BAB 15

Action Series 9474

Airil menguis nasi yang tidak diusik sama sekali dari takdi asyik memikirkan Tengku Airis.
Kenapa eh dengan Tengku Airis tu,keluar tergesa-gesa..Aduhh ni yang buat aku hilang selera ni.

"WOI! Asal dengan kau ni hah..main dengan nasi, tak makan..tak baik tau bermain tu rezeki tau"
setelah menegur adam sambung balik menikmati makanan tengah harinya.

" ish kau ni..terkejut la" nasib kau la Airil,nasib ni kawan aku kalau tak dah lama aku tampar melayang sampai bintang.
" tak la macam mana tak terkejut ,dah kau tu asyik termenung jer dah kenapa ..nak kata pikir pasal kerja .Kau baru jer masuk harini.Kenapa ni cuba cerita kat aku"

Salahkn aku pulak dia yang termenung tak ingat dunia.
" Tak ada ape lah..kau ni sibuk jer kan" susah betul dapat kawan yang semua benda nak tahu..haihh

Adam hanya buat muka bodoh macam tiada ape yang terjadi. Tidak lama selepas itu telefon Airil berbunyi.
Hah!...sudah² dah kenapa pulak ayah mertua aku ni call...ehh bakal ayah mertua,ish kau ni Airil kau dengan Tengku Airis bukannya kahwin lagi pom..
Tanpa berfikir panjang ..Airil mengangkat call Mr.Park.

"Assalammualaikum..yer daddy,kenapa call Airil yer sekarang"
"Waalaikummussalam, sorry daddy ganggu lunch hour Airil but daddy just nak bagitahu yang ibu masuk hospital sekarang" Mr.Park memberitahu dengan suara yang garau tetapi tenang .

"Ibu! yer ke Airil akan pergi melawat selepas lunch nanti " mungkin sebab ni kut Tengku Airis berlari keluar dari pejabat tapi asal dia tak bagitahu aku ehh...mmm maybe tak sempat just think positif Airil.

" Baiklah,nanti daddy bagi wasap Airil bagi alamat hospital dan no bilik"
Belum sempat Airil ingin simpan telefon ..tibe² masuk satu bunyi mesej masuk..
uishhh laju betul buat kerja ehh...patutla company bakal ayah mertua aku maju...

"weh...lepas lunch aku nk keluar tau sebab ade emergency"
"Ehhh...biar betul..kau ni dah la hari pertama kerja dah nak keluar..ni kalau boss kite tahu naya kau" mana taknya bukan dia tak tahu bossnya macam mana..memang kau ni Airil cari pasal betul la.

"Alaa,pandailah kau cover ehh lagipom boss kite takde sekarang sebab sebelum lunch dia dah keluar" Aku nak takut ape boss kau ni Adam bakal isteri aku so pandai² la aku bagi alasan...
Amboi kau Airil nak ambik kesempatan nampak..

" Yerlahh tapi kalau kantoi aku tak boleh tolong tau" Adam sambung balik makan nasi yang tersisa sedikit.
Airil hanya senyum menandakan ok.

.......................................................

Setelah Tengku Airis keluar balik yang dipaksanya..Pintu bilik Puan maria diketuk dan dibukak oleh seseorang.

"Ahh,Areon!" muka Puan Maria tersenyum tetapi hanya seketika setelah melihat kelibat tubuh kecil dan seksi Datin Alia masuk bersama Mr.Park,muka Puan Maria kembali pucat.

"Nah, buah epal...macam mana la kamu ni maria boleh tersalah makan" bertanya sambil mengeruhkan muka.
"Dah nak buat macam mana Areon..benda ni kita tak doakan pom untuk terjadi tapi dah kena kn"
Puan Maria hanya mampu menipu dan redha sahaja.Puan Maria dan Mr.Park bahasakan diri mereka aku dan kamu kerana umur mereka sama sahaja, begitu jugak dengan Mummy Airis isteri Mr.Park.

"bukan ape Maria..aku ni pelik jer kalau betul la kau kena ,asal aku tak kena sebab aku pom makan lauk yang sama kut .Dah aku tak kerja kan hari ni"
Mr.park masih lagi mengeruhkan muka manakala Datin Alia memandang ke arah Puan Maria dengan mata tajam menunjukkan bahawa itu satu ugutan.

Puan Maria agak takut tetapi tak boleh nak lawan ..yer la dah tua..lagipom bukan dirinya tak tahu ape yang terjadi antara keluarga Mr.Park 5 tahun yang dulu dengan kelakuan Tan Sri khalid ayah kepada Datin Alia..macam mana tak tahu..Datin Emy adalah kawan baik sejak Puan Maria dan Datin Emy kecil lagi jadi semua masalah Datin Emy,dirinya tahu kerana Datin Emy selalu sahaja cerita masalahnya kepada dirinya..

"Entah la..mungkin antibody aku ni tak kuat kut"
Puan Maria hanya mampu beri alasan sahaja.
Sekian lama berbual..pintu Puan maria dibukak dan ternampak susuk tubuh Airil bersama Kak Mah..

"Dah datang pom..ni macam mana boleh masuk sekali ni" Mr.Park bersuara sambil menyambut huluran tangan Airil untuk Airil salam.

"Kebetulan jer Tuan,masa datang takdi kami terserempak" Kak Mah bersuara sambil meletakan satu beg pakaian Puan Maria bersama beg pakaiannya.

"Ohh, yer ke.Tapi kenapa tak datang dengan Airis"
lupa pulak pada anak puteri tunggalnya.
"Airis dah datang dah sebelum kamu datang..kalau ikutkan memang dia nak teman tapi aku paksa dia balik sebab yer la dia baru jer lepas kerja dah datang..so biarlah dia balik berehat"
Puan Maria menerangkan dengan panjang lebar .
Mr.Park mengangguk tanda faham.

"Ibu macam mana..okey ke?" setelah sekian lama akhirnya bersuara jua.
"Ibu okey jer Airil,tak ade luka pom cuma tu la badan dah tua so salah makan sikit jer terus kena tahan kat wad,maklumlah antibody dah tak kuat"
Puan Maria tersenyum manis melihat Airil..baik budaknya untung Tengku Airis.

setelah itu mereka berbual panjang...ade yang ketawa,bergurau senda cuma ade satu mata yang buat Airil tak selesa iaitu Datin Alia..pandang jer macam nak tembus tetapi Airil hanya buat tak nampak sahaja.

............................................................

Tengku Airis kembali ke rumah banglonya untuk berehat dan kini tinggal dirinya seorang sahaja.

Setelah mandi dan baringkan dirinya di katil...otak Tengku Airis still lagi fikir tentang ibu angkatnya.

"ish aku still lagi pelik la...kenapa tibe² jer ibu masuk hospital...kalau salah makan kenapa Kak Mah,Kak siti,daddy,dan minah muka tepung tu tak masuk hospital jugak."
Tengku Airis memandang siling biliknya sambil mengeruh muka memikirkan tentang ibunya.

'ishhh serabut la aku macam ni'
Tengku Airis meramas rambut panjangnya dan mengambil iphone lalu menelefon seseorang.

"Hello,you buat ape sekarang" terus bertanya sebelum orang itu memberi salam.
" tak buat ape² Tengku.Saya hanya mencari beberapa maklumat tentang musuh kite sahaja." Agak terkejut jugak tibe² datang bertanya macam tu.

"Zul! I nak you tolong I cari why ibu masuk hospital..nanti I wasap bagi alamat hospital dan no bilik so pandai² you la macam mana you nak siasat asalkan tak kantoi dengan ibu I"
Tanpa menunggu lama ,Tengku Airis memberi arahan kepada anak buahnya.

"Whatt! ibu Tengku masuk hospital...Baiklah la Tengku saya akan cuba cari "
Yes, Zul agak terkejut dengan berita itu but bile bossnya beri tugas kite kena fokus...mmmm
aku kena tanya Airil nanti ni..

Selepas sahaja kejadian penculikan haritu..Zul dan Airil mula rapat.Keluar minum sama²,jalan sama²,bercerita dan sebagainya apabila Aiman buzy dengan keluarganya. Dengan kata lain,Airil ni kawan lepak Zul sekarang. Nak tunggu Si Aiman tu haih sampai aku tua la tunggu dia.

" Baik...ape² info terus call I " selepas selesai,
tengku Airis tamatkan callnya,menghantar maklumat kepada Zul dan menuju ke bilik sebelah...
Pintu bilik sebelah agak tersembunyi..Tengku Airis menarik patung kaca berbentuk arnab kecil dan terbukak la satu ruangan rahsia Tengku Airis ...Bilik ni hanya Tengku Airis sahaja yang tahu dan bilik ini dicipta oleh Tengku Airis sendiri bagi mengelakkan kerja mafianya diketahui oleh Ibu serta Kak Mah.

Biliknya agak besar dan mewah serta banyak teknologi² dan tv² cctv rumahnya sendiri.Bilik itu digunakan sebagai pintu kecemasan apabila rumah banglonya dikepung oleh musuh atau berlakunya kebakaran.
Biliknya bukan sahaja dipenuhi dengan taknologi tetapi ade juga tempat² penyimpannan senjata seperti pisau,pistol dan pedang,serta kereta² mewah.Bukan itu sahaja, bilik rahsia Tengku Airis ini nempunyai banyak bilik.

Tengku Airis berjalan dan sampai ke satu destinasi iaitu bilik lukisan. Bilik ini agak jauh dari kawasan operasi dan tempat penyimpanan senjata iaitu tempat Tengku Airis melaksanakan hobinya iaitu melukis.Tengku Airis mempunyai satu bakat yang diwarisi oleh mummynya iaitu melukis.

Mummy Tengku Airis pandai dalam melukis karya sehinggakan lukisan mummy Tengku Airis dijual dengan harga tertinggi dan dibeli oleh artis² sama ada dalam negara atau luar negara.

Tengku Airis membuka satu lukisan yang ditutup oleh kain putih..Mata Tengku Airis mengalir setelah melihat lukisan itu..

Lukisan itu mengingatkan pada arwah mummynya berserta kawan² kecilnya dahulu iaitu Ain dan si bulat.
Air mata Tengku Airis mengalir semakin laju sehingga tertidur akibat menangis.

BERSAMBUNG....

HAI! Dah lama miss bunny tak upload cerita baru kan..sorry la sebab sis dah lama tak muncul..buat masa sekarang jadual miss bunny dah tak teratur lagi so sis bunny tak jamin bile sis bunny akan upload chapter baru...jadi harap korang semua boleh sabar... Jangan risau...miss bunny akan upload cerita ni sampai end cerita cuma lambat dan cepat jer..so enjoy chapter baru ni. Jangan lupa follow agar uolls tak terlepas bile miss bunny uploas chapter baru..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience