CHAPTER 1

Adventure Series 296

Hafiz keluar dari rumahnya awal sebelum matahari terbit menjelma. Dia tertarik dengan benda yang berunsurkan alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. Justeru dia selalu keluar pada awal pagi lalu menuju ke bukit Badai yang berdekatan perkampungannya yang terletak di Senora. Di situlah dia dapat melihat dan menjamu mata terhadap permandangan yang indah dan cantik. Dari situ jugalah dia boleh menjalankan misi mencari tumbuh-tumbuhan yang belum pernah dilihat. Dia mengetahui kawasan tempat tinggalnya mempunyai seribu satu spesis tumbuhan yang belum pernah dilihat dan diterokai. Berbekalkan beg galas yang mengandungi buku catatan, alatan menulis dan bekas kosong, si Haziq telah bersedia untuk meneroka dan mendalami alam flora di perkampungannya.

Haziq mula berminat mengenal alam flora sejak di bangku sekolah tadika lagi. Pada masa tersebut dia telah diberikan sepasu pokok yang cantik oleh pakciknya. Almaklumlah pakciknya merupakan seorang petani yang bercucuk tanam tumbuhan yang jarang dijumpai dan dilihat. Dari situlah dia mengagumi keindahan tumbuhan yang diberikan dan merawat ia dengan baik. Pak ciknya sangat seronok tatkala melihat kegigihan si Haziq dalam menjaga dan memelihara tumbuhan yang diberi olehnya. Oleh itu, dia terus menerus memberikan pelbagai tumbuhan yang cantik-cantik kepada Haziq.

“Tingginya curam ni”, kata Haziq. “Aku kena hati-hati di kawasan” bisiknya di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience