Dedaun pokok bunga nan menghijau penyeri mata. Bunga-bunganya kembang mekar berwarna-warni di setiap pelusuk halaman. Acap kali terdengar kicauan burung-burung yang hinggap di dahan pokok menyanyikan lagu riangnya. Suasana menjadi tenang tatkala dapat menikmati keindahan alam semulajadi.
Embun pagi menitis perlahan ke atas tanah. Gugur sehelai demi sehelai dedaun kering yang berwarna coklat gelap itu.
Ruang halaman taman bunga dipenuhi dengan pelbagai jenis serangga seperti rama-rama dan kumbang kura-kura. Seekor demi seekor berterbangan di udara.
Hatinya kini kian diisi dengan kisah suka-duka zaman remajanya 18 tahun yang lalu.
~••••••••••••••••••••••••••••••••~
Jam menunjukkan pada angka 6 pagi. Vivian mencapai tuala mandinya di sudut bilik.
Usai mandi,dia menyarung uniform sekolah. Rambutnya yang pendek paras bahu itu disikat rapi.
Vivian turun ke bawah untuk bersarapan.
“Ma,good morning! Masak apa hari ni?”soal Vivian sebaik sahaja melihat mamanya di dapur.
“Morning too...Mama pening sikitlah hari ni. Mama masak mi segera je.”
“By the way kan ma,erm I have something to tell you.”
“Yes, what is it?”mamanya pula kebingungan.
“Next week kan sekolah Viv ada anjurkan satu program penting khas untuk pelajar-pelajar yang dapat high result dalam ujian pertama last month.”
Suasana sunyi seketika.
Vivian menyenduk mi segera yang telah dimasak ke dalam pinggannya.
“Mama?” Vivian menyoal. Risau juga dia kalau-kalau mamanya tidak mendengar apa yang dikatakannya tadi.
“Oh,sorry.So, how about your result?” Puan Lerry memandang wajah anaknya.
“Hmm...kecundang sikit la. Tapi, praise to God sebab Viv dapat A+! Cuma...” kata-katanya terhenti seketika.
“Cuma apa,Viv?” Puan Lerry menatap wajah anaknya lagi.
“Erm,Viv tak dapat pergi program tu.” Suaranya seakan tersekat di kerongkongnya.
“Viv, semua tu tak penting lah. Mama tak kisah pun. Asalkan Mama happy bila dapat tahu anak Mama dapat triple high result. Tu dah cukup bagus tau!”
“Thanks ma, Viv ingatkan...”
“Dahlah. Mama tak kisah pun. Viv kan satu-satunya anak Mama. Mama tahu Viv dah berusaha. Buat apa Mama nak marah,kan? It's okaylah. Rezeki Viv mungkin lain kali. Biarlah orang lain merasa dulu ye. Good job sayang!” Puan Lerry memeluk erat tubuh anaknya itu.
Vivian menitiskan air matanya. Perasaannya kian diisi dengan pelbagai kisah manis bersama mamanya.
Share this novel