Watak dan perwatakan dalam cerita Kenapa Dia?!

Romance Completed 6426

Watak utama:

Amir Farhan bin Ahmad

Seorang yang mempunyai ketinggian yang biasa dimiliki lelaki di Asia, lebih tepat lagi, di Malaysia. Berumur 23 tahun dan merupakan seorang guru di sekolah menengah tempat Ain Salsabila belajar. Seorang yang agak kacak dari segi paras rupa, namun sangat merendah diri. Diminati ramai pelajar ketika zaman sekolahnya. Sangat menghormati ibu bapa dan tidak suka berkasar dengan perempuan.

Ain Salsabila binti Fitri

Seorang gadis berumur 18 tahun yang comel. Luarannya tampak ayu dan sopan dengan berbaju kurung dan tudung bawal yang kemas di kepalanya. Satu fakta tentang Ain Salsabila adalah, dia seorang yang pintar dan nakal. Ain Salsabila sangat aktif dan lincah sejak kecil. Dia seorang yang simple dan jangan pernah suruh dia pakai shawl. Habis bergegar dunia nanti! Namun kenakalan Ain Salsabila semakin menjadi-jadi bila mengetahui cikgu yang diminati oleh rakan-rakannya di sekolah adalah jirannya.

Encik Fitri bin Haris

Bapa kepada Ain Salsabila. Berumur 45 tahun. Seorang yang sangat tegas dalam perkara berkaitan keagamaan. Sangat berpegang teguh pada syariat Islam. Seorang ayah yang penyayang dan sangat memanjakan anak-anak. Gemar membantu insan di dalam kesusaham. Seorang yang sanggup berkorban apa jua demi keluarga yang dicintai.

Puan Fakhira binti Fakhri

Umi kepada Ain Salsabila dan isteri kepada Encik Fitri. Seorang yang patuh pada suami. Penyayang dan sangat prihatin akan masalah anak-anak. Seorang yang sangat lembut hatinya. Tegas dalam mendidik anak-anak. Sangat suka membantu suami.

Muhammad Farhan bin Fitri

Abang kepada Ain Salsabila. Berumur 23 tahun. Seorang yang serius dan bersungguh dalam tindakannya. Sangat menyayangi Ain Salsabila. Walaupun bermuka serius, namun pandai bergurau di rumah. Paling risau dengan keadaan adiknya terutama bila adiknya sakit.

Muhammad Zafran bin Fitri @ Aniq

Abang kedua Ain Salsabila yang pernah lemas sewaktu berusia 12 tahun. Kehilangan identity diri. Dijaga oleh nenek dan diberi nama Aniq. Sangat menyayangi Ain Salsabila dan gemar bertengkar dengan adiknya.

Watak Tambahan:

Nek Kiah

Nenek kandung Ain Salsabila yang mempunyai sedikit masalah dengan Encik Fitri. Gemar memanggil Ain Salsabila dengan nama ‘Wardah’ kerana terlalu berkeinginan untuk mempunyai anak perempuan.

Cikgu Khalaf

guru Sekolah, rakan sekerja Amir Farhan.

Cikgu Baihaqi

Guru Sekolah, rakan sekerja Amir Farhan

Cikgu Nasrun

Guru Sekolah, rakan sekerja Amir Farhan

Cikgu Rusydi

Guru disiplin.

Cikgu Hafiz

Pengetua Sekolah

Guru-guru Sekolah
Pelajar-pelajar Sekolah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience