c h a p t e r I

Action Series 1604

Noora hanya perhatikan syampu mengalir jatuh dari kepala ke tubuhnya.
Sejam sudah pun berlalu dia di dalam bilik air ini, setiap saat yang berlalu dengan harapan yang semuanya akan kembali normal. Di mana dia tidak berada di bandar asing yang dia tidak kenali sesiapa pun disini atau dia tidak perlu bersembunyi setiap masa dan tidak perlu takut yang mereka akan datang menangkap dan membawanya pergi.
Dia pun menutup paip air,
Lalu mencapai bajunya dari belakang pintu.
Setelah habis dipakai, dia pun mengambil beg dan keluar dari situ. Hal pertama yang menarik perhatiannya adalah pantulan sendiri pada cermin di depan.
Dengan jaket yang terlampau besar untuknya, beg belakang hitam yang bertukar kelabu dibelakangnya. Rambut pendek, berwarna putih keperangan. bawa mata yang mula mengelap dan kesayuan pada wajahnya. Diri sendiri terlihat asing di mata sendiri.
Dia perlu keluar dari sini,
Noora pun keluar sebelum air matanya yang mula bertakung pula yang terlebih dahulu keluar. Dengan pantas dia menarik hoody untuk menutupi kepala, membiarkan rambutnya yang masih basah. Dia perlu menutup wajahnya sedikit dari terlihat orang buat masa sekarang.
Keluar saja dia,
Suara dari television di dalam kedai yang dibuka 24 ini terdengar. Kedai ini bersambung dengan tandas awam, jadi senang untuk dia membersihkan diri sekali mencari makanan. Dalam kedai hanya ada seorang juruwang. Budak perempuan disebalik kaunter itu tidak lari dari 18 tahun dan mungkin baru habis sekolah jadi Noora tidak perlu risau buat masa sekarang.
Dia pun mengambil mee cup segera.
Menuangkan air panas, sebelum pergi duduk di tepi tingkap. Dia meletakkan mee cupnya di atas meja yang sudah ditindih dengan chopstick agar tidak terbuka. Noora pun duduk dan meletakkan beg belakangnya di bawah kerusi lalu membawa mee cup tadi ke hadapannya.
Belum sempat dia makan,
Seseorang tiba tiba mengambil tempat di sebelah kirinya. Meninggalkan satu kerusi kosong di antara mereka. Tubuhnya terus terkaku. Dari sudut mata dia dapat melihat orang itu adalah seorang lelaki tinggi, berambut putih keperangan, sama seperti warna rambut miliknya. Tapi terlihat jelas yang warna rambutnya adalah warna asli bukan seperti Noora yang baru mewarnakan rambutnya 3 hari lalu kerana takut indentitinya akan terbongkar.
Dia juga makan mee cup sama seperti Noora.
Hal kedua menarik perhatiannya adalah tattoo pada lengan lelaki itu, satu lengannya penuh dengan tattoo dan tanpa sengaja Noora cuba membaca salah satu tulisan pada lengannya. Tapi niatnya terhenti saat lelaki itu menoleh kepadanya.
Noora pun fokus kembali pada makanannya.
Dia pun mula makan.
Setelah selesai Noora pun berdiri untuk membayar. Meninggalkan begnya untuk dia ambil nanti. Lelaki tadi masih di tempat yang sama, mereka tidak bertegur walau sekali sepanjang mereka makan tadi dan dia seakan lega kerana itu. Dia pun berjalan menuju ke kaunter, dan pandangannya terhenti pada berita yang sedang bermain di television.
Satu imej dipaparkan pada skrin.
"Rakaman cctv yang terakam ditempat kejadian, di mana penembakan berlaku di Boston jam 2 pagi tujuh hari lalu masih dalam siasatan pihak polis," Kata si pemberita.
Noora terus sedar akan imej yang dia perhatikan.
Udara seakan disedut keluar dari tubuhnya, dia kenal orang dalam imej itu. Postur tubuhnya, jaket berwarna hijau tua tapi terlihat hitam putih dalam rakaman cctv itu. beg belakang yang berwarna hitam pada mula berubah ke kelabu setelah beberapa tahun. Dia tahu segalanya, sebab dia adalah orang dalam rakamanan itu.
Noora cuba fokus kembali dengan berita itu, "Selepas penembakan mangsa dan suspek yang melepaskan tembakan telah hilang dari tempat kejadian dan sehingga kini seluruh warga Boston masih dilanda misteri."
Semua di sekelilingnya mula berputar.
Dia perlu bayar dan pergi dari sini cepat.
"Habisla budak tu," Ayat itu datang dari budak juruwang tadi, dia tersenyum dan memandang Noora lalu menyambung, "Ai kenapa sama betul kau dengan orang tu pula?"
Dapat terdengar dari suara budak itu yang dia hanya bergurau tapi Noora tidak menerima gurauannya, tidak jika hal yang digurauankan adalah betul. Noora terus mengundur cuba menjauhi budak itu kerana dia yakin indentitinya akan terbongkar jika dia masih di sini walaupun sesaat saja lagi.
Noora pun menoleh untuk pergi,
Tapi dengan mengejut tubuhnya berlanggar dengan seseorang yang lebih tinggi darinya dan mendapati lelaki itu adalah lelaki yang sama yang duduk di sebelahnya tadi. Lelaki itu terus menyambut Noora yang hampir tersandung jatuh.
"Kau okay tak?" Tanya lelaki dihadapannya.
Noora hanya diam dan memandangnya,
Kerana dia tidak okay, dia jauh dari okay saat ini. Dunianya terasa sangat luas tapi sempit dalam masa yang sama. Dia perlu keluar dari sini atau dia akan pengsan dan hal terakhir yang dia inginkan adalah pengsan di hadapan orang orang yang dia tidak kenali ini dan tanpa berfikir panjang atau berkata sepatah ayat pun, Noora terus keluar dan meninggalkan kedai itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience