"Is your life with me is so miserable that you need Adam to entertain you? Balloon, ice cream, what else?"
Miya mendesah lelah, masih tidak berniat untuk berkata apa-apa. Toh, apa saja yang keluar dari mulutnya tidak akan bermakna apa-apa kepada Adrian. Dan dia tidak tahu dari mana Adrian mendapat tahu tentang belon dan ais krim itu. Apa Adrian mengintipnya?
"Answer me Miya!!!"
“Awak tak penat ke asyik nak menengking saya?” Miya akhirnya bersuara.
“Then, answer me.”
Miya menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menghembusnya perlahan. Jujurnya dia tidak tahu jawapan apa dan bagaimana yang Adrian inginkan. Jawapan dusta tetapi indah didengar atau jawapan benar tetapi menyakitkan.
“Am I happy with you.” Miya mengulangi pertanyaan Adrian, tetapi dengan nada datar.
“Do you want me to be happy with you?” Tidak menjawab, Miya sebaliknya bertanya semula.
“Of course!”
“Why?”
“Because you’re my wife. As long as you’re my wife, I want you to be happy with me.”
Jawapan Adrian itu membuat Miya terdiam sejenak. ‘As long as’. Selagi. Suatu tempoh yang bersifat sementara. Selagi dia masih isteri Adrian. Bermakna, sampai saatnya, dia tetap akan diceraikan.
“Then, I’m happy. Sebagai seorang isteri yang akan diceraikan, saya gembira dengan semua yang awak dah bagi pada saya. Black card, kereta, rumah, apa lagi yang saya nak? Sedangkan isteri yang dicintai dan diinginkan suami pun tak dapat apa yang saya dapat.” Tenang dan datar sahaja jawapan itu seolah-olah ia benar-benar ikhlas lahir dari hati.
“Saya tak perlukan Adam atau sesiapa untuk buat saya gembira. Saya gembira dengan hidup saya, saya gembira dengan cara saya. Kalau bukan kerana hutang ayah saya, kita takkan bertemu, saya masih tinggal di pangsapuri kos sederhana tu, pun saya tetap gembira.”
“Selama saya masih isteri awak, saya gembira. Lepas awak ceraikan saya pun, saya tetap akan gembira dengan hidup saya. Saya tak pernah meratap dengan apa yang berlaku dalam hidup saya.”
Terdiam Adrian dengan jawapan Miya. Dilirik sekilas wajah Miya yang tenang menatap lurus ke depan.
Akhirnya sehingga mereka sampai ke kondo, hanya kebisuan menemani. Miya sudah tidak ada apa-apa yang mahu diperkatakan, Adrian pula langsung kelu dengan jawapan Miya.
‘Selama saya masih isteri awak, saya gembira. Lepas awak ceraikan saya pun, saya tetap akan gembira. Saya tak pernah meratap dengan apa yang berlaku dalam hidup saya.’
Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya, menjadi satu zikir yang sepertinya sudah terhafal lama. Sepanjang malam dia tidak dapat melelapkan mata, sedangkan Miya tenang sahaja di sebelahnya.
Apa Miya benar-benar memaksudkan kata-katanya? Apa Miya benar-benar gembira? Apa Miya tidak akan bersedih jika mereka bercerai kelak? Apa tidak akan ada sedikit pun rasa terkilan atau kecewa setelah mereka berpisah? Benarkah? Sebegitu bekukah hati Miya sehingga tidak ada apa-apa yang boleh mempengaruhi perasaannya?
Daripada terlentang, Adrian memusingkan tubuhnya mengadap Miya yang sudah lena dengan membelakanginya.
Apa Miya benar-benar tidur? Atau dia hanya berpura-pura tidur?
Bertopang pada satu tangan, Adrian mengangkat sedikit tubuhnya, menjenguk wajah Miya. Melihat jika Miya menangis dalam diam. Namun tidak. Isterinya itu nampak lena dengan mata terpejam rapat, serta nafasnya teratur.
Ah, kenapa dengannya? Kenapa dia menyesakkan fikirannya berfikir tentang Miya sedangkan Miya nampak tidak terbeban dengan apa-apa. Mengapa dia beria-ia merisaukan Miya sedangkan Miya nampak baik-baik saja.
Memikirkan itu, Adrian kembari berbaring sebelum memejamkan matanya. Cuba tidur lena seperti Miya.
.
.
.
ADAM menghubungi mamanya supaya tidak perlu datang ke hospital. Keadaannya tidaklah terlalu serius sehingga perlu diteman. Namun mamanya berkeras mahu datang membuat Adam tidak berdaya membantah. Mama seperti kuasa veto dalam PBB. Sekali dia buka mulut, semua arahan lain terbatal.
Saat dia mematikan panggilan dengan mamanya, terjengul wajah jengkel Balqis di depan pintu biliknya.
“What are you doing here?” tanyanya.
“Abang kau yang annoying tu suruh aku teman kau kat sini.”
“Eh tak payah. Kau boleh balik.”
“Kau ingat aku nak sangat teman? Abang kau tu boss aku. Dia dah suruh, aku kena buat.”
Adam berdecit tidak suka. Berjaya menghalang mamanya datang, fikirnya masalah selesai. Ah, rupanya ada masalah lain pula.
“Aku belum nak mati lagilah. Tak payah teman. Pergi balik.”
“Okay. Aku call abang kau dulu, bagitahu kau suruh aku balik. Kalau dia approve, then aku balik.” Balqis menyeluk saku seluarnya mengeluarkan telefon, sebelum ibu jarinya menggeser skrin, mencari nombor Adrian.
“Hei…Hei…Hei…Tak payahlah.”
Pergerakan jari Balqis terhenti. “Tak payah, maksudnya? Kau nak aku tunggu kat sini, atau kau nak aku balik tanpa bagitahu Adrian?”
Tiada jawapan daripada Adam. Sebaliknya, dia bersandar pada katil yang sudah ditegakkan sedikit.
“Siapa yang call Adrian tadi?” tanya Adam.
“Miya,” jawab Balqis. Hanya bersandar pada dinding bersebelahan pintu tanpa mendekati katil Adam.
Adam mendengkus kesal. Kalaulah Miya tidak menghubungi Adrian, tentu abangnya itu tidak akan datang dan dia dapat berlama-lama dengan Miya.
“Why’s she have to call Adrian.” Sedikit mengeluh, namun kata-katanya sampai ke telingan Balqis.
“Dah tu, nak call siapa? Setiausaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu?” Balqis menjawab sinis. Daripada Miya, dia mendapat tahu yang Adam sering melakukan tugas-tugas sukarelawan di negara-negara bergolak. Jangan ditanya betapa terkejutnya saat mengetahui Adam adalah adik Adrian. Kebetulan yang sungguh salah. Menjadi kakak ipar kepada bekas kekasih. Tetapi takdir Tuhan itu tentu sudah diatur indah.
“Bee…Aku nak tanya sikit, boleh?”
“Apa?”
“Macam mana Miya boleh kenal Adrian? I mean, perkenalan that led them to marriage.”
Terdiam sejenak Balqis dengan pertanyaan Adam. Namun, untuk bercakap benar tentu sekali tidak. Lagipun dia juga turut andil dalam pernikahan Miya dan Adrian. Dia yang mendesak Miya supaya menerima lamaran Adrian. Ya, sama seperti Miya, dia juga tidak berfikir panjang kerana ketika itu, bebas daripada hutang dengan lintah darat adalah lebih penting.
“Entah. Miya tak pernah cerita. Tahu-tahu je dia cakap, dia nak kahwin.”
Adam toleh; pandang Balqis dengan tatapan tidak percaya. Sejak dari universiti, Balqis dan Miya berkawan baik. Tidak ada rahsia antara mereka. Tidak mungkin Miya tidak bercerita tentang perkenalannya dengan Adrian.
“Dia adalah cerita dengan aku, dia kenal dengan sorang duda anak satu. Tapi aku tak tahulah pulak macam mana dia kenal, dan aku tak sangka dia serius sampai nak kahwin. Aku ingat kenal-kenal gitu je.” Balqis mereka-reka cerita sambil berusaha sekeras mungkin menampakkan dia sedang tidak berbohong. Dalam hati menyumpah Adam yang menelisik wajahnya seolah-olah sedang menyelidik riak wajahnya untuk memastikan dia bercakap benar.
“Kenapa dia dengan Adrian nak rahsiakan perkahwinan tu?”
Balqis angkat bahu. “Mana aku tahu.”
Adam picing mata; tidak percaya dengan Balqis. “There must be something wrong with their marriage.”
“Tak ada apa yang salah pun. Dia nak rahsiakan perkahwinan dia, itu hak dia. Kenapa kau susah payah nak fikir?”
“I don't see Miya and Adrian as a couple who love each other.”
“Don’t judge based on what you see,” balas Balqis.
“Aku nampak dan aku dengar dia tengking Miya sebab pakai baju Dahlia. So, Is it wrong if I judge something based on what I saw and what I heard?” tekan Adam.
Ketara perubahan wajah Balqis mendengar penuturan Adam. Miya tidak bercerita dengannya tentang itu. Patutlah beberapa hari ini dia nampak Miya bermurung. Apabila ditanya, kata Miya, dia tertekan dengan beberapa program kebajikan yang dianjurkan DayMond dalam tempoh beberapa minggu ini. Ya, dia menerima alasan itu kerana kedengarannya logik.
“Cara Adrian layan Miya tak sama dengan cara dia layan Dahlia. Aku memang tak rapat sangat dengan Adrian sejak dia kahwin dengan Dahlia, tapi aku selalu tengok post Dahlia dekat IG, I can see the love between her and Adrian. Tapi dengan Miya ni…Entahlah. Aku macam dapat rasa sesuatu yang tak kena.”
Balqis diam. Naluri Adam itu betul. Adam tidak silap membuat penilaian, namun dia tidak boleh berkata apa-apa. Miya tentu kecewa jika dia bercerita perkara sebenar kepada Adam. Jadi biarlah sebab perkahwinan itu terus menjadi rahsia.
“Kau masih mengharapkan Miya,” ujar Balqis. Tidak tahu itu pertanyaan, pernyataan, tekaan, atau tuduhan. Tetapi dia yakin itu benar.
“Yeah. Aku tak berniat nak ganggu rumah tangga dia dengan Adrian, tapi…Kalau Adrian kecewakan dia, aku takkan diam.”
Balqis tertawa sinis. “You talk as if you’re a hero, padahal kau sendiri pun pernah kecewakan Miya.”
Adam tersenyum getir. “It was a mistake, Bee. Tak tahu berapa kali aku nak jelaskan, tapi…If I was sober, I’d never do that. You know how much I love Miya. I want to marry her, I always wanted to have a happy life with her.”
Balqis diam. Tunduk sambil memicit-micit botol air mineral yang sudah bersisa separuh. Benar, antara tiga lelaki yang pernah mempunyai hubungan dengan Miya; Adam, Iqmal, Adrian. Adam adalah lelaki yang paling menghargai Miya. Melayan karenah dan kehendak Miya yang kadangkala remeh. Ya, ke pasar malam setiap minggu semata-mata mahu membeli belon badut. Tidakkah itu remeh? Tetapi Adam sentiasa menurutinya.
“Entahlah Adam. Jodoh kau bukan dengan dia. Kalaulah…Kalau…Adrian ceraikan Miya sekali pun, aku tak rasa Miya akan terima kau. Kau tahu dia macam mana kan? So, daripada kau terus mengharap dengan sesuatu yang tak pasti, baik kau move on.”
Buat pertama kali, Adam mendengar kata-kata yang menyenangkan dari mulut Balqis. Tidak sinis dan tidak sarkastik seperti selalunya, membuat dia tiba-tiba tersenyum.
“Kau mabuk ke Bee?” soalnya.
“Apa hal pulak?!” Bulat mata Balqis menatap tajam ke arah Adam.
“Sebab kau kalau waras, mana pernah cakap baik-baik dengan aku.”
Balqis membuang nafas. “Miya kawan baik aku. Kita sama-sama tahu hidup dia macam mana dulu. Bila kau kecewakan Miya, aku rasa aku yang lebih marah dengan kau. Miya macam tu je. Bila kau dah selamatkan Miya tadi, jadi aku rasa kadar kemarahan aku pada kau macam dah menurun sikit.”
Tersenyum Adam dengan kata-kata Balqis. “ I hope Miya will love herself as much as we love her.”
Balqis mengangguk-angguk. Pada masa yang sama memikirkan kehidupan Miya bersama Adrian yang masih bersisa beberapa bulan. Dia tidak tahu kehidupan bagaimana yang Miya lalui kerana sahabatnya itu terlihat baik-baik saja. Miya memang begitu. Jarang meluah atau bercerita kepada sesiapa. Jika dia bertanya sekali pun, belum tentu Miya akan bercerita.
“Selalu ke Adrian tengking Miya?” Balqis tiba-tiba bertanya. Turut terhimpit rasa bersalah kerana dia juga turut mendesak Miya menikahi Adrian.
“Yang aku dengar, sekali je. Lepas tu tak ada lagi.”
“Oh…” Sedikit lega mendengar jawapan Adam.
“Kau ada boyfriend?” Entah kenapa Adam bertanya tentang itu.
“Kenapa? Kalau tak ada, kau nak jadi boyfriend aku?”
Adam tertawa galak. “Tak. Aku nak suruh dia fikir dua kali sebelum ajak kau kahwin. Like…Hey dude, do you really want to marry this woman? Are you serious? Are you serious to take her as your cellmate?”
“Kurang ajarlah kau!” Tanpa berfikir dua kali, botol air mineral di tangannya dilempar ke arah Adam.
Pergerakan tangannya menghalang botol yang dibaling Balqis daripada terkena tubuhnya, membuat luka jahitan di belakang tengkuk menjadi perih.
Berdesis, dia cuba menyentuh luka itu, namun tangannya tidak sampai.
“Ke…Kenapa?” tanya Balqis panik. “Sakit ke?”
Balqis mendekati Adam, melihat jahitan pada belakang tengkuk lelaki itu. Mujurlah jahitannya tidak terbuka, membuat Balqis mendesah lega.
“Terbuka ke?” tanya Adam.
“Ha ah terbukak. Ada sisa otak kau tercicir tadi. Jangan lupa mintak doktor masukkan semula sebelum jahit balik.”
Adam menyengir sebal. Mahu menjawab, tetapi saat itu juga pintu biliknya terbuka. Terjengul wajah mamanya dengan wajah cemas.
“Ma…”
Dengan langkah cepat, PS Bethanie mendekati katil Adam.
“Are you okay? Ada sakit kat mana-mana?”
“Tak ada ma. I’m fine.”
“Betul?”
“Betul. Tapi doktor nak x-ray dulu.”
“Oh…” PS Bethania mendesah lega sebelum mengalihkan tatapannya kepada Balqis.
Tersenyum, Balqis menunduk sedikit sebagai tanda hormat. “Puan Sri.”
“Awak kawan Miya kan?” PS Bethanis menyapa ramah.”
“Ya.”
“Oh, terima kasih temankan Adam.”
“Sama-sama. Saya balik dulu.”
“Balik dengan apa? Kalau tak ada kereta, auntie boleh suruh driver hantarkan.”
“Eh tak apa…Tak apa. Saya bawak motor.”
“Hah, motor?” PS Bethanie kelihatan terkejut.
Balqis angguk dengan wajah cuak. Hairan mengapa PS Bethanie kelihatan begitu terkejut.
“Bahaya bawak motor malam-malam. Biar driver auntie hantar.”
“Eh tak apa, Puan Sri. Nanti motor saya tak ada siapa bawa balik.”
“Esok boleh ajak Miya datang ambik.”
Balqis mahu menolak, namun PS Bethanie sudah menghubungi pemandunya.
“Simon, you tolong hantar kawan Adam balik,” ujarnya.
“…”
“Ya. Tunggu depan lobi. Lepas hantar dia, you boleh terus balik.”
“…”
Mematikan panggilan, PS Bethanie memandang Balqis. “Awak terus pergi lobi, bagitahu yang awak kawan Adam.”
Balqis mengangguk. “Terima kasih, Puan Sri.” Ya, apa lagi yang boleh dia katakan. Wanita ini tidak menerima penolakan ternyata.
“Sama-sama. Panggil auntie je.”
“Ya…auntie. Saya balik dulu.”
“Yalah.”
Setelah Balqis keluar, PS Bethanie kembali memandang Adam.
“She’s your girlfriend?”
“No!”
“Then? Why she’s here?”
“Adrian yang suruh dia tunggu sampai mama datang.”
“Oh…Dia cantik jugak.”
Adam memutar bola matanya. “Oh please don’t.”
“Okay…Okay…I’m sorry. You want something to eat?”
Adam geleng. “I just want to sleep now.”
“Okay. Nak mama turunkan katil?”
Tidak menjawab, sebaliknya Adam menunjukkan alat kawalan untuk melaras katil pada tangannya.
“Oh…Lupa, dah canggih sekarang.”
Adam tertawa dengan kata-kata mamanya. Berbaring dalam keadaan meniarap kerana bimbang tertindih luka di belakang tengkuk, dicapai tangan mamanya sebelum diletakkan di belakangnya.
“Can you rub my back until I fall asleep?”
PS Bethanie tertawa sambil menggeleng. Tabiat zaman kecil Adam itu masih tidak berubah ternyata. Suka diusap belakang sehingga tertidur.
“You should find a wife la to rub your back,” ujar PS Bethanie. Belakang badan Adam diusap lembut.
‘If only I could find someone to replace Miya,’ desis Adam dalam hati.
.
.
.
SELESAI dengan jualan amal, Jabatan Pemasaran DayMond Jewels disibukkan pula dengan projek amal di hospital, di mana mereka menaja ruang membaca dan ruang menunggu kanak-kanak di lobi hospital terpilih.
Hujung minggu itu adalah kali kelima mereka berada di lobi Hospital Takwa. Kerja-kerja mengecat sudah pun selesai dan tinggal untuk lukisan mural, yang dilakukan Adam dan beberapa orang staf daripada jabatan lain.
Tersenyum Miya melihat kertas draf lukisan 3D bertemakan angkasa lepas yang dihasilkan Adam. Nampak futuristik, kreatif dan hidup. Berlatarbelakangkan warna hitam, ia tetap nampak menarik dan tersendiri.
“I rasa dengan background hitam ni, kalau letak sofa kelabu mesti cantik,” ujar Miya.
“Yup.” Adam mengangguk setuju sambil membuka tin cat untuk mengecat latar.
Bau cat yang menyeruak keluar sebaik sahaja penutup dibuka membuat Miya seperti mahu termuntah. Pantas dia menutup hidung sebelum dia berundur menjauhi Adam.
“What’s wrong?” tanya Adam dengan wajah khuatir.
“Bau dia kuat sangatlah. Macam nak muntah.”
“Ye ke?”
Miya mengangguk dengan tangan masih membekap hidung.
“Kalau you tak boleh tolong, tak apa. You baliklah. I dengan dia orang ni boleh buat.”
“It’s okay…It’s okay. I boleh tolong. Tapi bagi hidung I serasi dengan bau cat ni dulu.”
Adam tertawa. “Bau cat pun kena ada keserasian dengan hidung ke?”
Miya tidak menanggapi seloroh Adam itu. Perlahan mengalihkan tangan dari hidungnya, tetapi bau cat itu benar-benar membuat dia pening. Pantas dibekap semula hidungnya.
“I tak bolehlah Adam. Kenapa bau dia kuat sangat?”
“Cat memang bau macam ni. Sebelum ni you okay je.”
“Tak tahulah. Maybe I masuk angin kot.” Pagi tadi Miya tidak dapat bersarapan kerana tekaknya loya. Malah dia hanya menyediakan sarapan ringkas sahaja pagi tadi. Roti, telur hancur dan mayonis. Itupun tubuhnya sudah terasa begitu lelah.
“You baliklah rehat,” ujar Adam apabila melihat wajah Miya sudah sedikit pucat. “Kalau tak boleh drive, I call Adrian. Biar dia jemput.” Sedikit memperlahankan suaranya saat menyebut nama Adrian kerana bimbang didengar orang lain. Ya, walaupun curiga tetapi dia hormat dengan kemahuan Adrian dan Miya yang mahu perkahwinan mereka dirahsiakan. Bukan haknya untuk menghebohkan perkara itu.
Miya geleng. “Tak payahlah. I pergi café sekejap bereakfast. Then I datang balik.”
Adam mendengkus geram dengan kedegilan Miya. Mahu menegah, tetapi Miya sudah mencapai beg tangannya sebelum menuju ke café.
“Degil!” ketusnya.
“You jangan rapat sangat dengan Miya tu Adam. Nanti terima padah.” Amran, staf Jabatan Jualan yang membantu Adam, memberi amaran.
“I don’t get it.” Menuang cat ke dalam papan cat, Adam melirik Amran sekilas.
“You tak dengar cerita ke?” Vera tiba-tiba muncul menyampuk.
“Cerita apa?”
“Adam datang masa kes tu dah reda,” ujar Amran.
“Kes apa?” Semakin tidak sabar pula Adam mahu tahu.
“Ada khabar angin kata Miya tu simpanan Encik Adrian. Hari tu tersebar gambar dia bercium dengan Encik Adrian. Bukan satu gambar tau. Banyak.” Amran bercerita separuh berbisik.
Berubah wajah Adam dengan cerita Amran. Tidak suka apabila Miya dituduh perempuan simpanan sedangkan hakikatnya bukan begitu.
“Tapi sekarang gambar tu dah tak ada. Cari pun dah tak ada.”
“Habis tu Adrian…I mean Encik Adrian tak clarify benda tu?” tanya Adam.
“Tak. Tapi…Beberapa hari lepas gambar tu tersebar, ada la tiga orang staf ni macam perli-perli Miya depan lif. Tanya berapa Encik Adrian bayar harga Miya, tanya Miya boleh bagi dia orang diskaun tak…Macam-macam la…Sekali…Encik Adrian dengar wei. Berkuat kuasa 24 jam, dia orang tu kena pecat.” Bersungguh-sungguh Vera bercerita, namun masih dengan nada berbisik. Bimbang jika tiba-tiba Adrian tercatuk di belakang, tidak semena-mena dia juga turut dipecat.
“Oh…” Jujur Adam kurang setuju dengan tindakan Adrian. Mengapa tidak diumumkan saja perkahwinannya dengan Miya supaya tidak lagi timbul fitnah? Memecat staf yang menghina dan mengata Miya seolah-olah membenarkan andaian mereka. Sungguh dia tidak habis fikir dengan jalan fikiran Adrian.
Apa yang ingin dirahsiakan dan kenapa perlu dirahsia?
Malu? Kerana berkahwin baru selepas setahun isteri meninggal? Tidak ada apa yang hendak dimalukan. Perkahwinan itu lumrah dan fitrah. Juga bukan dosa.
Atau Adrian dan Miya sebenarnya merancang atau menyembunyikan sesuatu?
Ya, tapi apa?
Puas difikir, namun Adam tidak menemui jawapannya.
.
.
.
“Omma sakit?”
Pertanyaan Lora itu membuat Adrian yang sedang menapak ke ruang makan segera melarikan pandangan, mencari susuk Miya sebelum melihat isterinya itu berdiri di depan sinki. Satu tangan bercekak di pinggang, satu tangan lagi memicit-micit dahinya.
“Taklah. Omma pening,” jawab Miya.
“Kalau tak sihat, tak payah pergi kerja,” ujar Adrian sambil menarik kerusi dan duduk di tempat biasanya di meja makan.
“Saya banyak kerja kat pejabat,” jawab Miya.
“Kerja boleh tangguh,” balas Adrian.
“Kerja tu tak boleh tangguh.”
“Saya akan tangguhkan. Kerja apa?” tanya Adrian.
Miya tidak segera menjawab. Melangkah ke ruang makan, dia melabuhkan duduk setentang dengan Adrian.
“Saya masih boleh kerja,” ujar Miya. Ada banyak yang perlu dia uruskan. Sehari tidak ke pejabat, kerja akan menimbun dan dia terpaksa tinggal di pejabat sehingga malam untuk menyelesaikannya. Serik sudah dia mahu pulang malam sejak kejadian belakang badannya di toreh dulu.
“Tapi tadi omma muntah-muntah.”
Kata-kata Lora itu membuat Adrian yang baru hendak menyesap kopinya terbantut. Dipandang Miya dengan wajah berkerut.
“Omma masuk angin sebab semalam omma tak makan,” kata Miya.
Jawapan Miya itu membuat Adrian teringat semalam Miya tidak menjamah apa-apa. Alasannya kenyang.
“Don’t skip your meal next time and malam nanti tak payah masak,” ujar Adrian.
Miya mengangguk dengan senyum tipis. Entah mengapa, pesanan ringkas dengan wajah datar itu sudah cukup membuatnya senang.
SEHINGGA jam beranjak ke pukul sebelas pagi, Miya tidak dapat melakukan apa-apa. Kepalanya pening berpusing-pusing, tekaknya mual sehingga beberapa jam ini, kerjanya hanya berulang alik ke tandas memuntahkan isi perut.
“Miya…Aku tengok kau ni kan, macam ada tanda-tandalah.” Balqis yang sedang memicit-micit tengkuk Miya dengan minyak cap kapak, bersuara.
“Tanda-tanda apa Bee? Tanda nak mati ke?” Miya bertanya dengan wajah disembamkan ke meja. Jangan kata hendak mengadap komputer, hendak mengangkat kepala saja dia tidak mampu.
“Kau pregnant tak Miya? Kau dah stop makan perancang kan?”
Pertanyaan Balqis itu membuat tubuh Miya menegang. Perlahan satu tangan bergerak menyentuh perutnya. Benarkah? Sebenarnya andaian yang sama terlintas di benaknya sejak beberapa hari ini, namun dia takut jika itu hanya perasaannya. Tidak mahu terlalu berharap kerana bimbang kecewa.
“When was your last period?” tanya Balqis apabila melihat reaksi Miya itu.
Panggung kepala, Miya membuka laci mengambil telefonnya. Kalendar dibuka sebelum dia melihat tarikh akhir periodnya. Balqis turut menyendengkan tubuhnya ke arah Miya, memandang skrin telefon, dan berkongsi debaran yang sama.
Berpandangan Miya dan Balqis apabila melihat tarikh akhir period Miya adalah enam minggu yang lalu.
“Biar betul Miya. Dah lebih dua minggu lewat ni. ”
Miya juga terkebil-kebil. Kesibukannya dengan program amal DayMond membuat dia tidak begitu memperhatikan tarikh periodnya.
Lama dia mematung dan hati yang masih berbelah bagi antara percaya dengan tidak. Tidak kurang juga dia bimbang jika perbuatannya ini diketahui Adrian. Ya, dia akan merahsiakannya, tetapi bagaimana jika Adrian tahu? Bagaimana agaknya reaksi lelaki itu? Marah? Ya, tidak mungkin Adrian gembira memandangkan sejak awal lelaki itu sudah memberitahu tidak mahu dia mengandung kerana tidak ingin terikat antara satu sama lain apabila bercerai kelak. Apa Adrian akan memaksa dia menggugurkan kandungan itu? Membayangkan kemungkinan itu, membuat mata Miya sontak terpejam. Tidak. Tidak. Dia tidak akan membiarkan Adrian tahu.
“Balik nanti kau singgah farmasi beli pregnancy test kit. Lepas tu jangan lupa bagitahu aku,” ujar Balqis.
“Ka…Kalau aku mengandung, then Adrian dapat tahu, macam mana Bee?”
“Kau dapat anak, tapi tak dapat sejuta dan tak dapat rumah. Tapi, kau kena cari kerja lain. Tak mungkin kau kerja kat sini dengan perut buncit. Nanti orang mengata kau mengandung anak luar nikah.”
Miya diam. Merancang memang mudah, tetapi untuk melaluinya tentu tidak semudah yang difikirkan. Berhenti dari DayMond dan cari kerja di tempat lain. Kedengarannya semudah ABC, tetapi adakah syarikat yang mahu mengambil perempuan mengandung bekerja? Mungkin ada, tetapi peluangnya sukar ditemui.
“Tak apa. Jangan fikir masalah yang sulit-sulit tu. Yang penting, kalau betul kau mengandung, simpan rahsia tu ketat-ketat. Berapa lama lagi sebelum cukup tempoh setahun tu?”
“Dalam sebulan lagi kot.”
“Tak lama dah. Sebulan ni kau bertahan je. Cukup tempoh, cerai. Duit dapat, rumah dapat, anak dapat. Tak kerja pun tak apa, Miya. Sepanjang tempoh mengandung tu kau rehat je. santai-santai minum susu sambil tengok KLCC.”
Tertawa Miya dengan kata-kata Balqis. Namun sesaat kemudian tawa itu terganti dengan senyum yang akhirnya perlahan memudar.
“Aku tak tahu aku masih boleh tinggal kat rumah tu lagi atau tidak bila dah bercerai nanti.”
“Kenapa? Kalau Adrian tak tahu kau mengandung…”
“Bukan masalah tu Bee…” Miya cepat memotong sebelum Balqis sempat menyudahkan kalimatnya. “…setahun ni, hidup aku berubah seratus peratus. Daripada hidup sorang, aku hidup bertiga. Setiap pagi aku sibuk buat sarapan, kejutkan Lora, siapkan Lora, kejutkan Adrian, balik kerja aku berkejar siapkan makan malam. Setiap hari Bee, rutin yang sama. Sampai bila Adrian pergi business trip, Lora bermalam rumah nenek-nenek dia, aku jadi sunyi. Sunyi yang bukan sekadar sunyi, tapi aku rasa lonely. Aku rasa tak ada sesiapa.”
Terhulur tangan Balqis menggenggam tangan Miya, seolah memberi kekuatan kepada sahabatnya itu. cecair bening yang sudah bertakung di tubir mata, ditahan sekuat mungkin supaya tidak jatuh.
“Bila aku kahwin dengan Adrian, aku rasa macam ada keluarga. Ada suami, ada anak, ada rumah yang nak diuruskan. Ada orang yang akan makan masakan aku. Ada teman yang berkongsi cerita dengan aku di meja makan. Honestly, aku bahagia dengan hidup aku setahun ni. Adrian memang tak cintakan aku, bukan lelaki yang sempurna yang aku bayangkan untuk jadi suami aku, tapi...selama hampir 365 hari dia jadi suami aku, aku boleh kata selama 300 hari tu dia jadi suami yang baik. Kalau dia nampak aku penat, dia suruh aku rehat. Pagi tadi dia nampak aku tak sihat, dia suruh aku ambik cuti. Aku tak tahu Bee...Banyak jugak kata-kata dan perbuatan dia yang buat aku tersinggung, tapi aku tetap rasa yang dia masih bertanggungjawab pada aku.”
Air mata Balqis jatuh juga seiring dengan esakan yang lolos dari bibir Miya.
"Aku bodoh ke Bee?"
Balqis mengangguk. "Memang kau bodoh."
Jawapan Balqis itu membuat Miya tertawa dalam tangisnya. Namun dia tidak tersinggung. “Sampai sekarang aku tak sanggup bayangkan macam mana kehidupan aku lepas bercerai nanti.”
Tangisan Miya yang semakin menjadi membuat Balqis menarik sahabatnya itu ke dalam pelukannya. Belakang badan Miya diusap lembut bagi menenangkannya.
.
.
.
ERYNA memerhatikan Adrian yang sedang memasang tali lehernya sebelum masuk ke mesyuarat bersama Lembaga pengarah DayMond Jewels beberapa minit lagi.
“Adrian…Can I ask you something?”
“What?” tanya Adrian tanpa mengalihkan tatapannya daripada cermin panjang di biliknya itu.
“Miya…Pregnant ke?”
Pergerakan tangan Adrian terhenti sejenak, sebelum dia kembali mengetatkan ikatan tali lehernya. “I don’t think so. She never missed her contraceptive pills. Why?”
“Tadi…I terserempak dengan dia di lobi and she looks unwell. Pucat, lepas tu nampak dia usap-usap leher dia macam orang mual. It reminded me of Dahlia when she was pregnant with Lora.”
Adrian bungkam. Tegak di depan cermin, fikirannya melayang kepada apa yang berlaku pagi tadi.
“Tapi omma muntah-muntah.” Terngiang kembali kata-kata Lora ketika di meja makan.
Dahlia juga sering pening dan muntah-muntah di awal kehamilannya. Ya, bila difikirkan semula, keadaan Miya itu seperti menunjukkan tanda-tanda dia sedang mengandung. Tetapi seingatnya Miya tidak pernah culas mengambil pil perancang. Tidak mungkin Miya mengandung.
“Tak mungkinlah.” Adrian menafikan.
“Kalau dia mengandung, mungkin you boleh batalkan perjanjian tu and teruskan je perkahwinan you dengan Miya. She’s a good wife to you, and a good mom to Lora. Family Dahlia pun dah sukakan dia. Dah setahun, tak mungkin you tak jatuh cinta dengan dia.”
“Tak payah cakap banyaklah Eryna. Where’s my tablet?”
“I cuma bagi suggestion,” ujar Eryna sambil menghulurkan tablet kepada Adrian.
“I don’t need your suggestion. My personal life has nothing to do with you,” balas Adrian lalu melangkah keluar menuju ke bilik mesyuarat.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Share this novel
good girl miyaaa i love u ..jngn tunjuk lemah depan jantan mana2
Eryna ni baik ke tak sebenarnya? Mcm mencurigakan pulak
semoga Adrian tersedar dr kesilapanya klu hilangkan miya kejap.. kesian miya tu, asik ada je tekanan perasaan sbb dpt suami yg mcm amik endah tk endah je isteri ada dkt sebelah..