BAB 4

Romance Completed 14376

D-Consultant ….

"Selamat pagi Encik Daniel, harini en Daniel takda ade apa apa meeting, so harini En Daniel fully free dari jumpa dengan client. Itu sahaja untuk harini En” Kata Kak Su setiausaha En Daniel di D-Consultant.

"Kejap, harini pegawai perancang yang baru, masuk harini kan ?”. Tanya En Daniel pada Kak Su

"Ya En Daniel” Jawab Kak Su. “Okay, nanti dia sampai suruh dia masuk bilik saya okay!”. Kata En Daniel.

Dr. Syafiq Daniel bin Dato Dr Prof HJ. Kamaruddin, 30tahun, pemilik syarikat D-Consultant . Setelah menamatkan pengajiannya di peringkat Diploma Perancang Bandar dan Wilayah di Uitm Seri Iskandar, Perak.

Daniel menyambung pengajiannya di peringkat ijazah di Uitm Puncak Alam dan seterusnya Master in Science Environment di Landon dan Phd juga di London. Pulanngnya Daniel ke Malaysia, Daniel terus mengambil alih Syarikat Papanya itu.

Lisa dan Sarah sudah berada dalam kereta menuju ke tempat kerja Lisa.

"Lisa aku tiba tiba teringatkan abang Daniel la, hahaha” Kata Sarah pada Lisa, secara tiba tiba Daniel melintasi pemikirannya yang sedang fokus memandu.

"Daniel ?, ish hang ni pasaipa” Jawab Lisa yang sudah lama melupakan Daniel.
"Takde la, aku last jumpa dia masa degree dulu la, masa aku masuk pun dia senior la, dia ada tanya pasal kau dekat aku, tapi lama dah la, lepastu dah tak jumpe dah dia, dengar cerita dia belajar sampai Phd lepastu ambik alih syarikat bapak dia, aku pun taktau syarikat mana satu.
Papa aku cakap area office aku, tapi aku taktau yang mana satu.” Cerita Sarah pada Lisa mengenai Daniel ada menanyakan soal Lisa.

"Awat, dia tiba tiba duk tanya pasai aku plak, rindu ka?”. Jawab Lisa bersahaja malas bercakap soal Daniel yang membawa kenangan pahitnya ketika zaman diplomanya dulu.

"Hahahahaha, ya la kut rindu, takdelah dia tanya la kau mane, selalunya kau kan selalu dengan aku, so aku cakap la kau tak sambung degree, terus kerja, tu ja, haa.. dah sampai.. besar jugak kau punya office ni, goodluck wei, nanti aku datang ambil kau ya lunch sekali, byee”. Jawab Sarah

"Okay okay thankyou, aku pergi dulu ya, kau hati hati tau, jumpa lunch nanti, Byee.. assalamualaikum..” Jawab Lisa pada Sarah.

"Waalaikumusalam” Jawab Sarah Sarah meluncur jauh dengan kereta bmwnya meninggalkan Lisa untuk pergi ke kerjanya.

Sarah bekerja di syarikat rakan papanya juga sebagai pegawai perancang di kawasan berhampiran dengan office Lisa, disebabkan itu, Sarah ingin menghantar Lisa ke pejabatnya yang sama jalan untuk ke officenya.

D-Consultants..

"Assalamualaikum, saya Nur Alisa Sofea binti Muhammad Adam, pekerja baru untuk pegawai perancang di syarikat ini, boleh saya tahun office saya ditingkat berapa ya?”. Tanya Lisa di kaunter pertanyaan disitu.

"Waalaikumusalam, ya Cik Alisa Sofea, office cik di tingkat atas sekali tinggkat 3”. Jawab Pn Khatijah yang bertugas di kaunter pertanyaan tersebut.

"Terima Kasih”. Jawab Lisa.

"Sama – sama”. Balas Pn Khatijah. Tibanya Lisa di tingkat 3. Lisa melihat sekitar pejabatnya dan menuju ke kaunter kerani yang berada disitu.

"Assalamualaikum, Saya pekerja baru yang dipindahkan dari Ipec-Consultants” Kata Lisa pada Kak Su yang berada disitu.

“Waalaikumusalam, oh ya Cik Nur Alisa Sofea binti Muhammad Adam ke, nak panggil apa ya ?” Tanya Kak Su pada Lisa.

"Ya, saya,panggil Lisa ” Jawab Lisa.

"Okay, Cik Lisa, panggil saya Kak Su saja ya, boleh ikut saya sekarang”. Balas Kak Su membawa Lisa ke bilik En Daniel sepertimana En Daniel memesan Kak Su sebentar tadi.

Tukk, Tukk…

"Masuk” Kedengaran Suara En Daniel didalam pejabatnya.

"En Daniel, ni pegawai perancang baru Cik Nur Alisa Sofea binti Muhammad Adam”. Kata Kak Su kepada En Daniel. En Daniel yang bercakap dengan telephonenya menghadap permandangan diluar pejabatnya berkata.

"Kejap ya, Ya Kak Su, tinggal dia kat sini kejap saya cakap dengan client”. Jawab Daniel pantas kembali pada telephonenya.

Alisa yang dibelakang Kak Su tidak sempat melihat wajah bossnya itu yang sibuk bercakap bersama clientnya, sambil gementar untuk bertemu dengan boss barunya itu.

"Cik Lisa tunggu sini ya, Kak Su keluar dulu”. Kata Kak Su pada Lisa dan meinggalkan Lisa keseorangan bersama En Daniel disitu.

"Baik kak Su”. Jawab Lisa agak gementar suaranya.

"Okay thankyou dato”. Kata Daniel menamatkan perbualannya itu dan memusing badannya kehadapan.

"Oh ya, saya Syafiq Daniel pemilik syarikat D-Consultant, selamat datang” Kata Daniel dengan muka bersahaja memperkenalkan dirinya pada Lisa yang sudah terkejut melihat dirinya itu.

"Daa ni ell…” tersekat sekat Lisa bercakap. “Ya saya Daniel, saya harap kita dapat berkerjasama dengan baik, saya tak suka kerja yang tak lengkap, lewat submit pada saya, kemas dan teratur, Okay.. itu saja awak boleh keluar, Selamat Bekerja, awak boleh tanya Kak Su dimana office awak.okay! ”. Jawab Daniel lagi seperti tidak mengenali siapa yang berada di hadapanya sekarang.

Lisa yang masih tidak percaya bahawa boss barunya itu Syafiq Daniel yang dikenalinya semasa zaman diploma dahulu yang bagai anjing dan kucing jika bertemu.

"Ba ba ikkk, En, saya keluar dulu”. Jawab Lisa dengan nada tersekat sekat dan berlalu keluar untuk ke pejabatnya.

Tersenyum gembira Daniel, sama ada ada niat jahat atau baik selepas melihat Alisa yang dulu menyakitkan hatinya berada di hadapannya.

"Lisa relax Lisa, tarikh nafass….fuhhh…”. Bagaikan mimpi Lisa yang masih lagi tidak percaya Daniel yang digaduhinya dahulu adalah boss barunya sekarang.

"Cik Lisa okay ke ?” Tanya Kak Su.

"Eh, Kak Su Lisa okay, Kak Su panggil saya Lisa sudahlah tak payah bercik cik la, hee.. ni nak tanya mana bilik saya ya Kak?” Jawab Lisa.

"Oh ya mari Kak Su bawakan”. Jemput Kak Su untuk menujukkan pejabat Lisa .

"Haa.. ni pejabat Lisa, Lisa buatlah apa yang patut dulu, nanti kalau ada apa apa nak tanya Lisa kena tunggu lepas lunch la untuk kerja kerja apa yang patut Lisa buat, sebab Pegawai Perancang atasan En Faris pergi meeting”. Pesan Kak Su pada Lisa.

"Ohh.. okay baiklah Kak Su, terima kasih ya…” Jawab Lisa Lisa yang sedang duduk diatas kerusi pejabatnya masih lagi tidak percaya yang di akan memulakan kerjanya di syarikat Daniel yang sudah lama dia lupakan.

Sambil mengelamun telephone pejabat Lisa berbunyi.

"Hello” Jawab Lisa, “Hello saya ni Daniel, masuk office saya jap”. Kata Daniel dalam talian telephone itu. “Baik, En” jawab Lisa dan meletak panggilan itu.

"Aduihhh.. sabaq Lisa kau hadap ja, hang boleh bertahan.. fuhhh”. Gomel Lisa sendirian sebelum melangkah laju menuju ke pejabat Daniel.

Tukk,Tukk..

"Masuk”. Jawab Daniel sebaik sahaja pintu pejabatnya diketuk.

"Ya, En ada apa apa boleh saya bantu,” Tanya Lisa pada Daniel.

"Aaaa, ya ni fail projek kita sekarang di Damansara, awak baca semua fahamkan, kalau awak tak paham, nanti boleh tanya kan pada Faris, dia akan masuk petang ni lepas meeting, sebab nanti saya nak awak handle projek ni, okay”. Terang Daniel pada Lisa tentang projek yang bakal Lisa ambil alih.

"Baik, En, kalau tak ada apa apa saya keluar dulu”. Jawab Lisa

"Kejap, saya belum habis cakap lagi, awak laju laju nak pergi mane?”. Sergah Daniel pada Lisa yang sudah mahu keluar dari pejabatnya.

"Ya En. Saya minta maaf”. Jawab Lisa laju. “Besok saya nak awak susun fail fail kabinet saya ni, dah bercampuk aduk saya nak cari pun susah, susun ikut tahun dan bulan, Faham?”. Pesan Daniel pada Lisa.

"Faham, En.” Jawab Lisa. "Okay, bagus, awak boleh keluar”. Kata Daniel. Sampainya Lisa di pejabatnya

"Fuhhh.. ya allah dugaan apa ni, beratnya nak tanggung, rasa macam nak reyau jugak kat sini, hmmm.. awat aku plak nak kena susun fail dia, aku ni pegawai perancang ka, pegawal peribadi dia, haiss.. sabar jalah Lisa hoi, tapi awat cara dia cakap macam langsung tak kenai aku, ka dia sengaja buat macam, entah entah dia yang merancang semua ni.. ish merepek la, dah buat kerja.” Cakap Lisa keseorangan dalam pejabatnya

Tepat pukul 1, Lisa sudah pun menunggu Sarah untuk makan tengah hari bersama.

"Assalamualaikum”. Sapa Lisa pada Sarah sebaik sahaja memasuki kereta Sarah.

“Waalaikumusalam, macam mana kerja okay, nampak letih semacam ja muka tu, takkan first day dah busy”. Tanya Sarah.

"Emm.. bosan ja harini, takda kerja sangat pun, lepas lunch ni baru ada kerja rasanya.” Jawab Lisa yang acuh tak acuh.

"Lisa kau kenape ni, tak sihat ka, kenape tak makan?”. Tanya Sarah yang pelik melihat gelagat Lisa yang tak bermaya itu.

"Sarahhh… hang tau dak sapa boss aku?” Jawab Lisa yang seperti ingin menangis disitu juga.

"Siape boss kau, Dato Kamarul kan, kenape dengan dia ?”. Tanya Sarah yang kehairanan dengan sikap rakanya itu. “Dato Kamarul apanya kau, DANIEL LA DANIEL, aaaa….”. Lisa dan macam orang gila.

"Haa.. Daniel ? biar betul kau, patut la muka macam orang hilang akal dak aku tengok kau ni, hahaahaha”. Jawab Sarah yang agak terkejut akan cerita Lisa.

"Hmmm.. aku nak buat apa ni Sarah, macam mana aku nak hadap dia tiap tiap hari wei, tapi yang aku peliknya dia cakap dengan aku elokkk ja, macam tak pernah kenal aku.” Kata Lisa

"Ohh.. situ rupanya office dia, hahaha, Dia dah lupa kau kut.”. Teka Sarah

"Mustahil la dia lupa aku,hmmm… macam mana ni Sarahh.. aku nak balik Kedah wei, takmau rejaa…” Jawab Lisa yang hendak menangis disitu.

"Sabar Lisa, nak buat macam mana lagi dah, nampak tak jodoh kau dah tertulis untuk Daniel, sebab tu lah kau ade dekat sini, hahahaah”. Gurau Sarah kenakan Lisa

"Hang ni Sarah suka cari pasai, ishh”. Geram Lisa dengan Sarah yang tidak berhenti sakatnya sejak zaman diploma.

"Hahahaaha, aku gurau ja la, dah sekarang ni, waktu lunch dah nak habis, jum jum, jangan la macam ni, kau cakap Daniel tu macam tak kenal kau kan, haa.. kau pun buat benda sama jugak, buat ja kerja kau, kau nak cari rezeki kann.. dah tak payah fikir sangat la, jumm..”. Pujuk Lisa yang tidak keruan itu.

Lisa yang berada di pejabatnya membuka fail yang diberi oleh Daniel tadi dan membacanya.

Tukk, Tukk, pintu pejabat Lisa diketuk, “Masukk..”. Jawab Lisa.

"Assalamualaikum, cik Alisa, ingat saya lagi ?”. Sapa Faris pada Lisa setelah membuka pintu pejabat Lisa.

“Waalaikumusalam, En Faris.. aaa.. kawan En Daniel masa diploma dulu kann?”, mana boleh lupa, mestilah saya ingat,”. Jawab Lisa sambil tersenyum pada Faris.

"So, saya la Muhammad Faris bin Azhar. Panggil Faris ja no En En, okay, haahaha. Pegawai atasan bagi syarikat D-Consultant ni, saya kerja sini dah lama lepas diploma lagi, sebelum Daniel mengambil alih syarikat ni lagi, saya bekerja dibawah ayah Daniel, sehingga la sekarang Daniel mengantikan tempat ayahnya.

Emm... saya rasa nilah baru proper sikit kita punya perkenalan, sebelum ni awak asyik dalam keadaan marah ja kann, hahaaha” Kata Faris yang bersikap suka bergurau.

"Ya En..eh.. Fariss.. saya Nur Alisa Sofea, panggil Lisa ja, saya harap kita dapat bekerjasama dengan baik di masa akan datang, Aaa… saya dah baca fail untuk Projek recreation di Damansara itu, alhamdulilah setakat ini saya faham semua, nanti kalau apa apa yang saya tak faham, saya tanya Faris semula ya,”. Kata Lisa pada Faris.

"Hmm..kenal kenal ja terus cakap pasal kerja, bosann la..Tak sangka pulak saya Daniel terima awak kerja dekat sini, padahal dulu korang bukan main lagi bergaduh”. Kata Faris yang sedikit bosan bila bercerita pasal kerja.

"Hahahaha, habis tu nak cakap apa lagi kalau bukan kerja dekat office ni, Emm.. saya lagi tak sangka yang Daniel tu boss saya”. Kata Lisa pada Faris.

"Jadi awak pun tak tahu la yang ni office Daniel ?, Oh okay, I see… Lagi satu, tak semestinya cakap pasal kerja kat office ni okay, boleh gossip apa, hahaaha, okay la saya masuk office dulu, nanti apa apa coll office saya okay,” Kata Faris dan berlalu pergi meninggalkan Lisa.
Tersenyum Lisa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience