Rate

Antara Kita

Short Story Completed 50514

Aku memandang dari kejauhan. Hai.... indahnya zaman bercinta yer... semua nampak indah belaka. Kelibat Suzila dan Hakim hilang di balik pintu hadapan rumah Mak Jah. Kalau ikutkan rasa hati, memang tak lah aku nak menapak datang majlis tunang si Suzila ni. Kenangkan Mak Jah tu best friend mak aku je. Meluat nak menghadap muka Hakim tak cukup gigi tu. Jangan salah faham you guys. Bukannya dia tak cukup gigi. Maksud aku, Hakim tu senyumnya lebar selebar-lebarnya sampai nampak habis semua gigi-giginya. Macam tak cukup gigi yang depan nak ditunjuk,sekali dengan kiri kanan taring geraham semua dia nak tunjuk. Alahai.. nasib baik gigi kau cantik hakim oii...

"Hah! Termenung!" terangkat bahuku bila suara Linda menerjah rapat di telinga. Aku menjeling melihat muka Linda yang sepuk dengan bedak compact.

"Kenapa? Makan hati tengok buah hati bertunang dengan orang lain ke?" aku gelak sinis. Linda kalau bercakap, tak pernah ada filter. Terasa mahu saja aku ambil penapis serbuk kopi yang ada di depan mataku saat ini untuk aku tenyeh-tenyeh ke mulutnya.

"Wahai Cik Linda yang bijaksana, bolehlah kiranya patik yang hina ini bertanya. Siapa gerangan buah hati patik tu yer?" Linda mencemik. Perasan cantik sangatlah mulut cilinya itu menjuih. Aku beristighfar di dalam hati. Mengapa cepat benar aku tersentap hari ini? Habis semua perkara tak kena dimataku. Habis semua benda nak diomelkan.

"Sudah gaharu cendana pula,sudah tau lagi nak tanya, " ewah ewah... bukan main Linda hari ni. Siap berpantun pantun lagi. Ni mesti kes berjangkit dengan rombongan meminang yang berlawan pantun sebentar tadi.

"Pantun kau tak rhyme la Linda,"aku gelak jahat melihat bibirnya yang makin memuncung.

"Lagipun,dah memang aku tak tau,sahih lah aku tanya kau balik. Mana lah tau kau lagi paham jiwa aku kan, " semakin galak aku menembak Linda. Semangat aku makin berkobar mahu menyakitkan hati Linda.

"Gaduh apa pulak korang berdua ni?" muncul pula suara baru. Dia ni pulak datang... aku tarik nafas panjang. Bersedia mahu menghamburkan ayat-ayat yang lebih power.

"Eh,abang Ghaz... tak perasan abang ada," getik suara Linda meloyakan tekakku.

"Lah... adik abang tunang, mestilah abang ada.. Tak gitu Syikin?" tembak Abang Ghaz padaku. Uwekk...Abang Ghaz konon. Nama Ghazali,konon moden lah tu panggil Abang Ghaz.

"Apa-apa ajelah korang berdua ni. Nak sembang, pergi sembang jauh-jauh. Saya asalnya duduk seorang je kat sini menikmati kopi o berseorangan tanpa sebarang gangguan. Jadi, silalah yer..., " aku tekankan perkataan 'seorang' dan 'gangguan'. Biar mereka terasa. Aku cuma menegakkan hak aku sahaja. Mereka senyap seketika. Linda dahulu yang mula mengorak langkah pergi. Ghazali sedikit pun tak berganjak. Malah, dia menarik satu kerusi dan duduk rapat di sebelahku. Lututnya berlaga dengan lututku. Dapat kurasakan pandangan matanya rapat ke mukaku.

"Ni.. tolong jaga sikit batas-batas tu. Kaki tu alih!" arahku. Sedari tadi aku tidak memandang pun wajahnya. Sikit pun aku tidak teringin melihat wajahnya yang ada iras-iras Hakim itu. Bezanya, dia tersenyum nampak baris atas sahaja. Ditambah pula lesung pipit di sebelah pipi kirinya, aku akui dia memang hero idaman kawasan perumahan aku sejak dari zaman bersekolah kami lagi.

Tiba-tiba aku terasa deru nafas Ghazali di telingaku. Kain tudungku tidak mampu menahan hangatnya deru nafas tersebut. Tapi aku tak berganjak. Aku keraskan hati. Aku tetap luruskan pandanganku ke hadapan.

"Syikin agak-agak...," terasa tekanan angin di telingaku bila dia menutur kata. Aku jadi takut sedikit. Sedikit saja, tak banyak pun. Aku takkan tunjukkan lemahku pada dia.

"Kalau ada orang nampak Abang duduk rapat-rapat...," mataku mula melilau ke kiri dan ke kanan. Melihat mata-mata liar yang berdekatan dengan kami.

"bisik-bisik macam ni dengan Syikin...," tanganku yang bermain-main dengan sudu di dalam cawanku mula terhenti.

"apa yang diorang akan fikir?" aku terus bangun memandang tajam ke arahnya.

"Ha... baru nak pandang Abang. Tau pun takut...," ketawanya menyakitkan hatiku. Mengingatkan aku pada kisah lama yang menjadi titik dendam di dalam kotak memoriku.

"Syikin, don't!" pandangan matanya bersabung denganku. Terlihat di situ yang dia sedar aku sedang mengimbas peristiwa lama.

"Don't? Don't what? Don't let the memory get the best of me? Ghazali, you don't know me. I won't forget every single thing. Every. Single. Damn. Thing!" serentak dia merentap lenganku bila aku mengorak langkah mahu pergi.

"Let me go"

"No"

"Lagi sekali aku cakap...," rentapan di tanganku merapatkan kami berdua, mengejutkan aku, lantas terus menutup kata-kata kasar yang hendak aku bahasakan pada dia.

"Abang dah cuba cara baik, Syikin taknak dengar. Bila Abang mendekat, Syikin menjauh. You always see the bad in me. Never the good ones. So, sekarang Abang dah takde cara lain. Syikin nak sangat tengok 'the bad Ghazali' kan? . Now, open your eyes clearly and record this in your memory!" aku bingung sebentar dengan maksud kata-katanya. Baru aku tahu apa yang dimaksudkannya. Hampir semua jiran tetangga kami melihat adegan sebabak antara aku dan Ghazali. Jarak kedudukan mereka dan kami tidak memungkinkan mereka untuk mendengar butir bicara kami,tapi segala tindak tanduk dan pergerakan kami semua jelas terlihat. Sekilas aku ternampak mulut mak yang terlopong di belakang Suzila dan Hakim. Pantas aku tarik lenganku dari tangan Ghazali.

"This is the worst you can do?" aku senyum sinis sebelum berlalu pergi.

" It will be the worst when my parents come to ask for your hand in marriage next week," aku berpusing 180 darjah menghadapnya kembali.

"The heck!" tempikku di luar sedar.

"Language!" marahnya kembali. Alah, macamlah kau baik sangat.

"Suka hati aku lah nak cakap apa. I control my own brain and mouth. Nak ajar pasal bahasa pulak. Nun, pi ajar adik kesayangan kat sana tu bagi dia lebih ber'bahasa' sikit'" mulutku terjuih menunjuk ke arah Hakim. Dia melirik dari ekor mata sahaja memandang adiknya.

"Sekarang boleh lagi nak berlagak macam ni. Nanti after kahwin, tau lah Abang macam mana nak control mulut tu," aku tergigit lidahku sendiri. Mamat di dah melalut ke laut dah ni.

"If this is some kind of proposal... I'll give the answer right now! Aku reject! Aku taknak kahwin dengan kau!" puas hati aku!

"I can make you...," nyanyinya perlahan. Menyanyi pulak! Dah macam spongebob je aku tengok dia ni. Kembang kempis kembang kempis.

"Give me your best shot," cabarku walau dalam hati sudah gemuruh sakan. Sepanjang perkenalan kami tak pernah dia buat gila begini. Aku pasti ini cuma salah satu dari gurauan tak bertempatnya. Aku yakin!

"Cik Nah!" laungnya tiba-tiba memanggil emakku. Mataku terbeliak. Aku pandang emakku yang juga kelihatan terkejut bila namanya dilaung sebegitu rupa.

"What the...," aku sudah mula mahu menyumpah.

"Ghaz dengan Syikin nak kahwin!" statement. Ayat penyata yang menyatakan dia akan berkahwin denganku. Bukan ayat bertanya atau meminta izin, tetapi ayat penyata.

"Ghazali you....!"

"Jangan mencarut!" marahnya padaku sekaligus menutup mulutku. Aku diam. Diam-diam pulang ke rumah. Diam. Diam. Diam sehingga ibu bapa Ghazali sampai di pintu rumahku. Diam ketika emak bertanya jawapanku. Diam juga ketika cincin disarungkan ke jari manisku. Dan masih juga diam bila dipaksa bergambar dengan Ghazali selepas selesai majlis bertunang kecil-kecilan aku. Sempat Ghazali berbisik di telinga memujiku kelihatan cantik dan mengatakan rasa tidak sabarnya mahu memperisterikan aku. Dunia terasa seakan bergerak tanpa suara. Tapi dalam hatiku? Mindaku? Peperangan besar sedang meletus. Hati kata begini, tapi logiknya tak sepatutnya begitu. Akhirnya aku membisu. Mencari jawapan dalam diriku sendiri.

__________________________

Balik dari kerja, aku terus masuk berbaring di atas katil. Soalan mak tentang borang permohonan kahwin,aku jawab sepi. Kak Lia yang kebetulan balik menjenguk emak menonong mengikutku masuk ke bilik.

"Adik," aku diam tak menjawab.

"Dik,"

"Hmm...," balasku.

"Adik!" tempiknya geram. Aku baling bantal kecilku ke mukanya tanda geram.

"Kau ni dah kenapa dik? Mak tu dah macam nak meroyan tengok perangai kau tau!"

"Merapulah akak ni. Meroyan tu untuk orang baru lepas beranak. Akak tu layak la kalau nak panggil meroyan," sempat lagi aku mencari peluang menyakitkan hati Kak Lia. Alah, gaduh-gaduh manja.

"Eh... sempat kau nak meloyar kat sini yer," aku ketawa bila Kak Lia menarik anak rambutku tanda geram. Tangan yang menarik tersebut perlahan berubah mengusap rambutku.

"Cakap betul-betul dik. Check hati tu. Kau betul ke nak dengan Ghaz tu. Jangan nak tarik diri last-last minit. Sakit jiwa mak dibuatnya nanti,"

"Mak je yang sakit jiwa? Akak tak?" selorohku lagi. Kak Lia tunjal kepalaku kuat. Tawaku makin mengekek.

"Ha'ah. Sekali dengan akak boleh mental kalau kau buat macam tu. Bukan akak je. Laki akak, Abang Mi, Kak Ros, sekali dengan anak-anak sedara kau frust menonggeng kalau buat kerja macam tu tau,"

"Dah apa kaitan pulak budak-budak tu nak frust pulak. Bukannya ambik tau pun masalah orang tua,"

"Iyelah, kalau tak jadi, tak dapat dahla duit raya kaw-kaw dari Ghazali lagi tahun ni," aku diam. Teringat raya tahun lalu bila anak-anak saudaraku yang 5 orang pulang beraya dari rumahnya dengan lebar. Bila ditanya, masing-masing tunjukkan sampul duit raya dari Uncle Ghazali yang berisi seorang RM15. Terbeliak mataku ketika itu. Tebiat agaknya mamat ni. Aku yakin dia ada maksud tersembunyi. Cuma tak dapatku telah perlakuannya tika itu.

"Buat istikharah tak?" aku angguk perlahan.

"Dapat jawapan?" kali ini aku diam.

"Arghhhhhh!!!Tension!!!!" jeritku tiba-tiba.

"Kenapa tu adik?" suara cemas mak kedengaran di balik pintu. Aku dan Kak Lia ketawa kuat. Emak berlalu pergi dengan omelannya.

"Lagi dua minggu nak nikah ni, kau jangan buat gila dik," aku mencemik.Ini semua salah Ghazali. Hakim yang bertunang dahulu,tapi dia yang menikah dulu. Kalut sangat nak kahwin tu kenapa? Takut aku lari? Kalaupun aku lari, cari jela yang lain. Bersepah anak dara kat Malaysia ni. Tak payah kata Malaysia, yang dalam kawasan perumahan kami ni pun dah melimpah ruah. Semua pun menadah tangan menunggu pinangannya.

"Adik marah lagi pasal cerita dulu tu ke?"

"Orang tak waras je yang takkan marah Kak Lia oiii," sahutku.

"Marah ni simpan lama-lama nanti jadi penyakit hati tau," eleh Kak Lia ni. Macamlah aku takut sangat dengan onarnya.

"Marah tak ada lah sampai dendam. Cuma bila tengok dua beradik tu, rasa macam nak tenyeh-tenyeh je macam tenyeh nyamuk.Meluat!" sepenuh hati aku bercerita sambil membuat gaya menekan-nekan ibu jari di atas bantal. Kak Lia senyum. Dia saja yang tahu kisah lamaku dengan dua beradik itu. Kak Ros dan emak pun tak tahu menahu.

"Apa kata kita selusur sikit cerita lama ni. Ulang dan kaji balik. Mana tau nanti rasa lapang sikit dada bila dah all out semua geram tu," cadang Kak Lia. Aku hembus nafas kasar.

"Nak cerita yer? Meh nak all out rasa geram ni. Okay. Mula-mula masa adik lepas SPM, si Hakim tak cukup gigi tu ajak berkenalan. Sukalah katanya konon. Adik bukan perasan sendiri tapi dia sendiri yang mesej cakap dia suka adik. Dah lepas tu kami pun masing-masing masuk U lah. Dia kat sana, adik kat sini," tekun Kak Lia mendengar. Menggalakkan lagi aku untuk bercerita.

"Selalu mesej, call bergayut. Adik kan jenis tak kawan sangat dengan lelaki. Bila dah berkawan dengan dia ni, rasa suka dahlah. Memang ikhlas sukakan dia balik. Manalah tau kan...,"

"Nak nangis?" tiba-tiba Kak Lia hulur tisu. Aku tampar tangannya kuat.

"Tolong sikit eh. Tu cerita lama. Adik dah takde rasa apa dah,"

"Dah yang dok meluat sakan sangat tu kenapa?"

"Of course lah Kak Lia! Siapa tak geram? Dok mengorat kita apa bagai sampai 2 tahun, tup tup si Suzila tu kata Hakim tu dia punya? What the fish?" sejak ditegur Ghazali tentang mencarut, aku ubah sedikit kosa kataku. Aku pun tau percakapanku tidak sopan. Tapi apakan daya, aku sangat suka meluah rasa dengan perkataan.

"Jadi sekarang apa yang buat Cik Syikin tak suka dua beradik tu?" aku jeling Kak Lia.Sengaja membuat gaya seperti interviewer sedangkan dia tahu kisah ini dari A sampai Z.

"Entahlah Kak Lia..," suaraku kendur mengeluh.

"Bila fikir balik sekarang ni, rasa macam tak relevan pulak. Cerita 5 tahun dulu. Tapi bila ingat balik macam mana Ghazali tu datang marahkan adik dekat kampus dulu, sakit hati ni terasa lagi,"

"Sebenarnya adik marah Hakim tipu adik ke... atau adik marah Ghazali masuk campur hal korang berdua?"

"Dua-dua. Dahlah adik tengah sedih macam nak gila bila Suzila cakap macam tu. Yela, cuba akak pikir. 2 tahun kot, bukannya 2 bulan. Bila adik call Hakim, tak angkat. Mesej tak reply. Dia biar adik terkontang kanting macm tu je. Tup tup Ghazali datang, marah adik. Dia cakap, jangan ganggu Hakim lagi,"

"Kenapa Ghazali yang datang ek?" tanya Kak Lia.

"Kebetulan dia datang lawat tapak projek masa tu. Kan dah dekat dah. Agaknya Hakim dok mengadu kat dia kot pasal adik dok call-call dia. Hakim tu dayus! Tak hingin aku berlaki macam tu. Suzila nak sangat kan? Ambiklah! Ada aku kisah!"angin gila aku datang kembali. Berombak ombak dadaku melepaskan amarah yang lama terpendam.

"Taknak laki dayus? Ni Ghazali yang terlebih berani ni adik taknak pulak?"

"Adik tak cakap apa pun okayyy.. Jangan nak buat ayat sendiri," tempelakku.

"Maknanya adik nak lah dekat Ghazali tu?"aku diam. Mukaku mula terasa panas. Aku nak ke kat dia ek? Ahh... sudah.. aku sendiri pun tak dapat menelah perasaanku. Kalaulah... kalaulah dulu Ghazali tak datang memarahiku tentang adiknya, pasti hari ini perasaanku padanya bukan seperti ini. Ya, aku mahukan dia. Aku sukakan dia. Tapi ikhlaskah dia padaku? Apa yang membuatkan dia mengambil keputusan mahu mengahwiniku?

___________________________

"Eh, Abang Ghaz... datang cari syikin ke?" aku senyum lebar melihat Abang Ghaz. Mataku melihat-lihat ke dalam keretanya. Manalah tahu Hakim turut datang sekali.

"Cari siapa? Hakim?" sergahnya padaku. Aku gugup sebentar. Wajah Abang Ghaz yang sedikit merah kutatap lama.

"Abang datang sorang je?" aku gagahkan diri bertanya. Memang aku perlu berjumpa Hakim. Ada urusan yang perlu aku hitung dengannya.

"Hakim tak ada. Tapi Abang datang ni nak cakap pasal dia," aku diam. Menunggu kata dari Abang Ghaz.

"Syikin tolong berhenti kacau Hakim. Dia dah cukup tension dengan study dia. Suzila pun sampai nangis datang mengadu kat Abang pasal Syikin marah-marah dia. Apa dah jadi ni Syikin? Syikin tak malu ke kacau boyfriend kawan sendiri?" oh Abang Ghaz, kalaulah Abang tahu boyfriend siapa yang dirampas sebenarnya.

"Kenapa Syikin nak malu? Syikin pertahankan hak Syikin. Syikin..,"

"Stop it!" herdik Abang Ghaz. Aku tergamam.

"Hak apa ni Syikin? You have no right on Hakim. Hakim dengan Suzila dah setahun lebih berkawan. You came later. You. came. between. them! Try to accept the truth. Tolongla sedar Syikin," rayunya di penghujung ayat. Aku terkedu. Tak mampu bereaksi. Setahun lebih? Bermakna saat aku baru menerima Hakim, dia sudah bermain kayu tiga dibelakangku. Patutlah Suzila menjauh diri dariku. Mungkin dari waktu itu lagi Hakim sudah mengolah cerita. Pastilah ceritanya yang sudah diolah bertahun lamanya lebih nampak kukuh berbanding aku yang baru saja tahu duduk sebenar perkara ini.

"Abang tahu tak cerita yang sebenarnya?" perlahan aku bertanya.

"Cerita apa lagi yang Syikin nak reka ni?"

"Abang tahu tak?!" suaraku meninggi. Marah. Lahar amarahku sudah membuak. Abang Ghaz terpempan. Tak pernah melihat aku naik angin begini.

"Syikin..," dia mengorak langkah ke arahku.

"Stop right there!" aku tuding jari padanya. Menghentikan langkahnya ke arahku.

"Starting from right now, I don't know you neither Hakim. And you both, don't know me. Antara kita bertiga, tak ada apa-apa hubungan lagi. Aku jalan hidup aku, kau dan Hakim, jalan hidup sendiri. Anggap kita tak pernah berkenalan,"

"Syikin!" marah Abang Ghaz. Aku tenung tajam matanya. Kalau mereka dua beradik ingat aku boleh ditolak-tolak seperti bola, memang mereka tersilap menelah. Aku bukan begitu.

"And tolong cakap dekat Hakim, aku takkan kacau dia lagi. Dia boleh bawak rahsia dia ke kubur. Tapi aku takkan lupa apa dia buat dekat aku sampai aku mati!" serentak aku terus pergi meninggalkan Abang Ghaz dengan keterpingaannya.

____________________________

"Syikin!" suara Kak Ros mematikan lamunanku. Terus terhidang di depanku wajah Abang Ghaz yang sedang menunggu huluran tanganku untuk menyarung cincin. Tamat sudah semua keraguanku. Aku sudah sah menjadi isteri Ghazali. Kakak Ipar kepada Hakim. Biras kepada Suzila. Menantu kepada Cik Ilah dan Pak Cik Sobri.

Saat dia mencium dahiku, setitik air mataku jatuh. Dia turun mengucup titisan air mataku yang jatuh ke pipi.

"Still marah lagi?" soalnya padaku. Aku senyum tipis. Sedikit menggeleng.

"Abang tahu tak cerita sebenar?" wajahnya berubah. Sedikit terkejut. Kedua tanganku dikaut dan dibawa ke bibirnya. Satu lagi kucupan singgah di situ. Aku ikut setiap pergerakannya dengan anak mataku.

"Abang happy Syikin dah panggil Abang macam dulu. Tapi abang takmau kita ungkit cerita lama. Yang lama tu biarkan. Jangan sebab semua tu, apa yang kita ada sekarang ni rosak," nasihatnya.

Tiba-tiba aku sedih. Mataku bertakung dengan air mata. Tangisanku semakin menjadi. Abang Ghaz paut wajahku. Sedikit kalut. Kak Ros pantas menolak semua penonton keluar dari bilik meninggalkan aku dan Abang Ghaz. Abang Ghaz bangun duduk di sebelahku. Menarik tubuhku masuk ke pelukannya.

"Shh... jangan menangis Syikin," sedikit pun tidak aku hiraukan pujukannya. Tahukah dia apa yang kurasa tika ini? Bicaranya seolah-olah dia menerima aku bersama dengan 'kesilapan'ku di masa lalu. Dia masih menganggap aku yang bersalah dalam kejadian itu. Bagaimana aku mahu hidup bersama dengan suami yang menyimpan satu memori 'keburukan'ku? Bagaimana aku mahu berkeluarga dengan Hakim dan Suzila jika hanya aku seorang yang tahu kebenarannya?

"Abang," aku meronta minta dilepaskan dari pelukannya. Perlahan dia melepaskan pelukannya.

"Right here, right now, I want to tell you the truth," aku kesat air mata. Nasib baik mascara waterproof. Kalau tak, mau jadi raccoon dah mukaku.

"5 tahun lepas, bukan Syikin yang salah,"mulaku. Abang Ghazali meraut wajahnya. Seolah letih dengan kerenahku.

"Please Syikin... kenapa nak ungkit cerita lama. On our wedding day. Really?" soalnya terkejut. Aku angguk.

"Not now," arahnya.

"Syikin nak..'"

"I said.. not now!" aku tersentak dimarahinya. Dimarahi suami selepas baru 20 minit akad? Wow, hebat Syikin. Selalu mencipta rekod baru. Mataku berair kembali. Ya Allah, terasanya hati dengan tingkah suamiku ini.

"Ah, hell....don't cry baby.. Abang tak marah," diraih kembali tubuhku ke dalam pelukan eratnya. Tangannya mengusap-usap belakang tubuhku.

"Kenapa manja sangat ni? Sebelum ni, bila abang datang dekat je, Syikin menyegat macam tak cukup tanah. Sekarang usik sikit pun dah nangis?" usiknya dekat di pipiku. Aku malu sendiri, lantas menyembamkan wajahku ke leher baju melayunya.

"Itu namanya defence mechanism. Bila ada benda asing ganggu, kena pertahankan diri," balasku. Sempat lagi menjawab. Abang Ghaz ketawa senang.

"Sekarang Syikin lap air mata tu bagi kering, Abang keluar dulu. Nanti mak Syikin kata kita tak sabar nak bagi dia cucu pulak duduk dalam ni lama-lama," lantas aku tampar dada Abang Ghaz. Dia ketawa lagi. Sebelum sempat dia keluar dari bilik, aku panggil namanya. Dia menoleh sedikit menjongket kening.

"Tadi abang cakap 'H' word. Abang kena bayar denda RM 3 dekat Syikin," sempat lagi aku mengusik tentang perkataan 'hell' yang disebutnya tadi. Ketawanya semakin kuat sehingga keluar bilik. Aku tersenyum sambil memolekkan kembali make up. Dalam hati, aku resah. Resah dengan penerimaan Abang Ghaz saat aku ceritakan perkara sebenar. Siapa yang lebih dia percaya? Aku atau adik kesayangannya?

___________________________

Abang Ghaz diam setelah aku habis bercerita. Jam menunjukkan pukul 12 malam. Saat ini kami berdua sudah berbaring di atas katil. Mengiring menghadap satu sama lain. Dia mengubah kedudukannya. Menelentang menghadap syiling di dalam bilik tidurku. Majlis nikah dan kenduri di rumahku membuatkan seisi rumahku masuk berehat lebih awal dari biasa. Tinggal kami berdua saja yang masih terkedip-kedip dalam kegelapan.

"Abang tidur bukak baju boleh?" soalnya tiba-tiba. Mataku berkedip-kedip sebentar. Tidak percaya dengan apa yang kudengar. Eh, cepatnya tukar topik. Tadi tengah cakap pasal benda lain.

"Dah, ada Syikin paksa abang pakai baju ke?" sindirku. Serentak jarinya datang memicit hidungku. Aku tepis kuat. Rimas. Sedari siang tadi, ada saja yang mahu dicuitnya. Pipi, hidung, dagu, pinggang. Aku naik lemas dicuit sana sini.

"Banyak menjawab sayang abang ni," aku diam. Seketika kedengaran bunyinya membuka baju dan menyangkutnya di hujung katil.

"Abang sebenarnya...," bicaranya terhenti. Aku sabar menunggu.

"Takmau ungkit cerita lama. Apa pun yang terjadi, abang ikhlas nak kan Syikin jadi isteri abang,"

"Maknanya abang tak percaya cerita Syikin?" pintasku pantas. Sudah ku agak perkara ini akan terjadi. Aku bangun dari katil. Belum sempat aku berdiri, pinggangku dipaut menarik aku kembali berbaring. Nafas Abang Ghaz mendesah di pipiku.

"Jangan nangis," baru aku tersedar mataku sudah berkolam.

"Kenapa abang tak percaya Syikin? Buruk sangat ke Syikin yang abang kenal sampai macam tu sekali Abang tak percayakan Syikin?" soalku dalam sendu. Sedih bila suamiku sendiri berprasangka dengan diriku.

"Bukan," dalihnya. Bibirnya rapat menutur kata di wajahku.

"Bukan Abang tak percaya Syikin. Tapi Abang takut," pengakuan Abang Ghaz menimbulkan rasa pelik di mindaku. Takutkan apa?

"Abang takut kalau Abang percaya cerita Syikin, hati Abang pun akan percaya yang Syikin sebenarnya ada simpan perasaan dekat Hakim,"

"What the..," bibirnya singgah laju di bibirku dalam gelap malam. Aku terkedu.

"Language!"marahnya dalam senyum. Aku mencemik.Ini rupanya cara dia mahu mengawal mulutku. I kind of like it, bisikku dalam hati. Gatal kau minah!, kutukku dalam hati. Aku bangun duduk bersila di atas katil. Aku tarik tangan Abang Ghaz untuk duduk di hadapanku. Aku pegang kedua tangannya.

" Don't jump to conclusion. Syikin nak Abang tahu cerita sebenar ni bukan untuk buktikan siapa betul atau salah. Don't you get it Abang?" sedikit teruja aku mahu menyampaikan isi hatiku pada suamiku ini. Abang Ghaz menggenggam tanganku tanda mahu aku menyambung kata.

"I love you," umumku dengan bangga. Wow, terasa seperti ada satu batu terlepas dari bahuku tika ini.

"You love me?" soalnya dalam kebingungan. Aku angguk laju. Excited mahu menyampaikan rasa sayangku padanya.

"Yes! I love you!" aku menerpa memeluk lehernya. Dia cepat-cepat menegakkan tubuhnya sebelum terbaring ke belakang dengan terpaanku.

"I love you." Aku cium pipinya.

"I love you." Aku cium hidungnya.

"I love you." Aku cium dahinya.

"Sini," jarinya menuding ke bibirnya. Aku buat tak endah terus memeluk tubuhnya erat.

"Syikin fikir lama sangat pasal ni. Kenapa Syikin marahkan abang lebih dari Syikin marahkan Hakim?" dia diam menunggu jawapan dari diriku.

"Because I like you. Abang datang kampus Syikin marah-marah dulu, Syikin rasa humiliated. Syikin sedih lagi teruk dari waktu Syikin tahu Hakim main kayu tiga. It's all because Syikin dah ada hati dekat Abang dari dulu lagi. Sikap Abang lagi tinggalkan kesan dalam hati Syikin dari Hakim," luahku.

"So all this while, Syikin marahkan Abang saja?" soalnya tidak percaya. Aku angguk.

"Abang tak perasan ke kalau Abang tegur Syikin, Syikin jadi macam sawan tak tentu hala. Hakim pun ada tegur Syikin. Tapi Syikin buat derrk je tak jawab. Itu sebab Syikin meluat dengan dia,"

"Kalau abang tegur?" aku jeling suamiku manja. Saat ini aku sudah bersandar di bahunya. Tangannya melingkar di pinggangku. Terasa damai jiwaku.

"Kalau abang tegur, Syikin naik minyak. Rasa malu, sedih tu ada lagi. So, Syikin defend diri sendiri. Melawan cakap, cakap benda tak elok," di hujung-hujung ayat aku sudah mengomel sedikit. Abang Ghaz kucup pipiku lama.

"Abang minta maaf sebab bertindak tanpa usul periksa. Dulu tu, Abang jadi marah sangat sebab Abang pun ada simpan hati dekat Syikin."

"Ha? Serius?"aku berpaling cuba membaca riak wajahnya.Dia tolak pipiku dari memandang wajahnya.

"Jangan pandang. Abang malu," aku gelak mengekek. Abang Ghaz malu? Masa minta nak kahwin dengan aku dulu hilang pula malu tu.

"Masa Suzila mengadu kat abang, abang terkejut. Abang taknak percaya. Tapi bila Hakim pun keluar cerita yang sama, Abang jadi marah. Marah dekat diri sendiri sebab lambat rebut hati Syikin. Abang fikir, kalau Abang approach Syikin lebih awal, mesti Syikin takkan pandang pun Hakim tu. Mula-mula abang nak pergi advice elok-elok je dekat Syikin. Syikin pulak terus tercari-cari Hakim bila Abang sampai. Berangin terus abang. Tu yang keluar ayat tak sepatutnya tu," aku tarik nafas penjang mendengar luahan hati Abang Ghaz. Baru terasa lapang dadaku tika ini.

"Abang tau tak?" soalku perlahan.

"Hmm?" tangannya mengelus jari jemariku lembut. Mataku sudah kantuk dibelai sebegitu. Ditambah pula tangannya yang satu lagi mengelus anak rambutku di dahi.

"Syikin nangis semalaman lepas kena serang dengan abang masa tu. Benci!," aduku manja. Mataku sudah mahu tertutup. Butir bicaraku pun kedengaran jelas tak jelas saja. Perlahan Abang Ghaz membaringkanku di atas katil. Menarik bantal untuk melapik kepalaku, digantikan dengan bahunya. Sempat kudengar sebelum aku benar-benar lena,

"Abang minta maaf sayang.. Abang janji lepas ni sayang takkan sedih macam tu lagi." Aku senyum dalam lena. Aku titipkan doa di dalam hati. Semoga permulaan rumah tangga kami yang bersih dari segala syakwasangka ini akan berpanjangan. Biarlah apa kata dunia, asalan aku tahu suamiku ini percayakan aku sepenuh hatinya. Abang, Syikin harap tak ada lagi benci di antara kita.

___________THE END______________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience