Mereka sampai di Villa ketika jam sudah menunjukkan hampir pukul lapan malam. Ketika Adrian mengatakan sambutan hari jadi ini hanya perjumpaan keluarga, Miya menyangka hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang dijemput. Namun ternyata dia salah. Deretan kereta mewah beratur menunggu giliran untuk menurunkan tetamu di hadapan pintu utama Villa menunjukkan betapa ramai jemputannya.
“I thought it's just a family gathering,” ujar Miya sambil membuang pandang ke luar, melihat panorama halaman Villa yang maha luas itu. Terang dengan simbahan cahaya lampu dari segenap arah. Ada lima buah kereta di depan, sebelum sampai giliran mereka diturunkan di depan pintu utama.
“When I mention family, it means family of the family of the family of the family. Also, my grandfather will invite some of his collegues and acquintences.”
“With so many people around, aren’t you afraid people will know that you’re remarried?”
Adrian ketawa tanpa suara, “If you shut your mouth, no one will know.”
Miya diam. Kata-kata Adrian itu membuatnya sedikit terguris. Seolah-olah dia terlalu terdesak mahu mengumumkan statusnya sebagai isteri Adrian. Sedangkan pertanyannya tadi tidak bermaksud apa-apa. Dia cuma bingung. Adrian mahu perkahwinan ini dirahsiakan, tetapi lelaki itu mahu dia menemaninya ke majlis ini. Sama juga ketika majlis pelancaran koleksi terbaru DayMond Jewels. Tingkah Adrian seolah-olah mahu mengumumkan kepada dunia, Miya adalah isterinya. Tetapi mulut lelaki itu berkata sebaliknya. Entahlah.
Malas menyesakkan otaknya, Miya akhirnya memilih diam.
“I won’t introduce you to anyone. So, just help yourself in the party and don’t bother me,” ujar Adrian lagi apabila Miya hanya diam.
Miya tidak membalas; berpura-pura membetulkan rambut Lora bagi menyembunyikan rasa terlukanya dengan kata-kata Adrian.
“I can’t wait to see my friends here.” Suara Lora yang kedengaran teruja itu membuat Miya tersenyum. Dia tidak membalas. Hatinya yang terluka dengan kata-kata Adrian membuat otaknya beku dan terbejat, langsung tiada kata-kata yang keluar dari mulutnya.
Adrian benar-benar memaksudkan kata-katanya. Sebaik sahaja mereka sampai, tanpa mempedulikan Miya, dia terus menyapa beberapa rakan dan saudara-maranya. Lora pula terus berlari mendapatkan rakan-rakan sebayanya. Tinggal Miya terkulat-kulat di dalam Villa yang besar tersergam ini.
Seorang pelayan melewatinya dengan membawa dulang berisi beberapa gelas minuman. Mengambil segelas jus oren, Miya membawa langkahnya mendekati sekumpulan wanita muda yang sedang berbual di satu sudut. Sebagai pengurus pemasaran, dia sudah terbiasa menghadiri majlis-majlis sebegini dan tidak kekok untuk dia menyesuaikan diri.
Namun, ketika dia beberapa langkah sudah hampir dengan kumpulan wanita muda itu, seseorang memanggilnya.
“Miya?”
Langkah Miya terhenti. Lama dia mematung, untuk memastikan dia tidak sedang bermimpi. Suara itu. Sudah lama dia tidak mendengarnya. Namun dia tidak pernah lupa. Nada itu saat menyebut namanya. Lembut dan penuh perhatian.
Apa benar itu dia?
Perlahan Miya menoleh. Berubah wajahnya sebaik sahaja susuk yang memanggilnya tadi terlihat jelas di depan mata. Dia...masih sama. Ketampanannya yang mempesonakan, senyumannya yang sentiasa terlihat ikhlas, suaranya yang kedengaran peramah, juga auranya yang sentiasa menyenangkan.
Sama seperti dia, lelaki itu juga tidak dapat menyembunyikan riak terkejut dari wajahnya. Namun sesaat kemudian, lelaki itu tertawa tidak percaya.
“Miya, I didn’t expect to see you here,” ujarnya sambil melangkah mendekati Miya.
“Yeah. Mee too."
“It’s been a long time since I last saw you,” ujar lelaki itu dengan senyum tidak luput dari wajahnya.
Tiada tanggapan daripada Miya. Menghirup jus di gelasnya, dia ingin segera berlalu. Lama tidak bertemu, membuat dia berasa sedikit canggung. Apatah lagi pertemuan terakhir mereka lima tahun tidak berkesudahan dengan baik
“Miya, wait!” Dilebarkan langkah menghalang Miya daripada berlalu.
Berdiri di depan Miya, anak matanya bergerak menelisik wajah gadis yang tidak pernah luput dari ingatannya ini.
“You look different," ujarnya.
“I’m still Miya Liany that you’ve known five years ago. Nothing's change.”
“You look beautiful. Even more beautiful."
“When something is not available, it’ll look more attractive.”
Terkedu dia tanpa kata. Turun naik halkumnya menelan liur. Banyak perkara yang dia ingin perkatakan pada Miya, tetapi kedinginan Miya membekukan lidahnya. Miya tidak pernah berubah. Degil, keras hati, dan keras kepala. Lima tahun dia mengumpul kekuatan dan menunggu peluang untuk bersemuka dengan Miya. Tidak sangka dia akan bertemu Miya di sini. Terkejut, gugup, tetapi pada masa yang sama, teruja.
“Kalau you tak ada apa-apa nak cakap, I mintak diri dulu.” Miya ingin berlalu, tetapi lelaki itu cepat-cepat menangkap pergelangan tangannya.
Lagi-lagi langkah Miya terhenti. Dipandang tangannya yang berada di dalam genggaman lelaki itu.
“Lepas,” ujar Miya. Tajam tatapannya walaupun suaranya datar sahaja. Cukup untuk membuat lelaki itu tahu yang gadis di depannya ini benar-benar marah.
“I akan lepaskan tangan you kalau you janji takkan pergi dari sini," ujar lelaki itu.
“It seems you two already know each other.”
Suara Adrian yang tiba-tiba muncul entah dari mana itu melegakan Miya. Walaupun dia masih terluka dengan kata-kata dan perlakuan Adrian, tetapi dalam situasi ini, dia perlu berterima kasih dengan lelaki itu kerana telah menyelamatkannya.
Mendekati Miya, perlahan Adrian menyisihkan tangan lelaki itu dari pergelangan tangan Miya.
"Puas saya cari. Rupanya awak kat sini," ujarnya. Tangan dilingkarkan ke pinggang Miya sebelum satu kucupan dia hadiahkan ke pipi isterinya itu.
"You're the one who asked me to..." Terhenti bicara Miya apabila tiba-tiba Adrian membungkam bibirnya dengan ciuman singkat.
"Next time don't leave my side and jangan merayau," ujar Adrian dengan senyum penuh makna, tetapi seperti terkandung amaran di dalamnya.
Melongo Miya tidak percaya. Adrian yang menyuruhnya pandai-pandai membawa diri di dalam majlis ini, sekarang tiba-tiba dia pula dituduh merayau?
“Miya, meet my sweet, cute, naughty, irritating, short-tempered younger brother, Adam.” Tidak mempedulikan wajah bengang Miya, Adrian memperkenalkan adiknya itu.
Tercengang Miya dengan apa yang baru didengarnya.
Adam juga terpinga-pinga. Ketara berubah wajahnya melihat Miya dalam pelukan Adrian. Apatah lagi sentuhan dan bahasa tubuh yang intim antara kedua-duanya cukup untuk menjelaskan yang hubungan mereka bukan sekadar teman. Adakah...Miya adalah isteri baru Adrian yang diceritakan mamanya? Memikirkan kemungkinan itu, mendadak jantung Adam bekerja keras, berdegup kencang, mengepam darah dengan deras sehingga menyirap ke kepalanya.
“W..What? B..Brother?” Entah sejak bila Miya menjadi gagap.
Adrian mengangguk dan tersenyum. Kemudian dia memandang Adam dan memperkenalkan Miya. “Adam, this is my wife, Miya Liany.”
Adam tergamam. Benar tekaannya beberapa minit lalu. Miya dipandang dengan wajah tidak percaya. Kenapa Miya berkahwin dengan abangnya? Kalaupun Miya marah dan berdendam dengannya, kenapa Miya mesti berkahwin dengan abangnya? Kenapa bukan lelaki lain? Kenapa mesti Adrian???
“Well... Congratulations.” Akhirnya Adam bersuara walaupun suaranya hanya terdengar di kerongkong sahaja. Melihat Miya di dalam pelukan abangnya membuatkl seluruh sendi tubuhnya lemah, hampir tidak boleh berdiri. Dia tahu abangnya berkahwin semula selepas setahun kematian Dahlia, tetapi dia tidak menyangka isteri baru abangnya ialah Miya. Dia masih berada di US ketika ibunya menghubunginya dan memberitahu abangnya berkahwin lagi. Tiada gambar kata mamanya kerana semua tetamu tidak dibenarkan membawa telefon dan kamera.
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kekecewaannya saat ini. Halkumnya bergerak turun naik, tetapi tiada kata-kata yang terluah.
Tidak sanggup Miya memandang wajah Adam saat ini. Walaupun dia masih berdendam dan tidak dapat melupakan perbuatan Adam dahulu, tetapi dia tidak menyangka Adrian dan Adam adalah adik beradik. Suatu kebetulan yang sungguh kejam.
“Adam, please excuse us. I want to introduce Miya to our family,” ujar Adrian dan terus berlalu dengan tangannya masih melingkar di pinggang Miya.
“I thought that you won’t introduce me to anyone. You change your mind so fast,” ujar Miya. Ketika itu mereka sudah agak jauh dari Adam.
“To prevent you from flirting around with other men.”
Jawapan selamba Adrian itu membuat bulat mata Miya memandangnya. Segera disisihkan tangan Adrian dari pinggangnya.
“I’m not flirting around!” tingkah Miya.
“So, tadi apa?”
Miya mengerutkan dahi. Tadi? Bila? Dia tidak mendekati atau ‘menggatal’ dengan mana-mana lelaki.
“Oh..” Adrian ketawa sinis. “Adam? Bukan lelaki?”
Giliran Miya pula ketawa sinis.
“I’m not flirting with him. He’s just….” Miya terhenti.
Adrian memandang Miya sambil menjongket kening. Dia tahu ada sesuatu antara Miya dan adiknya. Walaupun dia melihat Miya agak dingin dengan Adam, tetapi tatapan teduh Adam pada Miya membuat dia kurang senang.
Dia sedang berbual dengan beberapa kenalannya sebentar tadi apabila matanya tiba-tiba menangkap Adam sedang memegang tangan Miya. Tanpa berfikir panjang, dia terus meminta diri dan menghampiri mereka.
“Just what?” tanya Adrian apabila Miya tidak menyambung kata-katanya.
Miya kelu seketika, tetapi tiba-tiba idea nakal muncul dalam fikirannya.
“My senior, my coursemate, my friend, my enemy. Maybe I should consider him as my future husband after we divorce.”
Terbeliak mata Adrian dengan jawapan Miya itu.
“Dare you Miya!” Mencengkam pergelangan tangan Miya, mencerlung matanya memandang isterinya itu seolah-olah mahu menelannya.
“What? Mulai dari sekarang, saya kena cari calon suami yang sesuai untuk saya jadikan pasangan hidup selepas kita bercerai. Saya pun ada impian untuk bina keluarga dan ada anak sendiri."
"Oh....bukan awak kata nak ambik anak angkat?"
"I changed my mind."
Kecil mata Adrian mendengar jawapan Miya yang bersahaja itu. Geram, disentak tangan Miya rapat ke arahnya.
“Starting from now, you’ll never leave my side, understand?”
Miya tidak menjawab. Hanya menunjuk memprotes dengan menghentakkan kakinya, namun diturut juga langkah Adrian.
“Tell me clearly, how did you know Adam?” Adrian masih tidak berpuas hati. Dia tahu hubungan Adam dan Miya tidak hanya sebagai rakan seuniversiti atau sefakulti. Malah, lebih dari itu.
“Why don’t you go and ask him. He’s your brother.” Miya masih beralasan.
Terhenti langkah Adrian. Toleh ke samping, wajah Miya dipandang. Redup mata, namun tajam renungannya membuat Miya tidak berani menentang tatapan itu.
“Miya!”
Miya mengangkat muka, namun menunduk kembali apabila melihat tatapan tajam Adrian masih tidak berubah. Perlukah dia berterus terang? Dia tidak menyangka Adrian dan Adam adalah adik beradik. Kalaulah dia tahu, sumpah dia tidak akan berkahwin dengan Adrian. Tidak ingin dia mempunyai apa-apa ikatan dengan Adam walaupun hanya untuk tempoh setahun. Pengkhianatan Adam beberapa tahun yang lalu masih belum dapat dia lupa. Dia benci ditipu dan dikhianati dan dia bukanlah nabi yang mudah memaafkan. Dia hanya manusia biasa, yang mempunyai hati dan perasaan, dan mampu menyimpan dendam selama mana yang dia mahu walaupun ia akhirnya akan menjadi barah yang akan berdarah, bernanah dan memusnahkan dirinya.
“Miya, I’m expecting an answer.”
Suara Adrian itu membuat Miya tersentak. Baru saja dia membuka mulut ingin menjawab, suara Puan Sri Bethanie yang muncul entah dari mana menyelamatkannya daripada terus disoal siasat oleh Adrian. Diam-diam Miya menghela nafas lega.
“Miya.” Puan Sri Bethanie tersenyum lalu memeluk menantunya itu.
“Mama.”
“Come. Adrian. Let's introduce Miya to your grandfather.” Puan Sri Bethanie menarik tangan Miya berjalan beriringan dengannya. Adrian pula mengekori di belakang mereka. Layanan ibunya terhadap Miya membuat ringan sahaja mulutnya mahu bertanya, mengapa ibunya membezakan layanan terhadap Dahlia dan Miya. Apa kurangnya Dahlia dan apa lebihnya Miya? Tetapi dia tidak mahu merosakkan mood ibunya di majlis ini.
Mereka masuk ke ruang utama di mana hanya keluarga terdekat sahaja yang berada di situ untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada Tuan Nelson Liew. Lelaki Cina berusia hampir sembilan puluh tahun itu kelihatan masih sihat dan ceria berbual dengan ahli keluarganya yang hadir.
Menautkan jemarinya dengan jemari Miya, Adrian menarik Miya mendekati datuknya itu. Semasa Dahlia masih hidup, isterinya tidak pernah hadir majlis hari lahir datuknya ini walaupun dijemput. Selalunya dia akan datang bersendirian ataupun hanya ditemani Lora. Ini kali pertama dia datang bersama isterinya, tetapi bukan Dahlia.,
“Yeye..(Datuk)” Adrian menyapa datuknya.
Tuan Nelson memandang Adrian dan tersenyum. Kemudian matanya melirik Miya yang berdiri di sebelah Adrian.
“Yéyé zhè shì w? l?opó, Miya. (Datuk, ini isteri saya),” ujar Adrian apabila menyedari datuknya kelihatan tidak mengalihkan pandangan daripada Miya.
Tuan Nelson kembali mengalihkan tatapannya ke arah Adrian lalu mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Yéyé sh?ngrì kuàilè,” ujar Miya, cuba menunjukkan sikap sesopan dan sebaik mungkin di depan keluarga Adrian, walaupun jujurnya dia takut dan gugup berada di tengah-tengah keluarga konglomerat ini.
Tuan Nelson tersenyum dan mengangguk.
“Xie xie. You look young. I thought you’re Adam’s girlfriend.”
Kata-kata Tuan Nelson itu membuat Miya tersenyum canggung, manakala Adrian pula sudah hijau mukanya.
“Adam's ex girlfriend,” gumam Miya perlahan, tetapi sampai juga ke telinga Adrian sehingga tanpa sedar, dia mengepal tangannya. Adakah dia sudah ketulahan kata-katanya sendiri yang tidak mahu mempedulikan Miya dan meminta Miya tidak mengganggunya? Justeru sekarang ini, dia pula yang rasa terganggu. Panas. Sesak. Dan rasanya dia perlu bantuan oksigen.
“Yéyé, n? y?wéi w? l?ole? (Datuk, awak fikir saya sudah tua?)” Adrian tidak berpuas hati. Apatah lagi, daripada ekor matanya samar-samar dia melihat Adam tersenyum-senyum.
Tuan Nelson ketawa. “Shi. (Ya),” jawabnya.
“It’s good to have a young wife. Nanti boleh dapat banyak anak,” sampuk auntie Clarisse, ibu saudara Adrian, yang merupakan adik kedua ayahnya.
“Ya lor. Daripada isteri tua, nanti belum sempat beranak dah menopause,” sahut auntie Diandra, isteri abang sulung ayahnya.
“Miya, you didn’t take any contraceptive pills, didn't you?” tanya Eleanor, anak auntie Clarisse
“Let me tell you, Miya. Do not take contraceptive if you have never given birth. Otherwise, you will never be able to have children,” sambung auntie Clarisse.
“Tui lorr. There is a friend of mine, take the contaceptive pills as soon as she gets married. Until now, she has been married for ten years, still has no children. And you know what, her husband cheated on her on the pretext of having a child,” sampuk Faye, anak Auntie Diandra.
Kata-kata dari wanita yang mungkin sebaya dengan Adrian itu membuat Miyadiserbu takut tidak semena-mena. Dia juga mengambil pil perancang sejak dari hari pertama dia bernikah Adrian. Adakah dia tidak akan berpeluang mendapat anak lagi selepas ini? Walaupun dia takut sakit melahirkan anak, dan pernah terniat untuk memgambil anak angkat sahaja, namun nasihat Balqis tempoh hari, membuat dia jadi ingin memiliki anak sendiri.
“Miya, lebih baik you cepat-cepat mengandung supaya Adrian tak ada alasan untuk curang.” Arianna Chan yang muncul entah dari mana tiba-tiba menyampuk, membuat Miya sedikit bingung kerana lamunannya terganggu.
“Kalau Adrian curang dengan Miya, auntie akan suruh Miya kahwin dengan Adam, so that Miya tetap jadi menantu auntie.”
Jawapan yang mantap, padu, dan jitu daripada Puan Sri Bethanie itu membuat Adrian yang baru saja hendak melangkah meninggalkan golongan sosialita pencen bersama pelapis mereka itu, menghentikan langkahnya.
“Miya, walaupun awak ni macam span yang menyerap semua benda di sekeliling awak, tapi kalau awak dengar apa-apa dari mulut perempuan dari keluarga Liew, pastikan otak awak guna penapis,” ujar Adrian.
Miya tersenyum. Dia mula merangka sesuatu dalam otaknya untuk membalas perlakuan Adrian terhadapnya tadi.
“Sebelum letak penapis dekat otak saya, lebih baik letak penapis dekat mulut awak dulu.” Selamba Miya berkata membuat terbelalak mata Adrian memandangnya. Miya benar-benar sudah berani sekarang.
“Adrian memang mulut jahat. So jangan lupa letak penapis dekat telinga you jugak Miya,” sampuk Arianna.
Miya tertawa perlahan. Adrian pula kalau boleh digambarkan melalui karikatur, sudah beberapa kali bertukar warna. Sekejap hijau, merah, kuning, biru, hitam. Huh, tahap kebawangan perempuan keluarga Liew sungguh luar biasa. Sebab inilah Dahlia tidak begitu gemar bergaul dengan keluarganya.
“Yeah. Apart of that, he’s a good husband.” Melihat Adrian yang sudah bengang, Miya memuji suaminya itu. Berusaha meredakan ketegangan, walaupun dia tidak sepenuh hati berkata begitu.
Ternyata usahanya itu berhasil apabila melihat wajah Adrian kembali jernih.
“Miya, awak memang layak berada dalam keluarga Liew. Come, let’s drink. We have to celebrate the new member of Liew’s…” Auntie Michelle, adik bongsu papa Adrian mengangkat gelas minumannya, diikuti oleh wanita-wanita lain yang berada di situ. Miya pula hanya meminum jus.
“Auntie Clarisse, I’ll leave Miya here. Don’t poison her mind.” Adrian mengingatkan ibu saudaranya itu dengan nada bergurau.
“I know la…Go..Go..” Balas Auntie Clarisse sambil melibas-libaskan tangannya seolah menghalau Adrian dari situ.
Adrian berlalu meninggalkan Miya bersama wanita-wanita kepochi itu. Lebih selamat berbanding meniggalkan Miya sendirian dan membuka peluang kepada Adam untuk mendekati.
ADAM duduk bersendirian di kaunter bar sambil menghirup minumannya. Masih menghitung penyesalan dan tidak boleh menerima hakikat Miya telah menjadi kakak iparnya. Terasa janggal apabila perempuan yang lebih muda darinya menjadi kakak ipar, apatah lagi wanita itu adalah bekas kekasihnya. Ternyata Miya benar-benar telah melupakannya dan kisah cinta mereka.
'You kejam, Miya.' Dalam diam Adam berbisik sambil memandang Miya yang sedang berbual dengan Arianna Chan dan beberapa ahli keluarga mereka. Miya tetap seperti dahulu. Nampak ramah tetapi sukar didekati. Keras hati walaupun luarannya nampak rapuh dan lembut. Cantik dan anggun. Elegan dengan caranya yang tersediri. Tetapi, jauh di sudut hatinya dia tahu, Miya bukan citarasa Adrian. Kalau Adrian mahu berkahwin lagi, dia takkan memilih gadis seperti Miya. Adrian sukakan gadis yang ‘liar’, lantang, dan keras. Bukan wanita lembut dan ayu seperti Miya.
Di satu sudut yang lain, Adrian memerhatikan Adam yang tidak mengalihkan tatapannya dari Miya. Walaupun Adam adalah adiknya, tetapi tetap dia tidak boleh menahan rasa cemburunya. Dia tidak suka isterinya menjadi perhatian lelaki lain. Segera langkahnya dibawa menghampiri Adam yang bersendirian menikmati minumannya.
"What are you doing here? Alone? Have been removed from Liew's family?" Adrian berseloroh.
Mendengar suara abangnya, Adam mengalihkan tatapannya daripada Miya. Dipandang Adrian sekilas sebelum menuangkan vodka ke gelasnya, lalu meneguknya sehingga licin.
"What's so good to be part of Liew's," jawab Adam.
Adrian tertawa perlahan. "At least you don't have to struggle to find a job. Job is waiting for you."
Tiada jawapan daripada Adam. Menuang segelas lagi vodka lalu menghabiskannya dengan sekali teguk.
“I’m glad you’re finally back," ujar Adrian, cuba memancing perhatian adiknya itu.
“Yeah. I’ve no choice, but to come back.” Adam menjawab malas. Melihat Miya dan Adrian malam ini membuat dia tidak mempunyai mood untuk bercakap dengan abangnya.
“Papa only has you and me. We’ve no choice but to help him with his company.”
“Yeah.”
Adrian memandang Adam yang kelihatan tidak berminat melayannya. Dia dan Adam sangat rapat dahulu, sebelum dia berkahwin dengan Dahlia. Selepas itu, dia agak renggang dengan keluarganya dan Adam pula melanjutkan pelajaran ke US menyebabkan hubungan mereka menjadi semakin jauh.
Dan sekarang Miya pula. Tanpa perlu bertanya atau meminta penjelasan, dia tahu mengapa Adam acuh tidak acuh saja melayannya
“You know Miya?” Soal Adrian sambil mata tidak lepas dari wajah Adam.
Berubah wajah Adam dengan pertanyaannya dan itu sudah cukup memberi jawapan kepada Adrian.
“Yeah.” Adam tidak berselindung.
“How did you know her?”
“She’s my junior at university.”
“Really?”Jongket kening, Adrian menghirup minumannya. Miya dan Adam sepertinya sepakat tidak mahu berterus terang tentang hubungan sebenar mereka.
“Also…” Adam terdiam. Dia tidak tahu sama ada dia patut berterus terang dengan abangnya atau tidak. Tetapi, walau sebanyak mana dia cuba berahsia, lambat laun Adrian akan tahu juga. Adrian mempunyai banyak cara untuk mendapatkan apa yang dia mahu.
“Also?”
“Actually, she’s my ex girlfriend.”
Adrian sudah mengagak. Dilontarkan pandangannya ke arah Miya yang masih berbual dengan Arianna. Miya walaupun agak pendiam, tetapi cepat menyesuaikan diri dengan keadaan. Dalam hanya beberapa jam ini, Miya sudah berjaya menawan hati semua ahli keluarganya.
“So, why did you break up with her?” tanya Adrian.
“We’re in love for five years and we’re broke up because I slept with her roommate.”
Adrian tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa. Menggeleng dia tidak percaya.
“You are such an idiot. You already have a beautiful girlfriend, but you slept with other woman?” Selamba Adrian berkata tanpa rasa bersalah.
“Hey, be careful with your words!” Meninggi suara Adam, berang dengan kata-kata abangnya. “Besides, if I didn't break up with her, you won't be able to marry her.”
“Is she the one?” tanya Adrian, setelah beberapa saat hening.
"I don't understand."
"Yang buat you tak kahwin sampai sekarang, is it because of her?"
“Yes. I always thought that I could start over with her and make up for her. But, since I knew that she’s your wife now, I’ll give up on her. So, you can rest assured.” Lancar sahaja kata-kata itu keluar dari mulut Adam, seolah-olah semuanya sudah ditulis dan dihafal terlebih dahulu. Walaupun tidak sepenuhnya ikhlas lahir dari hatinya, tetapi dia sedar, Miya sudah berkahwin dengan Adrian, dan dalam erti kata lain, Miya sudah menjadi kakak iparnya. Dia bukanlah lelaki protagonis yang akan mencuba sedaya upaya untuk merampas wanita yang dicintainya. Tidak, dia bukan lelaki seperti itu.
“Are you sure you can easily give up on her?”
Adam melepaskan keluhan dan berkata, “It’s not easy for me, bro. But, I’ll try. You’re my brother. I won’t offend you just because of a woman.”
Adrian hanya tersenyum. Dia akan menceraikan Miya beberapa bulan lagi dan ringan sahaja mulutnya mahu memberitahu perkara itu kepada Adam dan bertanya jika Adam akan cuba memenangi hati Miya lagi selepas perceraian itu nanti. Namun, ditahan mulutnya.
“She looks delicate and weak. But, she could be very ruthless.” Adam kedengaran menggumam, namun ia jelas terdengar di telinga Adrian.
“What do you mean?”
“You better not to hurt her. Because, once she step forward, she’ll never look back. Like she did to me. I can’t believe she could easily forget the five years relationship. I ambil master because of her. Because I don’t want to be separated from her…” Adam tidak tahu mengapa dia bercerita dengan abangnya sedangkan dia tahu Miya sudah berkahwin dengan abangnya itu. Ya, mungkin kerana terlalu didorong rasa kecewa.
“Why did you sleep with her roommate?” tanya Adrian, mengalih perbualan. Ada rasa kurang senang saat mendengar Adam bercerita tentang kisah cintanya dengan Miya.
“It’s just a one night stand, and I was drunk. I thought that was her.”
“Did you explain that to her?”
“A thousand times.”
“How did she react?”
“She ignored me. Macam yang you tengok malam ni.”
Adrian diam. Ya, dia akui. Miya kelihatan lembut dan lemah, tetapi hatinya keras. Lihatlah saja cara dia menghadapi perpisahannya dengan Iqmal. Walaupun Iqmal masih cuba mendekati dengan pelbagai cara, tetapi Miya tetap membekukan hatinya
“Why did you marry her?” tanya Adam tiba-tiba.
Adrian ketawa tanpa suara. Soalan itu berbunyi seperti provokasi, seolah-olah Adam tahu bahawa perkahwinannya dengan Miya adalah perkahwinan sementara.
“Because I like her.” Dia tidak tahu sama ada dia bercakap benar atau berbohong.
“She’s not your type.”
“What? You knew my type more than I do?”
“You like a wild, sexy, and unruly temperament woman like Dahlia. Miya is not like that.”
“Well, people changes.” Adrian cuba menafikan walaupun dia mengakui kebenaran kata-kata Adam itu.
“You changed after you met her?”
Adrian diam. Sejujurnya dia tidak ada jawapan untuk itu. Terlalu sukar untuk mentafsirkan perasaannya terhadap Miya. Dia tidak sukakan Miya, jauh sekali mencintainya. Tetapi, dia tidak suka melihat Miya didekati lelaki lain. Dia akui Miya memiliki auranya yang tersendiri yang mampu menarik sesiapa sahaja untuk mendekatinya, tidak kira lelaki ataupun perempuan.
“Adrian...”
Suara lembut Miya itu membuat Adrian dan Adam sama-sama menoleh.
“What’s wrong?” tanya Adrian apabila melihat Miya berdiri di belakangnya.
“I think I’ve to go back, because Lora bumped into me and stained my dress," ujar Miya sambil menunjukkan bahagian bawah pinggang dressnya yang sudah dikotori aiskrim coklat.
“Where’s Lora?”
"Dengan mama."
“No need to go back. The party has just started. I’ll take you to change.”
“But I don’t have extra dress here.”
“No big deal." Meletakkan gelas di tangannya, Adrian memandang Adam.
“Adam, please excuse us.”
Adam hanya mengangguk sambil memandang langkah Miya dan Adrian meninggalkan kaunter bar itu. Melihat Adrian melingkarkan tangannya ke pinggang Miya, membuat dia diserbu cemburu tidak semena-mena. Walaupun dia tahu sikap Adrian yang sentiasa melindungi wanitanya, tetapi tetap dia merasakan tindakan Adrian itu adalah untuk membuatnya cemburu. Dan jika Adrian benar-benar berniat begitu, ya dia berjaya.
‘Good job, bro!’ Adam menggumam.
Share this novel
yess adian ego tggilah...certa ni best sbb ayat2 yg tratur dn mnarik minat pbaca..tk boring..sdap je bunyinya..hahaha..good luck author buat kejam sikit kat adian..biar tlopas dulu..bru mcari atau terus kecewa adian nk miliki miya kembali..hahaha biar padan muko..huuu..(idea brangan joo)
hambik kau Adrian. eksen sgt, kan dah rasa tergugat. mulut kata lain tapi hati dah jatuh sayang
saya sanggup baca berulang2 nak tggu capter baru,kan dah agak Adrian mesti ada jelous dgn Adam..