Rate

PART 2

Action Series 5470

Sebulan SPM berlalu dengan penuh keseksaan bagi setiap pelajar.

Keluar sahaja dari dewan peperiksaan setelah habis menduduki peperiksaan terakhir pada hari ini, ramai pelajar menjerit kebebasan.

"Akhirnya, habis juga exam ini. I'm free" Sufian mendepakan tangannya di hadapan dewan. Suara jeritannya yang kuat telah menarik perhatian 72 orang pelajar di situ. Gelagatnya menjadi bahan tawa.

"Dah gila kah kamu" Cikgu Zaki menegur anak muridnya.

"Huhuhu....saya happy, cikgu" kata Sufian sambil tangannya acah-acah mengelap air mata.

"Hahahah..." Kebanyakkan yang tinggal di hadapan dewan itu ketawa melihat gelagat Sufian.

"Cikgu, 5 Aviesenna dah berkumpul. Ada apa-apa yang cikgu nak cakap, ke?" Rashid berkata.

Iryz yang menyandang beg hitamnya berdiri tegak sedikit kebelakang berbanding rakan- rakan sekelasnya. Tangannya erat mengenggam tali begnya. Hatinya berdebar- debar. Matanya pula dihalakan ke seluruh pelusuk di kawasan itu. Dia berasa tidak sedap hati.

.
. .
. .
. .
. .

"Iryz....Iryz...."satu suara yang perlahan menjadi semakin kuat di cuping telinga Iryz.

"Wei, Iryz" bahu Iryz ditolak oleh salah seorang rakannya.

Terkejut Iryz. Matanya terkebil- kebil melihat semua. Manakala pelajar kelas 5 Aviesenna memandang pelik pada Iryz.

"Kamu okay, Iryz?" tegur cikgu Zaki apabila melihat anak muridnya itu seperti baru sahaja bangun dari mimpi.

"Errr... Saya.."

"Alahai, ingat boyfriend lah tu. Hahaha..." Sufian berkata sebelum sempat Iryz menghabiskan kata- katanya. Semua pelajar disitu tergelak akan kata- kata Sufian itu.

"Ish...kamu ni. Tak baiklah gelak orang"tegur cikgu Zaki dengan tegas.

"Betul, kamu okay Iryz?" Sambungnya lagi.

"Saya okay. Err... Boleh saya balik tak, cikgu?" Kata Iryz.

"Ah...hah... Baiklah kamu semua boleh balik. Hati-hati di jalan. Bye"

"Terima kasih cikgu" kata Rashid. Pelajar lelaki di situ bersalaman dengan Cikgu Zaki manakala pelajar perempuan terus berjalan ke arah pagar hadapan untuk pulang semua.

Iryz yang masih lagi berasa tidak sedap hati memandang semula ke arah dewan peperiksaan. Terasa seperti diperhatikan.

Pin..pin..

Kereta BMW berwarna silver berhenti di hadapan Iryz. Tanpa membuang masa, terus dia memasuki kenderaan itu.

*******

Kuala Lumpur

Tap...tap...tap

Meja dihadapan dia diketuk perlahan. Suasana di dalam kafe itu sangat sunyi.

"Haih.."dia mengeluh perlahan. Badannya disandarkan ke kerusi. Matanya melihat jam Rolex di tangannya. Kemudian, dia memandang sekeliling kafe itu.

Beberapa minit kemudian, masih lagi tiada susuk tubuh manusia yang ditunggunya tiba. Oleh itu, dia bangkit dari kerusi. Duit sebanyak RM50 diletakkan diatas meja dan ditahan dibawah cawan latte yang diminumnya separuh.

Pintu kaca ditarik lembut. Berbunyi loceng yang berada dipintu itu. Kakinya melangkah mengikut laluan kaki lima di sepanjang bangunan yang berderet.

Cermin mata Rayban hitam yang tersangkut di kolar baju kemeja putihnya diambil dan dipakai. Tangannya diseluk masuk ke dalam poket seluar slack hitamnya. Kakinya yang berkasut kulit hitam berjalan dengan penuh gaya.

Ring...ring...

Telefon pintarnya berbunyi. Tanpa berhenti berjalan, dia menjawab panggilan itu.

"Yo...geng. Wei sorry tau aku tak dapat datanglah. Aku kena teman adik bongsu aku pergi sekolah dia sebab sekolah budak ni ada hari sukan. Mummy aku suruh. Sorry tau." Suara garau disebelah sana berkata laju.

Tiada reaksi dari si dia. Senyap.

"Err..hello? Can you hear me, Eric? Hello, Eric?" Sambung si pemanggil apabila tiada balasan daripada Eric.

"Emm..."Eric bersuara. Kemudian, panggilan itu dihentikan olehnya tanpa menunggu balasan dari sahabatnya itu.

"S**t, buat penat aku tunggu je."Telefon pintar itu disimpan semula kedalam poketnya.

Eric masih berjalan tanpa henti walaupun sudah berjalan jauh.

********

Iryz berjalan perlahan sambil matanya memandang sekeliling di pusat membeli belah. Tangan kanannya penuh dengan beg kertas.

Buk...

Sedang Iryz meliarkan pandangan, dia terlanggar seseorang. Berterabur barang seseorang itu. Nasib baik, barangnya masih lagi berada di tangannya.

"Ish, tak reti nak tengok depan ke?" Kata gadis bermuka gadis barat yang dilanggar oleh Iryz itu dengan geram. Rambutnya berwarna perang. Matanya berwarna hijau lembut memandang Iryz tajam.
Barang- barang dibiar.

"Sorry, salah saya"Iryz tunduk mengutip barang gadis itu.

"Grrr..." Gadis itu geram.

"Maaf. Saya minta maaf sangat sangat" Iryz menghulurkan barang yang dikutipnya. Badannya ditundukkan.

"Hehh, kau rasa dengan minta maaf ini cukup ke?" Gadis itu tersenyum sinis. Rambut perangnya ditolak ke belakang.

"Haih.."Iryz mengeluh perlahan.

"Saya betul betul minta maaf. Saya tak sengaja"Iryz memandang tepat kearah anak mata gadis itu.

Gadis itu turut juga berlawan mata dengan Iryz.

...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...

"Ehem..."satu suara berdehem di sebelah mereka.

Iryz dan gadis itu menghentikan perlawanan mata itu. Mereka memaling muka melihat seseorang yang mengganggu mereka.

"Dah habis lawan mata dah. Kalau tak, abang balik dulu" dia bersuara. Lelaki itu sungguh kacak berbaju t-shirt polo hitam dan cermin mata hitam di atas hidung mancungnya.

"Abang Qiy...dia langgar Yaa" adu gadis itu sambil tangan memaut tangan jejaka itu.

"And then.... Dia bukan tikam kau kan? Dia TERlanggar kau saja kan? Kan? Kan?" Qiy berkata sinis pada adiknya.

"Ish...susah betul ada abang macam kau. Menyesal Yaa ajak kau. Lebih baik Yaa ajak kak Elysha. Hump..."Yaa memaling muka dari memandang Qiy.

"Ceh...kau fikir aku nak adik macam kau ke? Menyesal aku minta adik kat mummy dulu. Baik aku seorang saja anak dalam rumah itu" kata Qiy mendatar.

"Budak Elysha yang panggil kakak itu sebaya dengan kau. Cuma dia tua dua bulan saja dari kau" Qiy mengetuk kepala Yaa.

Yaa memegang kepala yang diketuk. Matanya menjeling Qiy. Iryz yang berada di situ hanya diam melihat pergaduhan adik beradik itu.

Iryz memandang kiri kanan. Tiba- tiba, dia terpandang kelibat sesuatu. Hatinya tiba tiba berdebar. Matanya tidak lepas memandangnya.

Tanpa berlengah lagi, dia mula melangkah pergi meninggalkan pasangan adik beradik itu. Tiba- tiba lengannya ditarik.

"Nak pergi mana?"Qiy memegang lengan kecil Iryz.

Iryz nemandang kearah kelibat yang dilihat itu. Kemudian memandang Qiy semula.

"Errr....saya nak kejar adik saya. Dia lari dari saya" Iryz menipu. Tangannya menunjuk kearah lif.

"Errrr, boleh tolong lepaskan tangan saya, tak"Iryz memandang lengannya dipegang.

"Hmm..."Qiy melepaskan lengan Iryz.

Iryz terus berlari kearah berlawanan dengan lif yang ditunjuk itu.

Qiy yang sedar akan itu hanya tersenyum sedikit. Berminat. Tangannya diselukkan ke dalam poket seluar.

"Ish....macam itu saja dia bla"kata Yaa.

Qiy mengetuk kepala Yaa.

"Dah, jom balik."Qiy berjalan meninggalkan Yaa di belakang.

***********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience