Series
2407
Kedenganran bunyi burung berkicauan pada waktu pagi.Udara segar yang mula memasuki ruangan bilik Amelia daripada tingkap yang dibukanya.Amelia merupakan seorang fashion desingner bagi busana muslimah.Hari ini merupakan hari dimana Amelia akan berjumpa dengan pereka fashion terkenal iaitu Melinda Looi dalam sebuah musyuarat yang akan di adakan di sebuah kafe .Jadi Amelia bangun lebih awal dari sebelumnya untuk bersiap .Dia tidak mahu kedatangan ditunggu tunggu oleh tetamu terhormat itu sebaliknya biarlah dia yang menunggu pereka fashion tersohor itu.Setelah sekian lama Amelia belajar dalam bidang ini, akhirnya dia berpeluang berjumpa dengan pereka fesyen terkenal kegemarannya itu. Alangkah gembiranya dihati apabila dapat mengetahui bahawa dia akan berjumpa dengan idolanya yang sekian lama dia minati .
Amelia kini tiba di lokasi yang diberi di dalam aplikasi whatsApp di telefon bimbit.Dua tiba di sebuah cafe yang berdekatan dengan taman perumahannya jadi dia tidak begitu terkejar-kejar.Setibanya dia di cafe itu dia diberikan amanah untuk memastikan tempat duduk yang dipilih cukup dan selesa untuk para tetamu yang hadir . Sebaik sahaja dia duduk terdapat satu tragedi yang berlaku dimana seorang pelayan yang membawa air Amaricano ais tersungkur dan jatuh di hadapan Amelia dan menyebabkan bajunya yang berwarna putih kini bertukar menjadi hitam kecoklatan.Pelayan itu dengan cepatnya berdiri dan cuba untuk membersihkan baju Amelia namun nasi telah jadi bubur . Perasaan Amelia yang dulunya berbunga -bunga kini bertukar sekelip mata apabila melihat pakaian yang dipakainya itu tidak seperti sewaktu dia datang tadi. Tiba-tiba kelihatan seorang Barista yang mendekati Amelia dan cuba untuk meminta maaf atas kejadian yang telah menimpanya itu tadi.Kemarahan yang melanda Amelia menyebabkan dia tidak ingin melihat muka pelayan dan Barista itu .Dengan pantas dia hanya keluar dari cafe itu tanpa sebarang kata .
Dalam perjalanan pulang mata Amelia kian berkaca mana tidaknya alangkah malunya diri nya itu apabila kejadian itu terjadi di hadapan orang ramai .Dia terasa seperti maruahnya hilang sebentar mujurlah cafe itu tidak jauh dari rumahnya .Dia bergegas pulang untuk menukar pakaiannya dan ingin kembali ke cafe itu untuk menyertai musyuarat yang akan diadakan tidak lama lagi.Sebaik sahaja dia tiba semula ke cafe itu dia ternampak pelayan tadi dimarahi oleh seorang lelaki yang berbadan tegap dan sasa.Terlihat seperti pelayan itu telah melakukan satu kesalahan sehingga menyebabkan lelaki itu naik angin.Sekilas sahaja lelaki itu beredar dia cuba mendekati pelayan tersebut dan berkata "awak ok?".Tanpa sebarang respon dia terus ingin beredar dari situ namun Amelia cuba menahannya.Dengan nada yang rendah pelayan itu bertanya"malang sangat ke nasib saya sampai semua orang marahkan saya?".Amelia tersentak tanpa dia sedari dia telah lewat untuk pergi meeting nya .Amelia berlari dengan pantas memasuki cafe itu .
Amelia melangkah masuk dengan bergegas dan berkata "maaf semua saya lambat sebab ada masalah sedikit".Sebaik sahaja dia tiba meeting pun bermula .Setelah semuanya berakhir Amelia sempat mengambil gambarnya bersama dengan idolanya itu .Dia juga sempat memaklumkan kepada Melinda Looi untuk berjumpa lagi sekiranya berkesempatan.Sebelum Amelia pulang dia memesan 1 cawan Ice latte untuk dia bawa pulang .Kebetulan yang menjaga casher itu adalah pelayan yang sama .Sementara menunggu air nya siap dia mencari tempat untuk duduk dan dia menjumpai nya .Amelia pun duduk dan mengeluarkan iPad nya yang dia beli khusus untuk membuat kerja-kerja desingner nya itu .Dia memikirkan apakah desingn yang dia harus reka untuk FASHION SHOW nya bersama Melinda yang akan berlangsung 2 bulan sahaja lagi . Tiba-tiba pelayan itu telah menghantar pesanannya di tempat duduknya itu.Kemudian pelayan itu duduk berhadapan dengan Amelia dan berkata "HI" "Saya Alexander....panggil je Alex"." Saya nampak awak tadi ...saya nak minta maaf atas kejadian yang menimpa awak tadi saya memang tak sengaja"sapa Alex lagi.Namun Amelia hanya diam dan tidak memandang muka Alex langsung.Tanpa sebarang kata Amelia terus meninggal kan Alex dan keluar untuk pulang ke rumahnya.
Sebaik sahaja sampai ke rumah Amelia terus masuk ke rumahnya dan berbaring di sofa.Sedang lena dibuai mimpi ditambah pula angin dari penghawa dinginnya membuatkan matanya semakin berat.Tiba-tiba Amelia terfikir nama seseorang."Alex harrr?....hmmmm (???????)" bisikan hatinya berkata .Amelia tersipu sipu seketika apabila mengenangkan kembali saat pertuturannya bersama Alex .Sedang khayal berfikir tetang jejaka itu Amelia terlelap tanpa disedari.
Senja menjelang tiba Amelia bangun untuk mandi . Begitu nyaman air yang dimandi sehingga Amelia terasa tidak ingin keluar dari bilik airnya itu.Sebaik sahaja dia selesai mandi kedengaran bunyi telefon yang berdering .Amelia bergegas mengejar panggilan tersebut dan terlihat tulis kenalan bertulis "ibu".Lantas dia menjawap.
"Helo, asalamualaikum ibu".
Sedang hanyut bersembang dengan orang yang dicintai...terlihat jam tepat pukul 9.Sebaik sahaja panggilan di tamat kan dia punelokpat ke katil untuk tidur.Badanya terlalu letih sehingga tidak terdaya untuk makan mana tidak nya pelbagai perkara berlaku pada hari ini.
Keesokan harinya dia bangun untuk bersiap ke kerja.Dengan pantasnya dia bergegas keluar .Sebelum bergerak ke pejabat dia singgah di cafe yang sama seperti semalam untuk memesan amerikano kesukaanya.Matanya melilau mencari di manakah Alex .Sebaik sahaja pesanan nya di terima dia membanyarnya di kaunter dan ingin pergi ke pejabatnya.Saat dia memusingkan badan nya dia terpelecok lalu terjatuh.Mujur ade Alex yang cuba menyambutnya dan membantunya bangun secara perlahan -lahan .
Bersambung.........
Share this novel