Bab 1 PERTEMUAN KEMBALI

Action Series 250

Mereka berpandangan sesama sendiri apabila ketua mahu berjumpa dengan mereka semua.Pasti ada benda penting yang ketua mahu beritahu mereka.

"Kenapa ketua nak jumpa kita ni?" tanya Afissa sambil menyedut minumannya.

"Entah" Anissa hanya angkat bahu.Matanya fokus pada skrin telefonnya.

"Mana ketua ni.Lambatlah.Kejap lagi aku ada kelas." Alissa mengeluh perlahan.

Arissa tak pernah lambat.Biasanya dia yang akan datang paling awal.Afissa mula tak sedap hati.Mereka berpandangan serentak.

"Mungkin ada sesuatu berlaku?" teka Afissa.

Alissa pantas mengetuk kepala Afissa.Suka sangat bersangka buruk kan dah kena.

"Kau ni.Mungkin jem kut.Tak payahlah fikir benda buruk.Buatnya jadi betul-betul nanti macam mana." marah Alissa.Dia ni kalau marah memang sampai membebel berjam jam.

Anissa pekakkan telinganya apabila mendengar mereka bergaduh.Bising betullah.Tak pernah nak diam.Bergaduh je kerja.Aku ketuk kepala diorang ni karang.

Arissa muncul tiba-tiba dalam keadaan termengah-mengah.

"Kenapa dengan kau ni?" tanya Anissa.Dia cepat cepat menghulurkan air kepada Arissa.

Arissa meneguk air dengan pantas dan tersedak.
Afissa menepuk perlahan bahu Arissa.

"Tak payahlah gelojoh.Haa apa jadi?kenapa kau macam baru lepas berlari ni?" tanya Alissa bertalu-talu.

"Tadi aku kena kejar dengan anak buah diorang tu.Aku penatlah lari laju." terang Arissa sambil tersandar di kerusi.

Mata mereka semua terbeliak mendengar kata-kata Arissa.Nasib baik dia boleh lepaskan diri kalau tak memang nahas mereka.

"Kau ada cedera kat mana-mana ke?" tanya Anissa prihatin.Anissa mengutuk mereka dalam diam.

"Aku okey.Tapi aku dah tangkap dah diorang sumbat dalam lokap lagi bagus.Kalau aku dapat mafia tu memang aku ganyang la diorang.Mereka makin berani sekarang.Aku rasa kita kena lebih serius." kata Arissa sambil merangka strategi untuk menghapuskan mafia durjana itu.

"Sebab nilah kau suruh kitorang berkumpul?" tanya Alissa.

Arissa mengangguk

"Tapi kan aku rasa baik kita bincang kat markas" kata Afissa.Matanya melilau memandang sekeliling .

"Kenapa?" tanya mereka serentak.

"Kat sini kan tempat terbuka.Mungkin ada orang-orang diorang.Nanti habis plan kita" terang Afissa.

"okeylah.Kita bincang nanti kat markas esok pukul tiga petang tepat aku nak tengok korang kat sana.Faham!?" putus Arissa.

"Faham!" kata mereka serentak.

Mereka pun berpecah pulang ke rumah masing-masing.Dalam perjalanan pulang mereka terfikir tentang perkara itu.

DI SUATU TEMPAT LAIN

"Kau dah buat apa aku suruh tu?" tanya lelaki berkot dan berkaca mata hitam itu pada orang suruhannya.

"Dah bos" jawab lelaki itu.

"Bagus! Keluar" arah lelaki itu.

Lelaki itu menundukkan lalu berjalan keluar dari bilik gelap itu.

"Apa plan lepas ni?" tanya lelaki itu kepada tiga orang kawannya.Mereka berpandangan dan tersenyum sinis.

"Ikut plan asal lah" jawab lelaki bertopeng itu.

Mereka gelak berdekah-dekah sambil berpandangan menghantar maksud tersirat.Apa yang berlaku lepas ni akan menjadikan permainan ini lebih menarik.

******

Anissa berjalan pulang ke rumahnya sambil menyedut minumannya.Dia terfikir akan kata-kata Arissa sebentar tadi.Kalau Arissa sudah diserang maknanya dia kena lebih berhati-hati.Anissa menoleh ke belakang untuk memastikan tiada siapa mengikutinya.Dia mengeluh berat apabila ternampak kelibat seorang berpakaian hitam mengekorinya.

'Baiklah,kau nak sangat lawan aku ye.Aku takkan lepaskan kau!' desis hati Anissa.

Dia berlari laju dan menyorok disebalik dinding menunggu lelaki berpakaian hitam itu.Sebaik sahaja lelaki itu sampai Anissa terus menariknya kuat dan menghentaknya ke dinding.Dia mencekik leher lelaki itu kuat.Walaupun dia perempuan tapi dia kuat.Dia sudah dilatih untuk menghadapi situasi ini.

"Kau siapa?Kenapa ikut aku?!!" tanya Anissa.Dia masih tidak melepaskan cengkamannya pada leher lelaki itu.

"Tolong, jangan bunuh aku.Aku hanya ikut arahan.Aku kena sara keluarga aku." rayu lelaki itu.Dia cuba meleraikan cengkaman Anissa pada lehernya tetapi kekuatan Anissa tidak dapat ditandinginya.

"Beritahu aku siapa arahkan kau ikut aku? Kalau kau tak nak mati awal." ugut Anissa sambil mengetatkan lagi cengkaman tangannya pada leher lelaki itu.Muka lelaki itu sudah biru mencari nafas.

Secara tiba-tiba muncul beberapa buah kereta mengelilinginya.

"Kau bawak geng?!!" Anissa sudah bersedia mengeluarkan senjatanya.

Seorang lelaki yang segak melangkah keluar dari salah satu kereta itu.Anissa melepaskan cengkamannya pada leher lelaki itu.Lelaki itu jatuh terduduk sambil mencuri nafas.

"Long time no see you,ejen Anissa." Kata lelaki itu memulakan bicara bersama senyuman sinisnya.

"Berani kau datang balik lepas kau kalah dengan aku." balas Anissa sambil tersenyum mengejek.

Lelaki itu mengetap giginya.Merah padam mukanya menahan marah yang ingin meletus.

"Aku tak sama dengan Haikal yang dulu." kata lelaki yang bernama Haikal.

"Aku tak nampak apa perbezaan dalam diri kau.Tetap lemah." Provok Anissa.Dia tersenyum nipis apabila melihat Haikal menggenggam tangannya.

"Aku tak nak cakap banyaklah.Apa kau nak? Sampai kena hantar anak buah kau yang lemah ni." Anissa berkata sambil menyepak perut lelaki yang terbaring itu.Mengerang kesakitan lelaki itu menerima sepakan Anissa.

"Pembalasan!" kata-kata Haikal meletuskan ketawa Anissa.

Anissa ketawa terbahak-bahak sambil memegang perutnya.Dia memandang muka Haikal dengan pandangan yang sinis.

"Pahal kau ketawa?!!" mendidih darahnya mendengar ketawa Anissa.

"Tak payahlah buang masa nak balas dendam bagai.Sebab kau yang akan kalah." Anissa memasukkan kedua tangannya ke dalam poket.

"Dan lagi satu, jangan berani sentuh diorang.Kalau ada sikit je luka siap kau!!" kata-kata amaran Anissa tidak dipedulikan Haikal.

"Aku takkan mudah mengalah."

Kata mereka serentak.

Mereka berpandangan.Anissa berjalan pergi daripada lorong gelap itu.Dia mesti memberitahu maklumat yang didapatinya kepada Alissa.Haikal hanya memandang kosong pemergian Anissa.Dendam yang terpendam akan terbalas juga suatu hari nanti.

******

Alissa melihat mesej yang dihantar daripada Anissa.Dia yang akan mencari maklumat tentang musuhnya.Alissa duduk di atas sofa di ruang tamu rumahnya.Dia sudahpun membuat perancangan.

12:00 tengah malam

Alissa keluar dari rumahnya mengikut pintu belakang dengan berpakaian serba hitam.Dia sudah membuat perancangan dengan Anissa untuk mencari maklumat tentang mafia itu.

Alissa memandang sekelilingnya untuk memastikan tiada orang pada waktu itu.Kerjanya akan menjadi lebih susah jika ada orang melihatnya.

"Okey,cun.Takde orang" bisik Alissa perlahan.Dia pantas mengeluarkan telefon pintar dari poketnya untuk memberitahu Anissa.

'Aku dah nak keluar ni.Kau ikut tak malam ni?'

Ting!

Alissa menghantar mesej kepada Anissa dan menunggu balasannya.

Ting!

Telefon pintar Alissa berbunyi menandakan ada mesej masuk.

'Aku tak ikut malam ni.Sorry.Aku ada hal lah.Kau boleh ke sorang-sorang.'

'Aku okey je.Aku kan dah biasa buat kerja ni.'

'Okey hati-hati.bye'

Alissa menutup telefonnya.Dia memasukkan kembali ke dalam poketnya.Dia menuju ke keretanya.Alissa menghidupkan enjin kereta dan bersedia untuk memulakan misinya.

Secara tiba-tiba dirinya terasa seperti benda tajam diletakkan di lehernya.Dia tidak menjerit.Alissa sudah selalu menghadapi situasi ini.

"Jangan bergerak ikut aku kalau tak nak mati." Bisik suara itu betul-betul di telinganya yang berlapik tudung.

"Apa kau nak?" tanya Alissa.Mukanya tetap tenang.

"You know what, I miss you." gemersik suara itu di telinga Alissa.

"Kau nak apa tak guna!!?" tengking Alissa.Dia cuba menahan suaranya daripada menjerit lebih kuat.

"Aku nak kau lah!! Jangan banyak cakap.Ikut aku." suara itu mengarahkannya memandu kereta.

Alissa merangka strategi bagaimana mahu melepaskan diri daripada lelaki itu.

"Kenapa kau muncul balik?" tanya Alissa tanpa memandang wajah lelaki itu.

Alissa senyap-senyap mengeluarkan pisau lipat di dalam poketnya.Alissa menggenggam erat pisau lipat itu.

"Setelah apa yang kau dah buat kau tanya aku apa aku nak?Bosan betullah." lelaki misteri itu mengeluh menjawab pertanyaan Alissa.

"Hisyam, Hisyam.Kau masih tak sedar lagi ke?" Alissa ketawa memandang wajah lelaki yang bernama Hisyam itu.

"Kau buatlah apa pun,kau takkan dapat kalahkan aku.Hahahaha"Alissa meneruskan ketawanya.Seonok dapat menykiti hati Hisyam.

"Diamlah!!" tengking Hisyam membuatkan ketawa Alissa mati.Diganti dengan senyuman sinis.

"Pandu sekarang!" arah Hisyam.

Alissa hanya mengikuti kehendak Hisyam yang membawanya ke sebuah rumah agam yang besar bak istana.

"Keluar!" arah Hisyam lagi.

Alissa keluar dari keretanya.Mengikuti langkah Hisyam.Mesti pelikkan kenapa Alissa hanya mengikuti Hisyam walaupun tahu nyawanya dalam bahaya.Dia memandang sekelilingnya untuk memastikan dia berada.Secara senyap,Alissa menghantar lokasinya kepada Anissa.Anissa seorang yang bijak.Dia mesti tahu maksudnya menghantar lokasinya itu.

Hisyam berjalan ke arah pintu utama dan membuka kunci.

"Masuk sekarang!" arah Hisyam.

"Kenapa aku kena ikut kau masuk?" tanya Alissa sambil menyorokkan pisau lipatnya.

"Aku kata ikut aku!" kata Hisyam lalu cuba menarik lengan Alissa.

Alissa pantas berundur dan mengeluarkan pisau lipat yang disoroknya.Alissa berlari menuju ke arah Hisyam.Hisyam mengeluarkan pistolnya.Anak buah Hisyam cuba menghentikannya tetapi kelajuan Alissa tidak dapat ditandingi.Alissa berlari ke belakang Hisyam dan menyepak lutut Hisyam hinggakan dia terduduk.Alissa memusingkan tangan Hisyam ke belakang badan.Dia kemudian meletakkan pisau di leher Hisyam.

"Kau lupa aku siapa?Aku ejen Alissa." bisik Alissa di telinga Hisyam.

Happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience