JUJURLAH
susah untuk jujur apabila sesuatu tu semakin lama disimpan. tapi daripada orang yang kita tipu itu dapat tahu dengan sendirinya baik kita dahulu jujur sebelum dia mengetahuinya
kadang kadang kita rasa menipu adalah jalan yang terbaik hanya untuk menjaga hati seseorang. namun kita lupa kejujuran amatlah penting didalam kehidupan
cubalah letak diri kita di diri orang yang kita tipu. apabila mengetahui kebenaran sakitnya tidak dapat disangkal
kadang kadang kita juga bukan sahaja menipu orang malahan kita lebih banyak menipu diri sendiri
kita tipu yang kita kuat padahal kita tak! kita tipu yang kita tak perlukan seseorang untuk mendengar luahan padahal kita amat memerlukan bahu untuk bersandar
berhentilah menipu diri sendiri. berlaku jujur sahaja
jujur juga boleh dikaitkan dengan ego
kita ego untuk mengatakan bahawa kita lemah dan kita ambil jalan untuk pendam masalah sendiri
sedangkan itu hanya menyakitkan hati
jujur itu susah tapi lagi susah untuk memperbaiki hubungan setelah mengetahui kebenarannya
•ayatsaya'
kejujuran tu penting tau...sangat penting!
Share this novel