Bab 8 | rumah

Romance Series 3998

Ariesya membuka matanya perlahan-lahan. Tangannya mencapai iphone miliknya dan on. Terus terbuka besar mata dia. Dah pukul 10 pagi.

Dia ada hal lagi pasni. Mama ni pun satu. Kenapa tak bangun dia? Setiap pagi mama akan membebel sebelum pukul 8 pagi.

"Oh shit! Aku dah benar-benar lambat kali ni." Bergegas dia berlari menuju ke tandas.

Selepas dia sudah berkemas dia terus pergi ke ruang tamu. Kakinya pergi ke arah tangga dan turun dengan perlahan-lahan sambil matanya mencari kelibat mamanya . Datin Mariam memandang anaknya sambil mengangkat pinggan.

" Dah bangun sudah pengantin perempuan ni. Dah tak reti bangun awal. Kamu tu dah bersuami. Bukan anak dara selalu bangun lewat. Mama taknak kamu bangun lewat camni. Ingat!"  Datin Mariam memberi pandangan tajam kepada Ariesya. Ariesya hanya angguk dan menundukkan kepalanya. Lalu Datin Mariam pergi ke dapur.

Ariesya hanya tergaman! Apa kes ni pagi-pagi dah memekik. Peninglah dia macamni.

Wait what!?

Dia dah ada suami. Aduh, boleh lupa pulak. So, semalam dia tidur bersama dengan Airell.

Airell hanya senyum jahat kepada Ariesya. Ariesya perasan yang Airell sengaja tak bangunkannya dan memberi semyuman jahat.

Zakwan hanya tergelak terbahak-bahak. Sukalah tu tengok Ariesya kena marah oleh Datin Mariam.
" Zakwan, jangan ketawa dengan adik tu. Kang papa cari calon isteri kamu baru tahu."  kata Dato Fadillah yang berdiam diri dari tadi.

Zakwan terus berubah muka.

Ariesya tergelak kecil. Padan muka. Datin Mariam mengangkat bekas kaca yang mengisi mee goreng. Ariesya terus mengambil mee goreng menggunakan senduk di dalam bekas kaca lalu meletakkan di pinggan milik nya lalu makan.

"Ya Allah, Ariesya! Mama dah ajar dahulukan suami dulu." Bidas Datin Mariam. Entah mengapa hari ni Datin Mariam selalu bebel kat dia. Period kot.

Ariesya memuncungkan mulutnya sambil menyenduk mee untuk Airell.

"Thanks baby." kata Airell dengan suara teramat manja dan mengukir senyuman kepada Ariesya.

Lol, what's wrong with him. So weird, getus hati Ariesya.

Ariesya rasa tidak selesa dibahagian leher lalu memegang leher jinjang. Datin Mariam perasan yang leher Ariesya ada sesuatu iaitu Lovebites!

Datin Mariam hanya tersenyum saja. Nakal sungguh menantu dia.

"Tak lama lagi, mama akan dapat cucu. Happy."  ujar Datin Mariam dengan gembira. Semua orang dimeja menoleh ke arah Datin Mariam dengan muka blur.

"Cucu? Siapa yang mengandung ni?"  Tanya Zakwan pelik. Datin Mariam lalu mata Datin Mariam memberi isyarat kepada Zakwan dan mata Datin Mariam menuju ke arah Ariesya. 

Airell perasan lalu tersengih. Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh mak mertua dan Zakwan.

"Yang korang ni tersengih tak tentu pasal ni pahal? " Tanya Ariesya dengan mulut yang penuh dengan makanan.

Airell menarik nafas. Mukanya kembali serious. "Mama, papa, tengahari ni kami nak pindah rumah sendiri. Lebih senang kami nak dapat cucu."

Ariesya terbatuk. Pindah?

Apa ni!? Tak guna punya jantan!? Tak bincang dengan aku, bisik hati Ariesya.

Ariesya mengetap bibir seraya tangannya mencubit paha Airell. Airell menepis tangan dia. Bibir Airell tersenyum sinis.

"Baguslah. Makin cepat mama dapat cucu." Ujar Datin Mariam sebagai tanda setuju.

Airell dan Ariesya hanya mengangguk saja. Walaupun hati Ariesya bagaikan gunung dah berapi.

Sudah tiba masanya untuk berpindah dirumah baru. Sebelum itu, Ariesya dan Airell bersalam dengan Datin Mariam,  Dato Fadillah dan Zakwan. Ariesya memeluk Datin Mariam dengan penuh erat.

"Mama, maafkan Dina. Halalkan makanan dan minuman Dina dari kecil hingga sekarang." Kata Ariesya. Datin Mariam mengusap belakang Ariesya. Cepat sungguh masa berlalu. Dah besar dah anak bonsgsunya.

"Ye ye. Mama dah lama maafkan Dina. Dina jangan derhaka dengan suami ye. Syurga dibawah tapak kaki suami." Ujar Datin Mariam lembut. Ariesya melepaskan pelukan. Tangan Airell memeluk bahu dia.

"Airell akan jaga Ariesya sebagai nyawa Airell sendiri. Kalau ada apa-apa, kami akan inform kat mama, papa eh. Kami pergi dulu ye." Kata Airell. Ariesya terus masuk ke dalam kereta. Begitu juga dengan Airell.

Dato Fadillah, Datin Mariam dan Zakwan hanya mengangguk saja lalu melambai tangan mereka.

Didalam kereta, suasana sungguh senyap tanpa sebarang suara pun berbunyi. Airell melihat Ariesya hanya termenung akan rindu pada mamanya.

"Oi minah, kan aku dah kata kau akan jadi bini aku jugak. Tulah kau tak percaya. Yang kau termenung tu apasal? Senyumlah sikit kat suami kau ni." Kata Airell. Dia tak dapat tahan lagi melihat Ariesya termenung lepas tu muka tak pernah senyum tu pun semalam tu.

"Sukatilah. Aku bosan ni. " lalu tangan dia menekan button on for buka audio kereta Airell.

Tanpa sempat Ariesya menekan button on Airell sempat menepis tangan Ariesya.

"Hey, jangan sentuh kereta akulah! Jijik!" Tengking Airell.

"What do you mean by jijik. So, kau panggil aku jijik. Kau tu suci sangat. Perasan! Sedarlah diri tu oi!" Balas Ariesya. Dia pantang orang memanggil dia macam tu. Tak kiralah orang tu siapa.

Airell menjeling. " Kenapa kau tinggikan suara kau tu kat aku. Aku suami kau. Respect."

"Respect? Aku nak respect kau. Hello! Mr Airell, kau yang tak respect aku macam mana aku nak respect kau."

"Mrs Airell, aku tak peduli yang penting kau tu respect aku as your husband. Aku dah tahu kenapa kau nak kahwin dengan aku. Sebab kau nak harta aku. It's okey. Aku beri kau." Ujar Airell.

Sukati badak dia tuduh Ariesya macam tu. Geram! Nasib dia suami Ariesya kalau tak dah lama bertumbuk di dalam kereta.

"The hell! Nak harta kau!? Eww duh. Setakat harta kau, tak perlu aku nak minta. Satu sen pun aku taknak. Jangan tuduh sukati je." Sindir Ariesya sambil dia menoleh Airell. Lelaki ni tak kenal dia ke. Dia ni ketua The Fire. Berani sungguh dia tuduh ketua The Fire. Tunggu kau Airell.

"Peduli. Kau sama je dengan perempuan mata duitan. Tak mengaku." Makin suka Airell kacau Ariesya. Dia sengaja berbuat demikian. Taklah bermasam muka dari tadi.

Suasana kembali sepi, Ariesya malas nak layan. Dia tidur je. Yeah. Mengantuk.

Dalam sejam kemudian, Airell dan Ariesya sudah sampai ke rumah milik Airell. Airell menunjal kepala Ariesya. Ariesya terjaga.

Dia terpegun! Rumah ni yang dia akan tinggal.

?

(Rumah milik Airell)

Airell mengambil barangnya dari bonet keretanya dan melangkah ke arah pintu utama. Begitu juga dengan Ariesya hanya ikut saja dari belakang Airell

Ariesya memasuki rumah itu. Sungguh cantik!

"Wow! Cantikya dan luaslah!" Sambil terngaga mulut Ariesya. Airell memandang Ariesya dari jauh lalu mengeleng kepalanya. Rumah dia pun tak sebesar ni.

Airell melangkah ke tangga bersama-sama dengan Ariesya. Di ruang atas, mempunyai 8 buah bilik.

"Minah, ni bilik aku. Master room. Second master room is yours. Your room opposite my room. If ada sesuatu just ask me."

Mata Ariesya meliar mencari 6 bilik. Maybe kat tingkat lain. Rumah dah serupa macam istana.

"6 bilik tu?" Tanya Ariesya.

"Untuk anak-anak kita." Bisik Airell lembut di telinga Ariesya. Airell tergelak lalu dia masuk ke biliknya.

"Anak kita? Mustahil."

Ariesya menggeleng. Tak mungkin perkara itu berlaku.

Tanpa membuang masa, dia masuk ke dalam biliknya. Wow, soft purple.

"Wow! Soft purple lah. Tahu juga dia favourite colour aku. Bangga. Dah Aku nak tidur."

Ariesya menghempas tubuhnya. Dia mengambil phone didalam beg. Dia terkejut melihat kesan merah dilehernya. Ni mesti kerja Airell. Mamat ni. Patutlah mama dan Zakwan cerita pasal cucu.

Ting!

Dia terus on phonenya dan membuka WhatsApp.

The Fire????

Dylan
kami sudah tangkap anak buah The Dragon yang cuba membuat kacau ditempat kita.

Misya
So dimana budak tu sekarang?

Dylan
Di bilik 1 ,budak tu degil sangat .

Damia
Degil? Berani dia tu!

Ariesya
Baguslah kalau macam tu lama sudah aku tak bunuh orang and malam ni aku akan ke markas so you'll need to standby barang yang menarikkan perhatian aku!

Mac
Okay boss! Kami akan uruskan segala-galanya

Ariesya terus mengukirkan senyuman yang kejam. Dia menutup mata lalu dibuai mimpi. Lena. Malam ni ada mangsa untuk bermain.

Tapi bolehkah dia keluar malam sudah bersuami?

To be continued

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience