"hish mamat ni pehal dok usha aku.. Tau la aku ni cantik, tapi tak yah kot usha aku.. tak selesa dohh.." desis hani di dalam hati.. sempat lagi tu puji diri sendiri.. memang masuk bakul angkat sendiri betul la hani ni..
tengku aidan memandang hani yang sibuk membuat kerja.. Sekali sekala matanya memandang ke arah lain.. Matanya dapat menangkap beberapa mata pekerja angahnya yang memandangnya dengan pandangan pelik.. Tunggu tak pelik macam mana.. Kalau diri dia ni dah macam pakcik guard pon ada.. "ish minah ni memang macam ni ke?? buat derk je.. macam aku ni tak wujud depan dia.." desis tengku aidan seraya memandang muka hani.. Namun cepat2 dia melarikan anak matanya apabila anak mata dia bertembung dengan anak mata hani..
Hani mengangkat kepalanya memandang lelaki di hadapannya..Hani hanya memandang lelaki tersebut lalu meneruskan kerjanya yang tergendala.. Sebenarnya bukan sengaja dia nak tengok tengku aidan, tapi secara tak tersengaja terusha anak teruna orang.. Dah jadi kebiasaan hani mengangkat kepalanya apabila mengira ataupun mengingati sesuatu perkara.. Student memang macam ni la.. Bila kiraan panjang sikit mula la tercongak fikir jawapan.. Hani ni sejenis malas guna kalkulator.. Dia lebih suka guna otak..
Tengku Adam berjalan menghampiri cermin di bilikya.. dia melihat adiknya berada di hadapan meja hani.. "Ish, budak ni tak balik lagi? dia buat ape depan meja hani? Ish, tak boleh jadi ni.." gumam tengku adam perlahan.. Ada nada jeles di situ.. Tengku Adam kembali ke mejanya lalu menekan interkom.. "Hani buat kan saya coffee" kata tengku adam..
interkom di meja hani berbunyi.. Hani membalas kata tengku adam.. "Baik tengku".. Hani bangun dan melangkah ke arah pantry..
tengku aidan turut mengikuti langkah hani..
hani yang perasan tengku aidan mengekori berpusing... "Encik ni kenapa, follow saya ke hulu ke hilir.. apa masalah encik.. saya kacau life encik ke.." kata hani geram.. "ish mamat ni silap hari bulan aku cepuk jugak..." desis hani di dalam.. mukanya merah tak terkata.. geram punya pasal..
"saye follow.. oh sorry sikit.. saya dahaga ok.. perasan je lebih.." balas tengku aidan menyaingi langkah hani.. dia tersenyum nipis apabila melihat muka hani yang merah akibat geram..
hani turut melangkah ke dalam pantry.. dia membacuh kopi dengan segera.. rimas sebab mamat mental ni usha dia macam nak tembus.. Hani melangkah keluar dari pantry menuju ke bilik tengku adam.. dia mengetuk pintu lalu masuk kedalam..
tengku aidan hanya menunggu hani di hadapan meja hani.. "kau kenapa aidan.. stay depan meja dia.. dah macam guard pon ada". desis hati aidan kutuk dirinya..
tengku adam hanya tersenyum melihat muka hani.. tiada senyuman.. "aq senyum dekat dia tapi dia tak balas? dah kenapa? anehnya.." desis tengku adam apabila senyumannya tidak dibalas seperti selalu.. "hani are you okay? tanya tengku adam..
"uhmm, i am okay.. kenapa tengku" tanya hani..
"takla, saya tengok muka awak ni masam je.." balas tengku adam sambil memasukkan beberapa kiub gula ke dalam kopinya.. Kena bubuh sendiri la, dah PA kesayangan dia ni tak suka minum kopi.. Kang terlajak gula, tak ke kencing manis dibuatnya..
"hish, tengku ni.. ade je.. masam ke muka saya? i don't think so.." balas hani cuba tersenyumm.. "sangat berbeza attitude diaorang.. Nama je siblings.. perangai ya allah sorang baik je, sejuk hati.. sorang lagi pulak hmm.. malas nak describe.." desis hani lalu minta izin untuk keluar namun langkahnya terhenti apabila tengku adam memanggilnya..
"Hani"
"Hish lamanya minah ni dalam bilik angah.. dia buat apa.. hantar air je kot.." desis tengku aidan.. Namun pandangan tengku aidan beralih ke arah telifon hani.. Telefon hani berbunyi ada orang call.. "hubby".. gumam tengku adam membaca nama pemanggil di henfon hani.. selepas beberapa minit.. deringan pon berhenti.. beberapa saat lepastu, dengar pulak mesej masuk.. sekali takpe.. ni berpuluh kali.. "Spam ke macam mana".. desis tengku aidan tersenyum.. Namun senyumannya mati apabila telefon hani sekali lagi berdering.. "Hubby, sape dia.. save nama hubby la husband la darling.. apa la nak jadi. save nama pelik2.. nama sendiri takde ke.. sampai kena save nama2 macam tu.." desis tengku aidan.. Kalot betul la dia ni.. Tengkubaidan hanya buat derk dengan panggilan itu.. namun kesabaran tengku aidan hilang apabila telefon hani berbunyi buat kali ketiga.. Tengku aidan cuba mencapai telefon hani.. namun belum sempat dia mencapai telefon hani, ada tangan yang lebih pantas mencapai telefon itu.. tengku aidan melihat gerangan manusia yang mengambil telefon hani.. Membulat sedikit matanya apabila melihat hani mencerlung mata memandangnya..
"ye tengku? balas hani..
"umhh, xde apa lah.. you may go now".. kata tengku adam.. "hurm kenapa la susah sangat aku nak luah perasaan aku dekat hani.. jeles aku tengok aidan dengan hani.. aidan buat apa depan meja hani.. diaorang dah kenal ke sebelum ni.." desis tengku adam.. bermacam persoalan bermain di mindanya saat ini..
hani melangkah keluar dan dia agak terkejut apabila melihat mamat mental tu cuba mencapai iphone nya.. dia mengatur langkah laju lalu mencapai iphone lalu merenung tajam muka mamat mental.. hani melihat nama pemanggil
"uhh, hubby.." desis hani.. dia menekan butang hijau lalu panggilan bersambung..
"assalamualaikum, asal hani tak angkat call aiman.. aiman call banyak kali tau.. hani busy ke.. sampai aiman call tak angkat.. bertubi tubi soalan yang keluar dari mulut aiman..
"waalaikumussalamm, hubby.. bie, relax okay.. sorry tak angkat call tadi.. banyaknya soalan.. mana satu hani nak jawab ni.." balas hani ketawa kecil dengan sikap aiman.. Korang mesti pelik ann kenapa hani save nama aiman sebagai hubby..
korang jangan salah faham okay.. hani dengan aiman ni besfriend 4ever ok.. hani still tak tahu perasaan aiman dekat dia bukan sekadar kawan, tapi lebih dari kawan.. kenapa hani tak save je nama aiman sebagai aiman.. why letak hubby? lepas tu siap panggil hubby, bie lagi.. okay cite dia macam ni..actually, aiman ni selalu berlakon jadi pakwe hani.. Kalau diaorang keluar berdua without syaza, diaorang akan acting like a sweet couple.. Hani hanya akan panggil aiman dengan panggilan manja tu apabila aiman merajuk and bila syaza xdak.. senang cerita bila depa dok sekali.. takdak oqang lain.. since bila macam ni.. since form 4.. hani hanya akan panggil panggilan tu apabila berbual dalam telefon, chat, or shopping complex ( tempat yang tak ramai oqang..)Actually, hani pon save 6ber syaza dengan nama darling.. Sweet dak dia.. bukan dengan aiman je noh, dia bersweet dengan syaza pon sama.. sweet.. tapi panggilan tu hanya akan ada bila mereka bertiga tak sekali.. sama ada aiman dengan hani.. ataupun hani dengan syaza.. bila berdua sahaja panggilan manja ni keluaq.. bila bertiga kau, aku.. xde sweet tu semua.. so taknak salah faham tau.. sambung balik..
"sorry, hani la suka bagi bie risau.. bie call sekali tak angkat, dua kali tak angkat jugak.. Risau tau.. balas aiman.. macam makcik2 pon dah ada.. bebel je tahu
"hani busy tadi.. nape call.. urgent ke? " tanya hani sambil melihat tengku aidan di hadapannya..
"amboi dia sakan aih, bie memanjang." desis tengku aidan.. jeles ke.. takde maknanya nak jeles sebab minah kampung ni..
"tak.. tadi along hani call bie.. dia kata dia call hani tapi hani tak angkat.. chat pon tak balas.. along nak mintak tolong hani ambik Iyan dekat rumah pengasuh.. kak long admit hospital.. bleeding sikit.." balas aiman..
"owh yeke.. bleeding lagi.. ni kali kedua dah kak long bleeding.. uhmm ok.. Along guna 6ber baru dia ke.. Sebab hani just dapat miss call dari bie dengan 6ber tak dikenali.. chat tu hani tak bukak pon.. sebab hani block notification supaya tak muncul dengan screen.. hehehe.. sorry.. Btw, thanks bie bagi tahu.. malam ni datang la rumah, acik balik.. bbq nak.. esok cuti.. bie datang la dengan syaza.. Nanti hani chat dgn syaza.. bie jangan lupa tau.. datang ok.. kalau bie takdatang hani pergi turut dekat rumah bie.. hahahha.." balas hani seraya ketawa..
"most welcome dear.. ok.. bie janji bie datang dgn syaza.. huihh, jangan la.. nanti riuh satu taman.. hahha. ok la hani.. bie letak dulu ehh.. assalamualaikum.. jgan lupa tau ambik iyan.. kalau malam ni iyan xde kat rumah unty siap hani bie kerjakan.. bie dah lama xmain dengan iyan.. rindu..balas aiman
"hahhahah.. waalaikumussalam bie.. inshaallah tak lupa.. amboi dia skarang.. bukan main.. ingat bie sorang je ke rindu iyan.. hani pon sama ok.. rindu sangat dekat iyan.. hmm ok bye2.. hani letak dulu.. balas hani seraya meletakkan panggilan.. dia duduk lalu menyambung semula pekerjaannya.. dia melihat jam tangannya menunjukkan 4.30.. "yes setengah jam lagi boleh balik.".. desis hani lalu tersenyum..
Tengku aidan hanya memandang kosong muka hani.. "amboi bila boleh cakap dengan orang yg dia sayng laju je senyum.." desis tengku aidan.. dia melihat jam di tangan lalu bangun..
hani memandang tengku aidan yang sudah berdiri.. "umhh, nak balik dah ke.. balik la.. drive lek lok tahu.." kata hani..
"asal kau nak aq tunggu kau ke.. bosan aq stay sini.. kau ingat ehh, hutang kita tak settle lagi.. Esok kau free tak.. kalau kau free.. aku nak kau ganti balik henfon aku.." balas tengku aidan
"takde sapa pon suruh awak stay sini.. asal.. no way.. bukan salah saya.. encik yg langgar saya.. pandai2 encik la.. kata kaya.. takkan iphone sebijik pon takleh beli.." balas hani sambil mrnyambung kerjanya kembali..
tengku aidan hanya meregus geram apabila dirinya diperli oleh hani.. dia melangkah keluar dari pejabat.. balik tido lagi bagus.. dari duduk sini.. rasa macam dah jadi guard pon da ada..
hani hanya meneruskan kerjanya tanpa sebarang gangguan.. tepat jam 5 petang dia mengatur langkah untuk pulang.. dia mengemas mejanya lalu menuju ke lif.. di dalam lif.. hani membaca chat yg dihantar.. "uhh, acik hantar chat.. mak aihh, sampai 200 lebih.. spam ke apa dia ni?.." desis hani di dalam hati.. hani membuka chat aciknya.. "adik tolong ambik acik dekat bangsar. rumah azuan.. adik tahu kan dekat mana.. adik balas la.. adik.. asal tak online.. busy ke.." hani baca satu persatu chat aciknya.. Hani membalas semula chat aciknya.. "kete acik mana? sorry balas lambat.. adik busy.. umh ok.. adik baru nak keluar dari office ni.." hani melangkah menuju ke tempat parking lalu berjalan ke keretanya.. dia membolos masuk ke dalam keretanya.. "hurmm, ambik acik dulu la.. Nanti tak de orang nak pegang iyan pulak.. along bukannya tinggalkan carseat pon.. kalau iyan tidor takpe la.. kalau bangun.. memang taknak la dia duduk atas seat biasa ni.. gumam hani lalu menghidupkan keretanya.. iphonenya berbunyi tanda mesej masuk.. "kete masuk spital, tangki air bocor.. thanks.. love u adik.. hani membaca chat aciknya lalu mengundurkan keretanya.. dia memandu menuju ke bangsar..
Share this novel