Nadia. seorang gadis yang mempunyai sejuta fikiran yang tak diluahkan. Namun, dia berjaya untuk tidak tenggelam dalam segala kemelut fikirannya yang mungkin membawa keburukkan.
" Nadia!! " Puan Roshidah. ibu Nadia yang sangat penyayang memanggil Nadia kerana risau akan anaknya yang fikirannya berada di tempat lain.
" Ye ibu. kenapa? " Nadia bersuara.
" Nadia nak pergi tak tawaran sambung belajar di Melaka ni? Cuba bagi kepastian. Kalau Nadia setuju, Ibu nak selesaikan barang barang ibu untuk ke sana. " Ibu Nadia sangat berharap Nadia sambung belajar mengambil diploma dalam Marketing di salah sebuah Kolej swasta di Melaka.
" Nadia ikut ibu je. Kalau ibu nak, Nadia setuju. Kita betolak esok lah. " Kata Nadia tanpa memikirkan perasaan nya saat itu. Dia cuma memikirkan kebahagiaan keluarganya. Tetapi apa yang dia mahu hanya lah berada di sisi ibunya.
" Okay kemas baju Nadia. Kita tinggal di rumah abang sebelum pegi untuk sesi pendaftaran Nadia " Ibu Nadia berkata dah berlalu pergi.
'Rumah abang? aaaaaaaah' Jerit Nadia dia dalam hati. ' Tingkat 4 tanpa lift. ' ' Takpe lah. Nadia sayang ibu '
Nadia lalu melangkah ke dalam biliknya untuk mengemas barangnya.
Share this novel