Bab 15

Romance Completed 21178

BAB 15

Adam mengepal-ngepal tangannya tanda gementar. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana wajah Sara saat melihatnya dan saat mengetahui bahawa apa yang dia lakukan selama ini. Namun begitu rasa gugupnya seakan hilang saat melihat Sara. SARA! Perlahan-lahan dia berdiri dari tempat duduknya dan tersenyum pada Sara yang berjalan masuk ke cafe itu.

Masuk sahaja ke dalam cafe, Sara melihat sekelilng. Dia melihat kalau-kalau ada seseorang yang kelihatan mencurigakan. Saat dia melalui satu meja, dia melihat seorang remaja yang tersenyum padanya. Dia membalas senyuman itu lalu meneruskan perjalanannya. Melihat ada meja yang kosong, dia menuju ke situ lalu duduk.

Melihat Sara membalas senyumannya, dia seakan-akan tidak memijak lantai. Wajah Sara semakin cantik dan matang. Dia suka. Namun begitu, saat Sara berjalan melepasinya, dia kaget lalu menoleh melihat Sara yang duduk di meja yang kosong itu. Perlahan-lahan dia terduduk.

“Dia tak cam aku?!” Adam bercakap sendiri. Dia menoleh, memandang Sara. Menyedari dirinya dilihat, Sara tersenyum. Dia membalas senyuman itu lalu mengalihkan pandangannya.

“Confirm dia tak cam aku! Aduh macamana ni??” Adam sedikit kecewa dan sedih.

“Hmm, dia belum sampai kut. Kan bagus kalau dia ada bagi nombor handphone dia!” ujar Sara sambil melihat sekeliling.

Selepas dua jam menunggu. Sara menghela nafasnya lalu bangkit dari tempat duduknya dan berjalan keluar dari situ. Adam yang masih ada di situ turut bangkit dan keluar.

“Agaknya dia ada hal…” ujar Sara sedih.

“Aduh, apa aku nak buat ni? Kesian pula dekat dia…” Adam bercakap dalam hatinya.

“Takpelah…” ujar Sara lalu meninggalkan kafe itu.

Adam mengekori Sara dari jauh. Melihat Sara dihadapan matanya seakan mimpi. Tanpa dia sedari, dia tersenyum seperti orang bodoh.

Handphonenya yang berbunyi segera dicapainya. Haikal.

“Hello…tak, dia tak datang…haha, awak ni, takdelah. Mungkin dia ada hal kut, tapi takpelah. Mungkin sekarang dia tengah hantar kata maaf dia dekat rumah saya…saya ok! Ok, bye.” Sara mematikan panggilan.

Adam yang mendengar terus tersenyum. Nampaknya, Sara tidak marah. Perangai Sara meman tidak berubah.

**********************************

Fitri ketawa terbahak-bahak mendengar cerita Adam. Wajah Adam yang masam berubah kelat.

“Kau ni pun satulah! Kau tak terfikirkan kemungkinan dia tak cam kau lagi!” ujar Fitri.

“Muka aku sekarang dengan muka aku dulu berbeza sangat ke??” tanya Adam.

“Bagi aku yang hari-hari tengok kau, aku tak nampak perbezaannya. Tapi dia lainlah. Laipun dia last nampak kau, kau masih berhingus lagi, fesyen pun tak tahu. Rambut kau tak macam ni hah!” ujar Fitri.

“Betul jugak kan! Mungkin aku dah tambah handsome sampai dia tak kenal aku dah!” ujar Adam lalu mengangguk.

“Alah, perasan terus!” sindir Fitri.

“Tak kisahlah kau nak kata apa. Jadi sekarang macamana ni?” tanya Adam.

Fitri mengangkat bahu tanda tidak tahu. Adam mengeluh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience