suami"kata Maisarah sedikit malu.
Izat mula melakukan aksinya. Ini pertama kali baginya,begitu juga dengan Maisarah.

Malam ini Izat telah memecahkan dara isterinya itu dan menabur benih di dalam rahim isterinya.Izat merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya pada malam ini. Kerana sebelum ini ia boleh mengawal dirinya bila melihat isterinya membuka baju di depannya. Sebenarnya sudah berapa malam ini ia mula agak bernafsu pada isterinya.Tapi malam ini tiba-tiba ia tidak dapat mengawal nafsunya itu bila melihat isterinya itu memakai baju tidur yang agak seksi.

Izat dapat merasakan ibunya telah meletakkan sesuatu di dalam air herbanya itu. Sehingga ia tidak dapat menahan nafsu berahinya. Tapi Izat sedar apa yang ibunya lakukan itu demi dirinya dan Maisarah. Izat juga sedar semasa ia minum air herba tadi airnya terasa lain sedikit dari biasa.

-----------

Pagi ini Maisarah terbangun dahulu dari Izat suaminya. Maisarah bangun dan ingin turun dari katil. Semasa ia ingin melangkah kakinya alat sulitnya merasa pedih dan sakit.

"Ahh"jerit Maisarah kerana menahan rasa pedih.

Izat mendengar jeritan yang keluar dari mulut isterinya itu. Lalu ia membuka matanya dan melihat Maisarah seperti menahan sakit. Izat segera bangun dan menghampiri isterinya itu.

"Maafkan abang"kata Izat sambil memengang tangan isterinya itu.

"Tak pa,itu dah tanggungjawab Sarah. Abang jom kita mandi sama-sama,"kata Maisarah.

"Okay,"kata Izat lalu ia bangun dan mengambil tuala.

Melihat Maisarah agak sulit untuk berjalan. Izat menarik tubuh isterinya itu lalu mengakat tubuh isterinya itu menuju ke bilik air. Maisarah agak terkejut dengan tindakan suaminya itu pada mula. Tapi hatinya sedikit berbunga-bunga dengan sikap suaminya itu.

Usai mandi mereka berdua segera memakai baju dan sembahyang subuh berjemaah berdua. Selesai sembahyang dan berdoa Maisarah menyalami tangan suaminya. Kemudian Izat suaminya itu membalas dengan mencium dahinya. Hati Maisarah sedikit merasa bahagia dengan tindakan suaminya itu. Kerana selama ini bila Maisarah menyalami dan mencium tangan suaminya itu, tidak pernah suaminya itu membalas dengan memberi ciuman di dahinya.

"Kalau Sarah rasa pedih lagi dekat alat sulit Sarah tu. Hari ni Sarah cuti je la,tak payah ikut abang pergi butik,"kata Izat.

"Abang ni malu la Sarah,tak kan sebab malam tadi Sarah tak datang kerja. Hari ni Sarah tetap akan ikut abang pergi butik,"kata Maisarah pada suaminya itu dengan malu-malu.

"Yalah,maafkan abang sebab malam tadi tindakan abang sedikit kasar. Malam tadi air herba tu mak bancuh depan Sarah tak?"tanya Izat sambil memadang pada Maisarah.

"Mak tak bancuh air tu depan Sarah. Mak dah siap bancuhkan air tu sebelum kita balik. Sebab lepas mak bagi plastik baju tu,mak bagitahu mak dah bancuh air herba tu untuk abang. Mak suruh Sarah ambil dekat atas meja di dapur untuk bagi dekat abang minum," Maisarah menjawab pertanyaan suaminya itu.

"Ooh,macam tu rupanya,"kata Izat.

"Kenapa? Ada yang tak kena ke dengan air herba tu semalam?"tanya Maisarah ingin tahu kenapa tiba-tiba pagi ini Izat bertanyakan tentang air herba tersebut. Selama ini Izat tidak pernah pula kisah dengan air herba tersebut.

"Tak dak pa la. Saja je abang nak tahu"kata Izat sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Abang,Sarah nak pergi bantu mak dekat dapur ya,"beritahu Maisarah.

Izat hanya menganggukan kepalanya,lalu Maisarah melangkah kakinya keluar dari bilik menuju ke dapur. Maisarah lihat mak mentuanya sudah pun berada di dapur dan sedang memasak sesuatu. Maisarah menghampiri mak mentuanya.

"Mak nak Sarah bantu apa-apa tak?"tanya Maisarah.

"Sarah duduk je dekat bangku tu. Dah nak siap dah pun,air pun mak dah bancuh"jawab ibu mentuanya.

Usai meletakkan nasi goreng di dalam bekas dan di letakkan di atas meja makan. Ibu Izat menghampiri menantunya dan duduk di sebelah menantunya itu.

"Macam mana malam tadi? Izat dah bagi nafkah batin dekat Sarah ke?"tanya ibu Izat pada menantunya itu.

Maisarah sedikit malu dengan pertanyaan ibu mentuanya itu. Tapi ia tetap mengangukan kepalanya menandakan Izat telah melakukanya.

"Bagus la macam tu,"kata ibu Izat sambil mengukir senyuman di bibirnya melihat Maisarah yang agak malu-malu.

Tak lama kemudian Izat datang dan duduk di meja makan untuk bersarapan. Zaiton ibu Izat tersenyum memandang anaknya itu.

"Kamu berdua makan la kenyang-kenyang"kata Zaiton pada anak menantunya.

"Mak makan la sekali"kata Maisarah mengajak ibu mentuanya itu untuk makan bersama.

"Macam biasa la, mak akan tunggu ayah kamu balik surau. Barulah mak akan makan"kata ibu Izat.

Sebenarnya Maisarah sudah tahu tentang tabiat ibu mentuanya itu. Yang akan menunggu ayah mentuanya pulang dari surau. Kemudian barulah ibu mentuanya itu akan makan bersama ayah mentuanya itu.

Usai makan Maisarah mencuci pingan yang di gunakan oleh dirinya dan Izat di sinki. Selesai mencuci dan meletakkan di rak. Maisarah pergi ke bilik untuk mengambil beg tangan dan barang pentingnya.Kerana akan pergi ke butik seperti biasa hari ini. Di dalam bilik Maisarah melihat suaminya sedang mengantikan kain cadar tilam kerana terdapat tompokan darah di kain cadar tersebut.

" Kain cadar ni nak Sarah bansuh dulu ke?"tanya Maisarah.

"Tak payah,nanti petang baru bansuh. Lagi pun sekarang ni kita dah nak bertolak pergi ke butik,"kata Izat.

Selesai mengantikan kain cadar baru,Izat dan Maisarah mengambil barang yang penting di dalam bilik.Kemudian mereka berdua melangkah keluar dari bilik. Sampai di garaj tempat kereta Izat terparkir tiba-tiba Izat memhentikan langkahnya.

"Sarah tunggu dekat sini,abang rasa ada tertinggal barang dekat bilik tadi"beritahu Izat.

"Yalah,Sarah tunggu"kata Sarah.

Izat melangkah kakinya masuk ke dalam rumah kembali. Ia melihat ibunya sedang mengemas di ruangtamu. Izat melangkah kakinya ke arah ibunya itu.

"Mak ada bubuh ubat perangsang dalam air Izat malam tadi kan?"tanya Izat pada ibunya itu.

Zaiton memadang pada wajah anaknya itu lalu di bibirnya mengukir senyuman. Sebelum menjawab pertanyaan anak lelakinya itu.

"Ya, memang mak ada letak ubat lain dalam air herba tu. Ubat tu ayah kamu yang beli dan minta mak letakkan dalam air kamu malam tadi"kata Zaiton menerangkan.

"Izat harap lepas ni mak jangan letak dah ubat tu. Biarlah semuanya berlaku semula jadi tanpa pengaruh ubat. Izat akui Izat dah mula tertarik pada Sarah"kata Izat lalu berjalan kembali ke arah Maisarah yang sedang menunggunya di garaj kereta.

Bersambung...

Share this novel

WAN ALYA YASMIN
2020-11-25 12:35:19 

omg sweet giler la kak


NovelPlus Premium

The best ads free experience