Rate

6

Romance Series 2529

Hampir 3 bulan junaidi tidak pernah contact aini. Kini majlis aini akan berlangsung esok pagi majlis akad nikah.

Aini termenung memandang biliknya yang sedang dihias dengan hiasan bertemakan putih ungu. Di atas tilam itu ditaburi dengan kelopak bunga ros yang segar.

Sudah banyak aini mengalirkan air mata. hatinya diruntun pilu. Dia tidak sanggup untuk melepaskan lelaki itu.

Noriza dan iza tidak dapat hadir di majlis perkahwinannya kerana mereka berdua pulang ke langkawi selepas tamat pelajaran.

Keesokan harinya majlis akad nikah diadakan pada pukul 11 manakala majlis sanding pukul 10 malam.

Aini hanya membiarkan dirinya dihias oleh mak andam. Setelah siap aini dibawa turun oleh adiknya ke bawah.

Dia hanya menundukkan kepala nya. Dia memohon kekuatan daripada allah.

"Pengantin dah sedia?" tanya tok imam. Pengantin lelaki hanya mengangguk dan menoleh ke arah pengantin

Aini hanya termenung. Dia tidak sedar bila dia telah menjadi isteri kepada seseorang. Dia tidak mendengar lafaz akad nikah tadi.

Aini merasakan jari manis nya disarungkan cincin. Aini tetap menunduk. Lelaki yang telah bergelar suaminya mengucup ubun kepala aini.

Aini mencium tangan itu dan tidak memandang wajah itu. Lelaki itu merasakan tangan nya panas kerana setitik air mata aini.

Dia cuba untuk mengelap air mata itu namun Aini menjauhkan jarak mereka. Aini merasakan matanya seperti berpinar dan perlahan lahan dia mula memejamkan mata.

"Sayang" lelaki itu terkejut dan lantas .meraih aini ke dalam pelukannya.

"Junaidi cepat bawa aini masuk bilik" arah puan fatimah. Junaidi mengangguk dan membawa aini ke dalam bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience