BAB 2-TUNANG..?,

Romance Completed 152260

2 MINGGU KEMUDIAN,

Terlihat Harith sibuk menyusun barang di mejanya, baru-baru ini dia sibuk merawat pesakit. Melihat pesakitnya sembuh itu adalah kebahagiaannya yang tidak dapat di beli dengan mengunakan wang ringgit. Namun sekarang dia lebih fokus menjaga satu pesakit yang istimewa dan baginya gadis itu gila, kerana ingin mengakhiri hidupnya oleh di sebabkan ingin mengikuti ibunya yang telah meninggal dunia. Tapi jika di pikirkan balik, dia turut simpati dengan tunangnya itu atas kematian ibu tersayang, mesti sukar untuk menerimanya. Jika dia di tempat Aisa, mungkin dia juga akan berbuat demikian.

Sedang dia sibuk mengemas biliknya, terlihat telefonnya mendering tanpa henti, membuatkannya rimas dengan deringan itu lalu di angkatnya.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam Harith."

"Papa call Harith ni ada apa ?." Soalnya sedangkan dia tahu apa jawapan dari soalannya itu.

"Macam mana dengan keadaan Aisa?. Dah ok ke?. Papa tak sempat pergi jengguk dia lagi. Well dia makin membaikkan !."

"Macam tulah pa, tapi masih belum sepenuhnya ok."

"Oh, yeke?. So papa nak kamu jaga dia sebaik mungkin. Jaga dia sampai Aisa betul-betul pulih sepenuhnya. Kerana dia bakal isteri kamu."

"Pa !, Harith takda masa lah nak jaga dia 24 jam. Ada banyak lagi pesakit yang memerlukan Harith. Lagipun dia tak teruk sangat hanya patah tangan dan luka-luka di beberapa bahagian. Harith dah suruh Dr Danial uruskan. Jadi papa jangan risaulah."

"Harith !, ini perintah papa. Kamu harus laksanakan. Papa nak kamu jaga bakal isteri kamu tu baik-baik. Jangan sampai anak kamu papa bagi dekat orang lain. You know jika orang-orang tahu tentang perkara ni yang kamu mempunyai anak luar nikah, papa yakin yang reputasi kamu akan terjejas sekaligus papa juga kena. Ingat tu." Ugut papanya.

"Baiklah, Harith akan jaga dia seperti mana yang papa inginkan. Tapi dia tahu ke yang Harith ni bakal suami dia?." Soal Harith menginginkan kepastian.

"Tak !. Kerana sekarang belum masanya. Jadi buat masa ni, kamu buat seperti dokter dan pesakit. Jangan bagitahu dia yang kamu tu bakal suami dia. Papa tak nak dia terkejut." Pesan papanya.

"Ok !, tapi kalau Harith tercakap macam mana?. Harith rasa lebih baik berterus terang jelah. Nanti lambat atau cepat dia akan tahu juga."

"Papa tak perduli dengan pendapat kamu. Ingat !, jangan sesekali bagitahu dia. So papa letak telefon dulu. Tapi ingat jaga dia, kalau papa dapat tahu yang kamu hanya sambil lewa sahaja. Jangan salahkan papa kalau anak kamu hilang." Lalu mengakhiri panggilannnya.

"Ish, boleh pulak dia nak bagi orang lain cucu dia sendiri. Oi !, kenapalah hidup aku macam ni." Keluhnya. Lalu mengambil sekeping gambar yang papanya berikan. 'Ai, muka kau ni bukan main cantik lagi. Tapi sayang, takda akal waras. Kenapa papa pilih kau jadi isteri aku sedangkan banyak lagi perempuan dekat luar sana. Hanya kerana keluarga kau banyak berjasa, aku perlu kahwin dengan kau. Huh. Tapi kalau di pikirkan balik, kau tak salah sebab ni perjodohan keluarga yang kau sendiri tak tahu. Well kita cuba.' Guman Harith di sertakan senyuman manisnya.

...............................

Setelah bangun dari komanya, kini Aisa kembali pulih walaupun tidak sepenuhnya. Rasa sakit masih terasa terutama luka di tangannya, namun tidak seteruk sebelumnya.

"Sepanjang saya koma, siapa yang jaga saya?." Soal Aisa ingin tahu.

"Papa dan atok Cik Aisalah, siapa lagi kalau tak mereka." Jawab Dr Danial, sambil gigih membersihkan luka di wajah gadis itu.

"Tapi, saya merasakan ada seorang pemuda yang setiap malamnya membaca ayat-ayat suci Al-Quran di samping saya. Saya yakin itu bukan papa dan atok."

Dr Danial mengerutkan dahinya, cuba untuk ingat. Siapa sahaja yang datang melawat Aisa.

"You know, peraturan di hospital ni waktu melawat pada malam hari di tetapkan hanya pukul 7 sampai 9 malam sahaja selapas itu tidak di benarkan lagi orang-orang datang kecuali keluarga sendiri seperti atok dan papa Cik Aisa." Jawab Dr Danial.

"Yeke?. Takkan saya bermimpi kot. Kalau bermimpi, takkan mimpi yang sama setiap hari. Betul ke takda yang datang melawat saya ni?." Soal Aisa lagi.

"Setahu saya, takda. Kerana Papa dan atok Cik Aisa tidak membenarkan siapa-siapa datang melawat Cik Aisa. Dari Cik Aisa masuk hospital dan di rawat di sini lagi, hanya atok dan papa Cik Aisa sahaja yang menjaga Cik Aisa." Jelas Dr Danial lagi, walaupun dia tahu pemuda yang di maksudkan Aisa adalah Harith. Namun dia berjanji pada Harith untuk merahsiakan perkara ini.

"Oh, ok. So, dokter saya rasa luka-luka saya ni dah pulih. Jadi  boleh saya balik rumah?. Bosanlah dekat sini."

"Mana boleh Cik Aisa, oi. Tengok luka-luka tu belum sepenuhnya sembuh. Lagipun atok dan papa Cik Aisa meninggalkan amanah kepada kami untuk rawat Cik Aisa sehinga sembuh. Jadi kami hanya melaksanakan tanggungjawab yang di beri."

"Ala bosanlah, lari kang baru tau."

"Cubalah Cik Aisa lari. Setahu saya depan pintu ni ada 2 orang jaga. Cik Aisa takkan boleh lari punya. Untuk masuk bilik ni je, perlu isi borang berupakan biodata diri. Mana tahu ada orang jahatkan."

"Papa dan atok ni selalu macam ni. Huh, kenapalah saya tak mati je haritu. Sedangkan saya terjun dari tingkat empat tau. Ke kurang tinggi."

"Sakitkan?."

"Sudah tentu sakit, di tambah malu."

"Kenapa malu?."

"Yelah, saya nak bunuh diri tapi hidup pulak. Tak ke malu tu."

"Jadi intinya janganlah buat lagi. Kalau bersedih sekalipun, ingat orang yang tersayang. Kalau arwah mama Cik Aisa tahu, mesti dia sedih."

"Huh !. Entah apa yang merasuki saya waktu tu. Sedangkan saya takut pada ketingian. Tapi perkara yang lalu, biarlah menjadi pelajaran buat saya."

"Betul tu !, saya sokong."

"Jadi.., boleh saya keluar jalan-jalan sekejap, tak lari hanya jalan-jalan dekat bawah je. Please !." Rayu Aisa dengan membuat muka simpatinya.

"Tak boleh Cik Aisa."

"Please !."

"Tak boleh Cik Aisa. Kerana kami hanya mendengar arahan papa dan atok Cik Aisa, maka dari itu tolong faham." Ujar seorang pemuda yang datang dari pintu utama dengan membawa 2 plastik di tangannya.

"Dr Harith !."

"Jadi luka dia dah membaik ke?." Soal Harith dengan meletak 2 plastik berisi makanan di atas meja.

"Belum lagi, tengok luka dia masih basah. Mungkin memerlukan seminggu lagi untuk pulih." Jawab Dr Danial.

Seketika Aisa terpana dengan ketampanan pemuda itu, jantungnya berdegup dengan sangat laju apabila pemuda itu menghampirinya

"Cik Aisa ok ?."

Aisa hanya menganggukkan kepalanya, namun matanya langsung tidak berkedip memandang indahnya ciptaan tuhan di hadapannya. Ketampanannya mempunyai ciri-ciri khas yang tiada di wajah lelaki lain. Wajah yang mulus tanpa ada sebarang jerawat, bibir yang pink menanda dia tidak merokok, mata yang indah, singkat kata sempurnalah. Dia tidak menyangka bahawa ada juga manusia sempurna seperti pemuda itu.

Harith dan Danial saling memandang antara satu sama lain di kala melihat Aisa yang hanya memandang wajahnya tanpa berkedip sama sekali.

"Cik Aisa." Panggil Dr Danial dengan menepuk lembut bahu gadis itu.

Membuatkan Aisa berhenti merenung wajah pemuda di hadapannya. "Ye saya, kenapa ?."

"Cik Aisa ok?." Soal Danial.

"Ok !, kenapa?."

"Kalau ok, kenapa jantung tu berdegup dengan sangat laju?." Soal Harith serius.

"Oh, tu perkara biasa. Tindakkan refleks pada lelaki yang kacak-kacak, jangan di ambil serius."

Mendengar jawapan Aisa membuat Danial tersenyum. Kalau dia tahu yang Harith ni bakal suami dia, Danial yakin yang Aisa akan terima dengan senang hati.

"Danial, kamu boleh keluar.  Biar saya yang uruskan dia ni." Arah Harith.

"Baiklah dokter, saya pergi dulu. Bye Cik Aisa."

"Ai, kenapa?. Biarlah Dr Danial ada dekat sini." Pinta Aisa.

"Dr Danial, banyak kerja yang harus dia buat. Jadi saya ada dekat sini, dan bantu Cik Aisa apa yang patut." Ujar Harith dengan memandang wajah bakal isterinya itu.

"Ala." Keluh Aisa.

"Kenapa ni Cik Aisa?. Dr Harith lebih hebat dari saya tau."

"Masalahnya, jantung ni tak berhenti berdegup apabila bersama dia. Lama-lama tercabut jugak, jantung  ni." Jujur Aisa membuatkan Danial dan Harith ketawa.

"Apa yang lawaknya, saya seriuslah."

"Lawaklah Cik Aisa. Jantung mana pandai tercabut."

"Betul jugak."

"So baiklah. Saya kena uruskan pesakit lain. Cik Aisa jangan risaulah. Dr Harith tak makan orang."

"Betul tu, saya makan selayaknya manusia biasa, bukan makan sesama manusia." Sokong Harith.

"Dengar tu.So saya pergi dulu. Nanti kita bertemu lagi." Pamit Danial, lalu melangkah keluar dari ruangan Aisa.

Kini tinggallah Aisa bersama Harith yang sibuk menulis sesuatu,

"So berapa hari lagi saya dekat sini?." Soal Aisa kerana di sini amat membosankan baginya.

"Dalam seminggu lagi." Jawab Harith selamba.

"Apa, seminggu lagi !."

"Ya, seminggu lagi. Sebenarnya Cik Aisa dah boleh balik, tapi saya nak Cik Aisa terus di rawat di sini sehingga Cik Aisa betul-betul pulih sepenuhnya. Kerana di sini ada saya dan dokter-dokter lain yang akan memantau kesihatan Cik Aisa." Jawab Harith dengan duduk di kerusi di samping katil Aisa.

"Saya boleh je lama-lama dekat sini, tapi bagilah saya bersiar-siar sekitar hospital ni. Bosanlah."

"Boleh, takda masalah. Nanti jika Cik Aisa nak bersiar-siar. Cik Aisa boleh bagitahu saya bila-bila masa sahaja. Tapi yang boleh bawa Cik Aisa bersiar-siar hanya saya sahaja, dokter lain tidak di benarkan. Setuju?."

"Setuju !."

"Good girl."

"So boleh saya tanya sesuatu?."

"Silakan."

"Dokter ni single lagi ke ?." Soal Aisa ingin tahu.

"Tak !. Saya dah bertunang dengan seorang gadis atas perjodohan keluarga. Kenapa tanya?."

"Samalah kita.  Bangun-bangun je dari koma, papa dan atok cakap yang saya dah bertunang dengan seorang pemuda yang saya sendiri tak tahu sifat sebenar dia macam mana. Ini zaman moden, masih ada lagi ke perjodohan seperti ini."

"Cik Aisa setuju ke?."

"Macam mana nak cakap ye.  Saya tak setuju, tapi papa dan atok saya percaya sangat dekat dia. Nama dia Harith Lee. Oi, saya tak suka dia."

"Why ?."

"You know Harith anak Uncle Hasrul tu playboy, tengok dari penampilan dah macam mafia, abistu dekat lengan dan badan dia tu ada tatoo. Tapi setahu sayalah, sekarang dia dah ada kekasih dan saya pernah tengok mereka berdua-duaan dekat hotel. Tu pun kebetulan saya ada dekat sana. And dia dah buat saya kecewa, trauma semua perasaan negatif bercampur aduk. Huh, but papa cakap dia lelaki yang baik, terhormat tapi belakang. Hoi, macam setan. Macam tu ke, nak jadi suami." Ujar Aisa menyatakan apa yang dia pernah lihat.  Dia sudah menolak pertunangan ini, tapi di sebabkan atok, papa dan keluarga bakal suaminya memohon padanya dan pada akhirnya dia tidak sampai hati lalu menerima perjodohan ini.

Kata-kata Aisa membuatkan Harith terdiam seribu bahasa di tambah sekarang dia cuba untuk mengawal sifat iblis di dalam badannya. Kata-kata Aisa menusuk hatinya, ingin saja dia menampar gadis itu. Namun dia juga bersalah kerana telah membuat gadis itu kehilangan mahkota berharganya itu juga di sebabkan gadis itu mencabarnya.

"Lagi satu, sekarang ni kekasih dia sedang mengandung." Tambah Aisa lagi. Membuatkan Harith terkejut dengan apa yang dia dengar sekarang ni. Kehamilan Ain tiada siapa yang tahu, hanya mama dan papanya sahaja yang mengetahuinya.

"Macam mana Cik Aisa tahu?."

"Kerana saya..., itu rahsia. Why dokter macam tertarik dengan cerita saya?. " Soal Aisa dengan melihat kearah tag nama pemuda itu. "Wah !, kebetulan nama dokter sama dengan dia. Tapi dokter jauh lebih kacak dan terhormat dari dia. Kekalkanlah. Jangan seperti tunang saya. Saya cemburu dengan tunang dokter, sebab dia akan menjadi isteri kepada lelaki kacak macam dokter ni."

"Ya, dia sangat beruntung memiliki saya sebagai suami dia. Saya akan pastikan yang dia akan bahagia apabila bersama saya." Balas Harith dengan senyuman penuh dengan erti.  "So, nah." Menyerahkan plastik berisi makanan untuk bakal isterinya.

"Ada apa dalam ni?."

"Dalam plastik ni ada makanan kegemaran Cik Aisa. Namun ada beberapa makanan kegemaran Cik Aisa yang saya tak beli kerana tak bagus untuk kesihatan."

Aisa pun membuka satu persatu plastik yang Harith berikan.

"Wah !, terima kasih dokter. Tapi macam mana dokter tahu makanan kegemaran saya?." Soal Aisa kehairanan.

"Kerana papa Cik Aisa yang bagitahu saya.  So enjoy your food, saya akan teman Cik Aisa makan. Nak saya bantu."

"Eh, tak perlulah dokter. Buang masa je tunggu saya makan. Dokter sambunglah buat kerja. Saya baik-baik sahaja sendiri."

"Dalam hospital ni bukan hanya ada saya sorang. Banyak lagi dokter lain. Jadi saya banyak masa luang. Makanlah, jangan malu-malu. Nak saya tolong bukakan ke keropok tu. Kalau nak cakap." Ujar Harith dengan mengambil keropok keju dari tangan Aisa.

"Eh  !, tak payahlah."

"Nah, saya dah bukakkan untuk Cik Aisa."

"Terima kasih."

" Nak saya tolong suapkan jugak ke?."

"Tak perlu. Saya boleh makan sendiri. Terima kasih jelah." Tolak Aisa.

"Ok, makanlah. Jangan malu."

'Ish dia ni. Aku bukan malu, tapi nervous dengan tatapan kau. Tolonglah faham. Jatung ni, tak pandai tenang kau tahu. Hoi, lama-lama tercabut pulak jantung ni." Guman Aisa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience