BAB 11 merungkai tragedi dahulu

Romance Series 10739

Sebelum pulang ke rumah dia pergi ke sebuah tempat..walaupun sudah lewat malam namun dia tetap pergi..

Dia mengimbau kembali saat dia bersama sepupu nya sebelum surat wasiat itu keluar... Amira , Bella , Betty amat rapat..sehinggakan orang menganggap mereka seperti adik beradik kerana terlalu rapat. Beberapa tahun kemudian...mereka semua membesar menjadi seorang yang pandai , baik , sopan santun , berbudi bahasa dan cantik. Kematian atuk dan neneknya menyebabkan berlakunya pergaduhan kerana Amira dan Adam mendapat harta yang lebih berbanding Bella dan Betty. Mereka saling menyoal sehinggakan Bella merancang untuk membunuh ahli keluarga Amira. Pada mulanya Amira ingin memberikan harta itu kepada Bella. Tetapi mengingatkan kembali syarat wasiat itu membuatkan rancangan itu terhenti. Untuk memberikan harta itu, seseorang itu mestilah orang yang telah mati atau sakit tenat.

Beberapa hari kemudian...Bella menyusun langkah untuk membunuh setiap seorang ahli keluarga Amira...sedangkan Amira sudah cukup terseksa dengan dugaan yang diberi oleh Allah, Ibunya meninggal dunia selepas melahirkannya, sewaktu itu dia hanya ada kakak dan abangnya.namun kakak dan abangnya pergi terlalu awal disebabkan perbuatan Bella...Bella tidak suka memberi peluang untuk seseorang kerana sifatnya yang tamak itu mendorong kepada sifat membunuh.

Kakak Amira meninggal dunia kerana dibunuh manakala abangnya meninggal dunia kerana dilanggar...sewaktu abangnya dilanggar..dia bersama Adam. Adam cedera parah di bahagian kepala. Doktor memberitahu bahawa Adam hilang banyak darah dan disahkan koma. Adam tidak sedar selama 6 bulan. Amira cuba untuk rahsiakan setiap perkara yang berlaku agar Adam tidak mengetahuinya. Amira takut jika Adam terlalu fikir dan menyebabkan tekanan darahnya rendah. Amira terlalu menyanyangi Adam. Dia tidak mampu melihat Adam berada di wad. Amira melarikan diri selama 3 tahun. Apabila Amira pulang ke Malaysia, dia menetap bersama keluarga angkatnya.

Semenjak peristiwa itu terjadi, Amira mula menjadi kasar. Dia semakin berubah sehinggalah dia berjumpa dengan Adam di kolej. Hatinya semakin lembut seperti ada sesuatu yang membawa dia mengingat semula kepada seseorang. Sehinggalah Aliya menceritakan semua latar belakang Adam.

'' Kenapalah diorang sanggup hancurkan hati aku kerana harta..perlu ke aku menyerah..perlu ke aku membunuh diri...perlukah..Ya Allah kau sahajalah tahu betapa deritanya hati ini. Kau kuatkan lah iman ku..kuatkanlah semangat ku...jika malam ini aku pergi..engkau berikanlah dosa yang setimpal kepada bella..sedarkanlah dia..'' bisik hati Amira lalu pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience