Rate

imbasan

Romance Series 6285

Mawar...

Gadis kecil yang menarikku seperti magnet,
Bibir merah merekah senyuman dalam kelukaan,
Tersenyum memikat dari jauh,
Semakin lama semakin terpanah dengan gelagatnya,
Dalam diam hati bergetar,
Berharap dia akan menjadi cinta hatiku suatu hari.

Gadis kecil berlari lincah keriangan.Ditarik tangan si abang supaya ikut bersama ke taman mereka.Si abang mengikut juga dengan senyuman senang.Mereka berpimpinan tangan berlari anak mengelilingi taman.

"Mawar.." Dia tersenyum manis bila mendengar nama panggilan yang digunakan oleh lelaki tersebut.Ditariknya agar duduk di bangku kayu di bawah pokok rendang kegemaran mereka tiap kali ke sini.Lebih teduh dan sejuk.Peluh yang menitik diseka penuh kasih oleh lelaki tadi.

"Kenapa abang?" Senyumannya masih mekar.Wajah lelaki tersebut dipandang pelik.Melihat reaksinya berubah, hatinya turut hiba.Risau jika dia berniat salah kepada lelaki yang sanga dikasihinya.

"Abang ada sesuatu yang nak bagitahu pada Mawar." Rasa bersalah menyelubungi diri.Dia sudah merasa kasih pada gadis di hadapannya.Tambahan dengan wajahnya yang bertukar riak.Lagi resah untuk meluahkan.

"Kenapa? Bagitahu saja..Mawar tak ambil hati." Jawabnya laju.Tangan di gadis digenggam erat menyalurkan perasaan.

"Abang...abang kena pergi.."

"Um, ke mana?"

Mulutnya terasa berat untuk meluah.

"Jauh...sangat jauh.." Meleret percakapannya.

"Tak apa, abang balik ke sini lagi kan? Berapa hari ke sana?" Senyumannya kembali mekar.Dia masih mentah untuk memahami sepenuhnya.Hanya tersenyum manis menunggu reaksi di abang.Lelaki tersebut sudah berduka benar di dalam hati untuk meneruskan percakapan.

"Abang tak akan balik ke sini lagi..keluarga abang terpaksa berpindah." Hatinya merintih duka melihat reaksi gadis kecil itu.Air mata yang mula mengalir dilap pantas olehnya tetapi lagi kuat esakanya.

"Abang Fatih tinggalkan Mawar di sini?"

"Maafkan abang.." Bisiknya sayu.Air mata lelakinya cuba ditahan.Tertunduk sayu melihat genggaman tangan mereka yang semakin erat.

"Bawa Mawar sekali...?" Dia bertanya spontan.Baru enam bulan mereka berkenalan tetapi sudah terasa lama.Persahabatan mereka juga dirahsiakan.Hanya mereka berdua
yang mengetahui.Pertemuan rahsia di taman ini pada setiap petang.

"Jangan Mawar!"

"Abang pula yang tinggalkan Mawar...baru bulan lepas ibu dan ayah tinggalkan saya."

"Maafkan saya..maafkan saya Mawar.." Dia merintih lemah.Wajah tertunduk rapat.Resah untuk memandang gadis yang makin lebat dengan air mata.Hatinya remuk.Tetapi perkara dah berlaku.Sudah puas dia memujuk keluarganya tetapi hanya sia-sia.Mereka tekad juga dengan keputusan ini.

"Bila abang pergi?"

"Hari ni."

"Baru harini abang bagitahu?" Mawar kembali menunduk.Dia sudah jatuh sayang kepadanya lebih dari adik.Diberi gelaran mawar kerana sikapnya yang ceria.Sentiasa senyum manis bersamanya.

"Kalau ditakdirkanNya..kita akan berjumpa semula suatu hari hari.Semoga Mawar sentiasa ceria dan berjumpa orang yang dapat menjaga Mawar." Tangan di gadis ditarik dari menekup wajah.Sekuntum bunga tanpa batang diletak lembut pada telapak tangannya.Mawar hanya menunduk kaku tanpa memanggung kepala melihat wajah Fatih untuk kali terakhir.

"Mawar benci abang..." Bisiknya perlahan.Hiba dengan sikap Abang Fatihnya yang seperti tiada kesan dengan perpisahan mereka.

Adakah perkenalan selama enam bulan ini hanya sia-sia saja padanya?

"Maaf.." Dipandang di teruna yang semakin menjauh.Sayup-sayup belakangnya hilang dari pandangan.Air mata mengalir laju, dibawa kuntuman bunga rapat ke dada.Teresak seorang diri merintih nasib malangnya.Dibuka surat Fatih cermat, menilik lama isi kandungannya.

Mawar sayangkan Abang Fatih...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience