Rate

Aku harus pergi dari rumah neraka ini.

Crime Series 711

Aku Lara, Lara Ingrith. Aku dibesarkan di sebuah kota yang besar bersama ibu saudaraku dan keluarganya.Rumah ini bagaikan neraka bagiku. Aku dibesarkan oleh ibu saudaraku sejak lahir kerana ibu dan ayah tidak mahu menjagaku kerana aku adalah anak hasil zina mereka. Saban hari aku lalui hari-hari yang penuh dengan perasaan takut dan benci.
Ibu saudaraku mempunyai tiga orang anak, James, Roy dan Laura dan juga seorang suami pemabuk dan tidak bekerja. Ibu saudaraku lah yang bekerja untuk menyara kehidupan keluarga kerana hidup kami serba kekurangan.
Waktu itu aku berumur 14 tahun, manakala James sudah tamat persekolahan. Roy pula seumur denganku dan Laura masih di sekolah rendah. Aku tidak bersekolah, kerana ibu saudaraku mengatakan bahawa aku tidak layak sekolah kerana aku hanya menyusahkan dan membawa sial dalam keluarga ini. Oleh kerana tidak mahu dikatakan kejam dia terpaksa menjagaku dan berpura-pura baik denganku di depan semua orang.
Jam 9 pagi, aku berada di dapur waktu itu. Aku dan suami ibu saudaraku,Simon berada di rumah bersendirian.Aku memotong bawang dengan cepat dengan harapan dapat menyiapkan makanan sebelum ibu saudaraku balik dari kerja. Simon yang baru bangun tidur waktu itu menuju ke dapur. Dia memandangku dari atas hingga ke bawah. Aku berasa pelik dan aneh, fikiranku dia mungkin masih mabuk dan tak waras ketika itu. Dia mendekatiku dengan bau arak yang kuat dan bau badan yang busuk. "uncle nak apa? " tanyaku. Dia hanya membisu dan semakin dekat denganku dengan pandangan yang menyeramkan. Dia merangkul tubuhku dan menutup mulutku. Aku berteriak sekuat hati namun tubuh sekecil ini tidak mampu melepaskan diri dari syaitan itu. Simon mengheretku ke dalam bilik. Aku menangis dan merayu agar dilepaskan. Aku menjerit namun tiada siapa mendengar. Ya, aku telah mati waktu itu, saat Simon meratah tubuhku. Aku tidak berdaya. Sakit seluruh tubuhku. Dia memperlakukan aku seperti binatang. Aku di tampar dan dirogol berkali-kali tanpa belas kasihan. Seingat aku, waktu itu aku terlalu lemah dan kesakitan sehingga aku pengsan. Petang itu aku tersedar dari pengsan, tubuhku terkulai layu di atas katil. Bajuku habis koyak dan dipenuhi darah. Aku menangis sekuat hati. Syaitan Simon itu memperlakukan aku seperti binatang.
"Klok",tombol pintu berbunyi. Aku segera bangun dan mengintai di balik pintu bilik. Ternyata ibu saudaraku sudah pulang. Aku segera keluar dengan deraian air mata menemuinya. Dia terkejut melihatku dengan bajuku penuh darah dan lebam di muka dan badanku. Aku menangis dan menceritakan semuanya. Dengan berangnya dia masuk ke dalam bilik menemui suaminya yang berhati binatang itu. Pertengkaran hebat terjadi petang itu. Aku yang masih lemah hanya mampu duduk dan menangis mengenangkan nasibku. Waktu itu James, Roy dan Laura baru balik dari sekolah. Mereka terperanjat melihat keadaanku dan dengan suara ibu bapa mereka yang menjerit sesama sendiri. Selang beberapa minit suasana menjadi sepi. Ibu saudaraku keluar dari biliknya dengan muka bengis menarik rambutku dan mengheret aku tanpa belas kasihan ke dalam bilik. Dia mengunci bilikku.Dia menampar dan tumbuk aku.Aku menjerit meminta tolong tapi dia tidak mempedulikan rayuanku. "Kau goda laki aku jahanam. Tak sedar diri punya anak. Kau goda laki aku lepas tu kau tuduh dia rogol kau? sialll" teriaknya.Dia memukul aku dengan tali pinggang dan penyapu.Waktu itu aku merasa seperti separuh nyawaku telah dicabut. Aku pengsan sekali lagi. Sesedarnya aku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience