Pada malam itu juga,fikiran Aiman dibayangi seribu satu persoalan.Entah kenapa cincin naga yang ada diatas tapak tangannya sering ditenung.Tiada ada apa yang istimewa pun yang ada pada cincin itu melainkan ukiran berbentuk naga dan tulisan "sang penguasa".Oleh kerana hari sudah lewat malam Aiman mengambil keputusan untuk menggosok gigi dahulu sebelum tidur.Walaupun umur Aiman masih 12 tahun tetapi badannya setanding dengan remaja.Kalau diperhatikan betul-betul,Aiman sudah memiliki misai walaupun tidak jelas.Oleh itu,dia akan mencukur misainya 3 minggu sekali.Malam ini merupakan malam dia mencukurnya misainya.
Selepas selesai menggosok gigi,Aiman mula menyiram terlebih dahulu pisau cukurnya dengan air.Lazimnya,dia akan memulakan dibahagian hujung misai dahulu baru ke bahagian.Oleh kerana asyik memikirkan insiden pak cik tua itu,bahagian yang dicukurnya terluka akibat tersalah pegang.Akibatnya,darah mula mengalir.Mujur kesan lukannya tak begitu dalam.Aiman berasa panik dan mula mengelap bahagian luka tersebut.Secara tidak langsung,darah yang ada di bahagian tempat luka terkena cincing perang itu.
Tiba-tiba cahaya yang berkilau bewarna emas keluar daripada cincin itu berserta dengan suara ngauman yang samar-samar telah menyedut fikiran Aiman untuk masuk ke dalam cincin tersebut.Oleh kerana insiden itu berlaku secara tiba-tiba Aiman tidak dapat membuat apa-apa melainkan terpaksa akur.Oleh kesan tarikan yang sangat kuat,Aiman terasa pening dan pengsan.Selang beberapa minit,Aiman bangkit dari tempat dia pengsan.Alangkah terkejutnya apabila dia sedar bahawa dia berada di dunia yang menyerupai alam angkasa.Kalau hendak diibaratkan dunia dia berada sekarang,ia seperti suatu kanvas yang berwarna hitam kebiruan serta dipenuhi titik titik putih yang bersinar.Tak lupa juga batu asteroid berkeliaran pelabagai saiz serta komet mewarnai kanvas alam angkasa tersebut.Tiba-tiba,kelihatan kelibat objek seperti meteor menghampiri Aiman dengan sangat lajunya.Objek yang kelihatan kecil pada mulanya menjadi semakin besar sehinggakan hampir mempunyai saiz sama dengan bangunan tiga tingkat apabila semakin mendekati Aiman.Alangkah terkejutnya Aiman apabila objek yang mendekatinya bukanlah batu meteor biasa sebaliknya sebuah naga.
Susuk badannya sangat besar sekali.Sisik dibadan naga itu terbahagi kepada 5 warna iaitu merah,ungu,biru,putih dan oren.Matanya bewarna biru kehitaman seperti warna angkasa merenung tajam ke arah Aiman umpama harimau ingin membaham mangsanya."Hahaha.Akhirnya orang tua bangka itu berjaya juga.Hahaha."naga itu ketawa.Suaranya sangat garau serta kuat sehingga Aiman terpaksa menutup kedua-dua cuping telinganya."Siapa nama kamu manusia"naga itu bertanya dengan nada yang tegas."Ai...Ai...Ai...Aiman,ka...ka.....kamu ni siapa?"Aiman terketar-ketar menjawad kerana dia dalam ketakutan.Mana tidak takutnya,naga dianggap sebagai makhluk lagenda.Kuasannya yang sangat dahsyat mampu menghancurkan sesebuah negara semalaman sahaja.Tiada siapa pun yang berani mencari pasal dengan kaum naga.Naga juga mempunyai kategori.Hanya naga yang mempunyai keturunan naga yang sebenar sahaja mampu bercakap dan lebih kuat daripada naga berketurunan darah campuran.Ramai juga persoalan tentang bagaimana kaum naga yang pernah dianggap dahulu sebagai mahkluk terkuat menjadi pupus pada masa sekarang.
Melihat kepada naga yang depannya,Aiman sangat yakin bahawa naga ini berasal daripada naga keturunan bangsawan.Ini jelas bahawa bahawa kesemua elemen alam semula jadi seperti kilat,api,air,tanah dan angin mengelilingi naga tersebut dan bertindak sebagai perisai.Tambahan pula naga itu memilki kemampuan intelektual setanding manusia serta mampu bercakap bahasa manusia."Aku????,hahaha",Naga itu mendabik dadanya."Akulah raja segala naga,raja naga elemental sejati"ribut petir turut sama bergema dengan suaranya."Kamu manusia, mempunyai tubuh badan fizikal yang aku cari-cari selama ini.Satu-satunya manusia yang mempunyai anti-mana"kuku naga tersebut menunjukkan kearah Aiman."Anti-mana?"mata Aiman kian membulat.Setahu Aiman, hanya orang yang terpilih sahaja yang mempunyai mana.
Dengan adanya mana,magis dapat dihasilkan.Itu merupakan asas untuk menjadi ahli magis.Tiada lagi dalam sejarah lagi tentang penemuan anti mana."Ya ,benda hitam yang di dalam badanmu adalah anti mana.Berlawanan dengan mana,anti mana berfungsi menguatkan bahagian tubuh badan penggunanya"Naga itu mengelilingi Aiman."Dengan adanya anti-mana, kamu akan menjadi gagah berbanding orang lain.Malah,dengan pertolongan aku sang raja naga,mampu menolongmu menambaik badanmu supaya badanmu mempunyai dua kuasa berbeza iaitu mana dan anti mana."Naga itu mendabik dadanya "Boleh ke?"muka Aiman bersinar-sinar."Boleh,tetapi dengan satu syarat"Naga itu memberikan amaran.
Aiman mendengar syarat naga itu dengan penuh teliti.Dia tidak mahu menerima syarat sang naga itu secara membabi buta kerna dia takut perbuatannya akan memakan diri sendiri kelak. "Kau harus tolong aku untuk membalas dendam"Balas dendam.Tapi siapa"Aiman kehairanan"Buat masa ini kau tak perlu tau.Apa yang kau harus tau adalah dia terlalu kuat untuk kau lawan"Naga itu menjauhi Aiman."Mengangguk kepalanya,Aiman bersetuju dengan syarat naga tersebut.Apa yang ada dalam fikirannya adalah untuk menjadi kuat."Baiklah,pagi esok kita akan mulakan sesi latihan.Sekarang ni, fikiran kau masih lemah untuk berada lama di dalam cincin ini".Naga itu mengepak-ngepak sayapnya lalu beredar menjauhi Aiman.
Sejurus sahaja naga itu meninggalkan Aiman,Aiman kembali ke dunia asalnya.Selepas sahaja peristiwa itu,berlaku,Aiman segera menyelesaikan sesi mencukur misai yang mana telah tergendala sebentar tadi.Selepas sahaja bercukur,Aiman segera menuju ke biliknya untuk tidur.Walaupun Aiman berasa teruja menantikan keesokan paginya,dia bagaimanapun akhirnya tewas juga dan mula melayan bahtera mimpinya.Dia tidak sedar pak cik tua yang telah memberikannya cincin sedang berada disisinya sambil melihat dia tidur."Tidurlah wahai rajaku, kelak dunia akan sujud kepadamu."Pak cik tua itu memberikan penghormatan kepada Aiman ibarat seorang rakyat biasa menyembah rajanya.Dengan menghentakkan tongkatnya,pak cik tua itu tiba-tiba lesap daripada pandangan.Terkejut dengan bunyi hentakkan tongkat,Aiman bangkit dari tidurnya.Selepas memeriksa keadaan sekeliling,Aiman kembali menyambung tidurnya.
Share this novel