ABD 26: SILENCE IS BETTER

Romance Completed 1572856

MENJATUHKAN tubuhnya di kerusi, Adrian mendengus marah. Tidak tahu marah kepada apa atau kepada siapa.

Turun naik dadanya diasak debar jantung yang menggila.

"You panggil tiga orang tadi datang jumpa I sekarang!" arahnya kepada Eryna yang hanya tercegat memerhatikan tingkahnya.

"Siapa?" tanya Eryna.

"Jangan buat-buat tanya, Eryna. You know who I mean. Now!"

"I tak kenal..."

"No excuse. In ten minutes. Here!" tegas Adrian sebelum memutar kerusinya mengadap dinding kaca di belakangnya, tidak mahu mendengar alasan Eryna lagi.

Membuang nafas, Eryna akhirnya terpaksa akur. Sebelum amarah Adrian bertukar menjadi amukan besar, lebih baik dia menurut.

Melangkah keluar dengan membawa telefon yang memaparkan rakaman video di lobi lif tadi, dia menuju ke bahagian sumber manusia.

Dia dan Adrian sempat merakam insiden di depan lif tadi. Langkah laju mereka terbantut saat mendengar penuturan tiga orang itu sebelum Adrian bertindak merakamnya. Malah, turut menyuruh dia merakamnya juga sebagai 'back up'.

LIMA belas minit kemudian, Eryna kembali ke pejabat Adrian bersama Zaki, Azlan, dan Aini.

Memberi isyarat supaya Eryna keluar, Adrian menelisik tiga wajah di depannya dengan wajah datar.

Bersandar pada kerusi dengan tangan berlipat ke dada, tiada segarit senyum pada wajahnya, membuat tiga orang itu seperti mahu berhenti bernafas. Menjejak kaki di tingkat eksekutif ini saja tidak pernah, apatah lagi bersua mata langsung dengan pengerusi syarikat, membuat nyali mereka menciut. Tidak sukar untuk mereka menjangka sebab mereka dipanggil ke sini.

"Saya dengar ada orang minta diskaun dengan Miya."

Pucat wajah Zaki dengan kata-kata yang meluncur dari mulut Adrian.

"Dan saya dengar juga, ada orang nak tong tong bayar. Nak kongsi pakai."

Datar. Namun ia seperti tamparan kepada tiga orang yang tegak berdiri di depannya seperti tugu Victoria.

"What's your name?" Dagu diarahkan kepada Zaki, yang dilihatnya begitu galak menghina Miya tadi.

"Zaki."

"Zaki..." Adrian menegakkan tubuhnya."... sekalipun awak minta diskaun, awak takkan mampu bayar Miya. Kalau awak tahu harga sebenar dia, jangan kata nak minta diskaun, nak pandang dia pun awak tak berani."

Hening.

"Apa lagi nak tong tong." Kali ini tatapan Adrian beralih kepada Azlan.

"She's mine. And what is mine, I won't share it with anyone."

"Jangan tanya berapa saya bayar dia. Because I didn't pay her. I value her."

"And you..." Adrian memandang Aini yang hanya menunduk, namun raut wajah wanita itu yang mungkin seusia Miya jelas menunjukkan dia tidak berpuas hati.

Melihat wajah Aini, membuat kata-kata Balqis tadi terngiang-ngiang di telinga Adrian. Terasa tebal cuping telinganya dengan mulut Balqis yang langsung tidak ada tapisnya itu.

"I agree with you when you said Miya is beautiful. Yes, she is indeed beautiful, and half of her beauty is her brain."

"Saya...Tak suka dengan apa yang saya dengar tadi. Awak mencemuh, menghina dan merendah-rendahkan Miya yang terang-terang berada di hirarki lebih tinggi berbanding awak bertiga di syarikat ni. Miya is a high value woman. She has strong self-esteem from the inside out, full of self-love. She has life even dia tak bersama dengan saya pun, and she has high standards. Even she doesn't have to look for a guy to complete her. Dan kalau selama ni awak tak sedar, let me tell you...she is feminine. The way she talks, the way she walks, the way she smiles, the way she dresses, the way she does everything exlains it all."

"And...She doesn't chase a man."

Tiada sesiapa berani bersuara atau menjawab. Menunduk, hanya mampu berdoa supaya tidak dikenakan sebarang tindakan.

"Saya bagi masa seminit seorang untuk bela diri. Kalau saya berpuas hati, awak boleh terus kerja di syarikat ni. Kalau tidak, awak akan dipecat dengan rekod buruk kerana menghina Pengurus."

.
. .

BEBERAPA minit sebelum waktu rehat tengah hari, Adrian keluar dari pejabatnya di DayMond untuk kembali ke Acasia Villa.

"Tunggu dulu sekejap," ujarnya kepada Akram sebaik sahaja masuk ke perut kereta; tidak membenarkan pemandunya itu memandu keluar dari perkarangan lobi DayMond.

Akram akur tanpa bertanya.

Menyandarkan tubuh pada tempat duduknya, Adrian membuang pandang ke luar; memandang satu persatu pekerja DayMond yang keluar dari lif untuk keluar makan tengah hari. Sepuluh minit berlalu, baru dia melihat Balqis bersama beberapa staf Jabatan Pemasaran. Namun, dia tidak melihat kelibat Miya.

Tepat jangkaannya, Miya tidak keluar makan tengah hari. Menyeluk saku dalam kotnya, telefon dikeluarkan sebelum dia menekan nombor Miya.

Beberapa kali deringan, panggilannya bersambut.

"Hallo." Terdengar suara lembut Miya di hujung sana.

"Kenapa tak turun makan tengah hari?" Tanpa salam, tanpa mukaddimah, dia langsung bertanya.

"Saya dah bawak bekal."

Memutuskan panggilan, dia keluar dari kereta. Laju langkah dibawa menuju ke lif sebelum butang naik ditekan. Tidak menunggu lama, pintu lif terbuka. Melangkah masuk ke lif, nombor 13 dia tekan. Lif bergerak naik dan hanya mengambil masa tiga minit sebelum dia sampai ke tingkat 13.

Keluar dari lif, bilik Miya dia tuju. Kenop pintu dia putar tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Miya yang baru hendak menyuap spageti ke mulutnya tersentak.

Terkebil-kebil dia memandang Adrian tanpa dapat menyembunyikan perasaan ingin tahu dari wajahnya. Tertanya-tanya mengapa Adrian menyerbu ke biliknya dengan wajah tegang. Terfikir, apa salah yang dia telah lakukan? Apa ada yang tidak kena? Apa ada gambar lain lagi yang tersebar?

"Ada apa?" Miya akhirnya bertanya.

Tidak langsung menjawab, Adrian menarik kerusi lantas melabuhkan duduk di depan Miya.

"Kenapa awak tak jawab?"

Sejenak, Miya terpinga-pinga dengan pertanyaan Adrian itu. "Jawab apa?"

"Dekat lif pagi tadi. Kenapa awak diam? Kenapa awak tak jawab?"

"Oh..." Fikir Miya apa yang membuat Adrian datang mencarinya pada waktu begini. Hanya itu? "...saya nak jawab apa?"

"Jawablah apa-apa. Say something to defend yourself."

"Saya tak pandai mencarut macam Balqis."

"Tak perlu mencarut untuk pertahankan diri."

Miya malas menjawab. Diputar spageti di dalam bekas sebelum disuap ke mulutnya. Dikunyah tertib tanpa mempedulikan tatapan tajam Adrian yang seperti tidak berpuas hati dengannya.

"Diam tak semestinya kalah. Tuhan tahu, saya tahu, dan awak pun tahu kebenarannya. I don't live by people's judgements. Baik atau buruk pandangan orang pada saya, Tuhan tahu siapa saya."

Terkedu Adrian, tidak tahu harus berkata apa. Mengapa Miya kelihatan begitu tenang dan santai seolah-olah semua kata cemuhan dan hinaan tadi tidak langsung berbekas di hatinya?

"Lagipun awak jugak yang kata, apa pun yang berlaku, jangan sampai dedahkan status kita. Saya takut kalau saya berkata banyak, saya terbocor sesuatu yang tak sepatutnya orang tahu. Silence is better than being right or winning an argument."

Kali ini Adrian benar-benar terhenyak. Kelu lidah, kehabisan kata.

"Kalau awak tak sebarkan gambar-gambar tu, orang takkan tahu dan orang takkan mengata."

Tangan Miya yang baru hendak menyuap spageti, terhenti. Baru suapan ketiga dan dia sudah mula hilang selera. Diletakkan semula sudu ke dalam bekas.

"Sama macam awak yang menuduh saya tanpa bukti, saya pun tak ada bukti nak nafikan tuduhan tu. Terpulanglah apa awak nak fikir. Cerai di tangan awak. Apa pun yang saya buat, kalau awak nak ceraikan saya, awak tetap akan cerai. Jadi, saya takkan berusaha untuk kekal dalam perkahwinan ni. Saya takkan buang masa untuk berusaha dapatkan sesuatu yang takkan mendatangkan hasil. So you can rest assured."

Kali ini Adrian benar-benar sudah kehilangan kata. Tampang Miya dipandang tanpa berkedip.

"Okey." Dia akhirnya mengangguk-angguk. "Kalau awak dah kata macam tu, then...okay..."

Tiada tanggapan daripada Miya. Bekas berisi spageti yang belum luak separuh pun, ditutup.

"Kenapa tak habiskan?" tanya Adrian.

"My brain has been stimulated to excrete hormones that activate the nervous network of anxiety, then produce a stress hormone called Corticotropin releasing factor, which suppresses my appetite by affecting my digestive system and reducing my hunger."

Melongo Adrian dengan jawapan saintifik daripada Miya. Perlu mengambil masa yang lama untuk otaknya memproses maklumat itu.

"To make it simple, I'm full," ujar Miya apabila melihat Adrian seperti berfikir-fikir.

Adrian malas berdebat lagi. Diangkat tubuhnya dari kerusi, lalu melangkah ke pintu. Miya kurang bercakap, tetapi sekali lidahnya berhujah, Adrian jadi mati kutu.

.
. .

KETIKA Miya meneliti kertas kerja yang disiapkan Hafiz untuk projek amal sempena ulang tahun DayMond, pintu biliknya dirempuh kasar sebelum Balqis meluru masuk dengan nafas mencungap.

"Miya!" Berusaha meneutralkan nafasnya, Balqis membongkok dengan bertopang dua tangan pada meja Miya.

"Kenapa Bee?" tanya Miya, tidak kalah cemas.

"Adrian..."

Berkerut dahi Miya apabila Balqis menyebut nama Adrian.

"Kenapa dengan Adrian?"

"Dia...pe...pecat Zaki, Azlan and Aini."

Bulat Mata Miya seiring dengan kata-kata yang lolos dari bibir Balqis. "W...What?"

"Adrian pecat Zaki, Azlan and Aini."

Ya, Miya bukan tidak mendengar. Tetapi lebih kepada tidak percaya.

"24-hour notice."

Tersandar Miya pada tempat duduknya. Tidak sangka Adrian akan mengambil tindakan sejauh itu.

"Are you sure?"

"Definitely sure. Aku makan dengan Kak Sarah tadi. Dia yang bagitahu. Alasan pemberhentian kerana tindakan disiplin akibat salah laku yang bertentangan dengan etika syarikat iaitu buli mental di tempat kerja."

Miya terdiam. Apa yang dia rasakan sekarang? Bahagia? Ya, mungkin ada sedikit kerana mereka itu dipecat kerananya. Terasa dirinya dibela dan dipertahankan. Tetapi, bagaimana dengan nasib tiga orang yang dipecat itu?

"Kau tak payah nak kesian sangat dengan makhluk tiga ekor tu. Dia orang semua tu parasit. Syarikat tak rugi apa pun kalau tiga ekor tu berambus."

Tiada jawapan daripada Miya, namun wajahnya kelihatan berfikir-fikir.

"Kau tak payah fikir masalah orang. Lagikan wakil rakyat pun tak pernah fikir masalah rakyat, engkau yang bukan siapa-siapa ni tak payah nak semakkan otak fikir masalah orang."

"Aku bukan fikir masalah oranglah, Bee."

"Dah tu?"

"Entahlah Bee. Aku terfikir kenapa Adrian buat macam tu. Kalau tanya aku, aku lebih suka kalau dia biarkan je aku, tak payah hiraukan aku, tak perlu ambik tahu, atau tak perlu buat apa-apa untuk pertahankan aku."

Berkerut wajah Balqis dengan kata-kata Miya. "Eh kau ni dah kenapa? Baguslah dia buat macam tu. At least boleh bagi peringatan pada orang lain supaya tak mengata kau yang bukan-bukan."

"Aku perempuan Bee, dan aku isteri dia. Tak dapat tidak, apa yang dia buat tu, make me feel loved. He flattered me with a sense of happiness that I had never had before. Tak ada sesiapa pernah pertahankan aku sebelum ni Bee. Ya, kau memang selalu pertahankan aku, jaga aku, bela aku, tapi kau lain. Kau perempuan, dan kau kawan. I don't know how to say this, but...Even my own father never gave me the feeling of being loved like Adrian did."

Terdiam Balqis dengan tatapan tidak beralih dari wajah Miya.

"Sehingga beberapa minit sebelum kau datang tadi, aku dah mula tanam kebencian pada dia. Aku tak sabar nak dia lepaskan aku. Tapi, bila kau sampaikan berita ni, sekarang aku dah jadi berbelah bagi. Ya, dia pernah cakap dengan aku yang selagi aku masih isteri dia, aku adalah tanggungjawab dia. And yes, bagi dia tanggungjawab, tapi bagi aku...it is love. Perasaan ni, aku tak boleh control, Bee."

"Kalau macam tu, aku ada satu nasihat untuk kau."

Tanpa bertanya, wajah Balqis hanya dipandang menunjukkan dia berminat mahu mendengar.

"Stop makan perancang and get pregnant."

"What? No! Nanti aku tak dapat rumah dan duit sejuta tu."

"Nah, that's the point. Apa yang kau rasa bukan cinta, tapi perasaan suka dilindungi dan dimiliki. Kalau kau cinta, kau takkan fikir soal rumah dan duit tu."

"Tapi...Aku..." Hampir saja Miya mahu bercerita perancangannya yang mahu berhenti dari DayMond selepas diceraikan Adrian, namun ditahan niatnya itu. Masih terlalu awal untuk memberitahu Balqis.

"Dahlah Miya. Apa pun yang Adrian buat, dan apa pun yang kau rasa, takkan mengubah isi perjanjian tu. Cukup tempoh, dia akan ceraikan kau. Buang rasa tu jauh-jauh. Berhenti melayang dan kembali berpijak di bumi nyata. Tapi kalau kau takut rindu bila bercerai nanti kan, kau larikan anak dia. Tak dapat bapak, dapat anak pun jadilah."

"Gila. Lora tu atuk neneknya datuk, datin, tan sri, puan sri. Mati aku nanti kena masuk penjara."

"Maksud aku bukan Lora. Tapi anak kau dengan Adrian. Kau ada lebih kurang lima bulan je lagi kan? Stop makan perancang, and mungkin la ambik masa sebulan dua jugak for you to get pregnant, right? Tapi jangan sampai Adrian tahu. Play safe and play clean. By the time kau cerai, perut kau tak berapa nampak sangat lagi. Then, kau lenyapkan diri kau dari muka bumi KL ni. Besarkan anak kau and jangan tunjuk muka depan Adrian. Doa-doa dapat anak lelaki yang muka sebijik macam bapak dia. Tengok anak, teringat bapak. Cium anak, rasa macam cium bapak."

Miya memandang sebal sahabatnya itu yang sudah terkekeh-kekeh.

"Dahlah. Aku nak sambung kerja. Bahagia aku hari ni. Tak sia-sia aku mencarut pagi tadi. Kena pecat jugak malaun tiga ekor tu." Menyanyi-nyanyi entah lagu apa, Balqis bangun lalu dengan santai melangkah keluar; meninggalkan Miya yang otaknya sudah mula memutar-mutar cadangan Balqis tadi.

Share this novel

lovelysu
2023-01-31 17:36:27 

wahh memang teringin nk heroin yg tak terhegeh2 cam Gini..kena Ngan minat saya sbb heroin bijakj

awer
2022-09-06 12:25:11 

yezza...btul..bijak ko balqis...play safe play clean...haha...wei author. aku mcm nk giler tggu smbungaan citer ni...cpt la cpt laaaa update..citer ran ngaan ari lmbat2 pun x pe.. ni lg pnting....

norsila
2022-09-06 12:22:21 

yess cantik idea balqis..senyap2 je..duit dpt+ rmh dpt+ anak ( best dpt triple..hahaha) lenyap dri dri bumi mlysia kn senang..cari kojo sano smbil hidup brsama anak2.. bahagia..arian biarkn dgn lola joo hahahahaha..harap miya jadi jutawan lagi kaya dri arian...brangan lak aku ni..huuuu


NovelPlus Premium

The best ads free experience