@6@

Romance Series 5264

"haa.. masuk masuk.. yang masih baby ada lagi? Sape jage yang kecik kecik ni Adam? "soal Aida dia mengira jumlah adik beradik angkat Adam. 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12..oh my god.. ramai gila! patutlah si Adam ni terdesak jadi perompak. opss.. itu dulu..
"yang kecik sekali ni nama apa? "soal Aida.dia mengelus lembut pipi si bayi tu.
"naufa auliya. "jawap Adam. dia sedang mengemas barang barang adik beradiknya. Mereka baru saja berpindah ke rumah banglo milik keluarga Aida. eh Adam dan Aida adik beradik kalau begitu banglo ni kira milik dia jugak lah kan?. wei Adam, kau dah ada perasaan tamak ke? astaghfirullahalazim.
"Naufa ni.. muka dia macam adik lah abang Adam. masa kecik kecik muka adik pon macam ni. "cerita Aida. Adam yang kepelikan mendengar patah bicaranya seakan akan tidak memahami juga.
"Adik? adik mana pulak ni? "soal Adam.. adik aku ada 12 orang je. Naufa sorang je lain sikit mukanya. Naufa berdagu dua dan tembam sikit pipinya. berkulit putih. gebu! habistu dia cakap pasal adik mana? ada tambah satu lagi ke? Adam menunjukkan muka hairan.
"adik lah.. "tiba tiba akal jahat mahu mengenakn abang barunya itu .dia tersenyum jahat .
"adik? "Adam masih tidak mengerti. berkerut dahinya untuk?.??memahami.
"ala adik yang tengah duduk kat kerusi tu. "sambil memegang Naufa. Aida menunjuk kearah sebuah kerusi yang tiada sesiapa. Wajah Adam mulai pucat. ooh.. takut eh?
"Ah. Eh.. er.. tak nampak pon. "tergagap pulak percakapan si Adam.. maklumlah.. sedikit fobia dengan makhluk ciptaan Allah yang satu tu.
"haha.. adoi.. adik ni lah mana lagi? "Aida menunjukkan kearah dirinya.
"Adik? "Adam menyoal lagi.
"ye lah.. kita kan adik beradik.? "terang Aida.
"ooh"segan pulak Adam...

*********************************************************************

"wah banyaknya ibu masak.! tahulah ibu nak menggulai kawah kat sini. "kekek Aida. Rasa gembira pulak sebab ramai orang dalam rumah ni. Aida memandang Walid yang sedang mendukung Riana Anis. kakak Naufa. Dia baru berusia 1 tahun. Aida pon pelik macam mana budak 15 tahun dapat jaga 11 adik beradiknya?! kalau dia dah lama huru hara jadinya. ermm. diorang ni bersekolah tak? kalau tengokkan tadi tak de baju sekolah buku sekolah.. mununjukkan mereka tak sekolah.. kesian mereka.. tak pe nanti aku akan urus kan.. ce ceh.. nak try jadi kakak penyayang ke? Aida tiba tiba tersenyum. tanpa dia sedar Naqib Ahlan yang baru berusia 5 tahun. Dia menoleh kearah Adam.
"Abang. kenapa mak cik tu senyum sorang sorang? "soal Naqib. Sambil melihat Adam matanya juga memandang Aida.
"Jap.. eh.. Abang pergi tanya.. "Adam melangkah menuju Aida. Aida masih tersenyum sendirian. Adam mahu membalas dendam dengan mengenekan Aida. "barghhh.. mak cik buat apa tu?! "sergah Adam.
"mak cik jual sayur..! "latah Aida sedikit menjerit. dia menekup mulutnya. dia memandang sekeliling. Adam yang masih mentertawakannya.
"Adik buat apa senyum sorang sorang ni? "soal Adam. kini giliran Aida pula kehairanan. Adik?
"Adik.?"soal Aida.
"ye lah.. kita kan adik beradik. "Adam mengajuk Apa yang di katakan oleh Aida.. Aida menepuk dahi. Hehe. lupa ..adoi.. muda muda pon dah lupa.. tiba tiba bunyi deringan telepon Aida. Aida segera menyambut.
"Hello.?Aida.. kecemasan! kita kene jumpa! tempat biasa.. sekarang! "Arah Nasreen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience