Series
129
Hari pertama di Sekolah Tinggi Seoyeon ialah 1 September.
[Sebulan lalu]
Terdapat satu link yang tertulis "Sertailah jika awak lahir tahun 1992 dan ia hari pertama awak di sekolah." itu ialah link untuk masuk ke group sekolah. Seseorang pun bertanya dalam group itu "Tema saya ialah gadis itu. Baek Ho-rang". Pada pagi yang indah dengan cuaca yang cerah, itu adalah hari pertama Baek Ho-rang bersekolah di situ. Baek Ho-rang berjalan dengan megahnya dikelilingi oleh pelajar Sekolah Tinggi Seoyeon. Seseorang pun bertanya "Ho-rang? Siapa dia?" manakala seseorang pun membalas "Bukankah dia yang jadi popular sebab diekori di jalanan?" pelajar lain yang melihat Baek Ho-rang pun menaip "Dia pergi ke sekolah kita." Di kelas, Salah seorang dari kelompok pelajar perempuan yang bersolek itu berkata "Hei, mereka tidak membenarkan kita pakai baju kita di festival tahun ini." Mereka pun berkata "Mereka terlalu tegas!".
Pada setiap pagi, setiap pelajar perempuan pasti akan bersolek terlebih dahulu. Kini pengikut Baek Ho-rang sudah mencecah 170 ribu orang. Tidak lama kemudian, Baek Ho-rang pun sampai ke kelasnya dan seorang lelaki memanggilnya "Ho-rang!" dan menunjukkan jarinya di tempat duduk belakangnya. Baek Ho-rang berdiri di depan sekolompok pelajar perempuan bersolek itu, rupa-rupanya itu adalah tempat duduk Baek Ho-rang yang telah diduduki oleh salah seorang pelajar perempuan. Pelajar perempuan itu duduk di atas meja Baek Ho-rang yang menyebabkan meja Baek Ho-rang dipenuhi dengan debu make-up. Perempuan itu bernama Hye-rim. Hye-rim selalu inginkan apa yang Baek Ho-rang ada. Hye-rim pun berkata "Maaf" dan Hye-rim pergi menuju ke pintu keluar. Baek Ho-rang pun melihat bahawa mejanya itu dipenuhi dengan debu make-up. Baek Ho-rang pun berkata "Awak tahu, awak patut bersihkan sebelum pergi." Hye-rim pun berkata kecil "Tak guna" Hye-rim pun berbalik ke meja Ho-rang dan membersihkan meja itu lalu pergi. Dalam perjalanan keluar dari kelas itu, dia berkata kecil lagi "Aduhai. Tak guna, kenapa dia kecoh sangat?!"
[Di bilik kelab penyiaran]
Dua orang ahli kelab penyiaran membaca tugas mereka dan berkata "Nampaknya minggu ini juga sangat sukar padahal ini hari pertama kembali ke sekolah". Pada hari itu, bilik kelab penyiaran sangat sibuk. Sebelum pukul 7 pagi mereka perlu mengemas bilik penyiaran. Seminit sebelum pukul 7 pagi, mereka pun mengemas bilik itu dengan cepatnya. Tepat pukul 7, Ketua kelab penyiaran masuk ke bilik itu dan melihat bahawa seorang ahli penyiaran tiada. Dia pun bertanya "Mana Hui-su?" salah seirang dari mereka pun berkata "Saya rasa dia dalam perjalanan." Ketua kelab itu bernama Ko Eun-taek, dia seorang yang mementingkan kesempurnaan dan baginya setiap saat at berharga. Eun-taek pun duduk di kerusi penyiaran, tanpa melengahkan masa, salah seorang dari kelab itu pun memesej Hui-su dan bertanya "Hui, awak dimana?". Sambil-sambil itu, Eun-taek menghidupkan pengira masa dan memastikan setiap siaran kelas berjalan lancar.
[Di kelas]
Terdapat dua orang bergosip tentang Baek Ho-rang. Mereka berkata " Dia ingat dia bagus sangat?!" Lelaki yang berada di depan Ho-rang bernama Yu-shin. Yu-shin yang mendengar gosip itu pun berkata kepada Ho-rang "Apa pun, mereka mungkin fikir ia benar jika awak terus bersikap begitu." Ho-rang bertanya "Apa maksud awak?" Yu-shin menjawab "Awak memang sombong tapi mereka mungkin fikir awak tak ada apa-apa selain itu." Ho-rang pun membalas "Yu-shin. Saya yang patut cakap begitu. Jangan biar orang pijak kepala awak. Yu-shin berkata lagi " Tak, saya tak benarkan orang lain buat begitu." Seorang perempuan pun berlari memasuki kelas dan dia terlanggar beg Ho-rang, dia pun berkata "Maaf". Dia pun bergegas duduk di tempat duduknya. Perempuan itu ialah kawan Yu-shin dan dia selalu mengacau Yu-shin. Perempuan itu bernama Kang Jae-Yi. Jae-Yi berkata kepada Yu-shin " Hei, nak sikit" dia pun mengambil air yang berada di atas meja Yu-shin. Yu-shin berkata "Tak, belilah sendiri." Jae-Yi berkata lagi "Kenapa tidak? biar saya rasa" Yu-shin tetap berkata "Tidak" "Aduhai. Pulangkan"Rayu Yu-shin. Jae-Yi pun meminum air itu. Kini terdengar suara, itu adalah suara pengunguman ahli kelab penyiaran. Yu-shin berkata "Itu So-hyun" So-hyun pun berkata "Jadi semua pelajar perlu duduk" Yu-shin berkata lagi "Suara pun sedap. Saya berdebar-debar." Jae-Yi pun meletakkan tin air yang telah diminumnya itu di atas meja Yu-shin. Yu-shin bertanya "Awak minum semuanya?!" Jae-Yi menjawab "Ya. kenapa? Ada masalahkah?" Yu-shin memarahi Jae-Yi "Saya beli untuk beri pada So-hyun!" Jae-Yi menjawab lagi "Manalah saya tahu." Yu-shin berkata "Kenapa awak minum? Belikan untuk saya!" Jae-Yi pun berkata "Awak yang patut beli!" Kini siaran penyiaran akan bermula dan semua pelajar mula senyap.
[Di bilik kelab penyiaran]
Tidak lama kemudian, Hui-su baru sampai di bilik penyiaran. Eun-taek pun menghentikan pengira masanya dan berkata "Awak lewat." Hui-su berkata "Sebenarnya..." belum sempat Hui-su menghabiskan ayatnya itu. Eun-taek pun berkata "Awak lewat 13 minit 57 saat. Saya dah kata ia kemalangan siaran jika lewat tiga saat saja." Hui-su pun berkata "Maafkan saya." Pengetua sekolah dan cikgu kelab penyiaran masuk ke bilik itu. Pengetua bekata "Kamu semua bekerja keras." Semua ahli kelab penyiaran pun bangun bagi menyambut kedatangan pengetua sekolah. Guru kelab itu pun menunjukkan arah bilik siaran. Mereka pun bergegas melaksanakan tugas masing-masing. Pengetua membuatkan pengunguman menggunakan mikrofon "Saya pasti kamu semua tahu yang kita akan adakan festival sekolah bulan depan pada bulan Oktober."
Selepas tamat penyiaran, ahli penyiaran membuat pertemuan (meeting). Eun-taek pun membicarakan tentang aktiviti yang akan mereka lakukan pada festival tersebut. Pada akhir pembincangan mereka, Eun-taek pun berkata "Pembaca berita..." So-hyun berkata "Kita perlukan pembaca berita baru. Yang lama dah berhenti." Eun-taek pun terus berfikir tentang masalah itu. Eun-taek pun mendapat idea untuk melakukan temu duga.
[Temu duga di bilik kelab penyiaran]
Mereka pun mengadakan temu duga bagi setiap pelajar yang berminat menjadi ahli pembaca berita penyiaran. Seorang demi seorang masuk untuk mencuba nasib. Salah seorang pelajar temu duga pun mencuba nasibnya, dia bernama Seo Hyeon-ah. Seo Hyeon-ah membaca berita itu dengan sangat lancar. Apabila habis dia membacanya, tiba-tiba dia berkata "Sekejap. Ada cerita yang saya lupa baca." Eun-taek memandang ke arah So-hyun , So-hyun mengelengkan kepalanya yang bermaksud tidak ada. Hyeon-ah terus menyambung ucapannya itu "Helo. Saya menulisnya untuk meluahkan perasaan saya kepada lelaki yang saya suka di kelab saya. Saya teragak-agak sama ada nak buat atau tak... tapi saya akan cakap sekarang. Ko Eun-taek. Saya sertai kelab ini kerana awak. Kalau saya tinggalkan reruai ini, boleh awak beri jawapan kepada pengakuan saya?" Semua ahli penyiaran itu sangat terkejut akan pengakuan Seo Hyeon-ah itu.
Share this novel