Series
                        
3967
                    HARI demi hari berlalu dengan begitu pantas. Danisya & Hana telah bersiap sedia untuk pergi ke kem tersebut. Sungguh mereka merasa teruja kerana dapat pergi bersama.
"Okay semua pelajar.. setelah tibanya kita disana tolong ya anak-anak semua menjaga sikap & etika serta nama baik sekolah kita yaa... ingat pesan cikgu ni... Patuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak hotel. Masing-masing jaga diri baik-baik. Jangan sampai saya mendengar laporan yang kurang menyenangkan tentang kamu semua... Pergi kem tersebut untuk belajar & catat segala ilmu yang disampaikan oleh pensyarah jemputan nanti"
Cikgu Razman sebagai seorang wakil guru memberikan taklimat yang sewajarnya kepada mereka semua.
*Semua pelajar yang terpilih mendengar dengan khusyuk*
"Baik cikgu ....!"
Semua pelajar menjawab dengan serentak tanda mereka memahami arahan yang telah diberikan sebentar tadi.
*Mereka semua meletakkan beg ke dalam bas & menaiki bas sekolah yang telah disediakan oleh pihak sekolah*
Setelah beberapa jam berlalu... mereka pon tiba dengan selamat.
"Wahh Hana.... ramai jugak ya yang sertai kem ni, aku fikir sekolah kita jer, tak tahu pulak ada yang dari sekolah lain siap dari negeri lain lain pulak tu, fuhh untungla aku kalini hihihi"
Danisya terpegun seketika dek kerana dia masih baru dalam kem ini.
"Hahaha... itulah kau.. aku dah cakapkan kem ni memang best.. bukan saja dapat tambahkan ilmu tapi boleh dapat kawan baru tau beb hihi" Jelas Hana kepada Danisya.
"Iya la... tak sabar aku nak join aktiviti-aktiviti yang dia orang dah sediakan untuk kita nanti.." Jelas Danisya.
"Minta perhatian semuanya... cikgu tahu awak semua dah tak sabarkan nak sertai kem ni..." Cikgu Razman bersuara.
"Yaa cikgu! Kami memang dah tak sabar sangat ni hihihi" Danisya menyuarakan pandangannya. Sungguh dia yang paling tidak sabar sebenarnya.
"Hahaha...amboi kamu ni Danisya, ya ya cikgu tahu.. tapi ni ada satu lagi yang cikgu nak pesan.. dengar baik-baik yaa.. Setelah kamu masuk dalam hotel nanti.. ikut apa arahan staf hotel tu.. mereka dah sediakan untuk kamu meja pendaftaran, nanti kamu pepandai lah ya.. semua dah besar-besar ni, dah boleh kahwin pon haa" Jelas Cikgu Razman sambil berseloroh kepada anak-anak muridnya.
*Semua pelajar tertawa melihat usikan Cikgu Razman*
"Baik cikgu" Salah seorang pelajar menyahut.
Mereka semua memasuki hotel tersebut dengan penuh perasaan teruja & bahagia.
Share this novel