rezeki kita berbeza

Short Story Completed 3458

Miskin atau kaya,
Sama saja.
Kalau tak sama,
Mungkin dia bukan manusia.

Bukan kaya penyebab bahagia.
Buktinya...
Kau miskin tapi masih mampu ketawa,
Bahagialah tu namanya.

Jangan tengok dia kaya,
Kau berlumba nak jadi macam dia.
Sudahnya kedekut tak kena gaya,
Sampaikan belanja kucing pun kau nak berkira.

Jangan pula kerana kau kaya,
Kau beli dia gantikan nyawa.
Dia dahlah tak berharta,
Takkan nyawa pun tak ada.

Allah itu adil,
Dia bagi semuanya serata.
Cuma kurang dan lebihnya, ditempat berbeza.
Tapi itulah, kekayaan selalu membeli bahagia...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience