Series
291
"sakit lahanat jalan tengok depan" kataku lembut lagi berbudi bahasa
"maaf tak sengaja" ringkas balasannya
Aku syariqa murid pindahan baru. Guess who yang takde kawan? YES! yes i am. Why? sebab aku ni kasar, semua suka yang lembut macam cicak je
Aku bukan cicak! aku beruang polar MUAHAHAHAHAHA lawak gak en aku
Yeah mungkin satu lagi sebab aku ni hambar kot nvm hambar 4 laip!
"wah si budak baru lepak surau sorang lagi" suara-suara badak menganggu aku sedang berkhayal ingin menjadi ceo pada abad 22 nanti
Kenapa diaorang badak bukan cicak? Sebab mereka geng pig me
Moga anak cucu aku dijauhkan dari kaum ini aminn
Aku buat-buat pekak sambil acah-acah mengira mozek lantai
"woi pekak ke! " salah seorang dari geng pig me itu sedang berjalan menuju ke arah ku
Wau takutnya saiya, ini adik maneis manyak garang saiya makin suka la
Sebelum...
"zimzalabimzimzimzalabim..." aku mengeluarkan kuasa spesial aku dengan extra lengok badan seperti mahu keluarkan bunga silat
Mengelepur la engko muahahahaha
"w-woi kau buat apa gila"
"aduhh kau la ni buat dia marah kau tak tahu ke dia ni berkawan dengan makhluk alam sebelah" kata kawannya terketar-ketar
"a-alam sebelah? Maksud kau....."
"HUWAHUMAHUMHIYAHUMAHUNA.. " belum sempat dia menghabiskan ayatnya aku dengan elit mengeluarkan segala jurusku
Bertempiaran mereka belari meninggalkan surau. Cari lagi fasal dengan aku wa ini ah long ma lu apa cita
"seronok kamu kenakan diaorang?" sapa seseorang
Ni anak sape lak ni berani dia menseronok-seronokkan aku
"gila tak! seronok ah der- ... eh ustaz" pisyang matt dengan pakej anaknya seronok ketawakan aku dekat belakang dia
"kamu ni perempuan blablabla.... "
Eh ni bukan si player football yang selalu makan dekat meja hujung kantin belakang bob ketiak berpeluh tu ke?
Seronok ek engko ketawakan aku, ko tunggu aku curi selipar ko nanti
"dengar tak ni.." teguran ustaz mengembalikan aku ke dunia nyata lagi fana kerana islam bagai air yang jernih didalam bumi yang berdebu...
"dengar ustaz... " aku menundukan kepala semasa ustaz pergi meninggalkanku
"dengar tu..." kata si anaknya ustaz pula dengan tertawa masih disisa
Ei jangan sampai aku suruh si bob ketiak berpeluh peluk kau
Selepas usainya adegan membuat adrenalin mengelupur aku cuba menelefon bapakku untuk mempick up aku di sekolah
Share this novel