Kisah Kantin Bawah Tanah

Thriller Completed 700

Pada pagi itu, Yusri bersama Nora dan dua rakan mereka bernama Faiz dan Azlan pergi ke sekolah untuk membantu cikgu mereka membaik pulih lampu di bilik guru disekolah itu. Memandangkan mereka berdua adalah pelajar baru disekolah itu,jadi mereka mengambil keputusan untuk turun ke sekolah itu untuk melihat kawasan disitu. Kelihatan terdapat bangunan lama di belakang sekolah itu.
"Bangunan apa kat belakang ni cikgu?"
Tanya Yusri sambil melihat bangunan itu dari jauh. Bangunan itu sudah kelihatan buruk dan sudah lama terbiar.
"Itu bangunan sekolah lama,dan 7 tahun dah sekolah tu ditutup kerana disitu perna terjadi kes bunuh diri" jelas cikgu Amri kepada Yusri dan yang lain.
"Beb,aku tahu kau tengah fikir apa sekarang ni. So jawapannya tak boleh" Bisik Nora kepada teman lelakinya.
Tahu sangat dengan perangainya yang suka siasat benda-benda misteri ni.
"Cikgu dengan Azlan dan Faiz pergilah dulu,kami nak tengok-tengok kawasan sekolah ni sekejap. Nanti kami datang" ujar Yusri.  Selepas dua orang rakannya dan cikgu Amri beredar memasuki sekolah itu, Yusri mengajak Nora berjalan-jalan diluar kawasan bangunan lama itu.
"Beb,kita tak payahlah masuk bangunan lama ni. Nanti ada apa-apa jadi kan susah" Nora melarang Yusri apabila dia cuba masuk ke dalam bangunan itu.
"Jomlah beb,kita tengok kejap je lepastu kita baliklah?" Pujuk Yusri kepada Nora.
"Tak nak!" Nora bertegas untuk tidak mahu masuk ke dalam bangunan itu.
"Kalau macam tu aku pergi seorang dirilah" ujar Yusri lalu dia masuk ke dalam bangunan itu. Dalam keadaan terpaksa, Nora terpaksa mengikuti Yusri untuk masuk ke dalam.

Yusri dan Nora berjalan bersama-sama melihat dalam bangunan itu. Keadaan di dalam bangunan lama itu sungguh menyeramkan dan agak kotor dengan tanah dan rumput-rumput kering.
Dihujung bangunan tersebut terdapat satu tangga yang menuju ke bawah tanah.
"Tangga apa ni? Jom kita tengok mana tahu ada orang tinggal kat bawah" ujar Yusri. Nora hanya mengangguk perlahan lalu mereka berjalan menuruni tangga itu.
Sampai sahaja di bawah, rupanya kawasan itu merupakan kantin bawah tanah.
Dengan tiba-tiba, beberapa helai duit jatuh berhampiran tangga itu. Mereka pun hairan dari mana datangnya duit itu.
"Duit apa ni? Kenapa tiba-tiba jatuh sedangkan kat atas tak ada siling pun"
Ujar Yusri kepada Nora. Nora hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Yusri tunduk untuk cuba memeriksa duit itu. Yusri terkejut apabila melihat banyak tengkorak manusia berada di bawah tangga tersebut.
"Beb,kau tengok apa kat bawah tu?" Tanya Nora lalu dia pun berjalan mendekati Yusri yang berada di tepi tangga itu.
Dia pun turut terkejut melihat tengkorak-tengkorak itu.
"Beb,jom kita balik. Aku rasa tak sedap hati la" ajak Nora kepada Yusri.
"Kejap ya beb,aku nak tengok kalau ada sesuatu kat bawah ni" balas Yusri.
"Tolong..."
Tiba-tiba mereka terdengar suara perempuan menangis meminta tolong.
"Beb,kau dengar tak suara tu? Eii jomlah kita balik, jangan-jangan tu suara hantu kot. Manada orang tinggal kat bangunan buruk ni. Jomlah" Nora mengajak Yusri keluar dari situ.
"Shh..jangan bising. Jom kita pergi tengok dulu lepastu kita balik" ucap Yusri sambil cuba menyuluh tempat itu menggunakan lampu telefon.
"Tak payahlah beb,nanti apa-apa jadi kan susah" balas Nora. Yusri mencapai tangan Nora lalu diletakkan dilengannya.
"Pegang je tangan aku kalau kau takut beb" ujar Yusri kepada Nora sambil tersenyum bagi mengurangkan ketakutan yang melanda diri teman wanitanya itu.
Mereka pun berjalan menuju ke pintu yang terdapat di hujung kantin itu.
"Ada orang ke kat dalam?" Yusri memberanikan diri untuk bertanya.
"Tolong bukakan pintu ni,saya dah lama kena kurung kat bilik ni" ujar seseorang dari dalam. Perlahan-lahan,tombol pintu bilik itu dipulas. Pintu itu terbuka dengan sendirinya.
Tiba-tiba muncul lembaga berbaju putih dan berambut panjang lalu terbang menuju ke arah mereka. Mereka menjerit ketakutan lalu Yusri menarik tangan Nora dan berlari naik ke tingkat atas keluar dari kantin bawah tanah itu. Namun semua jalan yang mereka lalui tadi hilang. Tiada satupun jalan untuk keluar dari bangunan itu.
Mereka cuba menjerit meminta pertolongan namun tiada satu orang pun yang mendengarnya.
"Aduhh macam mana ni beb? Takkan kita terkurung dalam bangunan ni" Nora bertanya kepada Yusri. Riak kerisauan jelas terpapar di wajahnya saat itu.
"Takpa,jom kita pergi tingkat atas dulu. Mana tahu ada orang nampak kita kat atas" jawap Yusri lalu mereka berdua naik ke tingkat atas bangunan itu.
Mereka ternampak ramai pelajar melompat terjun dari bangunan itu. Tiba-tiba, muncul hantu yang mereka jumpa semasa di kantin bawah tanah tadi. Nora terus ketakutan lalu menyorok di belakang badan Yusri.
Yusri cuba memberanikan diri untuk mendekati hantu itu.
"Kau nak apa hah! Kami tak kacau kau pun. Kenapa kau ikut kami?" Tanya Yusri kepada hantu itu. Nora hanya mampu terdiam sambil mencengkam kuat baju Yusri. Rupa hantu itu tersangatlah buruk dan wajahnya dipenuhi dengan darah dan ulat.
"Saya nak minta tolong dekat kamu berdua" jawap hantu tersebut.
"Boleh, tapi kau kena tukar dulu muka kau kepada yang asal" ujar Yusri. Lalu hantu itupun berubah menjadi seorang pelajar perempuan. Nora dan Yusri berpandangan sesama sendiri. Nora mengangguk bagi membenarkan Yusri membantu pelajar perempuan itu.
"Kau nak kami tolong apa?" Tanya Yusri kepada pelajar perempuan itu.
"Tolong mandikan mayat kami yang terletak di tangga kantin bawah tanah tu. Dan uruskan elok-elok. Kami cukup tersiksa dekat sini. Kami harap kamu berdua boleh bantu kami" jelas pelajar perempuan itu kepada mereka berdua.
"Ok kami akan tolong tapi keluarkan kami dulu dari dalam bangunan ni" ujar Yusri.
"Baiklah" balasnya. Lalu dalam sekelip mata,mereka sudahpun berada di luar kawasan bangunan itu.
"Aku nak tanya,kenapa semua pelajar tadi bunuh diri dan terjun bangunan?" Yusri bertanya kepada pelajar perempuan itu. Nora yang berada disampingnya hanya terdiam. Tak tahu nak cakap apa.
"Dulu masa sekolah,kami semua kena pukul oleh cikgu kami. Kami tak berani nak bagitahu siapa-siapa termasuklah ibubapa kami. Sesiapa sahaja yang membuat laporan pasti akan kena pukul teruk oleh cikgu kami. Disebabkan tak tahan kena pukul hari-hari,mereka bunuh diri dengan melompat terjun bangunan sehingga mati. Mayat kami pula kena sorok dekat bawah tangga di kantin bawah tanah" cerita pelajar perempuan itu kepada mereka berdua.

Selepas keluar dari bangunan itu, Yusri dan Nora bergegas mencari rakan-rakan dam cikgu mereka.
"Korang pergi mana tadi? Puas kami cari tak jumpa-jumpa" tanya Azlan. Selepas itu muncul Cikgu Amri dan Faiz.
"Nanti kami cerita. Sekarang ni telefon polis. Kami terjumpa tengkorak manusia di kantin bawah tanah sekolah lama tu"
Ujar Yusri. Nora sudahpun duduk didalam kereta kerana penat.
"Kau biar betul Yusri'' ujar Faiz dengan riak terkejut. Selepas itu muncul Cikgu Amri.
"Cikgu dah call pihak polis,sekejap lagi sampai la tu. Biar pihak polis siasat apa yang jadi" Jelas Cikgu Amri kepada mereka semua.

Selepas beberapa minit, kereta polis pun datang. Yusri berjalan menuju ke arah Nora yang berada di kereta.
"Kau rehat kat sini dulu ya beb. Nanti selesai kami datang balik" pesan Yusri kepada teman wanitanya sambil menepuk perlahan bahu Nora.
"Okey beb, hati-hati ya" ujar Nora sambil tersenyum kecil. Yusri mengangguk lalu pergi meninggalkan Nora. Dia menuju ke arah pihak polis dan pergi ke tempat tadi.

Setelah disiasat oleh pihak polis,semua tengkorak itu dibawa untuk diuruskan.
Kelibat pelajar perempuan itu tadi muncul bersama dengan pelajar-pelajar yang lain.
"Terima kasih sebab dah tolong kami. Sekarang kami sudah boleh tenang di alam lain" ujar mereka kepada Yusri.
"Baiklah. Sama-sama" balas Yusri sambil tersenyum. Lalu mereka semua pun hilang dari pandangan seperti asap.

  Setelah kes itu selesai disiasat dan cikgu tersebut telahpun ditangkap. Akhirnya kisah itu telah terbongkar selepas 7 tahun.

TAMAT...

Sumber idea dan jalan cerita
:Yusri
Penulis dan Penerbit
:Nora

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience